Friday, November 28, 2008

Testing

Mula2, kitorang pk gak la lepas ni mesti Mikhail fobia dengan air kan..Trauma la lepas kejadian hari tu kan..

Pagi Ahad, 23/11/08, kitorang tanya Mikhail, "Abang nak mandi pool lagi x?" Nak tau apa dia jawab? "Abang lemas..Abang nak mandi dengan mama.."

So, saje nak tengok betul ke dia nak mandi.....Tapi dah tentu2 la lebih berhati2 kan..tak nak perkara tu berulang lagi..Pagi dalam pukul 9pagi, dah sampai pool..panaskan badan dulu..hehe



Eh..betul la dia nak mandi sama..Ok je tengok..tempat pool kanak2 ok je dia main air..tak de la nak berdukung...Ni kat tempat dewasa..off course kene peluk kuat2..



Pukul 11.30, settle mandi..2 budak bertuah ni dah berselubung sementara tunggu nak kemas2..





Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..mama dan abah akan lebih berhati2 lepas ni..dan semoga jadi pengajaran buat blogger lain ye.. :)



Thursday, November 27, 2008

Happy Birthday To You

22/11/08, Sabtu dalam pukul 7.30 malam, acara tiup2 lilin + potong kek dijalankan dengan meriah dan jayanya..


Kek Secret Recipe, Strawberry + chocolate.. "Happy Birthday Mikhail, Akma, Emil & Luqman"








Mikhail excited..


Berebut2 nak potong kek..


Lepas tiup2 lilin, n potong kek, budak2 terus dapatkan hadiah masing2..bukan nak ingat makan..ingat hadiah dulu tu..


Banyak hadiah Kael dapat..bestnyaaa..




Akma tak dapat 1 pon hadiah ke? huwaaaaa :(
Sian Akma.. Acah je...dapat la..heheh..dapat laptop lagi tu..sama cam Kael..



Abah..ajarla camana nak guna laptop ni bahhh..Abang nak update blog la..


Eh..Akma dapat hadiah lagii..syoknyeee..







Dapat goodies pulak..

Comotnye makan..




Mama doakan anak2 mama dan semua anak2 buah acu berjaya di dunia dan di akhirat.. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah..Saaaaayang semua tau! muahhhsss..







Wednesday, November 26, 2008

Best Blogger Award


Wahh..dapat award dari Atie....Best Blogger Award 2008/2009..Thank you Atie.. :) Zura nak kasi award ni buat semua blogger yang singgah blog zura leh x? :D

Aktif seperti biasa..

Semasa dalam wad, Mikhail dicucuk 4 kali ..kalau amik darah, standard sekali amik sampai 2x..sebab xjumpa urat..sian Mikhail..pastu, scan paru2..result semuanya ok..so, tak payah ct scan otak..syukur sangat2..



Pukul 11 malam, 21/11/08 Mikhail warded..Dan 22/11/08 4.00 petang, Mikhail dah dibenarkan keluar.. Mikhail dalam wad, tak duduk diam..asik berborak je tak kiralah dengan siapa dia jumpa, doktor ke, nurse ke, uncle kat katil sebelah yang jaga anak dia pon dia tegur.. Sampaikan doktor dan nurse kat situ dah kenal sangat dengan Kael. Diorang cakap "Abang dah boleh balik dah ni, cakap tak henti-henti.. :)" Berbunga2 hati mama.. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan..











Tak duduk diam..ada je benda yang nak dibuat.. Tapi xpe..Sebenarnya, itulah yang mama harapkan..

Tu jiran depan katil abang..semua dah kenal abang dah..pemes lak tiba2..hehehe


Adik kesayangan menemani abangnya di hospital..Seronok betul Mikhail..


Apa pandang2? Pakai selipar pun nak tengok? :p

Semua dah siap..Tak sabar nak balikkk..Byeee...









Tuesday, November 25, 2008

Dugaan yang memilukan..

Dalam pukul 6 lebih, budak2 minta nak g mandi swimming pool..zura kata dah petang dah, nak senja..tapi bapak2 budak bawak gak la semua..zura duduk rumah dengan Akma, kak ita, bibik2..

Tepat 6.40petang, Abg. Fikri balik rumah, dengan tercungap2, minta kunci kereta..Kak ita bagi tanya balik kenapa? pastu jawapan yang boleh menggugurkan jantungku sebagai seorang ibu..


"Mikhail lemas"..zura tergamam..tengok je Abg Fikri pergi..pastu dia patah balik, cakap "Zura jom ikut".
Cepat2 zura naik kereta dia, sambil zikir SubhanAllah banyak kali..itu yang terkeluar.Abg Fikri cakap, zura baca je ayat apa2..dia takut nak bagitahu keadaan Mikhail yang tak sedar langsung + lemah longlai! juz cakap Mikhail batuk2 je..

Sementara itu ditempat kejadian..
Mula2, Mikhail dengan budak2 lain kat kolam budak2 tu,semua tak perasan..lepas tu nabil cakap dia punye ear-guard dah jatuh kat dalam kolam..semua budak-budak pakat-pakat mencari ear-guard tu dalam kolam kanak-kanak termasuk Umar yang disuruh oleh bapaknya.Tiba-tiba Hubby perasan yang Mikhail dah takde dlm kolam budak-budak dan ternampak Mikhail dalam kolam dewasa dalam keadaan terkapai-kapai.Hubby terus berlari ke kolam dewasa dan mendapatkan Mikhail yang sedang terkapai-kapai sambil sebelah tangannya masih berpaut pada tebing kolam.Hubby terus mengangkat Mikhail naik ke atas dan cuba memberi pertolongan kecemasan namun hanya sedikit jer air yang keluar dari mulut Mikhail dan Mikhail masih dalam keadaan separuh sedar.Tiba-tiba datang salah seorang pengunjung kolam renang tu,Mrs. Wong telah datang dan melakukan pertolongan kecemasan bersama-sama Abg. Azrin yang menepuk-nepuk dan membolak-balikkan badan Mikhail untuk mengeluarkan air dr dalam saluran pernafasan Mikhail.Mikhail masih belum memberikan respon ketika namanya dipanggil dan mukanya pucat kebiru-biruan dengan mata putih sahaja kelihatan..Tidak berapa lama kemudian,Mikhail memuntahkan air bersama makanan dan mula menangis. Kedengaran seorang petugas resort menyatakan bahawa Mikhail dah selamat sekiranya dia dah memuntahkan air.


Sampai je kat tempat kejadian, Van Country Height dah siap terbukak pintu dah..zura pergi terus kat pool tu n nampak semua kerumun Kael..bila zura datang, semua ketepi seolah2 tau zura ni mama Kael..Sampai2 je, Kael terbukak mata sikit, cam nak tertutup ngan tak...muka dah biru..bibir pucat lesi..



Hati ibu mana yang tak sayu + sedih tengok cam tu..sapa yang boleh tenteram kan..Hubby terus dukung Kael masuk van..Resort manager bgtau, parents ikut sekali..


Kitorang pergi Poliklinik dulu sebab tu je yang dekat..Sebelum sampai klinik, dalam van tu, sekali lagi zura terkejut dan tak tenteram..


Mikhail tak bercakap langsung dan mata dia seolah2 penattttt sangat nak bukak tu..zura takut sangat sambil borak2 ngan dia..walaupun xde respons..juz angguk je bila zura tanya "Abang sayang mama tak?Mama sayang abang tau"..sedih betul hati zura..takut nak memikirkan sesuatu yg buruk..masa tu, muka dia still biru n pucat..


Tak lama lepas tu, Kael muntah banyak..manager resort tu cakap xpe..bagus..biar semua keluar..dan lepas je dia muntah, dia ok sikit.dah boleh bukak mata n xtertutup da..


Sampai je Poliklinik, doktor terus ke van amik Kael..masukkan tiub, pastu pakai oksigen..Mikhail nangis2 xnak pakai..sementara tunggu doktor tulis surat refer ke Hospital Sentosa Kajang, zura dengan Kael dalam bilik sambil pakai oksigen tu..


Dari situ zura perasan, muka Kael cam ada bintik2 merah..banyak sangat..doktor kata sebab masa dia lemas sampai la dalam van, oksigen xmasuk, pastu dia muntah, macam bagi tekanan kat salur darah tu, tu yang jadi cam tu..tapi doktor kata, benda ni xlama, dalam 2-3 hari..Alhamdulillah..


Pukul 7 lebih, manager tu bawak kitorang ke kpj pulak..hospital sentosa..dia suruh refer sana..sebab kat klinik xde pakar..Sampai kpj, zura still borak2 ngan dia, pastu dia cakap, "Abang xboleh cakap.." sayu je zura dengar..mayb maksud dia, masa dia tengah kepenatan tadi, dia xleh cakap kot..tu yg nmpk lemah je..

Masa ni kat kpj..Kael tak pakai baju pape pon sebab dia datang hospital dengan pakai baju swim td.

Bengkak mata Kael kan..Sempat lagi senyum tu..sian dia..



Tak lama pastu, cek punya cek, doktor suruh g GH, sebab sana banyak kes cam ni..pakar pon ramai kan..cakap kat abg fikri, dia cakap suruh anta kat Hospital Serdang sebab abang dia pakar jantung kat sana..So, kitorang pergi la Hospital serdang malam tu jugak...

Tunggu dalam 2-3 jam kat wad kecemasan, baru la dapat masuk wad..
Dah sampai kat Serdang..Mikhail dah ngantuk sangat..
Abang, mama akan jaga abang sebaik yang mungkin..maafkan mama ye sayang..

Monday, November 24, 2008

Dah sampai..

Banyaknya sungguh kenangan sepanjang percutian nih..walaupun dekat, tapi sangat2 menguji kami..ngeri bila mengenangkannya..tak pe..zura cerita satu2 ye...


Jumaat, dalam pukul 4 petang, kitorang sampai Country Height..dekat je kan..:p punyalah banyak kenderaan untuk kitorang je..



Check in, kemas-kemas beg baju, relax2..



3 bedroom, 2 wash room..



Mikhail & Akma yang tak sabar nak mandi..



Thursday, November 20, 2008

Cuti!!

Esok cuti! Bestnye..rasa macam dah lama tak cuti..hahah..Petang ni, dalam kol 6 ptg, kak ita bertolak dari Kelantan naik train..Esok kol 6 pagi, sampai la kl..InsyaAllah..

So, malam ni zura nak buat sesuatu..kalau menjadi, baru zura bagitahu ye..heheh..maklumlah 1st time tuh..

Dan, esok jugak, zura n family akan berpindah..wahh..bestnyaaa!!! tapi untuk 3 hari je.. :(
tak pe la..janji happening kan..semua ada..kakak 1st sampai la yang last ni haa..(zura la tu kan :p) semua akan berkumpul dengan mak sekali..tak sabarnyee..

Dan, birthday party untuk yang lahir bulan 11 dan 12..Yes! Yes! Anakku termasuk golongan tuh..dua2 plak tu..mikhail & akma..sayangnya b'day mama bln 5 :( hadiah semua mama a.k.a acu dah siapkan untuk semuaaa..tungguuuu..

Ni yang zura tak sabar sebenarnya :p

Tuesday, November 18, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Yesss! Baru habis baca novel nih..




Sangat2 sedih + best! Sangat tersentuh dengan Aisha dan Maria..Memang puas hati la beli! Walaupun zura tak beli, juz pinjam kak win punya je..heheh..Padahal kak win pun belum baca lagi..Zura dah katam dulu..Zura bagi 5 star la kat buku nih..Merangkumi semua aspek.
Agama + Budaya + Cinta. Kalau ada cd lagi syiokk..leh tengok banyak kali..

Dulu masa sekolah zura suka baca novel, pastu menginjak kolej, U, teruss lupa..ye la..buku yang ada pon punyalah banyak yang patut dibaca kan..Tu yang tak kelip2 mata baca novel Ayat-Ayat Cinta tu..1 hari je habis..

Novel apa lagi yang uols layan ye?


Monday, November 17, 2008

Thrill & Chill


Huwaa...nak pegi..nak pegi..tapi keadaanku tak mengizinkan laaa..takut membahayakan kesihatanku... :p.. alasan sebab takut naik roller coaster dan naik space shot kali ke-2...TIDAKKK..gerun weii..rasa cam jantung kat atas lagi padahal badan kat bawah dahh..TAPI kalau kasi rm 1 juta suruh naik benda-benda tu, InsyaAllah zura naik..hahah..sapa nak bagi? sapa nak bagi?
Tapi..i like u la Nadia..kalau rambut lurus cam ni lagiiii ayu..cara pon sempoi je..tapi, kenapa abang xikut sekali? kalau abang ada lagiiii syokkk..

Friday, November 14, 2008

Selingan..

Asyik tengok gambar makanan je kan..Hari ni kasi relax sikit pkiran uols..esok kan ada sesetengah yg cuti..zura je yang kena kerja.. :( So, have a great weekend..

Chinese Names ..

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what'sthis urgent matter about?
Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matt er! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)
Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!



-------------------------------------------------------------------

Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.
Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.
Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin.
Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

hahahah...adoila..sian maknya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Blog Widget by LinkWithin