Thursday, June 26, 2008

Papa..Baca kuat-kuat ye

Kisah tauladan untuk papa2, mama2, bakal papa, bakal mama, Zura dapat ni dari emel....
Papa bacakan kuat-kuat ye.


Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar, "Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"Saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi."Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah." Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya keLantai.Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.


Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambilTersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.


Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital..Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang Mama,Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.


"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Monday, June 23, 2008

Relax

Weekend yang relax terutama my hubby..hahah..tau dia kang abih la...Sejak ada Euro 2008 ni schedule dah jadi cam burung hantu dah..malam berjaga, siang tidooooo..zzzzz..tengah hari nasib baik panas, kalau tak, mau sampai malam dia tido..bangun2, mandi, solat, makan nasi, tengok tv jap..kol 3 petang hujan lebat gilerr..anak2 dah tido...dia apa lagi...zzz balik..ishh abang nie..nanti komplen makan banyak la..itu la ini la..tapi dia yang dok belaaaa je lemak tue..mmm..layan je la..


Petang, zura buat popia goreng..minum2 la kitorang kat gazebo..budak2 main basikal..


Cewaaahh..Mikhail ada gaya jadi Pelumba basikal negara tak?
heheh..action je tue..
Akma yang baru bangun tido..Mikhail pon nak amik gambar mama dia jugak..tapi pakai daun je..hehe..Mikhail belajar pandai2..simpan duit, boleh beli kamera besar2 ye sayang.. Tengah2 bergambar, ternampak pulak buah nangka yang tengah tunggu masa nak kena ambik..Nampak tak 3 buah nangka kat atas tu? besar-besar kan..Ni hasil tanaman mak..memang subur betul tangan mak..minta-mintak la menurun kat anak mak nie..
Oleh sebab hubby dah banyak tido, dia pon ajak la jalan2 umah kawan dia, Anuar dan Mona kat Bandar Tun Razak..dekat je kan..nak melawat anak dia yang baru keluar hospital..diorang kena radang paru-paru...Anak dia kembar..Sarah dan Fea Sarah..dua2 perempuan..tapi yang keluar hospital tu, Fea..Sarah pulak still dalam ICU lagi..dah 1 minggu dah dia duduk dalam tue..masa zura tengok tu, kesian kat Fea..walaupon dah 1 tahun pada 31/5/08 hari tu, tapi kecik je cam 3-4 bulan..kesian sangat..dia duduk diam je kat mak dia..aunty doakan Fea dan Sarah cepat sembuh ye..jangan lupa makan ubat tau..

Semalam, zura tak ke mana..duduk rumah kemas la apa-apa yang patut sambil bermesra dengan Nia (maid baru yang zura cerita tu) .. Ok la zura tengok.. nak tau tak dia tanya zura apa? akak umur 19 ye? macam masih bersekolah...wahh..kembang jap..hehehehe...pastu dia cakap mula-mula dia ingat Mikhail dgn Akma tu adik2 zura..huhuhu..dah2..stop! kang terkoyak plak..kekekek..pastu malam tu terus zura suruh dia telefon suami dia kat kampung (Indonesia)..hubbyku gelak je...cehhh..

Sunday, June 22, 2008

Akma dapat gelang

Yeay!!! Akma dapat gelang...sukanya..

Inilah gelang yang zura maksudkan tue..mula-mula masa pakai tue, akma asyik nak bukak je..nasib baik tak dapat..lama2 akma dah ok dah..akma sukaaaaa sangat gelang tue..


Taraaaa..akma dah pakai dah g jalan2..

Akma bersama nenek tercayang..

Friday, June 20, 2008

Hakikat Pernikahan

Zura dapat ni dari PCM.. Bagus artikel ni.. Fikir-fikirkanlah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Wednesday, June 18, 2008

Maid baru sampai

Malam tadi, maid baru sampai..Faizal (agen) yang hantarkan..nama dia Nia..kena pakai duit lagi..alahai..poning dah nie. Mula-mula risau gak. ye la..nama dia Nia cam nama bawang merah pulak kan... cakap la kat hubby apa yang zura rasa..pastu dia cakap ntah2 'bwg merah'..mana tau dia dah tak de tawaran berlakon, jadi maid pulak..tapi tak nak la..kang jahat sangat kang semua orang dia hasut..hahahha..amboi2 pandai aje abang mereka cerita...

Bibik (maid sebelum ni) dihantar ke rumah lain pulak..kebetulan majikan tu baru kehilangan maid sebab maid dia lari..mana taknya majikan tu pukul dia..lari la maid tu..kesian kat bibik...nangis dia semalam..zura pon rasa sebak pulak..ye la lama jugak dia duduk dengan kitorang kan..selalu dengar celoteh dia..sebab bibik ni suka bercakap..kitorang terpaksa tukar bibik sebab dia ni maid cleaning je..untuk kemas rumah orang yang dikira jam..tak pe la ye..zura doakan bibik dapat majikan yang baik..

Mikhail selalu je tanya mana bibik..padahal dia yang hantar bibik tu sampai depan pintu..ye la.budak-budak kalau dah rapat macam tu la kan..Tapi Mikhail yang memang terkenal dengan sikap friendly dia memang tak susah nak rapat dengan Nia..Akma dan Ammar pulak susah sikit nak rapat dengan orang yang dia baru kenal..Tak pe la..lama2 ok la tu kan..

Pagi tadi dua-dua anakku bangun seawal 5.30 pagi..terlalu awal kan..bangun2, terus mandikan diorang..Mikhail siap makan mee goreng pagi-pagi tu..Akma pulak sambung tidur balik sebelah abahnya..Ye la, somi tu bangun kol 2.45 pagi nak tengok bola sampai la kol 5 baru tido..ngantuk lagi la tue...untuk bola punya pasal sanggup aje..kan bang kan..betul tak?

Tuesday, June 17, 2008

Mines Wonderland

Hari tu zura cakap nak pergi Mines sekali lagi kan dengan kakak-kakak dan anak-anak buah tersayang...Semua mama-mama dan anak-anak sahaja..Abah-abah pergi marinade ayam kat rumah kak ee..Lagipun my hubby baru je pergi kan tak sampai sebulan lagi..Wife dia je yang tak bosan-bosan lagi...eh tapi sorang lelaki terlepas la..heheh..hubby kak win...dia pun nak ikut jugak..

Ok..Hari ni baru nak share gambar..Budak-budak memang seronok la dapat naik train..boat la..macam-macam lagi..Mula-mula kitorang pergi Mines hari Jumaat, sampai-sampai tengok gate Mines tu terbakar pastu ada bomba lagi...nasib baik kitorang datang lambat sikit kalau tak sure panik kat dalam tu..Dah tak dapat masuk kat Mines Wonderland, pergi pulak dalam shopping fair..layan budak-budak main game..salah satunye naik permainan kat bawah nie...Mikhail nak jugak naik sebab abang-abang sepupu dia semua naik..mama Mikhail terpaksa la naik sebab takut Mikhail nak turun pulak masa 'terbang'..





Ok..pergi balik Mines hari Ahad..Kitorang bertolak pukul 8 malam. Alhamdulillah semuanya ok dah..cuma kena masuk ikut pintu belakang sebab pintu utama tu dah terbakar..

Macam-macam aksi dibuat..Masa ni nak masuk 'Ice World'..
Bergambar bersama duit syiling yang besarrrr..Dah penat berjalan, Mikhail dan Raihan amik angin naik buaian..
Fooohhh....berasap-asap kan...betul-betul macam berada di oversea..kekekek..
Ni dalam train..lepas tu naik Garden Boat..best..sunyi je tempat yang kitorang lalu tue..
Itu sajalah yang sempat di snap..memang meriah sangat pergi ramai-ramai..Bukannye senang dapat jumpa semua kan..tu pun masa cuti sekolah je la..Ok la..ada masa, ada rezeki InsyaAllah kita jumpa lagi ye..

Wednesday, June 11, 2008

Salynas

Ni cerita kat Kedah lagi.Hari ni zura nak perkenalkan bapak sedara hubby yang kitorang panggil Pak Nyang. Kalau balik Kedah, rumah Pak Nyang lah yang kitorang tuju..Thanks ye..Pak Nyang ada 3 orang anak; 2 lelaki, Shahmi, Dek wan dan sorang perempuan, Mimie.

FYI, isteri Pak Nyang, Mak Nyang ada business roti kat Langgar, Kedah.. 'SALYNAS'.. sedap sangat roti dia...walaupun dah beberapa hari, still lembut tau..actually SALYNAS tu gabungan nama Pak Nyang dan Mak Nyang..wah romantiknya..

Inilah kedai diorang yang zura cakap tue..zura amik gambar kandid je sebab Pak Nyang ngan Mak Nyang ni malu-malu nak bergambar.. Pekerja kat sini ada 5 orang..masa zura singgah kedai tu, zura ngan encik somi la yang jadi pekerja part time kat situ..heheh..best gak..ada pengalaman baru..


Perkenalkan..Chef Asmah..off course yang pakai baju putih tu kan..


Hubby tengah makan roti..nak habiskan semua roti yang kat depan tu ke bang? Lain macam je tengok..



Masa zura nak balik KL hari tu, Mak Nyang siap bekalkan Mikhail dan Akma roti..banyak tau..Roti jagung ada, roti buah-buahan..banyak lagi la..Thanks sekali lagi ye Mak Nyang..Mikhail, Akma, Mama, Abah saaaayang kat Tok Nyang sekeluarga..Nanti kita jumpa lagi ye..

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..zura baru je balik dari Kedah sebab sepupu hubby kahwin..best..meriah sangat! Zura sampai Kedah, pada hari Jumaat pukul 4.30 pagi..sian Pak Nyang..hubby la yang suka balik awal pagi nie..tak banyak kereta..

Dikesempatan ini, zura dan hubby ingin mengucapkan " Selamat Pengantin Baru buat Abang Khairul (Abg Yon) dan Kak Rosmina, Semoga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan cahayamata yang soleh dan solehah..Amin.."

Inilah sedikit sebanyak gambar yang zura ada..Enjoy!

Masa akad nikah kat Masjid..26 May 2008

Acara pembatalan air sembahyang dibuat di rumah Kak Ros
Masjid persandingan belah perempuan kat Jalam Stadium..siap ada "flower girl" lagi..


Zura suka baju nie..lawa....


Persandingan di rumah pengantin lelaki pada 7 Jun 2008, Sabtu..Ceeewahh..main suap2 lagi ye..



Ni dalam bilik..macam2 gaya diorang buat..kalah model..hehehe

Dengar la lagu Selamat Pengantin Baru dari Saloma..Kalau kahwin, tak dengar lagu ni macam tak lengkap rasanya kan..



Tuesday, June 3, 2008

Happy Birthday AMMAR

Hampir 1 minggu kak ita kat kl, hari ni dia nak balik Kelantan, esok pulak kak ee nak bercuti ke Bandung..sedihnya..mesti rindu gila2 nanti..rindu saat2 kitorang bermanja2 adik beradik, anak-anak sepanjang cuti sekolah nie..jula @ acu sayang semua tau..**muah**..

Setiap pagi, kitorang akan breakfast kat gazebo depan rumah..Makan bersama sambil berkongsi apa sahaja cerita...seronok tau..

Agenda kitorang penuh sepanjang cuti sekolah hari tue..macam-macam aktiviti..antaranya birthday party Muammar Zikry..actually, bday dia 4/6/08 , Rabu, tapi sebab ramai yang tak de masa tu, so, kak win buat awal sikit..heheh.. semua kasi hadiah besar2....bestnya dia..

"Happy Birthday Ammar yang ke-3 tahun...Acu doakan semoga ammar berjaya di dunia dan akhirat..Jangan nakal2..jaga mama baik2 tau.."

Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan, Muammar Zikry.....Allah selamatkan kamu......Aminn....



Kek Power Rangers ni khas untuk Ammar...


Sungai Pangsun

Sungai Pangsun menggamit lagi...Airnya yang jernih, tempatnya yang bersih, disediakan bilik untuk disewa menarik perhatian kami..Memandangkan kitorang pergi ramai, dengan budak kecik lagi..lebih selesa kalau menyewa..So, kitorang sewa 3 bilik..Bilik 1 untuk kaum lelaki..Bilik 2 untuk kaum wanita dan bilik 3 untuk anak-anak2..Tak la susah nak fikir salin baju kat mana la..nak berehat lagi...

Sungai ni ada bahagian yang cetek dan ada bahagian yang dalam sampai paras kepala pon ada..Air deras dan sangat sejuk occay..so, boleh pilih ikut tahap keberanian la..heheh..


Inilah tahap keberanian 4 orang adik beradik nie..paras dada je mampu...sejuk sei..

Dah penat berendam dan berenang, tiba lah sesi memanggang, membakar dan makan..Inilah antara orang kuat yang menyediakan dan menyiapkan segala preparation...kuah untuk BBQ yang kak ee buat teramatlah sedapnya...sampai banyak kali zura dok berulang..abislah dietku...lepas makan ayam, kambing plak..ulang balik sampai la nak dekat abis baru pasan...ekekek...

Mikhail sibuk mengejar ayam kat belakang bilik tu..kalau tak bila lagi dia dapat tengok puas2 kan..Akma dan sepupu2 lain penat sangat dah bermain..sampai tertido semuanya..

Terpancar kebahagiaan dan happening di wajah suci Mikhail..Bukan senang tau nak snap gambar Mikhail sengih camnie...selalu je tak duduk diam..tapi kali ni mama berjaya jugak...Mama cayang Mikhail tau..


Blog Widget by LinkWithin