Friday, November 8, 2013

The best 'Minyak Panas' i've ever used

Bila balik dari training taekwondo je sure belakang lutut kiri ni sakit, klo sakit, esok bangun pagi azab la skit nak jalan, nak duduk solat lagi la azab. Maybe sakit sebab x stretch' dengan betul. Dari dulu x berapa suke sangat sapu2 minyak panas ni, rimas berminyak. Nak BF anak lagi, klo panas sangat kang kene plak kulit anak. (Anak dah besar2 pun still bf lg, nak pengsan)

Satu hari, mak mertua bagi free je minyak macam kat bawah ni, try la sapu lepas balik training kat tempat sakit. Alhamdulillah lepas sapu terus elok. Ajaib gak la rasa. Minyak ni dah dibacakan dengan Ayat2 Al-Quran, sangat la terbaik ! Sakit perut ke sakit kaki ke, sakit apa2 je la, sapu je insyallah terus elok.. Memang best. Sebab panas tp xpanas sangat, untuk budak2 pun sesuai. 



So sapa2 nak beli klik sini . By pos sahaja ok.

p/s: Klo nak sehat dan nak kurus kene rajin exercise ok ;) 

Wednesday, September 18, 2013

Mood Menjahit

Kain yang dah 4 tahun simpan dalam kotak, akhirnya siap jadi baju malam tadi. Boleh la pakai raya haji nanti.


 Baju kurung pesak gantung

Tuesday, September 10, 2013

Bercucuk Tanam


Letih menghadap coding ni lah aktivit yang rasanya berbaloi nak buat. 


Belakang rumah. Rumah dah xde tanah, so kene la tanam dalam pasu. ber'awning' plak tu, xde la kene basah hujan tapi still cerah kene matahari so ok la klo nak bercucuk tanam.


Anak sawi yang tumbuh dari biji benih. Boleh ke membesar ni? Motif tanam sebab malas nak ke kedai & malas nak memenuhkan sayur dalam fridge yang kecik tu, klo x masak, ke tong sampah je selalunya. 


 Rasa nak buang penyidai kain tu, tapi bila pikir balik boleh jadi tempat gantung pokok.



Saja gantung pokok bunga sebab time membasuh pianggan aku TAK suke tengok sampah sarap jiran belakang. Susah agaknye nak buang dalam tong sampah. Hmmmmmmm



Anak teruna yang nak sangat beli ikan tu, dari 5 ekor, 3 dah arwah, terlebih bagi makan kot. Letak kat wet kitchen. Ikan2 tu selalu terkejut bila ada orang basuh pinggan kat situ.



sepeket RM 2.00 murah la kan



hari ni punye kerja


Ada pokok kunyit, kari, pandan, cili, daun sup, pokok limau buat tomyam, daun bawang(segan nak hidup), tomato. Semuanya anak2 pokok belaka.



Tuesday, May 21, 2013

Collagen - Review

Umur dah nak masuk 30. huhu... seram. So nak review skit pasal collagen yang dah pernah minum.

Shaklee Collagen. Ada 15 sachet. Harga dekat rm300 kot. Beli awal tahun 2013 klo xsilap. xingat la. sebab ahli, so dah try beli 2 kotak. Sejak makan collagen dah perasan kulit licin, rambut kurang gugur, rasa kurang lapa. Jarang2 minum sebab lupe 1 hal, sebab mahal pun ye gak, mcm sayang je nak minum. huhu. Rasa dia macam ikan, aku minum dengan air kosong je. mula2 telan mcm nak muntah pun ada2, malas la nak bancuh2 ribena ke apa ke.  Lama2 dah terbiasa dgn rasa ikan tu. 


Toujours Collagen. Harga RM170 include postage. Pun sama jugak, try 2 botol, tapi kali ni share dgn husband. 1st botol rajin minum sebab semangat . 2nd botol jarang2 ble ingat baru bancuh. Pun sama jugak malas nak bancuh dgn air lain, just bancuh dgn air kosong je. Yg ni rasa dia x sepekat rasa shaklee (rasa ikan). Result sama mcm shaklee. Husband minum dah kurang dengkur. Katenye dengkur sebab penat. Penat cari duit kot, kesian dia. Sakit lutut pun makin hilang (macam orang tua sakit lutut bagai). Struktur serbuk shaklee lagi halus. 



Rumpai Laut. Dalam masa yang sama minum toujours, makcik aku kasi rumpai laut. Gred AAA n AA pun ada. Bile ingat baru bancuh dgn air, sebab kene simpan dalam peti ais. So yang rumpai laut ni pun ble time ingat je baru makan. Sebab time ingat je baru makan, so no comment la pasal kebaikan rumpai laut ni. Ada terbaca kate rumpai laut sebenarnya bukan collagen tapi ramai je orang kate bende ni bagus. Aku masak guna daun pandan, rasa dia sedap la skit dari rasa ikan. Sampai sekarang ada lagi dalam peti ais tu.



Aura White. Sebabkan 2nd botol toujours dah nak habis, aku try plak beli aura white, makcik yg tolong belikan, RM130 dapat free shacker + mask. Kira murah la aku rasa dari collagen yang aku pernah beli sebab aura white ni botol dia besar. Kali ni rasa sedap skit, rasa masam2 lemon + berry. Xsampai sebulan pun try bende ni. Result sama macam collagen2 diatas. Tang kulit putih tu no comment sebab kulit aku dari azali kale kuning langsat. sampai skrg pun kale sama jugak.




Weekend baru ni g shopping barang kat jalan tar, ada orang tegur. dia ingat aku bawak adik g jalan2. Padahal anak aku. hahaha. Aik, aku nampak muda dah eik??? Hehehe




Saturday, February 9, 2013

Homemade circl skirt

Pakai skirt yg mommy jahit


Sunday, January 27, 2013

Satin Rosella

Material : Satin Rosella
Size     : 3.5m bidang 60'
Harga    : RM 114 Tidak termasuk postage (Semenanjung RM6)




SR 01


SR 02


SR 03


SR 04




SR 05


SR 06


SR 07


SR 08


Pencil Case / Make-up Bag

I just finished making these pencil case with lining. Fuhhhh... 

Size     : 10" x 5.5 "
Material : Heavy Cotton with lining









PC 01


PC 02 - Sold


PC 03 - Sold


PC 04 - Sold


PC 05


RM 22 EACH