assalamualaikum.
senyum.
4.25a.m. Entah kenapa pagi-pagi buta tetiba rasa nak update blog yang dah lama tak tersentuh. Banyak cerita untuk diceritakan..cerita tentang kehidupan..kehidupanku..ecewah!(pehal aku wat ayat camtu?! erkk)..
Cerita lama yang senantiasa segar..tarikh 10.12.2010..satu tarikh keramat! tarikh kemenangan dan kebebasan buat hampir keseluruhan coursemateku!..setelah 3 tahun setengah bergelumang di bumi UTM..Alhamdulillah! selesai sudah degree!..lega tak terkira!..syukur tak terkira kupanjatkan ke hadrat Illahi walaupun banyak dugaan dihadapi..fuhh!..owh, kawan2 yang masih di sana, good luck aku ucapkan..gambate! chaiyok! :)
[penulis bersama tesisnya:senyum sampai ke telinga]
sambung masters?..insyaAllah..mampukah?.semua orang mampu, cuma nak tak nak je.itu kata2 semangat kawanku berikan tatkala aku keliru dengan kemampuanku sendiri..terima kasih sahabat!..
"Dia bagi dugaan sbb Dia rindu nak dgr anda meminta2 dlm doa'"
"Ingatlah Zul, senjata umat Islam adalah DOA"
"mungkin ALLAH tak nak kita terlalu selesa sebelum tiba masanya"
juga kata-kata sahabatku ketika aku kehilangan daya dan semangat dalam menyiapkan projek dan tesis. Ya! benar kata-katamu wahai sahabat. Kiniku lebih selesa dan tersenyum gembira. Aku takkan lupa insyaAllah!..:)
Benar. Aku sangat gembira pada hari itu, tapi entah kenapa perasaan sedih dan rindu tetiba datang menjenguk. Mungkin sebab pada hari keramat itu aku bakal meninggalkan sahabat yang happening, lecturer yang berjasa pada diri ini, juga kehidupan di sana. Mujur ada sahabat datang mengatakan, "chillax bro. got FB maaa..hehe".. ya sahabatku betul!, kukembali senyum. Sekurang2nya terubat rindu bila menatap gambar2 kita bersama di FB =)
kenangan bersama:
1. Arked cengal penuh dengan manusia2 dari scv 1st batch menyiapkan assignment sampai ke pagi buta!.
2. Badminton, tenis, futsal, galah panjang bersama..bila lagi ya kawan2? T_T
3. Raya! ya raya bersama2..rombongan ke rumah lecturer2 menikmati hidangan yang lazat..nyummm..soto rumah Dr. Shah sedap dow!..mee rebus rumah En. Rosely paling delicious pernah aku rase!..huhu..owh, juga berbuka bersama!
4. Desaru trip!..owh, this is major kenangan yang pasti tak lupa..8 kereta berangkat ke sana,..main polo air(polo cara kita!), shak dan faraNab kena tanam!, buat sandcastle, bola tampar pantai, tarik tali, karaoke, bbq...huuu~ sungguh seronok masa itu dan cepat sungguh masa itu berlalu..kenapa?!
Terima kasih sahabat kerana hadir memeriahkan dan mewarnai diari kehidupan aku. Sungguh pengalaman bersama kalian sangat manis dan senantiasa segar dalam ingatan aku. insyaAllah. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Semoga kalian berjaya di dalam haluan kalian. Jangan lupa jemput bila kalian bakal membina masjid idaman. =)
"Sometimes i open up my chest of memories just to keep them locked in my heart forever"