24 December 2012

Banjir di sekitar bandar kuantan

Salam,

Keadaan banjir di sekitar bandar Kuantan agak teruk juga.

Berikut dikongsikan gambar-gambar keadaan banjir di bandar Kuantan.

 
 Berhampiran Megamall

 Persimpangan berhampiran Kamdar

 Jalan Wong Ah Jang berhampiran Cowboy

Terminal Makmur

Jalan Besar (Jalan Mahkota)

Depan Kamdar, Persimpangan Terminal Makmur

Dasyat. Warga Kuantan dinasihatkan merujuk sumber yang sahih sebelum memulakan perjalankan ke bandar kuantan.

Rujuk laman berikut:




Aku nak balik dah ni... doakan yang terbaik yerk... nampaknya hujan belum berhenti...

Okbai..

Monday Blues: Tengkujuh, cuti dan aku...

Salam,

Kesejukkan... keadaan aku sekarang even aircond dah ditutup seawal pagi tadi.

Hujan mula turun dengan lebatnya sejak malam tadi. Kuantan kini menjadi kawasan tadahan hujan utama negara.

Hari ni, malah minggu ni, warga POLISAS pakat-pakat bercuti. Aku?

Xtually, aku sendiri duk bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak cuti? Dah kul 12.43 tengahari. Aku belum ada jawapannya.

Hujan masih turun dengan lebat dan renyai-renyai silih berganti.

Khabarnya jalan di depan POLISAS sudah dinaiki air, dan agak berbahaya kepada kenderaan kecil. City aku ni kategori kecil ker, separa kecil. hurmm.... takkan nak bermalam kat pejabat kot.

Sadis.

Kantin pon tutup. Nak makan apa lunch ni? Takde ker bomba or tentera nak jatuhkan makanan kat depat pejabat aku ni?

Lemau.

Keje banyak. Tapi malas giler nak wat dalam keadaan suhu dah suasana kerja yang serba serbi suram ni.

Arrrggghhhh.

Ada 4 jam lagi nak balik. Persoalannya, boleh balik ker ni? huhuhuhu

Jom layan gambar, musim hujan di polisas. Gambar direct dari HP tak di edit sebab MALAS.

Jam 8.00 pagi

Jam 12.30 tengahari

Salah satu kawasan pejalan kaki di POLISAS

Tasik POLISAS



 
Jangan merungut Encik Zuhaimi oi...

OKBAI.

12 December 2012

RabuBisu: Pelajar POLISAS sesi Dis 2012

Gambar diambil sewaktu Perasmian Minggu Transformasi Siswa.



Aku di atas pentas bersama ahli Mesyuarat Pengurusan POLISAS...

06 December 2012

Pesta Durian...

Salam,

Sedia maklum sekarang musim durian. Kali ni durian melimpah ruah di serata pelusuk Negeri Pahang.

Kat POLISAS ni pon terkena tempiasnya. Hari ni bau durian memenuhi ruang di mana-mana sahaja.

Alkisah, hari ni Persatuan Kakitangan POLISAS mengadakan jamuan bagi meraikan perpindahan Dato' Pengarah, Timbalan pengarah dan beberapa staf. Diorang tempah 500kg durian daripada FAMA. Hambuk ko, pakat mabuk durian lah kitorang.

Jom tengok gambar (malas edit, direct from HP)

 Sesiapa yang nak beli, boleh beli. 5 biji RM10. Pilih sendiri nak besar ke kecil.

 Yang ni percuma sahaja. Boleh makan banyak mana yang mampu. Macam-macam jenis, semua ada...


 Gigih kan staf-staf POLISAS menghentam durian..hehehhe...

Tamatlah riwayat 500kg durian....

04 December 2012

Papasenduk: Sambal Durian

Salam...

Hari ni nak kongsi satu resepi mudah yang 'Best in the world' punyer...

Sila jangan salah paham, ini bukan sambal tempoyak...

Musim durian ni, sambal durian memang membuka selera.

Bahan-bahan:

- beberapa ulas durian segar (kualiti terbaik punyer)
- Cili api
- Sedikit garam

Cara membuatnya

- Tumbuk cili api bersama garam.

- Masukkan isi durian dan gaulkan.

- Sedia dimakan bersama nasi putih, ikan singgang dan kangkung belacan. Wauuuu, naik 5kg.

Tip: Lagi mahal durian yang digunakan, makin sedap ah sambal ni....heheheheh...

30 November 2012

Khamis nan indah...

Salam.

Semalam hari khamis kan?

Aku bercuti sehari. Buat apa? Ni nak story mory ni...

Dah lama sebenarnya tak berjalan abiskan masa bersama isteri tanpa si kecil Auni. So amik cuti, hantar anak ke nurseri dan here come the plan.

Konon-konon, nak gi scan baby dalam perut, nak jalan-jalan kat Perfect Livin', nak tengok wayang dan sebagainya.

 Lepas je hantar Auni ke nurseri (terpaksa berlakon macam nak gi kerja. Mengamuk plak dier kalau tgk umi ngan abi dier pakai mcm nak gi jalan), aku dan cik puan gi klinik dulu. Nak intai-intai baby dalam perut. Sihat ke dier, dah besar ke dier dan dier ni boboy ker gugurl.... Lama gak wat scan, 2D, 3D dan 4D... Hasil scan nanti aku kongsikan (kalau rajin)...hehehe

 Pastu we all terjah plak SASICC, ada Perfect Livin (pameran dan jualan barang-barang umah). Almaklumlah, tahun depan nak masuk umah baru, sonok ah gi sini. Leh berangan nak buat itu ini kat sini.

Matlamat utama nak dapatkan sebut harga untuk kabinet dapur, wardrope dan kabinet TV. Pastu nak cari sinki, paip air, lampu dan kipas siling. Bleh ah nak cuci mata. Nak beli, ada ah sesetengah barang tu murah, but kebanyakkannya mahal. Sesuai untuk mereka yang beli banglo kot.

Cadangnya nak lepak kejap jerk, tapi habis masa kat sini dari pukul 11 hingga jam 1 petang, solat zohor pastu sambung balik sampai jam 3 petang. Sakan.

 Bila kuar jerk dari SASICC, perut sudah terasa lapar. Makan kat CRS. Kosong je kan. Sampai pekerja sorang pon takde. Jangan tertipu dengan gambar di atas. Masa sampai penuh orang kat sini. Pastu aku halau diorang semua...hahhaha, aku tipu lagi...

Tengok jam dah jam 4. Pukul 5 dah nak kena amik si kecil kat nurseri. So takdelah peluang nak gi tengok wayang. Lagipun takde citer best (alasan jer)...

Kadang-kadang jalan berdua jer sonok gak.

Bila amik Auni dari nurseri, terus timbul rasa kesian. Kesian dier kena tinggal...hehehehhe...

28 November 2012

Astana2: Pelan

Salam,

Dalam Astana edisi yang lepas, aku dah kongsikan gambar-gambar perkembangan rumah aku yang masih dalam proses pembinaan.

Meneruskan entry yang lebih bersifat catatan sebagai kenangan peribadi ini, aku nak kongsikan plak pelan rumah tersebut.

Secara umumnya, keluasan tanah bagi kediaman ini adalah 85'x72'. Tapi tanahnya tidaklah petak tepat, Ada serong sikit. Keluasan bangunan plak sekita 35'x58' termasuk garaj kereta. Tidaklah seluas mana.  Kira selesalah untuk kami sekeluarga.

Kalau dilihat pada pelan, kawasan laman rumah ni agak besar. Terfikir juga, boleh ke maintain laman tu nanti? Ada ke masa nak potong rumput dan tanam pelbagai tumbuhan?

Xtually, aku ada gak berangan nak pecahkan laman tu kepada dua bahagian; laman dapur dan laman tropika. Well, tengok nanti hasilnya. Takut jadi tapak semaian lalang jerk..

Oklah. Setakat ni sajer edisi Astana kali ni. Next time nak kongsi gambar-gambar dalam rumah plak.


27 November 2012

Teeettttt....

Salam,

Hari ni takleh bebel panjang-panjang.

Sila lihat gambar di bawah, kemudian berikan tajuk yang sesuai untuk gambar di bawah ini. Lokasi, pejabat aku...huhuhuhu...


23 November 2012

Part time job : Konvokesyen...?

Salam,

Wah rindunyer nak menulis dalam blog ni... (cess)

Ok, Hari ni nak citer skit tentang dua kerja yang aku buat (part time job) dalam bulan november ni.

Secara kebetulan, dua-dua job ni berkaitan konvokesyen.

1st, hari Graduasi Kanak-kanak Tabika KEMAS Dun Lepar. Berlangsung di Semuji Agro Resort.

Kerja aku, Pengerusi Majlis. Xtually tolong-tolong jerk. Tapi adalah habuannya jugak...heheheh

Sedikit sejarah aku dalam bidang pengacaraan majlis ni, aku ni mmg minat bidang pengucapan awam. Dari darjah 4 lagi aku dah wakil sekolah acara bercerita, pastu berpidato, berforum, berpantun dan paling aku suka berdebat. Sepanjang 7 tahun diuniversiti, dari ijazah sampau master, aku mmg aktif berdebat. Jadi bila dah suka sgt bercakap depan orang ramai ni, maka selalulah disuruh jadi pengacara majlis.

Masa kat U dulu, pernah jadi MC tetap MPP. Semua majlis aku jadi MC...heheheh... suara takde best pon, tapi boleh ahhhhh....

Jom layan gambar dulu.

Amaran: Kualiti gambar agak rendah (pakai HP paling 'canggih' diabad ini..teeetttt)

Ni gambar dari tempat aku berdiri... tengok ah teks,senarai nama dan aturcara majlis bersepah...

Konvo budak tadika, paham-paham jelah....

Paling mengharu birukan keadaan, tetiba dewan black out dekat setengah jam... seksa MC kena pakai hailer....teeeetttt

Best part, ada persembahan...nasyid, pantun, tarian, dan teater Ombak Rindu...heheheh

Satu lagi kerja part time aku, ada 'penyedia Caption' (aku reka jer nama jawatan ni, hahahah)  untuk produksi Indahku Studio... owner syarikat ni, rakan sekerja aku... dia pencen dan bukan syarikat ni...

Apa tugas 'Penyedia Caption'? Kalau korang tengok TV, pastu ada kuar nama orang, nama tempat dan sebagainya kat bawah video tu, itu ah keje aku...memastikan caption tu kuar tepat pada masanya.

Selalunya kalau waktu konvokesyen, kerja aku kuarkan nama graduan bila mereka terima sijil, diploma atau ijazah. Kerja aku termasuklah sediakan sistem, database, kad naik pentas dan lai-lain yang berkaitan. Bayarannya agak 'masyyyuuuukk'...

Jom layan gambar Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Hj Ahmad Shah. Ni kali kedua aku terlibat dengan konvo KIPSAS ni. 1st time, VVIP dier Sultan Pahang, kali ni YAB MB Pahang (patutnya sultan gak, tapi cancel last minute)...

Lokasi konvo di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC)

 Ni keadaan meja kerja aku.. betul-betul tepi pentas..

Buat kerja kena control abis, sebab betul-betul setentang dengan VVIP...

Ha, sebelah jer tempat MB berucap...


Seronok jugak sekali sekala wat kerja yang lain daripada kerja seharian. 

Oh yer, selalunya kalau konvokesyen POLISAS plak, aku bertugas sebagai Floor Manager dan Pengacara Majlis...nanti bila tiba Konvo POLISAS, bleh ah aku citer lebih2 yerk...


21 November 2012

Not Give Up....


14 November 2012

RabuBisu: Kid and Water



12 November 2012

Monday Blues: 1Malaysia sambut Deepavali

*Gambar godek kat pakcik google

Ok, esok sambutan Hari Deepavali. Kepada kawan-kawan beragama Hindu, Happy Diwali.

Kita yang bukan beragama hindu ni camner? 

Ada yang kata  takleh nak terhegeh-hegeh sambut sekali. Pergi rumah terbuka bagai. Kata they all, kalau kita sambut sekali, boleh jatuh murtad and what so ever.

Pada aku ah, kita di Malaysia ni hidup dengan pelbagai kaum dan agama. Kawan-kawan kita dari pelbagai ras dan suku. Tak salah kita tumpang bergembira pada hari kegembiraan mereka. Bukannya kita meraikan deepavali atas sebab Maha Krishnan dah berjaya mengalahkan Raja Naragasura yang kejam.

Tetapi kita sama-sama menyambut Deepavali atas ajaran Islam yang menitik beratkan jalinan silaturahim dan saling hormat menghormati sesama kita.  Malah kita boleh menonjolkan akhlak mulia seorang muslim sebagai dakwah islamiah kepada bukan muslim. Betul tak?

Yang penting sekali ESOK CUTI. Bleh lepak kat umah sambil layan citer tamil and citer hindustan.

Tapi kat tempat kerja ai ni, dah ramai pon bercuti. Over kan. 

07 November 2012

RabuBisu: Water and us, Awana Kijal pt.3







06 November 2012

Sindrom Anak Kedua

Salam,

Hari ni isu 'parenting' skit.

Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Bakal menimang anak kedua awal tahun depan.

Jujur, bila baca tentang simptom anak kedua, memang aku ader serba sedikit simptomnya. +ve and -ve. Jadi bila dah nak tatang anak kedua ni, rasanya wajar untuk mendalami simptom ini, agar tidak terlalu memberi kesan -ve kepada anak aku nanti.

**Gambar ehsan pakcik google

Apa itu Simptom anak kedua a.k.a middle child syndrome?
Sindrom personaliti bagi anak yang berada di posisi tengah. Biasa lebih menyerlah jika ada abang/kakak dan adik. Biasanya mempunyai perasaan iri hati terhadap abang/kakak yang dilihat lebih dominan atau berkuasa dan adik yang lebih dimanjakan/diberi perhatian oleh ibu bapa.

Pernah juga dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap, sindrom ni akan lebih menyerlah jika anak kedua sama jantina dengan anak sulung.

Apa yang terjadi sebenarnya?

1. Bila ibu bapa terima kelahiran anak sulung, semua pengalaman adalah pengalaman pertama. Semua pencapaian anak kita diberi penghargaan yang mengujakan. Kalau boleh apapun yang dibuatnya nak dirakam dan dimuziumkan. Tapi bila terima kelahiran anak kedua, pengalaman anak pertama seolah-olah berulang semula. Takde lagi nak excited bagai. Contoh, bila anak sulung mula-mula pandai meniarap, mak ngan ayah macam nak wat kenduri kesyukuran. Tapi bila anak kedua mula pandai meniarap, "Biasa ah budak-budak umur camtu"....teeetttt....

2. Recycle abang/akak punya. Masa nak terima anak sulung, semua baru. Setiap kali ada baby fair, excited giler nak gi. Borong tak hingat dunia. Kena tima anak kedua, nak-nak pulak yang sulung perempuan second pun perempuan, jimat duit mak bapak ko. Well, dari segi ekonomi memang ok. and masa anak tu masih baby oklah kot. Tapi kalau sampai ke besar duk pakai baju recycle akak jerk, rosak mental budak tu. "Alah, baju akak ko elok lagi, watpe nak membazir beli baru, pakai jelah"... teeettttt....
*akibat recycle punya pasal, aku masa kecik-kecik dulu kena pakai baju akak aku. Tak sesuai kot baby boy pakai baju baby girl. Sampai tadika tau...ish3... (baju kurung pon pernah pakai)..lalalalal

3. Kurang perhatian. Bukan takde but kurang. Masa anak sorang, everything for him/her. Semua masa adalah untuk dia. Bila dah ada dua anak, well masa split ah. Untuk anak sulung dan anak kedua. Walaupun kita dikurniakan anak 10 sekalipun, masa tetap ada 24 jam je sehari. Lebih malang bagi anak kedua bila dier menerima adik. Merasalah tumpuan diberikan kepada yang ketiga. Anak kedua dah jadi urusan anak sulung plak. Ish3...

4. Joel Kotin dalam buku dier "Getting Started: An Introduction to Dynamic Psychotherapy,"  ada kata, anak kedua akan mengalami saat perit di'sisih'kan dalam keluarga. Macammana? Bila anak kedua dilahirkan, anak sulung merasakan adiknya itu mencuri kasih sayang ibu dan bapanya. Ibu bapa plak tidak akan mengetepikan anak sulung mereka since he/she their 1st ever baby. Pastu lahir plak anak ketiga. Anak sulung ada kemungkinan yang besar untuk bersekutu dengan adiknya yang ketiga. So, yang kedua jugak takde geng...kesian.

Actually, banyak lagi kes-kes yang mendorong kepada lahirnya sindrom anak kedua ni. Malas nak taip ah..heheheh

Kesan?

Biasanya anak kedua rasa kurang diberi perhatian.

So, atas sebab nakkan perhatian, banyak perkara akan berlaku. Ada yang positif. Anak kedua biasa akan belajar dengan lebih tekun, so that dier akan dapat keputusan yang cemerlang dan diberi perhatian oleh ibu bapa.

Tapi, ada juga yang lebih aggresif. Buat 'hal' untuk dapat perhatian. Malah ada yang mencederakan diri sendiri untuk attention. Lebih baik kena marah daripada langsung tidak diperdulikan.

Betul. Aku memang macam tu. Setiap apa yang aku buat, aku sangat perlukan perhatian. Nak orang tengok dan respon. Tak kira positif atau negatif, asalkan ada yang respon. (alamak bocor rahsia, teeettt)...

Menurut pakar, anak kedua biasanya akan ada masalah dalam menghadapi stress dan keyakinan diri. Akibat rasa tidak dipedulikan, mereka tak rasa diri mereka penting dan semua usaha adalah useless. Terukkan.

Tapi penyelidik di Universiti Oslo kata, anak kedua biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi dan lebih bijak selain lebih berdikari. (tepat sekali. Aku ada bukti)

Personaliti -

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros sini

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas. sini

Penutup

Sebenarnya, aku sengaja tulis entry yang tak seberapa ini kerana aku nak sedarkan diri aku agar aku bersedia menimang cahaya mata kedua.

Kalau boleh aku nak, apa yang Auni dapat, adiknya pun dapat sama atau lebih baik. Pasti akan ada perbezaan, tapi biarlah perbezaan itu membawa kebaikan.

Realiti - banyak mende yang aku buat sewaktu wife pregnant anak sulung tidak aku lakukan bagi anak kedua ini. Macam kurang excited.

Menebus kesalahan - aku ada lagi 3 bulan untuk bersedia menerima anak kedua. Pastinya nasihat rakan-rakan amat diperlukan. 

Apa yang ku lalui sebagai anak kedua mencorak kehidupan aku sekarang. Harap anak kedua aku akan menempuh kehidupan yang lebih baik.

"SORRY ENTRY PANJANG DAN BOSAN...TEEEEEETTTTTTTTT"



05 November 2012

Entry cover malu: Awana Kijal pt.2

Salam.

Baca je tajuk dan anda semua boleh bersedia nak gelakkan aku.


Dua keping gambar di atas ni menunjukkan sebuah cafe yang boleh ditemui di Awana Kijal Terengganu.

Atrium Coffee Lounge.Terletak di lobi hotel. Menghidangkan homemade biskut, pastri, kek, muffin dan lain-lain.

Menariknya, cafe ini menawarkan diskaun 50% ke atas semua produk pastri dan keknya selepas jam 9.00 malam. Harga muffin di sini hanya RM3. Murah bukan.

Ok, cerita memalukan bermula di sini.

Jam 9.15 malam, aku gi ah ke cafe ni. Nak beli muffin since my wife dah beli seketul pada sebelah petang. Sedap.

Kata wife aku, murah pastri dan kek kat situ. Semua RM3 jek.

So, bila dikira-kira, selepas jam 9.00 malam, harga dah jadi RM1.50. Jeng jeng jeng. Jom serang.

Aku pon borong ah, 1 muffin, 1 cream puff dan 2 slide kek (blueberry cheese cake dan strawberry yogurt cake). Gi bayar. Teeetttt kena RM12.

Odw ke bilik, aku duk kira-kira. Macam atkde diskaun jek. Kat resit pon tak tulis apa-apa. Telahan aku, maybe diskaun untuk yang dine in  je kot.

Sebelum check out, aku ni jenis suka isi borang kaji selidik kepuasan. So dalam borang tu aku tulis ah serba sedikit pasal diskaun 50% tu. Aku minta pihak hotel perjelaskanlah konsep diskaun tu dengan lebih jelas.

Xtually, aku tak kisah sangat bayar RM12 tu, murah dah kot utk 4 produk bertaraf hotel 5 bintang. Sajer je nak tulis gak. Hahahahha.

Jumaat lepas.

Tetiba pihak Awana Kijal call aku. Niat mereka nak bagi penjelasan dan meminta maaf atas kekeliruan tu.

Aku agak terkesima, bagus betul diorang punya sistem pengurusan aduan pelanggan. Siap call lagi. Hotel lain, aku komen apa pon, rilek jek. Taknyer nak call.

Bincang punya bincang, berserta penjelasan pihak hotel, kesimpulan yang boleh dibuat:

"AKU YANG SILAP RUPANYA"

Yang RM3 tu, hanya muffin. Kek 1 slice RM9. 50% diskaun jadi RM4.50, 2 slice jadi ah RM9. 1 muffin RM1.50 after diskaun. Cream puff RM1.50. Total RM12. Teeeeetttttt.

Mula-mula pihak hotel duk minta maaf ngan aku. At last aku plak yang minta maaf. Hehehhehehe.

MALUNYER.

Tapi, aku memang kagum ah dengan Awana Kijal ni, diorang handle isu dengan sangat berhemah, dan staf yang call aku tu sgt ah ber'lembut'nyer. 

So untuk cover balik kesilapan aku tu,

JOM AH RAMAI-RAMAI KITA SERBU ATRIUM COFFEE LOUNGE, AWANA KIJAL. PASTI ANDA BERPUAS HATI DENGAN LAYANAN YANG MESRA, PASTRI DAN KEK YANG MENYELERAKAN SERTA SUASANA YANG MENDAMAIKAN. LEBIH MENARIK MEREKA MEMBERIKAN ANDA 50% DISKAUN KE ATAS SEMUA PRODUK PASTRI DAN KEK SELEPAS JAM 9.00 MALAM PADA SETIAP HARI. SANGAT BERBALOI-BALOI.

** matilah, cover malu dengan iklan percuma... teeettttt...

02 November 2012

Jimba-jimba: Awana Kijal, Terengganu. pt1

Salam,

Wah, minggu ni ala-ala sibuk gitu. Merasalah update blog banyak letak gambar jerk.

Intro
Untuk pengetahuan korang semua, 25 Okt 2012 yang lalu, Ulangtahun perkahwinan aku yang ke-3. Dah 3 tahun rupanya berumahtangga. Bahagia sokmo gitu...chewah.

So, perlulah bagi hadiah kan. Kalau rujuk sini, patutnya tahun ketiga beli hadiah berasaskan kulit dan bunga matahari. Patut ah cik puan selalu mengidam nak handbag baru...

Malangnyer suami soleh dier yang sorang ni, takde maknanya nak beli handbag. Handbag hantaran dulu pon mak den yang tolong pilih.

Tapi suami cik puan ni merancang satu percutian misteri. Cik puan memang gigih ah nak tahu. But aku bagi dier 1 klue jer sehari. Samapai sudah dier tak dapat jawapan.

Hari yang dinanti tiba juga. Cik puan kemas barang berdasarkan klue yang diberikan. Bertolak jam 10.30 pagi, singgah umah makcik jap, sampai jam 1.00 petang. Dekat je kot kuantan dengan kijal tu.

Taddaaa... lebar senyuman cik puan melihat hotel yang tersergam indah.

Adoi, malas plak nak menaip.

Kali ni, aku kongsikan gambar-gambar rupa hotel tu serba sedikit. (tak sempat kot nak snap byk2)...

Keadaan Lobi. Lobi ni berkonsepkan terbuka. Tapi harum sangat. Macam masuk spa

 Bilik kitorang di tingkat 7. Lobi di tingkat 3. Sistem lift dier sangatlah excellent. Cepat dan tuntas.

 Some decoration di lobi.

Ok, jom masuk bilik.
.
.
.
v

Ting tong...

 Premier Sea View. Katil King, ada semua kelengkapan yang diperlukan. Tip top even hotel ni dah bukak zaman Mahathir jadi PM lagi.


 Tengok Toiletnyer, best kan. Luas. Siap bleh buka tingkap dari bilik. Tengok si kecil tu. Memanjat sana sini. Yang best juga, ruang Poop dan shower ada pintu berasingan. Jarang ada kat hotel2 lain.



 Ni permandangan dari tingkap bilik 720. Nice.


Adoi, nanti aku update lagi, aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Syok oooo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...