26 August 2009

Hari ke 9 Induksi: Kuliah Terakhir...

*Gambar yang disnap oleh seorang teman beberapa hari lepas..

Tiba juga hari terakhir utk kuliah-kuliah yang telah ditetapkan.. hari ke-9 ni meliputi kuliah-kuliah:\

1. Komunikasi Berkesan - C.R. Shamsul Bahrain Haron
2. Pengenalan Kepada Kaunseling - C.R. Shamsul Bahrain HAron
3. Budaya Kerja Minda KElas PErtama - En Abdul Aziz Jaafar

Maka berakhirlah sesi pembelajaran untuk kursus induksi ini... hari ni, kami semua sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan... selain itu, kami juga diberikan masa sehari suntuk hari ini utk mengulangkaji pelajaran2 lepas kerana esok akan diadakan peperiksaan... klu tak lulus maknanya kena lah mengulang induksi (uisshhh, mau nangis klu kena mengulang).

Apa2pon, doakan SOT ek agar berjaya menjawab soalan2 dengan tenang.

24 August 2009

Hari 5,6,7,8 Kursus Induksi: Berkursus dalam Ramadhan...

Dah hari ke-8 and dah nak masuk hari 9 kursus induksi ni... eh eh, pejam celik pejam celik dah lebih seminggu SOT berkursus kat hotel sentral ni...

Sebelum apa2 jom tengok isi kandungan kursus utk beberapa hari ni...

Hari 5

1. Dasar-dasar kerajaan - En Abd Hafaz Ngah.
2. Pengurusan Pejabat - Tn Hj Aminuddin Hj Ibrahim
3. Arahan Keselamatan - Tn Hj Aminuddin Hj Ibrahim

Hari 6

1. Nilai dan Etika - En Abd Rahim Jalaluddin
2. Pelan Integriti Negara - En Abd Rahim Jalaluddin
3. Pengurusan Organisasi - En Khalid Gazi Hj Ali
4. Kepimpinan - En Khalid Gazi Hj Ali

Hari 7

1. Agensi Anti Dadah Kebangsaan - Cik Farah Wahida
2. SPRM - Supt K.S. Radhakrishnan
3. Struktur Organisasi KPTM - Pn Mathumathi

Hari 8

1. Pembelian dan Perolehan Harta Awam - En Ruslan Awang
2. Peraturan Pegawai Awam 2005 - En Che Ku Ihsan
3. Perundangan KPTM - En Mohd Amin Hamat

Dah 3 hari berkursus dalam keadaan berpuasa.. Mengantuk dah jadi rutin harian... tapi ok gak sebab tak terasa hari berlalu.. tetiba dah petang... pastu kejap jek dah berbuka...

Masalah sakit perut tak pernah pon baik.. cuma tak lah sekerap awal-awal kursus aritu... klu awal2 dulu dekat 6 kali ke tandas sehari, kini dalam 3 atau 4 kali jek...

Mungkin perut dah mula serasi kot... cuma yg sedih nyer waktu sahur... penat bangun awal pagi, menunyer nasi goreng ngan sayur sawi goreng kicap... ingat hari pertama jek... rupanyer malam keesaokkan nyer pon samer gak...

Tapi malam semalam sot seronok... sebab kawan sot yg dah lama tak jumper datang... kitorang kuar dalam pukul 10.30 malam after terawikh.. lepak kat coffee beans BAngsar... kul12 kedai tu tutup, kitorang lepak plak kat KFC wangsa maju ( i think, heheeh)... pastu ronda2 keliling KL n lepak dataran merdeka borak2... dekat kul 3.30 pagi baru ah SOT balik hotel... melampau kan...heheehe

Nway, skrg semua ahli kursus sedang bertungkus lumus nak siapkan assignment... sot dah siapkan assignment individu, assignment kumpulan ader satu lagi tak siap...

well kali ni tak de gambor nak dikongsikan, maybe next entry bleh tunjuk pic2 yg menarik....

22 August 2009

Ketibaan Ramadhan

Ramadhan utk tahun 1430H kini tiba.. bulan yg penuh keberkatan dan dijanjikan gandaan pahala pada umat manusia yg mahu bersyukur...

Tahun ini, SOT memulakan ramadhan di Hotel Sentral ni lagi... bersama kawan2 yg berkursus induksi... Alhamdulillah makanan yg disediakan agak menarik, cuma yg kurang memberansangkan, masih selera mamak.. huhuhu... kecewa, perut masih memulas2...

Kepada kawan2, sahabat sekerja, teman2 yg membaca blog ni, serta siapa jua, SOT memohon kemaafan sekiranya ader melakukan kesalahan kepada kalian semua.... semoga ramadhan kali ini member seribu kerahmatan pada kiter semua.. Amin..

20 August 2009

Hari 3 dan 4 : Syaitan bergayut di kelopak mata..

Uishh... semalam penat sgt, tak sempat nak update blog ni...

Berikut adalah isi kandungan kursus:

Hari ke-3 : Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awan (Pn Norzeti Zainal) dan Tatakelakuan dan Larangan dalam Perkhidmatan Awam (En Razul Ikmal Ramli).

Hari ke-4 : Pengenalan kepada Pengurusan Kewangan, Sistem Perakaunan kerajaan, Sistem Bayaran dan Sistem Penerimaan ( Pn Norehan)

Sepanjang dua hari dengan input yg cukup berat ini, SOT mengalami masalah, syaitan yg suker bergayut di kelopak mata... MasyaALLah dasyat sungguh cabarannya... ngantuk...

Ini baru hari biasa, camno ah klu tiba hari posa nnt... makin hebat ah dugaannya...

Apa2 pon satu perkara yg menarik perhatian SOT ialah satu pernyataan ini

SHAPE UP or SHIP OUT

Kata2 ni diungkapkan oleh Ketua S/usaha Negara Tan Sri M. Sidek Hassan ditujukan khas pada semua penjawat awam.. dan kini menjadi pegangan SOT dalam menjadi seorang penjawat awam yg lebih bertanggungjawab...

Kat bawah ni ader beberapa gambar keadaan kursus induksi yg sot ikuti ini...

uittt, saper ni? heheheheh

Atas meja yg kononnyer sgt tekun berkursus...

Keadaan dlm bilik kursus, tak de org, semua gi minum pagi...

18 August 2009

Induksi Day 2: Perut yg makin tidak selesa...

Selasa, 18/08/2009, Hotel Sentral Kuala Lumpur.

Hari kedua utk kursus induksi dimulakan dengan senaman pagi yg 'sedang-sedang' ajer.... Wat regangan then jogging skit then urut mengurut then terus sarapan...

Kemudian sesi ceramah dipenuhi dengan tajuk2 berikut:

1. Pengucapan awam

2. Pendekatan ISlam HAdhari

3. Perintah Am K/Tangan awam Bab B,C,E,F,G

Sesi malam plak dipenuhi dengan aktiviti pengucapan awam... Turn SOT blum tiba lagi... maybe esok... dah prepare pon... semoga dapat wat public speaking ngan cemerlang...

ISunyer di hari kedua ni, perut SOT dah makin beragam dan menjerit2 minta diselamatkan...


SOT mmg takleh nak terima sgt makanan dengan selera MAMAK... tak tau kenapa... mudah kena sakit perut...

Xtually SOT dah mula sakit perut sejak semalam... jam 3 pagi still ke tandas, 5 pagi ke tandas lagi, 7.00 pagi tandas lagi, 9.00 pagi sekali lagi ke tandas, 2.00 petang ke tandas, 7.00 malam ke tandas dan skrg ni pon ader rasa2 nak ke tandas lagi...

Nak kata makanan tu tercemar, SOT sorang jek yg kena sakit perut melampau ni... mungkin perut SOT tak tahan ngan cara masakan hotel ni yg ala2 mamak skit.... or perut ni sajer jek nak bermanja saat2 camni... org kata sinptom2 sakit menjelang ramadhan... hahahahhah

17 August 2009

Tersungkur depan Hotel Sentral

Saper2 yg gelak kat aku baca entry ni, siap aku "lipat-lipat' korang...

Seperti yg SOT war-warkan sebelum ni, SOT akan menyertai satu KEm dan Kursus Induksi...
Pasal kem tu, tak dapek nak citer lagi, nnt abis induksi ni, baru bleh tulis pasal kem tu...

Pada 16 Ogos, sot bertolak dari tapak kem di Kuala LIpis Pahang ke Kuala Lumpur utk menghadiri kursus ni... SOT ditempatkn di Hotel Sentral..

Tiba di hotel kira2 jam 2.15 petang (tu pon nasib baik ah adik dan suaminya sudi menunjuk jalan pada SOT, klu tak mau sampai subuh pon tak jumpe2 lagi)...

Setibanyer SOT kaat hotel tu, dengan lagak ala2 segak dan bongkak, berjalanlah SOt di area lobi hotel... sambil tangan menekan2 punat hp nak call adik SOT ah...

Tetiba... eh eh eh...gedebuk...

SOT sudah jatuh tersungkur daaaaa.... depan2 lobi hotel plak....

Cepat2 bangun cover... staf hotel tya, ok ke tak, SOT just angkat tangan tunjuk ibu jari jek (tanda ok ah tu)... tapi disebalik itu, luka jugak ah kedua2 belah tapak tangan n lutut sakit sampai saat entry ini ditulis...

* saper nak gelak, korang gelak je ah* huhuhuhuhuhuhu

HARI PERTAMA

Hari ni hari pertama kursus induksi ni...

Dari segi kemudahan di hotel, biliknyer didekorasi moden dan still baru ah... cuma agak kecil n sempit... makanan selera mamak.... ruang kursus kecil skit but still ok... cuma yg paling SOT tak suker kat sini adalah, saat menunggu lift dan ketiadaan kolam renang, huuuhuhuhu...

Utk kandungan kursus, hari ni dijalankan ice breaking n LDK... ok ah jugak xtvt nyer, walau SOT jadi sedikit kebudak2kan hari ni...

Fakta menarik, SOT dipilih jejaka yg mempunyai tenungan paling menggoda dlm kumpulan SOT...


adakah tenungan SOT ni terlalu seksi... emmmmm no komen...

13 August 2009

Kem dan Induksi...

Uishhh, sehari dua ni sibuk bebenor... tak menyempat nak update blog usang ni....
Di Polisas masih lagi mode H1N1... tapi pelajar dah mulakan pembelajaran semula...
SOT plak terpaksa mengajar dengan memakai mask... seksa...

Esok, SOT akan membawa para pelajar seramai lebih kurang 100 org ke Jeram Bechung Kuala Lipis...
Mereka semua akan menyertai Kem Jati diri dan Pembinaan Kumpulan anjuran Kelab Elektron yang mana SOT sebagai penasihatnyer... Kem ni akan berlangsung selama 3 hari....
Hope semuanya akan berjalan lancar...

*ni jek pic yg ader dalam google imej....

Pada hari ahad 16 ogos plak, SOT perlu melaporkan diri di Hotel Sentral untuk kursus Induksi ... kursus wajib utk semua penjawat awam... kursus tu akan berlangsung selama 2 minggu...

Maknanya, seminggu pertama ramadhan akan dihadapi di Hotel Sentral...

*dikatakan, hotel ni takde swimming pool, gim atau kelengkapan riadah... so bleh mati kutu ni...

10 August 2009

Kembali....

Tetiba pagi2 dah letak gambar pasukan kegemaran...Chelsea....

Almaklumlah, semalam Chelsea menang ke atas MU dalam perebutan Community Shield...
Satu perlawanan yg benar2 hebat bagi permulaan saingan liga EPL... penuh drama dan taktikal kedua2 pasukan juga agak mengkagumkan...

Semoga Chelsea akan menyinar utk season ini.....
.
.
.

Hari ni juga SOT mula bertugas setelah bercuti since khamis lepas...
Hari ni jugak, para pelajar sudah mula mendaftar... walaupun pendemik H1N1 masih belum reda, namun urusan P&P perlu diteruskan....

Semoga semua warga POLISAS cekal menghadapi semua cabaran yg menduga ini... pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yg menimpa...

06 August 2009

Lagi berita terkini H1N1 @ POLISAS..

Seorang sumber SOT yang menghadiri taklimat kesihatan sebentar tadi memaklumkan drpd 5 sampel yg diambil dari pelajar2 yg mempunyai simptom H1N1, didapati kelima-lima sampel itu positif H1N1...

Justeru itu, Pengarah POLISAS mengumumkan cuti utk para staf POLISAS sehingga ahad ini... kemudian sesi pengajian akan berjalan seperti biasa...

Berikutan itu, semua aktiviti pelajar akan ditangguhkan. Aktiviti yg melibatkan pelajar2 perlu berkumpul beramai2 tidak dibenarkan. Para pelajar hanya akan menghadiri kelas semata2.

Antara maklumat berkaitan H1N1 ini yg diberitahu dalam taklimat kesihatan tersebut termasuklah....

  1. virus ini tidak berawangan di udara kerana virus ini agak berat...
  2. virus ini tersebar apabila pesakit bersin atau batuk atau selesema dan virus itu jatuh pada tempat2 tertentu, kemudian ia boleh hidup dlm beberapa jam... org lain yg menyentuh tempat virus itu jatuh akan terkena jangkitan apabila tangan dikenakan pada mulut, mata atau hidung...
  3. sebab itulah kiter dinasihatkan agar kerap membasuh tangan...
  4. mereka2 yg ade selesema atau batuk perlulah menutup mulut...
  5. mereka yg sihat juga digalakkan menutup mulut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan...
Sebentar lagi SOT akan menghadiri taklimat dari Ketua jabatan berkaitan perkembangan semasa...

Apa2 pon, cuti tetap cuti... dan tiada cuti yg tak enjoy kan.... enjoyyyyyyy......

Seorang student +ve H1N1...

Pening - pening.....

Blog ni masih dalam mode H1N1, jadi muka SOT yg bertopeng ni akan terus dipaparkan..huuhuhu.... tak suka? ingat SOT suker ke....

Berita terkini... seorang pelajar telah didapati +ve H1N1... sumber menyatakan, peg kesihatan telah menghubungi pihak pengurusan POLISAS menyatakan pelajar yg dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas disahkan positif H1N1...

Menurut sumber lagi, satu mesyuarat @ taklimat kesihatan akan diadakan bersama pengarah POLISAS jam 12 tghhari hari ini...

Pon begitu, para pelajar yg terbaca blog ni usahlah risau.... kerana menurut seorang felo yg melawat pelajar tersebut semalam, pelajar itu telah sihat dan beransur pulih....

Jadi apabila sesi pengajian bermula minggu depan, anda semua tak perlu ah risau... cuma pakailah mask sepanjang di kelas... dan kebanyakkan pensyarah jugak memakai mask sepanjang waktu bertugas.... jadi ibubapa pelajar tidak perlulah risau, kerana pihak POLISAS telah berusaha mengambil langkah perlu...
SOT: Semakin hari makin fobia ngn H1N1 ni...

05 August 2009

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman


Emmm... bila bebudak duk bercuti (cuti wabak) ni, SOT pon ader byk masa nak tulis entry yg setambun...

Kali ni, SOT nak kongsi ngan kwn2 sebuah buku yang baru saja SOT abis baca...
Xtually buku ni dh lama kuar, tapi baru skrg SOT berpeluang utk baca...

Travelog HAji: mengubah Sempadan Iman, ditulis oleh Prof Dr Hj Muhd KAmil b. Hj Ibrahim... Pengarah UiTM Cawangan Johor...

SOT berkehendakkan buku ni setelah mendengar ceramah prof yg bertajuk 'Kecil Tapi Signifikan'... ceramahnya sangat baik (xtually bukan ceramah but much on life experience) ... maka tercari2lah SOT akan buku yang satu ini.. susah jugak nak dapat almaklumlah buku ni "the National Bestseller"..terjual lebih 10000 naskah dalam 6 bulan...

Akhiryer dapat jugak hadiah dari Kak Arni, teman pejabat yg berpeluang ke pesta buku di KL....

Buku ni bukanlah menerangkan cara2 mengerjakan haji, but lebih kepada perjalanan penulis dalam mengerjakan haji... beliau menceritakan kisah hidup beliau yg tidak tahu mengaji Quran, tidak solat dan agak jahil pada usia 40 tahun sedangkan beliau seorang prof... buku ini menceritakan perjalanan dan pengalaman beliau dalam usaha menjadi tetamu Allah yang paling istimewa... malah ibadat haji tersebut telah mengubah kehidupannya yg jahil kepada alim...

Banyak yang kiter bleh belajar daripada kisah2 yg terjadi disepanjang ibadat haji yg beliau laksanakan... sungguh menyentuh perasaan dan memberi keinsafan...

Tetap bertemakan H1N1....huhuhuhu

Setelah membelek muka surat pertama buku ni, SOT tak dapat berhenti membacanyer... cara tulisan yg cukup ikhlas sampai ke hati dan sgt mudah difahami...

Sekarang SOT sedang membaca sebuah lagi buku garapan Prof Kamil iaitu "Travelog Dakwah"... kesinambungan dari buku "travelog Haji"...

So, kawan2, cubalah baca buku ni... gerenti uoll berpuashati, dan pasti sedikit sebanyak menyedarkan kiter siapa diri kiter di atas bumi ALLAH ini...

Fantasy Football

15 Ogos ni bermulalah EPL... mcm biasa, SOT still dengan team kegemaran Chelsea... walau dulu giler meminati MU tapi dah 3 tahun SOT minat ngan Chelsea...

Bila bermula jek EPL maka SOT ngan member pon, giler lah main fantasy football... best jugak layan mende alah ni..

Dah 3 tahun lebih berkecimpung dalam dunia fantasy football ni... tapi kebiasaannyer, SOT mesti kalah punyer...

Untuk Tahun ni Sot join dua fantasy football, 1 fantasy premier league
klik gambar utk capaian laman web...

SOt ader menguruskan 1 liga iaitu Liga Poyo poyoan..
Ni code liga klu ader sesaper yg berminat nak join : 850933-175317

Satu lagi fantasy Stadium Astro...

Klik gambar utk capaian web...

Utk Stadium Astro, liga yang diuruskan ialah Liga Piala Hj Imran (kenapa nama ni? suka hati aku jek nak letak)
Code utk liga ni : 10707-1220

So klu ader kawan2 yg minat dengan fantasy football ni, meh ah join SOT dan kwan2 dalam kedua2 liga ni....

SOT: Klu bab fantasy ok jek...suruh main bola real, mau bangku kaki aku....

Berita Terkini H1N1 @ POLISAS...

Memandangkan skrg blog ni dalam mode H1N1, jadi kisah H1N1 jelah minggu ni...

Well, hari ni masih lagi keje dengan bertopeng... keselamatan harus dijaga...

Sumber ader menyatakan, setakat ini tiada seorang pon pelajar mahupon staf POLISAS yg didapati positif H1N1.... cuma mereka2 yang menunjukkan simptom H1N1 dikuarantin dan diberi cuti...

Semalam, pihak pengurusan mengeluarkan notis menutup mulut ketika berurusan akibat 5 pegawai pengurusan dan 3 orang pemandu diberi cuti akibat simptom2 H1N1...

Minggu hadapan para pelajar akan kembali ke POLISAS utk meneruskan pengajian... pastikan uoll yg nak bali poli ni, dalam keadaan sihat wallafiat... SOT dah tak tahan keje pakai topeng ni..sesakkkkkk...

Semalam dalam berita Tv3 pon ader cakap, bercuti dan tutup sekolah ni bukan jalan penyelesaian yg baik utk membendung H1N1... SOT setuju sbb klu bebudak ni cuti, bukan nyer reti nak duk diam kat umah.. meronda sana sini... pastu kaut penyakit...

Then, klu bukak poli nnt wat saringan, pastu ramai yg ader simptom2 H1N1, takkan nak tutup lagi... sampai bila2 pon takde penghujung kes ni...

Yang penting marilah kiter berdoa agar penyakit ini segera trhapus dari muka bumi Allah ini...

Doa Menghindar Wabak Tersebar

Aku membenteng diri dengan nama Allah yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan.
Aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan tiak nyata.
Aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak akan mati selama-lamanya.
Semoga Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak.
Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu..

04 August 2009

Keadaan Terkini H1N1 di Polisas..


Tajuk mcm gempak jek... Xtually blog ni bukan ah media rasmi yg melaporkan keadaan yg berlaku...hehehhe
Mcm biasa ah blog ni melaporkan kabar2 angin yg bertiup kencang... kebenarannya masih boleh disangsikan...

Hari ni dtg keje mcm biasa... badan still ok, takde rasa lain macam pon... cuma keadaan di Polisas ni mcm darurat plak (mcm ah aku pernah melalui zaman darurat). Kawasan kampus sunyi sepi... takde pon bebudak yg berjalan sepanjang laluan ke pejabat...

Tiba di pej (hari ni lewat lagi, dah 2 hari lewat), tgk kawan dah ramai yg pakai mask... makin berdebar dibuatnyer...

pic: SOT masih seorang lecturer bukan jururawat@doktor....


makin rasa mcm tak sihat... nampaknyer SOt pon kena ah pakai mask utk pastikan keadaan kesihatan sentiasa unggul.....

Terbaru, dikatakan ader seorang pelajar yg dikuarantin kini dlm keadaan tenat akibat H1N1... dan seorang driver juga turut positif H1N1... tapi mcm yg sot ckp tadi.. ini semua kabar angin semata2... kebenarannya tak dapat dipastikan...

Pagi tadi, di pej Sot ni dah ditampalkan doa menghindar penyakit tersebar... YElah dalam usaha kiter nak bendung penyakit ni, kiter juga wajar bermohon kepada-Nya, semoga kiter dilindungi dan ditamatkan bencana yang menimpa ni...

Di harap minggu depan dapatlah POLISAS beroperasi seperti sedia kala... InsyaAllah... Pihak pengurusan dilihat berusaha keras bagi membendung pendemik yg menjadi masalah dunia hari ini.....

03 August 2009

H1N1: Datangnya tidak diundang...

"Encik, jadi ke pendaftaran pelajar lama, Poli dah tutup kan?..."

"Encik, kitorang ni cuti seminggu kan?..."

"Polisas dah tutup ke?...."

Pelbagai soalan yg memenuhi ruang SMS hp SOT sejak tgh malam tadi...

Nak jawab aper... SOT sendiri tak pasti berkaitan isu ni...

Pagi tadi sampai jek POLISAS... keadaan normal... cuma benarlah kata2 beberapa pelajar, pelajar semester 1 diberikan cuti dan sebahagian yg mempunyai simptom H1N1 di kuarantinkan di asrama.. but pendaftaran pelajar diteruskan...

Dalam jam 10 pagi tadi... sedang SOT berbual sakan dgn kawan2 sekerja.. tetiba seorang teman mendapat panggilan telefon... "o...o... so diorang cuti... abis staf camner?... o .... o... ok"...

Camtulah serba sedikit perbualan teman SOT tu... tetiba dier bersuara agak tinggi...

"Perhatian, pendaftaran pelajar dihentikan serta merta... pelajar diminta balik ke KG segera dan pulang semula minggu hadapan dalam keadaan sihat..."

Oh NO... tetiba je rasa seram sejuk biler tau hasil saringan hari ni, lebih 60 org (sumber tak rasmi) pelajar mempunyai simptom2 H1N1.... terasa badan yg sihat pon lemah berpenyakit...

"Abis staf camno?"

"Belum ader apa2 pengumuman berkaitan staf"

Jadi kini POLISAS dah dimasukkan ke dalam senarai IPT yang ditutup akibat serangan Pendemik Influenza A H1N1....

Adui, banyaklah kelas tertangguh klu camni...

SOT: abis aku ni camno.. takkan nak kena keje gak di tempat berwabak penyalit ni.. kurang2 bagi ah cuti gak..huhuhuhuhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...