Entah kenapa awal tahun 2015 ini penulis agak malas hendak menulis blogs. Ini mungkin disebabkan rakan-rakan blogger yang seangkatan penulis telah pun bersara dari menulis blogs. Nampaknya, mereka lebih gemar menulis di facebook ataupun di twetter sahaja sekarang. Walaubagaimanapun jika ada masa-masa terluang, penulis akan cuba juga rajinkan diri untuk menulis blogs ini....
Pagi tadi penulis singgah di sebuah kedai buku untuk membeli surat khabar. Sedang penulis membelek surat khabar, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 13 yang penulis design.
Buku Teks Baharu KSSR Tahun 5. |
Pada awal tahun lalu, kali kedua penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan. Kali ini Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5 pula. Penulis agak gembira apabila menerima tugas ini. Ini adalah kerana penulis sudah ada pengalaman mereka bentuk konseps buku teks seperti ini. Lagipun penulis sudah mengenali editor dan ahli panel jawatankuasanya,
Lagi sekali penulis ditugaskan bersama ilustrator tersohor iaitu En. Rosli Hamid sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian Buku Sekolah DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Nurulasriah dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
B. Teks Pendidikan Kesihatan Th. 5 |
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain.
Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian.
Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. walaupun ada sedikit kontroversi dan menjadi viral sekejap oleh orang ramai di facebook apabila buku ini digunakan disekolah dan telah berada dipasaran terbuka. Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini.
Jumpa lagi....