Jumaat, 24 Januari 2014

Bengkel B. Teks Pembetulan PMS - 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk Pembetulan PMS 100% kedua di Best Western Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui kamera handphone.
Best Western Hotel.
Check in.
Bilik hotel.
Suasana bengkel.
Serapan pagi.
Banyak pembetulan.
Sasana bengkel.
Makan Tengahari.
Suasana Bengkel.
Minum petang.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar ke Kementerian Pelajaran pula.

Khamis, 23 Januari 2014

Teringin Makan Ikan Bakar Taman Maluri plaks!

Hari ini entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis teringin hendak makan ikan bakar pula. Penulis pun teringatkan ikan bakar di belakang Istana Negara yang dikatakan sedap. Tetapi, apabila memikirkan waktu lunch, penulis tidak sangguplah hendak drive ke sana.
Kedai makan ikan bakar Taman Maluri Cheras.
Kedai makan ikan bakar di belakang Pasaraya AEON Taman Maluri.
Jadi, penulis teringatkan ada sebuah kedai makan tengah hari yang menyediakan menu masakkan ikan bakar di belakang Pasaraya Jaya Jusco kini Pasaraya Aeon di Taman Maluri, Cheras. Thanks, lah kepada Kak Adi, rakan sepejabat yang memperkenalkan kedai makan ini kepada penulis.. hehehe
Antara ikan yang di bakar.
Ikan Bakar yang menyelerakan.
Dari pejabat, penulis pun drive ke Taman Maluri. Ketika drive di Jalan Loke Yew sehingga ke Jalan Cheras, jalan sudah jammed.. huhu... Memang seksa betul. Tetapi demi ikan bakar, penulis gagahkan juga. Setibanya di kedai makan tersebut, memang ramai pelanggan yang sedang makan tengahari. Allamdulillah, pelbagai jenis ikan bakar masih ada lagi. Memang sudah rezeki penulis hendak makan ikan bakar hari ni..
Selain ikan bakar menu masakkan lain pun ada.
Kebanyakkan pelanggannya adalah kakitangan pasaraya AEON.
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati makan ikan bakar di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang terbaik dan menaikkan selera makan penulis. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang lebih terbaik, anda boleh minta perisa rempahnya dicurahkan terus ke ikan bakar anda..
Waktu puncak memang ramai pelanggan.
Suasana tengahari.
Selain ikan bakar, pelbagai menu masakan kampung juga ada di sini. Kesemua menu agak menyelerakan cuma harganya boleh tahan juga. Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi sangat berbaloi kerana menu masakkannya memang sedap dan terbaik. Cuma penulis tidak boleh makan selalu di sini. Cuma time-time gaji boleh lah hehehe...
Sementara menanti ikan bakar.....
Ikan Keli Bakar dicurah dengan rempah....
Kepada anda yang hendak pergi kedai makan makcik ini, kedai makan ini dibuka pada waktu makan tengah hari. Jika tidak silap di buka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat Pada hari Sabtu, penulis x sure.. Location kedai makan ini betul-betul di belakang pasaraya Aeon di Taman Maluri...
Ikan Keli Bakar.
Agak mahal tetapi berbaloi.
Restoran Pizza Hut juga ada di belakang Pasaraya Aeon Taman Maluri ini. Dari Restoran Pizza Hut, anda sudah boleh ternampak kedai makan makcik di corner tu. Ada peniaga jual pisang goreng and ada stall burger juga di hadapan kedai makan makcik tu.....

Selasa, 21 Januari 2014

Hari Ini Ulang Tahun Perkahwinanku.....

Hari ini merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan penulis dan isteri yang ke-19, Alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan kasih sayang dan rahmat ini.
Kenangan 19 tahun lalu....

Doa isteriiku di pagi ini, Ameen Ya Rabbal ‘Alameen. 

Alhamdulillah... Subhanallah.... Syukur pada Mu.... Ya ALLAH.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti...

Ya ALLAH... kami mohon pada Mu... berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna...

Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan kami di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat. 

Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana...

Sepanjang 19 tahun melayari perkahwinan seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup alam rumahtangga dihadapi. Sebenarnya perkahwinan ini merupakan suatu yang saling lengkap melengkapi. Kekurangan si suami disempurnakan oleh kelebihan si isteri. Kelemahan si isteri dilengkapi oleh kekuatan si suami. Saling memberi dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan jodoh yang ditentukan. Jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang hanya Dia yang maha mengetahui. Tugas kita menerima jodoh tersebut dan terus membajainya dengan kasih sayang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah, Insya Allah kasih sayang tersebut diberkati dan terus mendapat limpahan rahmat dari Allah. 

Aminnnn...

Penulis sering teringat dengan kata-kata seorang guru, terimalah pasangan kita seadanya dan terimalah dia dalam keadaannya yang tidak sempurna kerana diri kita juga tidak sesempurna mana. Apabila kita merasa diri kita tidak sempurna tugas kita untuk mencari kesalahan pasangan juga berkurangan, tetapi apabila ‘merasa’ diri sempurna dan hebat maka timbullah segala perasaan dan persoalan yang mempertikaikan tentang pasangan sendiri. Nah...di sinilah bermulanya titik perbezaan dan konflik dalam alam rumah tangga. 

Perkahwinan ini merupakan Rahmat dari Allah yang kutemui di dalamnya mawaddah warahmah dan sakinah..

Khamis, 16 Januari 2014

Makan Rojak Mamak Di Taman Melawati...

Semalam penulis ke Taman Melawati, Hulu Kelang untuk menghantar bahan printing buku teks di sana. Tetiba-tiba penulis teringatkan rancangan AFC di Astro. Racangan makanan iaitu “Best In The World” yang di host kan oleh “Razif Hashim”.
Medan Selera Taman Melawati.
Perghhh... memang meleleh air liur betul apabila melihat Razif sedang makan “Rojak” & “Cendol” mamak di “Taman Melawati” ini. Tanpa berlengah lagi, penulis pun menaip keypad handpone, whatsApp rakan-rakan yang bertugas di Hulu Kelang, bertanyakan di manakah lokasi gerai rojak mamak tersebut.
Gerai Said Rojak.
Alhamdulillah, penulis jumpa gerai rojak ini. Rojaknya bolehlah dikatakan diantara yang tersedap di sekitar Lembah Kelang ini. Rojak ini dikatakan menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Basikal Mercu Tanda Gerai Said Rojak.
Penulis pun memesan Rojak Sotong yang hanya berharga RM4.00. Murah bukan? Biasanya, penentu kesedapan rojak adalah pada kuahnya. Kuah Rojak di Taman Melawati ini boleh tahan sedapnya, rasa pedas dan ada sedikit rasa manis ditambah pula dengan sambal sotong menambahkan lagi keenakkan lagi kuahnya.
Rojak Sotong Said Taman Melawati.
Lokasi gerai ini terletak di TAMAN MELAWATI, `SAID ROJAK TMN MELAWATI sederet dengan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. Gerai rojak ini menjadi popular kerana pernah keluar dalam rancangan `BEST IN THE WORLD` di Astro. Apabila melihat pengacaranya makan rojak dan cendol, memang terasa kesedapannya.


Isnin, 13 Januari 2014

Oh! Nostalgia Sungguh!

Sewaktu kecil kehidupan kami sekeluarga penulis begitu bersederhana. Walaupun sebagai anak pesawah, kehidupan kami sekeluarga begitu bahagia dan bergembira kerana tidak perlu membeli beras. Sarapan pagi kami hanyalah nasi sebagai makanan ruji atau ubi kayu, keledek dan keladi yang dicabut di hadapan rumah (sebagai stok karbohidrat).
Rumah Pusaka.
Ubi Tebus.
Kami memetik pisang di pinggir ban/kong (taliair). Sayur-sayuran tinggal dipetik untuk ulam-ulaman seperti kangkung, “genjer, sesupan” & pucuk ubi. Mencari Ikan sama ada memancing, “mehancau” atau menahan “tempirai” untuk hidangan makan tengahari dan malam....
Mencari ikan.
Ikan Sepat Goreng.
Alhamdulillah stok ikan seperti sepat kering & wadi memang sedia ada. Telur itik & ayam ada di reban sedia untuk di kutip. Jika tiada duit, ayah menangkap ayam direban dan menjualkanya kepada peraih (menjelang Tahun Baru Cina harga ayam kampung melambung).
Ikan Wadik Goreng.
Mangga muda.
Musim menuai.
Buah pelam muda dikait untuk dijual sebagai belanja sementara musim menanam padi. Pada musim menuai padi barulah kami terasa mewah sedikit. Pada masa itu sekolah akan mengutip yuran dan mengadakan sukan tahunan. Untuk memasak kami mengutip kayu getah atau ranting kayu.

Khamis, 9 Januari 2014

Alhamdulilah Siap Juga Akhirnya

Semalam penulis singgah di sebuah kedai buku. Sedang penulis asyik membelek belek beberapa buah buku, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 12 yang penulis design. Walaupun ia merupakan sebuah buku kesihatan, tetapi semasa penulis design buku ini, kesihatan penulis terganggu. Alhamdulillah, akhirnya buku berjaya disiapkan juga,
B. Teks Kesihatan Tahun 04.
Pada awal tahun lalu, penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Pada mulanya penulis agak gementar juga menerima tugas yang mencabar ini. Ini adalah kerana buku ini merupakan sebuah buku baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Sebelum ini B. Teks Kesihatan bergabung dengan B. Teks Pendidikan Jasmani.
Ilustrator sedang melakar ilustrasi.
Sangkaan penulis, apabila mereka bentuk buku yang baharu di terbitkan ini sudah tentulah banyak masalah dan karenahnya. Maklumlah, penulis belum dapat gambaran yang jelas konsep dan reka letak grafik yang dikehendaki. Jangkaan penulis ternyata meleset sama sekali. Rupa-rupanya mereka bentuk Buku Pendidikan Kesihatan ini agak mudah. Pengurus projek dan Pengawai Teknikal BBT mahukan konsep, grafik dan warna yang simple sahaja.
Suasana Bengkel.
Kali ini penulis ditugaskan bersama ilustrator baharu yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat iaitu puan Fazlina Khairul Wafa sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian B. Teks, DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Dolorine dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
Suasana Bengkel.
Sepanjang penulis design B. Teks Pendidikan Kesihatan ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis, pengurus projek, pegawai teknikal dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Kami bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan b. teks ini.
Perbincangan penulis dan ilustrator.
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain
Suasana Bengkel.
Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. 

Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. 

Jumpa lagi!

Rabu, 8 Januari 2014

Memori yang Mengerikan...

Pagi tadi penulis perhatikan anak sedang memilih buku teks untuk di bawa ke sekolah. Sedang dia memilih buku yang hendak dibawa ke sekolah, penulis ternampak sebuah buku teks. Buku tersebut ialah Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Apabila penulis terpandangkan sahaja buku tersebut, mengingatkan kembali memori yang mengerikan pada 12 tahun yang lalu.
Akhirnya anak aku menggunakan B. Teks BM yang kali pertama aku design buku teks kira-kira 12 tahun dahulu. Banyak memori semasa design buku teks ini. Bak kata editor Sabah.... Memori yang mengerikan!!..
Ketika itu penulis ditugaskan pembantu kepada en. Zainal mereka bentuk buku teks Bahasa Melayu pada tahun 2003. Oleh kerana pada masa itu syarikat kekurangan designer, en. Zainal ditugaskan pula mereka bentuk buku teks Bahasa Arab. Disebabkan itu penulis dipertanggungjawabkan sepenuhnya mereka bentuk buku teks tersebut.

Sebenarnya penulis tidak percaya kenapa diberi tanggungjawab mereka bentuk buku teks tersebut. Lagipun penulis tiada pengalaman dalam bidang ini terutama sebagai designer buku teks. Sebelum ini penulis hanya seorang ilustrator yang melukis ilustrasi dan gambarajah sahaja. Oleh kerana sudah diarahkan, penulis terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu.

Pada peringkat awal penulis agak kekok membuat kerja-kerja design ini kerana tiada pengalaman dan tidak mahir menggunakan kumputer terutama untuk perisian Pagemaker, Ilustrator dan Photoshop. Oleh itu penulis terpaksa merujuk daripada buku-buku dan bertanya pada rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah rakan-rakan tidak kedekut ilmu dan sedia membantu.

Pada peringkat awal, proses kerja ini berjalan dengan lancar, tetapi hanya seketika sahaja. Walaupun penulis berjaya menyiapkan reka letak buku tersebut tetapi masih banyak kekurangan gambar fotonya. Ketika itu syarikat masih lagi tiada juru foto dan penulis dan editor pula tidak menyediakan foto-foto yang diperlukan. Oleh kerana tiada foto, penulis biarkan sahaja kosong pada kotak-kotak foto tersebut. Apabila bengkel 100% hampir tiba, penulis pun hantar bahan PMS buku teks tersebut kepada editor.

Apabila editor membuat penyemakkan, didapati masih banyak gambar foto yang tiada. Ini menyebabkan editor tersebut menitiskan air mata. Suasana yang tegang ini menyebabkan penulis dan penyelia menjadi kalang-kabut. Tanpa membuang masa penulis terpaksa mencari foto-foto yang bersesuaian di beberapa buah majalah dan mengimbas (scan) foto tersebut satu-persatu. Pada masa itu kemudahan google internet belum ada lagi. Alhamdulilah dalam beberapa hari sahaja buku ini berjaya disiapkan untuk di bengkelkan.

Apabila tiba masa buku ini di bengkelkan di Hotel Primula, Kuala Terengganu, kami di kritik hebat oleh Jawatakuasa Kawalan Mutu(JKM) dan pegawai teknikal kerana design, foto dan ilustrasi yang kurang menarik. Penulis masih boleh terima hakikat bahawa design buku ini kurang menarik dan penulis berjanji akan memperbaikinya. Sejak hari itu penulis perasan editor telah menarik muka terhadap penulis dan tidak lagi mesra seperti sebelumnya.

Apabila penulis kembali semula bertugas di pejabat, penulis mendapat berita bahawa majikan telah menerima surat yang mengatakan penulis tidak layak sebagai designer buku teks ini dengan alasan penulis tiada kemahiran dan pengalaman serta hanya seorang mantan pengawal keselamatan sahaja. Mereka beranggapan tugas ini hanya layak untuk mereka yang ada kelulusan universiti sahaja.

Penulis amat kecewa mendengar berita itu dan terus menemui pengurus kanan memohon menarik diri dari terus mereka bentuk buku tersebut. Oleh kerana ketika itu syarikat kekurangan designer, penulis diminta meneruskan juga tugas terebut. Mahu tidak mahu dengan berat hatinya penulis meneruskan juga tugas terebut. Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kini telahpun diguna pakai di semua sekolah kerajaan.

Apabila penulis mendapat tahu bahawa anak penulis menggunakan buku teks ini, penulis tersenyum sendiri apabila mengenangkan kembali memori yang sangat mengerikan itu. Kini dengan tidak disangka-sangka sudah hampir 12 buah buku teks yang telah penulis design setakat ini...

Selasa, 7 Januari 2014

Makan Tengahari di Jalan Masjid India

Selepas membeli belah di Pasaraya Mydin, perut penulis terasa lapar. Penulis terus ke medan selera yang terletak bersebelahan dengan Pasaraya Mydin. Penulis dapati ada gerai di dalam medan selera tersebut yang menjual nasi campur dan ikan bakar. Apa lagi, penulis pun terjah ke gerai tersebut.
Medan Selera Jalan Masjid Isdia.
Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Jalan Masjid India, pasti sudah mengatahui di mana terletaknya medan selera ini. Medan selera ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan makan tengahari. Untuk mengelakkan kesesakan, anda digalakkan datang makan sebelum atau selepas waktu puncak iaitu waktu makan tengahari.
Ikan Bakar di Medan Selera Jalan Masjid Isdia.
Penulis dapati, gerai ini kelihatan sempoi sahaja maklumlah ianya hanya sebuah Medan Selera DBKL. Tetapi, makanan seperti ikan bakarnya memang sedap, cuma yang tiada cuma ayam, udang dan sotong sahaja. Tetapi menu ikan bakar seperti ikan kembung, ikan pari dan ikan keli ada di bakar di sini. Ikannya dibakar dengan sempurna.
Gerai ikan bakar.
Ikan bakar di sini boleh tahan sedapnya terutama ketika anda benar-benar dalam keadaan lapar. Tetapi, secara peribadi, penulis berpendapat, ikan bakar di sini tidak sesedap ikan bakar di Jalan Bellamy dan di Jalan Tanglin. Tetapi, oleh kerana hanya ada satu gerai sahaja yang menyediakan menu ikan bakar, maka gerai ini menjadi tumpuan orang ramai.
Orang ramai sedang menjamu selera,
Selain ikan bakar, gerai gerai di medan selera ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan dengan pelbagai jenis lauk pauk dan kuih-muih yang menyelerakan. Lauk-pauk yang mereka sediakan seperti :
  • Ayam Goreng 
  • Ikan Goreng 
  • Ketam Goreng 
  • Ayam Masak Kicap 
  • Ikan Keli Sambal 
  • Asam Pedas 
  • Kari Kepala Ikan 
  • Kari kawah Sayur-sayuran 
  • Ulam-ulaman dan sebagainya.

Minuman yang mengiurkan.
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati makan ikan bakar di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang boleh tahan sedapnya dan boleh menaikkan selera makan para pelanggan. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang tmenyelerakan penulis
Jalan Masjid India yang sentiasa sesak dengan kenderaan dan orang ramai.
Walau apapun gerai pilihan kita, faktor utama sebelum makan di gerai tersebut pastikan ianya bersih dan halal.

Isnin, 6 Januari 2014

Memori Kasut Sekolah

Semalam penulis ke Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India. Ketika penulis sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli, penulis ternanpak pelbagai jenis kasut sekolah. Apa yang menarik perhatian penulis, kasut jenis plastik turut dijual di pasaraya ini. Kasut sekolah jenis plastik ini yang mengingatkan kembali penulis pada zaman kanak-kanak.
Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India.
Sesiapa yang segenerasi dengan penulis, sudah tentu masih mengingati memori di zaman sekolah rendah dahulu. Ketika itu, ada sejenis kasut sekolah plastik yang tidak mudah koyak dan tahan lasak. Kasut ini tidak perlu di basuh selalu serta tidak perlu dikapur. Kadang-kadang sehingga sebulan kasut ini tidak di basuh sehingga warna kasut ini telah bertukar dari warna putih ke warna coklat kehitam-hitaman.
Kasut sekolah plastik yang di jual di pasaraya Mydin.
Di zaman penulis bersekolah rendah, penulis pun merasa juga memakai kasut jenis plastik ini. Maklumlah, keluarga penulis bukannya keluarga yang senang dan tidak pula keluarga yang terlalu susah. Keluarga penulis adalah keluarga petani yang mengusahakan sawah padi yang teramatlah bersederhana dalam pelbagai segi. Kasut sekolah jenis plastik ini sudah menjadi perkara biasa bagi penulis dan rakan-rakan sekampung yang lain..
SK. Parit13, penulis bersekolah rendah di sini.
Kasut jenis plastik ini tahan lasak kerana tidak mudah koyak. Kasut jenis ini dibuat dengan plastik keseluruhnya. Cuma, apabila penulis berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah, di jalan bertanah merah menyebabkan kaki penulis menjadi kotor kerana disaluti dengan debu-debu tanah merah. Apabila musim hujan pula, air akan masuk ke dalam kasut dan memberikan bunyi menciut - ciut, agak sukar hendak berjalan di tanah yang becak kerana tapak kasut telah dilekati dengan lumpur tanah merah. Setibanya di sekolah kami ramai-ramai membuang lumpur tanah tersebut dengan ranting kayu..... Ahhh kenangan sungguh...
Semasa penulis tingkatam 1 hingga 3, penulis pakai kasut jenis ini.
Kenangan yang sukar penulis hendak lupakan sewaktu di darjah 4 (1979). Ketika itu penulis mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Oleh kerana kasut sekolah penulis telah teruk sangat, arwah ayah belikan sepasang kasut sekolah plastik yang baharu. Malangnya arwah ayah belikan kasut plastik yang design nya berbentuk kasut murid perempuan. Kasut sekolah yang berbentuk tajam dihadapannya. Oleh kerana kasut lama penulis sudah buruk dan koyak rabak pula, penulis terpaksa juga pakai kasut tersebut. Akibatnya, disepanjang rombongan itu penulis ditertawakan rakan-rakan sekolah.
Semasa penulis tingkatan 4, penulis pakai kasut jenama Warrior.
Apbila penulis memasuki ke sekolah menengah, penulis bersyukur kerana sudah mula memakai kasut kain kanvas. Kasut sekolah jenis kanvas ini boleh dibasuh dan dikapur. Kasut sekolah akan putih melepak pada setiap hari Isnin. Sungguh berasa bangga apabila beratur di perhimpunan pagi. Jenama kasut sekolah yang popular ketika itu ialah Fung Keong dan Bata. Apabila penulis di tingkatan 4 dan 5,  penulis diberi kebebasan membeli sendiri kasut yang penulis gemari. Lagipun penulis sangat mengidamkan kasut sekolah yang sangat popular sahaja ketika itu. Jenama kasut tersebut ialah Warrior yang berharga RM15 sepasang. Jika ada sesiapa murid yang memakai kasut berjenama Warrior, sudah di kira hebat dan cool giler!...
Kini, anak penulis memakai kasut sekolah jenama ini yang berharga RM35 sepasang.
Kini, ada ibu bapa yang sanggup membelikan kasut sekolah untuk anak mereka yang berharga sepasang melebihi RM200. Penulis cuba membayangkan jenama jenis apakah kasut sekolah itu. Sudah hampir sama dengan harga kasut jenis Adidas yang penulis sedang pakai. Tetapi tidak mengapalah, keluarga murid itu mampu membeli dan anak mereka pandai belajar pula. Bertuah betul anak anak dizaman sekarang. Ibu bapa berabis duit untuk anak sekolah.