Entah mengapa sepanjang bulan Ramadhan ini otak penulis menjadi tepu untuk menulis entry terbaru di blogs ini. Mungkin penulis agak sibuk dengan tugas kebelakangan ini manakala perut pula sentiasa terasa keroncong sahaja hehe.....
Tazkirah Ramadan dari ustaz Haji Zahazan.
Orang kuat Badan Keluarga DBP.
Hari Khamis yang lalu, walaupun sepanjang petang di Kuala Lumpur hujan lebat dan kesesakkan lalulintas yang teruk, tidak menghalang penulis dan rakan-rakan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh ustaz Hj. Zahazan bin Mohamed dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Kemudian diikuti oleh ucapan sambutan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang menarik dalam ucapan ini, Tuan Pengarah berazam akan mengembalikan zaman kegemilangan DBP seperti di era tahun 70an dan 80an dahulu. Insyallah dengan keizinan yang maha esa usaha akan berjaya tetapi nasib mantan-mantan DBP yang telah diswastakan patut juga dibela.
Masih banyak lauk pauk yang belum dihabiskan.
Apabil Azan Maghrib berkumandang, menandakan waktu berbukanya puasa. Penulis dan rakan-rakan berbuka puasa dengan menjamah beberapa biji buah kurma, kueh mueh dan semangkuk air cendol. Mengikut jadual, jamuan makan hanya akan dihidangkan selepas solat Maghrib, tetapi ada juga tetamu yang sudah tidak sabar dan terus menikmati jamuan makan tersebut.
Selepas kenyang menikmati hidangan makanan masakan kampung, para tetamu naik ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan seterusnya bersolat Tarawih lapan rakaan yang di imamkan oleh ustaz Azman.