haaaa kenal x sapa ni...????
cer teka....cer teka..... hehehhee
rasanya rmai kenal dah kot... xyah laa nak perkenalkan lebih2 da...
dia ni laa Ayah kepada Bella & Tasha
Dr. Sheikh Muszaffar...
Tu dia... Ceramah Motivasi dari dia....
memula bajet nak turun join kejap je.... sudah nya melekat sampai habis.. heheh
sonok ..x bosan dgn talk dia... pandai gak dia berseloroh... lagi pun best dgr pengalaman dia
kat angkasa lepas tu.....
Sepanjang 12hari dia kat sana dia duduk kat International Space Station (ISS)...
katanya diorg kt dlm tu akan mengelilingi bumi sebanyak 80 kali sehari... byngkan berapa lajunya...
kejap malam.. lepas siang balik.... byk jugak video yang di kongsikan tadi... mcm mana kehidupan diorg di atas tu... apa yg diorg buat sepanjang hari...
* dia solat kat atas tu mengikut waktu Kazakhstan (mengikut fatwa yg telah di keluarkan waktu solat dia mengikut tempat di mana dia berlepas)
(tapi setelah kembali ...dr kata sepatutnya fatwa tu perlu di rombak... sebagai contoh sekiranya ada dua tempat kapal berlepas... satu dari Kazakhstan dan satu lagi dari Amerika... xkan mereka ikut waktu yg berbeza, walhal mereka berada di tempat yg sama.... mungkin waktu solat patut di ubah mengikut waktu di Mekah.)
* arah kiblat nya adalah bumi.. sebb di bumi terletak nya Mekah lagi pun di ISS kan dia sentiasa berpusing sebanyak 80 kali sehari...
* dia solat dengan mengikat kedua-dua kaki nya supaya x terapung serta rukuk dan sujud x boleh lama...kerana ia akan menyebabkan badan terapung.
* penggunaan air sgt terhad.. jadi sepanjang 12 hari di sana dia x mandi... tp badan diorg still x berbau sbb xdenya bakteria
* bila gosok gigi.. diorg perlu telan terus ubat gigi tu.. x boleh buang kerana akan terbentuk buih-buih yg akan merosakkan sebarang peralatan dlam ISS tu...
* diorg di atas still perlu membuang air kecil dan besar... tp x boleh sebarangan... ada alat khas yg perlu di pakai untuk mem"vacum" terus hasil buangan masuk ke dalam loji pembuangan.
* ketinggian mereka bertambah lebih kurang 10cm seorg apabila di atas.... sebab tu org masa pemilihan ketinggian memainkan peranan penting... lagi rendah org tu lg senang nk g angkasa lepas... huhuhu
* air hnya di minum dlm bekas khas & menggunakan straw saja.. sebab air akan menjadi bubble (Jom tgk video ni
* Kat atas tu dia nampak bintang x berkelip2 pun.. mcm mana yg kita nampak di bumi
* mereka x boleh memandang matahari kerana akan merosakkan mata sebab xde lapisan atmosfera
* Semasa balik ke bumi kapal yg dia naiki berpusing2 lebih kurang 5...6 kali..... dan tekanan yg diorg rasa adalah sebanyak 9G (bersamaan seekor anak gajah yg duduk dia atas dada diorg)
(tekanan di bumi adalah 1G.... naik roller coaster pulak 1.5G...... yg keta Formula 1 tu pulak dlm 3G)
* Setelah smpai di bumi diorg x larat utk berjalan & perlu di papah serta mengalami ke"kompiusan" utk berdiri.... serta mengalami sakit-sakit badan akibat tulang-tulang yg dah meregang semasa ada kat atas nun.
ni antara pengalaman yg dia dapat rasa...
byk lagi.. yg dia cerita... tp x igt dah... heheheh
nak tau byk lagi.... leh g Google la yer.... =)
mmg aktiv bile bercakap....
ke hulu ke hilir dia.. cakap dia pun laju je...
malas nak tggu & beratur utk sesi bergambar...
jadi amik gmbr dgn banner dia je la....
posted from Bloggeroid