Haziqah's ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Come back ♥
Saturday, 7 February 2015 00:30 0 Si Kiut Miut(s)

Hi semua ;) Fuhh Fuhhh ! Berhabuk rasanya blog aku ni. Korang yg singgah blog ni mesti bersin hacumm hacummmmm :P Ahaaaa . Sorry laaa aku dah lama tak mengemas blog ni atas kesibukan aku sepanjang tahun 2014. Ahaaa. Ajet-ajet macam PM aje sampai tak ade masa. Heee. 
Selama setahun aku betapa dalam gua, hari ni rasa nak buat "come back". Ahaaa. Aku harap pada yg dulu rajin singgah blog buruk aku ni boleh laaaa rajin-rajin kembali singgah blog ni yea ;) Heeee.. 
Lagi nak tulis apa yaaa ? *gaya Fara Quinn* Ahaaaa . Hmm.. Okay laaa nk cerita sikit, sekarang ni aku sambung belajar dekat SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Hmmm "weyh itu bukan sekolah ke ? Hmmm bukan kau dah lepas SPM ke?" Ya ya ya.. Memang laaa. Tahun ni umur aku dah nak tukar 19 tahun. Heee.. Aku memang sambung dekat SMK Tun Ismail Parit Raja, Batu Pahat, Johor, aku sambung belajar dekat sini sebagai seorang pelajar PRAUNIVERSITI aka Pelajar TINGKATAN 6 ;) Heeee.. Bukan lagi sebagai pelajar aliran perdana (Form 1- form 5) . Sekarang ni aku sudah jadi senior yang paling comel dalam sekolah. Cewahhh ;D "Weyh kenapa sambung tingkatan 6? kenapa tak sambung Matriks ke, Politeknik ke , tak pun pergi sambung Diploma ke?" Heee .. Tak pe laaa.. Tak ada rezeki kot nak menjauh dari sekolah lepas SPM . Nak buat acane ? Hmmm .. Tapi Insyallah, lepas STPM tahun ni doakan laaa aku dapat keluar dari SMK Tun Ismail sebagai pelajar CEMERLANG STPM *amin* yg dulu aku tak dapat masa SPM, dan seterusnya aku dapat jejak kaki ke UNIVERSITI yang aku kehendaki *amin* dan mendapat SEGULUNG IJAZAH SARJANA MUDA dalam course yang aku minati *amin* dan seterusnya aku mendapat KEBAHAGIAAN di dunia mahupun di akhirat. *AMIN* :)
Hmm... Dah terlanjur bukak cerita pasal tingkatan 6 ni , aku nak terus laaa bercerita hitam putih kehidupan aku dalam mengharungi tingkatan 6 ni selama setahun setengah ni. Aku sekarang Semester 2. Semester 1 baru saja aku tinggalkan 6 bulan yg lalu. Nak bukak cerita dari mula ke ? Ahaaa . Okay laaa .. kita mulakan dengan macam mana aku boleh daftar masuk tingkatan 6 ni. Pada mulanya aku tak berhati nak masuk tingkatan 6 ni ... Hmmm aku anggap tingkatan 6 ni sebagai "backup plan" sementara tunggu UPU. Masa tu aku sombong dan confident gila ada laaaa U yg aku mohon dalam UPU tak pun Politeknik yg aku mohon panggil aku dan aku boleh keluar dari tingkatan 6 dengan rasa bangga. Huuuu , tapi kenyataannya , hanya tingkatan 6 sahaja yang sudi terima aku. Aku akur :( Hmmm.. sedih pulak rasa hati terkenang kisah lalu.. huuu. sudah cukup cukup bersedih :)
sumber: Instagram aku
Okay Okay kita sambung lagi , "Weyh kau amek aliran apa?" Aku amek aliran Sains Kemanusiaan ataupun aliran Sastera. "Kenapa tak sambung aliran Sains Tulen?" warghhh kau nak suruh aku gali lubang kubur buat kali yg kedua apa? -_-" Cukup laaa aku tersalah pilih aliran masa SPM dulu.. Huuuu.. Taubat tak mau tersalah langkah. Biar orang pandang aku NOOB ke , DUMB ke , FOOLISH, STUPID , dan sewaktu dengannya asalkan aku tak buat salah sekali lagi. Heee.. Berpijak di bumi yg nyata. Buat ikut kemampuan. Hmmm.. Okay sambung lagi , Aku amek 4 Subjek tambah MUET (Malaysian University English Test). Aku amek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Sejarah. "Weyh semua subjek tu nampak senang je? Mesti kau senang skorkan?" Wuissshhh! Tengok nama subjek macam senang , tapi cuba kau tempohi. huissshh susah gila. Terutamanya subjek PA *PA bukan lagi singkatan Prinsip Akaun yea?* Huuuu.. PA ni subjek wajib lulus kalau aku nak masuk U. Tak guna kalau aku lulus lagi subjek kalau aku tak lulus PA . Jadinya, kali ni SUBJEK "KILLER" bagi aku ialah PENGAJIAN AM. *sorry cikgu laila* "Habis acane subjek BM dengan SEJARAH ? senang ke ? Masa tingkatan 1 sampai 5 kan kau dah belajar? Takkan susah jugak ? Lagi satu, PP tu subjek apa pulak?" Aishhh banyaknya persoalan .. -_- Aishh BM dengan SEJARAH jangan dipandang sebelah mata sebab dia punya silibus ni bukan macam kau belajar masa tingkatan 1 sampa 5. Ni dia UP lagi. Terkejut jugak masa mla-mula belajar sebab kau fikir benda yg kau dah ngadap masa darjah 1 kot sampai tingkatan 5 tu sama. TAK ! Masa tingkatan 6 ni lagi mendalam sedalam dalamnya. Heee .. PP pulak ? PP tu apa ? PP ni Pengajian Perniagaan, Subjek ni ada mirip-mirip PD campur Prinsip Akaun sikit campur Ekonomi sikit. Kalau kau dulu ada basic salah satu antara 3 subjek tersebut insyallah boleh bagi bayang-bayang masa kau belajar PP nanti. Heee :) 
Huuuuu 
Lagi nak cerita apa ? Kawan ? Ahaaa kalau nak cerita pasal kawan kan, 1 entry tak cukup. Hmmm Jadi aku pendek-pendekkan aje laaa. Nakbagi kenal-kenal aje. Kalau nak kenal-kenal lagi dalam nanti aku buat entry lain . Okay ? Heee .. Hmm.. Entry kali ni aku cuma nak senaraikan kawan-kawan sekelas aku aje boleh ? Okay ;)
  • Lelaki : Imad, Amer, Abu, Aceng, Malika, Apek, Icam (ini yg stay 6 USM setakat 7/2/2015)
  • Perempuan : Ming, Aqila, Farini, Haazimah, Fiza, Suri, Nabila, Wani, Ibu, Aziera, Sue, Nad, Itik and Shaaa (ini pun yg stay 6 USM setakat 7/2/2015)
*Diorang ni laaa yang akan meneruskan perjuangan bersama-sama aku selama setahun setengah di SMK Tun Ismail sebagai pelajar Prauniversiti ;)*

Ahaaaa.. pada kawan-kawan yang aku tak senaraikan tu semua dah keluar menerima dan meneruskan perjuangan mereka di IPTA/IPTS yg lain. Ramai jugak laaa.. "Weyh siapa weyh?" Nak tau jugak ke ? Aishhh yela .. 
  • Hariz , Shahril, Aimran , Ashdeeq, Jieya, Ainnur , Rabi ( yg lain-lain tak ingat laaa , Sorry.) *semoga korang berjaya kawan :')*
Kawan sekelas aku ni ada macam-macam perangai , ada yang kuat touching , suka nyanyi , suka carut, kaki COC , pencinta wanita , soft-spoken , emotion tak tentu , dan macam-macam lagi laaa. Tapi dalam kelpelbagaian diversity tersebut kitorang masih boleh NGAM . Hikkk . Lepas tu kitorang antara kelas HAVOC sebab terkenal dengan sifat yang bermacam-macam tu laaa. Hiiii , walau kadang-kadang badai melanda , kitorang tetap boleh NGAM bersama *sarkstik betul*







kawan-kawan aku 

MPPPU . MPPPU adalah singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti. "Ada apa dengan MPPPU ni?" Ahaaaa. Macam ni ceritanya, dulu masa mula-mula masuk tingkatan 6 ni dah berazam nak jadi seaktif mungkin. Nak dipendekkan cerita aku ni gatal-gatal tangan laaa nak cuba nasib jadi ahli jawatankuasa dalam MPPPU. Ni semua gegara nak dapat markah koko sebab nak sambung U kan ? Lagi satu, MPPPU ni antara kelab yg paling besar dekat dalam sekolah. MPPPU ni kira kalau siapa jadi AJK kira macam dah power rangers laaaa. Ahaaaa Bagi aku laaaa. Jadi hantar laaa satu pencalonan. Hmmmm .. tak lama lepas hantar pencalonan, nama calon pun keluar. AHAHAA dengan senang hati , aku tercalon ! yeah ;) Ahaaa . Dah tercalon ni dah bajet-bajet macam YB sediakan PA , sediakan MANIFESTO , sediakan POSTER bagai sebelum PILIHANRAYA. Eceh :D Tapi Best laaa sebab merasa jugak jadi YB dalam pilihanraya. Cehhhhh . Hari yg ditunggu-tunggu tiba, PILIHANRAYA. Masa pilihanraya ni semua pelajar 6 bawah mengundi nak cari pemimpin yang mereka suka. Ahaaa.. Sebagai CALON aku sendiri diberi peluang mengundi. Ahaaaa , bohong laaa tak pangkah nama sendiri. Ahaaaa .. Sengal. Dipendekkan cerita , keputusan undian diumumkan waktu balik, masa tu masa koko petang. Semua berdebar nak tau jawatan apa yg dipertanggungjawabkan kan ? Ahaaaa "JAWATAN SETIAUSAHA DISANDANG OLEH NUR HAZIQAH BINTI ABD KARIM" Haaaaaaaa ?! What SU ? cehhh aku tak nyangka dapat jawatan tu sebab aku antara manusia paling MALAS nak buat laporan , aku manusia yg bertulisan hampeh BURUK ! warghhhhh . Tapi bila dah dapat jawatan tu aku reda . Nak habiskan cerita aku berjaya jadi MT (Majlis Tertinggi) dalam MPPPU . Alhamdulilah :)



HAHAHA
Belum habis lagi. Lepas dah lantik MPPPU baru cikgu bagi tugasan dekat kitorang. Cikgu suruh kitorang handle sendiri Majlis Minum Petang atau dalam bahasa orang putihnya HI-TEA. Ahaaa agak huru-hara laaaa tapi Majlis HI- TEA tu seronok sebab tengoklah siapa yang handle . ceh ;) Aku harap MPPPU tahun dean dapat challange Hi-Tea yg kitorang handle ni. Hikkk :D





Hi-Tea 2014
Warghhhhhh ! Lenguh jari , penat otak , sakit pinggang aku . Rasa tanda-tanda suruh berhenti menulis."Weyh !Ni baru cerita Semester 1 , mana cerita Semester 2 ?" Ahaaa .. Semester 2 baru mula. Kalau aku rajin akhir Semester 2 aku cerita keyhh ? Tapi nak bagitau ni , yg kelas aku juara keseluruhan RENTAS DESA KATOGERI TINGKATAN 6 masa awal-awal tahun 2015 :D HIDUP USM . Ahaaa .. Okay laaa sampai sini aje untuk entry kali ini. Kerja krusus PA , kerja krusus SEJARAH sudah memanggil aku. Tu belum mak aku yang panggil suruh berhenti ngadap kau laptop . Hikkk ;) Semoga ketemu lagi. Adiosss . Assalamualaikum   



6AUSM 2015  


*Doakan result semester 1 aku baik-baik aje kayhh !*


0 Comment(s)
Sedikit INFO ♥



HI ♥ Selamat datang ;) Si Kiut(s). Anda sudah berada di kawasan belog AKU ;)
Ini Cerita AKU .

Ziqa//19//Parit Raja , Batu Pahat , JDT.
Aku seorang yang suka BERKAWAN , BERCAKAP dan BERCINTA (maybe satu hari nanti♥).

♥ Twitter , Instagram , Wechat : ziqakarim
♥ Facebook : Nur Haziqah (N H's)

You're The REASON I could live , Allah , Family and Friend ♥




ChitChat SINI ♥



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words not allowed
♦ Jaga DIRI , Jaga PERIBADI ♥


Credits ♥

The Skin By : Mrs Af
Basecode : Pieqah
Edited : Haziqah

All rights reserved ® Ziqa Karim 2014.