Friday, December 25, 2009

oUr VaCaTiOn

Percutian Familykali ni kt Cameron Highland, selama 3hr2mlm, bermula 19-21Disember lalu.
Kami pergi konvoi 3kereta, kete papa, kete hubby n my bro in law..
besh nyer bercuti, dpt atkan hubungan kami, sambil bergembira..kami cadang nk jd kn acara jalan2 n cuti2 ni acara tahunan, tuk release tension..besh nyew...ok chek it out gmbr sepanjng percutian ni ek...tadaaaa......


Ni gambar kt Taman Rama2 n Ladang stoberi..at last dpt gak cr buah stoberi segar pd r terakhir kami kt cni.sebelum tu mmg susah benor nk dpt buah stoberi.kalau g kedai, pasar or pasar mlm, yg byk cuma gmbr stoberi kt baju, aksesori semuanya lambang stoberi, bantal stoberi jus stoberi n etc sedangkan bayang buah lgsung xda. mrk kt sana kata xda musim..aku mula latarik muka x pat mkn buah yg terkenal kt ctu..akhirnya dapt gak petik, n mkn...baru la namanya bercuti kt cameron!!

Malam pertama kami buat bbq kt apartment.mak dh wt persediaan rapi, perap ayam, ikan, udang utk kami bakar kt sini. cuaca sejuk gle, n langit cm nk ujan sesgt.sib baik x ujan n kami dpt siapkan mkn mlmtu hasil membakar.bravotuk hubbyku n adif(abg ipar)yg bertungkus lumus membakar dgn arang yg xbpe nk cukup tu..mkn mlm bbq u juga sebagai meraikan birthday hubby ku 15 Dis lalu.Happy Birthday syg!

Inilah keluarga bahagia pasangan En Wahi Md Tap n Pn Rosnani.skg jumlah keluarga kami seramai 10org termasuk dua menantu dan seorang cucu.tahun dpn bertambah lagi sorg dgn kelahiran Babyku Mac nanti...Tgguu!!cuti kali ni aku bw bersama adik ipar, nana namanya. mak metua x pat ikut cz dia seorg wanita yg gigih bekerja..huhu..i love my family...Mmmuuaahhh

3rd trimester

(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)
erm..aku skg dh minggu 30..2bulan jek lagi, aku akn bergelar IBU!!really excited!


Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.
Sekian.

Wednesday, December 9, 2009

MARATHON TGK MOVIE


MINGGU LEPAS, aku n hubby marathon tgk 2 movie kt GSC Alamanda, saje release tension dh lama x tgk movie. cte yg kami nengok, ialah The Twilight Saga: New Moon jam 10mlm, n NINJA ASSASSIN start kul 12.10 mlm..mid nite show.
lepas book ticket via M2U, kami g la nengok dgn persiapan pakai baju sejuk. aku x tau nk pilih cte pae, makanya bila tgk komen kwn2 kt fb, cte ni besh, aku pun order la tiket. malang sekali, rasa hampeh gle. oleh krn jalan cerita yg slow tanpa action yang menarik,, aku rasa cte yang 2 jam tu mcm setengah hari. nak ngis rasa bila la nk abis cte nih. bg aku cte tu mmg x besh langsung. berkisar ttg pontianak jiwang.huhu. hubby bengkek jek layan cte tu. mklumla kami mmg jarang tgk movie slow n romantic kt panggung. kami sukakan cte action n ganas...warrrghh!!huhu
hampehh..indah khabar dr rupa, walaupun heroin dia ada iras2 lisa surihani,tp jln cte nye lmbp



mujurlah keluar pagung sambung lak dgn cte Ninja Assassin. Huh cte ni mmg aku sgt puas hati. mmg superb. aku bg 4.5bintang. dgn hero dia yang 'comel' tu, bdn yg mantappp tu..sampai aku mimpi2..huhu
perghhhh..


Ninja Assassin Mantepp

MMg x rugi beli tiket filem arahan James McTeigue ini. Filem ni menampilkan bintang pop Korea, Rain sebagai hero.penuh dengan aksi mendebarkan. Percikan darah dan serpihan tubuh manusia ada di mana-mana sepanjang tayangan.
Lakonan Rain mmg besh n meyakinkan. dia mainkan wataknya sebagai seorang Ninja yang ingin membalas dendam terhadap ahli kumpulannya sendiri. setelah rain (Raizo) sedar betapa kejamnya pertubuhan Ninja itu.. walau dilatih tidak berperasaan tapi perasaan cinta mengatasi segalanya. Pembunuhan Kiriko, teman yang dicintai dalam diam, mengubah pandangan Raizo tentang kehidupan. Kerana tidak sanggup melihat pembunuhan demi pembunuhan, Raizo akhirnya berpaling tadah. Tindakan itu membuatkan dirinya menjadi buruan ninja-ninja yang lain. Klimaks filem ini ialah ketika Raizo bertarung dengan mahaguru, Lord Uzunu, lelaki yang bertanggungjawab membawa Raizo ke dunia Ninja.
‘Ninja Assassin’ mengangkat seni mempertahankan diri dari Asia ke layar perak Hollywood. Malah, ia juga merupakan permulaan baik kepada Rain untuk melangkah ke industri perfileman yang menjanjikan pulangan lumayan itu. x mustahil suatu hari nanti, Rain jd rebutan penerbit filem Hollywood. Lihat sahaja lakonannya dalam ‘Ninja Assassin’sungguh superbb.
//end


Tuesday, December 8, 2009

mENGhITuNg hAri

tggu hubby siap tuk p shopping

7bulan


dIAM x dIAM dah 7bulan usia kandungan qu. maknanya cuma ada kurang lebih 2 bulan sebelum permata hati qu lahir ke dunia fana ini. x sabar n very excited nk tggu tarikh keramat aku bergelar 'ibu'.

td g shopping barang2 baby with hubby. erm setakat ni lbh kurang 60 peratus kelengkapan baby dh siap beli. tggu awal tahun depang, ada wholesale, aku akan habiskan lagi utk beli kelengkapan baby sepenuhnya.mmg seronok membeli belah..smpai lupa diri. aku pg sogo je td, tp sudah memadai cz segalanya dh ada kt situ.hrga pun agak berpatutan. sepanjang membeli, hubby dh tetapkan theme color tuk anaknya. KUNING okkay!wrna fav dia. aku tibai gak wrna2 lain termasuk biru, peach, etc. baby kan..biar berwarna warni sikit. nanti nk p jengah tpt2 lain lak, but kali ni aku akan pergi sndr, ngn kwn2. hubby tok sah ikut. susah nk beli t.kikiki. lau g ngn kwn2, leh pilih lelama, byk2, pg mcm2 tpt..

sebetulnya aku mmg dh save peruntukan khas tuk beli brg baby, but aku n hubby buat perkiraan baru, untuk reduce sikit cos..sbb kami ada projek baik punya demi masa depan famly kami. adalah nk wt bisnes sikit2. cuma yg aku leh mention kt sini, aku skg dh ada company sndr, berdaftar dengan SSM! Ya! aku adalah pemilik syarikan dengan status milikan tunggal itu!!

huhu. moga2 bisnes ini menjadi. mungkin mmg rezeki anak, nk buka bisnes ni.

N satu perkara lagi, pada 19-21 hb ni aku ada organise satu percutian family. cuti2 malaysia. kami termasuk mak, papa, ayu, uda, adik, aku, hubby, along, adif, zara, maklong, nana, akan ke cameron highland. so kena bajet lain tuk penginapan, transport, minyak, makan2..

makanya shoping untuk bby ku akan bersambung cukup bulan (1hb1 nanti)

Tuesday, December 1, 2009

Dak Adik 'pergi' dulu

si adik terbaring kaku

hubby gali lubang tuk tanam si adik

malam semalam, elok jek dak adik melompat ke sana kemari. bukan main lincah dia lari2, mkn pun bukan main byk. dak adik mmg lebih aktif jika dibandingkan dgn abg. walaupun ukurannya begrganda lebih kecik dr abg, tp dia lbh lincah. mungkin sbb bdn dia kecik. malang sekali sehari sebelum raya haji, adalah hayat terakhir si adik. pagi tu, kira2 jam 930pg, dia terlentok kt dalam sangkar. dia yg sebelumnya lincah, tiba2 nmpak lagung x bermaya. aku jd blur. adik ipar yang kebetulan ada kt rumah ckp, adik x mo mkn. duduk tegak2 pun dh x mampu. si abg pulak mkn bukan main selera.
aku terus kejut hubby. dalam kurang 30minit, aku bw adik ke klinik. dokte ckp, maybe sbb dia mkn kobis mlm td, dia jd cm tu. sbb kobis beracun bg arnab. aku terkejuttt..
dokte bg ubat kt adik, n aku terus bw adik blk umah.
blk dr klinik, dia ok jek, but....
kurang 1 jam..
tibe2, adik dah mkin x bermaya, hubby bg mkn pun dia x mampu buka mulut.
aku dh sedih, adik tu aku yg punye. x smpai ht tgk adik cm tu..
tp aku kena terima kenyetaan, adik hnya bersama kami x sampai 1 bulan. dia mati juga akhirnya. x smpt dia nk ikut kami blk melaka..utk raya haji. tinggallah abg sorg diri, n abg skg bukan main gemok. mak mentua aku gelarkan dia sebagai 'BULAT'.
n gelaran tu kekal sampai hari ni

Dak abang & Dak Adik

budak bedua ni suka makan jerami alfalfa. bleh tahan gak harga jerami ni. selagi belum besar, dia x boleh mkn syur2 n buah2an. boleh kena radang usus.


Dak abg n dak adik..sepasang rabbit kacukan angora dan local yang aku n hubby beli kt setapak. disebabkan terlihat rupanya yang comel kt internet, kul9 mlm kami run ke setapak utk dptkan sepasang bby arnab ni..niat di hati nk jaga dia. lagipun arnab ni mudah di bela, x bising, bersih, n najisnya pun x berbau jika dibandingkan dengan kucing.

maka kami pun belikan rumah, vitamin, mkanan, dan keperluan lain utk dak abg n adik. masa ambil umurnya 1 bulan. kesian dia, baru umur 1 bulan, dia dh ada adik baru.mak dorg ni baru je hbs pantang, so tuan nye pun jual la arnab2nyekt mudah.com.

hehe sesuka hati aku gelarkan dorg dak adik n dak abg walhal x tau pun mana satu adik n abg. jantina pun x tau lagi. yg penting, seko hubby punye, seko lg, aku punye. beza antara keduanya, hubby punye eko panjang, n aku nyexda ekor. but colur dorg seakan sama.
dak abg n dak adik akan jadi peneman kami sementara menanti kelahiran puteraku x lama lagi. nanti bolehlah arnab2 ni jadi kawan bby aku..;)

Saturday, October 24, 2009

Gerakan itu bikin aku teruja

Aku tak pasti bila kali pertama aku dapat rasakan gerakan baby dlm perut. mungkin gerakan pertama agak slow, aku confuse antara rasa lpr n gerakan itu. bagaimanapun, harini rasanya telah masuk 2mggu aku merasainya.
kini aku makin serasi dgn gerakan itu, aku akan rasa sgt2 teruja, n membayangkan keletah bayi kt dlm perut ni tgh menggeliat, atau menghentak kaki, bila apa yg dia mau x dipenuhi abahnya..so sweet..
hubby akan belai n bercakap2 ngn bbynya. dia sgt excited akan jadi abah x lama lagi.
Bgun tiap2 hariku di kejut oleh bayiku, malah aku x lg rasa berseorangan tiap kali pg keja atau di rumah, sbb aku tau, aku sentiasa bersama bayiku..
xsbr nk scan tgk jntina bby, walaupun jauh d sudut hati, dan berdasarkan gerak hati abahnya, n org2 tua lain mengatakan bayi aku kandung ni lelaki.
Aku sgt2 happy kalau dia benar2 lelaki, tp kalau perempuan pun, aku terima dgn senang hati.. Semoga dia sihat, sempurna, dan comel..Aminnn..

hormon kewanitaan

SEMUA wanita hamil mesti alami perubahan hormon yang ketara, yg mana sedikit sebanyak akan menimbulkan ketegangan jiwa, kalau diri kita x di layan or diberi perhatian sepenuhnya.
Dalam satu2 masa, boleh rasa Happy, tiba2 murung, n menangis.n then bila menangis lak, x boleh nk stop..huhu
itulah yg aku alami. bukan di buat2, tp x pasti kenapa, kita tiba2 berkelakuan demikian. sebagai suami pula, harus ada pengetahuan n kesabaran yang tinggi terhadap perubahan tingkah laku or perangai isteri anda yang boleh dikategorikan sebagai pelik.
itulah yang dinamakan nikmat mengandung. takak tiba2 boleh rasa nk makan ape2 jek, yg pelik. n mahu secepat mungkin bnda yng dihajati. xda perkataan 'NO'. msti nak juga.huhu
Mujurlah setakat ni aku belum berkeinginan yang pelik2. makanan pun biase2 jek, n mudah didapati. cuma keinginan nk merayap n ambik angin malam di pusat bandar KL jek belum hubby penuhi.
dulu, masa zaman aku anak dara, hmpir tiap2 mggu aku akan lepak KL, lepak makan d Hartamas, Damansara, Uptown, Bkit Bintang n etc..singgah mkn steam boat tp jalan kt Jln Raja laut n Jln Tar..rindu lak nk rasa angin sejk smbil tgk hiruk pikuk kota.mkn nasik lemak antarabngsa, mkn2 kt maple, lepak smpai pagi.
Tp hari2 hubby keje mlm, cm ne nk pagi..maka aku pendamkan jek hasrat itu, wlaupun cuma 45min jek kami boleh tiba KL jika bergerak dari uma.
Semalam, aku sebut 1 kata, "syg, nk g jln kt KL"...
aku tau dia dh ngntuk n dia keje pagi esok. tp entah kenapa bila dia mcm liat jek nk bwk, aku tiba2 berderai air mata, hubby jd hilang punca...
at last dipujuk aku p lepak2, masatu dh pukul 3 pagi.aku yg kesiankan dia, akhirnya buat keputusan tuk lepak kt cyberjaya, pekena nasi lemak kt Oldtown white Coffe..jadik la..dpt gak kuar mlm..Isnin ni dia jni nk bwk jln2 KL..Tq yg.. :)

Monday, September 28, 2009

bULAN kE 4 & sEterUSNya..

Kini kandungan aku dh masuk minggu ke 22.telah masuk trimester kedua..

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aku n hubby sgt2 teruja menanti saat2 zuriat kami lahir ke dunia. cuma ada 4 purnama saje lagi. hari2 hubby aku usap perut n bercakap2 dgn anaknya. ok kite chek it out perkembangan baby di trimester kedua ni, utk maklumat tambahan. dipetik dari mengandung.com



Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


Hari Raya kami

RAYA tahun ni mmg syiokkk!!

huhu almaklumla kali pertama berstatus isteri..aku perlu uruskan diri as wife n urus diri sendiri.
Raya hari ahad, maka Khamis malam aku n hubby dh pun gerak blik ke melaka. kami di jadual berada di melaka smpai raya pertama (tengah hari) dan seterusnya, beraya la pulak kami di tangkak,..kampung ku..:)
kami di tangkak, sampai hari jumaat. seminggu cuti raya.puas gak duk kt kampung. raya tmbh meriah dgn kehadiran anak buah yg sorg tu..zara marissa...


Thursday, September 17, 2009

handbeg..

bila dpt wit RM1000, segera aku wt keputusan nk p bli handbeg yg aku dh lama nk beli.saja nk tmbh koleksi cz dh lama x bli hnbeg..cuma ada 1 jek hnbeg faveret, makanya aku nk tmbh koleksi..
tanpa fikir panjang n memlilih lama, aku beli la hanbeg guess koleksi terbaru..kt alamnda semalam..
RM529..oleh karana dpt rezeki terpijak, aku bli jek la.lau nk tggu org len beli kan..kim salam..nk kumpul wit sendiri pun, x tergamak, c aku la ni sibuk mnyimpan tuk baby..
beraya ngn henbeg baru la nmpaknye.. ;)

Main Go kart

aku teruja bila hubby ajak adik2 main go kart kt litar go kart maeps. oleh kerana x pernah main b4 ni, aku pun nk main. aku jnji x bwk laju2 n x berlumba..bwk slow jek..pusing litar tu
Tapi bila dh duk dlm kete t, harus la aku tekan minyak. kalah uda n ayu..
waqlaupun dlm hati ni sebetulnya agak bimbang ngn baby dlm perut, aku gagahkan gak..aku tau bby aku kuat..huhu
bila publish gmbr kt FB, kwn2 ramai betul yg membebel marah ngn keberanian aku ambil risiko..aku nyesal..tp alhamdulilah setekat ni sumanya okkay..leoas ni aku akan jaga diri n amik berat kndungan aku ni.. syg bby..mmmuaahhh,...

shoping..shoping..n shoping...

wah...raya dh x lama lagi..rasanya tuk raya tahun ni aku ada 4 siri shopping..wahh mmg best dan duit yg habis tuk misi2 itu juga dh mancapai ribu2an..huhu
xpe yg penting hatiku puas..walaupun dlm keadaan ngndong n puase., aku gigih merayap sampai ke sogo n jalan tar..dari pagi bwk ke mlm..masih x hbs membeli. x tau la ape yg di beli, bila smpai uma, kira harta, xda la byk sgt brg sendiri..sibuk belikan org jek.huhu

n mggu depannya, mak pula dtg ngn adik2 lain. kami shoping again di jalan tar.. wahhh ramai gle org.. brg2 di beli? biasa la baju, tudung, aksesori...

tu jek..
kuih raya? x payah beli...alhamdulillah tahun ni murah rezaki aku. ramai org bagi kuih raya. berjenis2. kalau nk sebnaraikan pun, penat tangan nk taip..anyway aku bersyukur n terima kasih pada semua yang sudi bg kuih raya beserta kerepek yuk aku..wartawan kesyangan masyarkat.
Duit raya pun lebat gak taun ni..huhu tq to datuk menteri, datuk adun, n datuk ahli parlimen yg sudi bg sy wit raya.. SUker@!!!

Tuesday, August 25, 2009

Buah delima

SEBAIK pulang dari kampung, n tgk anak along(kakak) yg comel, dan siap berlesung pipit tu, along kata, rahsianya, mkn buah delima, cz dia pernah terbaca, even ibu n ayah x da lesung pipit, tp kerana makan buah delima, dipercayai bby kita nanti comel, ada lesung pipit..huhu..bukan nk pecaya sgt, tp bila tgk along n abg ipar, mmg dorg lgsung x berlesung pipit, kiRA boleh pakai la juga rumor tuh..huhu.
Buah delima adalah satalah satu buah dari Syurga. dikenali sebagai ar rumman dlm bahasa Arab. Disebut sebanyak 3 kali dlm Al-Quran: Al-An'aam 99, 141 n Ar Rahmaan 68Dlm Ar rahman 68: terjemahannya: Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.J elas menunjukkan delima adalah antara buah yg terdpt dlm syurga. Jadi.... tentulah buah delima ni buah yg hebatkan? Penuh dgn khasiat.

Oleh sebab sekarang ni aku sedang mengandung, so aku pun cuba tnya pada kwn2 kalau2 dorg ada perasan kt mana ada jual buah delima. ramai yg repon,,,tq yer..n bila tnya kt salah sorg kawan (nell), x sampai 1 jam, dia ckp dia dh dptkan buah tu utk aku..huhu sgt terharu. dia sanggup hntr runner cari buah delima sekitar Pucong n Subang..TQVM yek NEll.. Smpai lima bijik dia bg.siap pakej ngn buah anggur n buah epal dia bg kt aku..terharu..
Ok aku nak kongsi khasiat buah delima bagi ibu ibu yang mengandung. Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah. Namun, aku mengambil berkat dari amalan Rasulullah S.A.W, semasa isteri baginda mengandung iaitu, sebaik mungkin makanlah sekurang2nya sebiji buah delima yg masak ranum.
Ada pula yang mengatakan diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila org melihat wajah anak itu, hati akan merasa belas dan kasihan kepadanya. selain tu, aku pernah terbaca dgr cerita dlm beratus butir delima tu, hanya hanya ada satu penawar, makanya, aku perlu makan tanpa meninggalkan sebutirpun isinya.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.
Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.

Antara kebaikannya yang lain
  • menghalang pembentukan sel kanser

  • mencantikkan kulit

  • mencegah dr nyanyuk

  • memberi tenaga

  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah

  • elok utk sistem penghadaman

  • mengurangkan berat badan

  • prevent morning sickness( utk org mengandung)

  • memperelokkan rahim dan lain-lain

Sunday, August 23, 2009

KeLahiRAn

Tarikh 21-08-2009(30 Syaaban) /Jam 2.40 petang/hari Jumaat Lahrlah puteri Sulong kepada Farrah Izwani Wahi aka Along, n Mohd Adiff (Abg ipo) yang memang kami nanti2kan.. Along yg dijadualkan bersalin 18 ogos tetibe terover due apabila babynya masih engan keluar dari perutnya sedangkan beliau sudah tidak larat mebawa perut yang semakin membesar, dan tidak sabar menatap wajah anak sulongnya itu. maka 20 hb dia ke hospital, n dokte bg induce, nk cepatkan kelahiran. malangnya jalan masih belum terbuka hanya 3cm sahaja. bila dokte dapati bby dia rupanya berada dalam keadaan mengiring, dokte pun segera jalakan operation.. Alhamdulillah sumenya berjalan lancar. x smpai 1/2 jam bergemalah tangisan bayi..lega la dia..

Zara Marissa namanya..ada lesung pipit, lahir beratnya 3.23kg..

kelahiran zara ke dunia ini batul2 waktu kita semua smbut Ramadhan pertama, x jd terawih mlm tu sbb nk tgk anak buah sulong dlm keluarga aku. dia cucu sulong utk nek mak n tok pa.. bila tgk zara, hati rasa ersentuh, dia lahir dr rahim along, kakak kandung aku..


persaiapn along tuk kelahiran zara? meriah sekali..bila dia taw jek anak dia pmpuan, semuanya pink dibelinya.baju, beg, katil, langsir, cadar, tilam..mmg pink semuanya..huhu
nek mak n tok pa sgt2 excited dgn cucu sulong mereka. hari2 nk dtg lawat..walaupun along berpantang kt umah mentua, niat d hti nk jaga sendiri anak dia..tp apakan daya, d setuju dr awal..besan nk jaga..




along(baju hijau) disuap makan olh suaminya (Baju merah). nek mak lak x bg chance ktorg lain pegang cucu dia..dia nk kongker sorg.huhu

aunty2 zara yg teruja dpt anak buah. kami x bersedia d gelar mak ngah, mak uda, maksu n mak ayu!huhu.uda n ayu di paksa pakai mask sbb mrk batuk.


erm..beberapa bulan lagi, lahir lak cucu je dua dlm keluarga encik wahi..anak aku la..huhu..suami aku mana?xda dlm gmbr pon? biasa la, husbnd i cmera shy..dia sgt x sbr tggu anak sendiri katanya..sbr ek yg, enam bulan lagi..insyaAllah..
so tahun ni along raya dgn anak baru. seronok la dia..sepanjang berpantang x dpt berpuasa, n hbs pantang, terus beraya..huhu

semoga keluarga kami terus dilimpahi dengan kasih sayang n keberkatan oleh Allah..bertambah rezeki n keturunan encik wahi.

tahniah buat along n adiff..


Wednesday, August 19, 2009

BulAn MuLia DataNg LaGi

Hari sabtu ni, umat islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan al_mubarak, bulan Yang dinantikan Semua sebagai bulan mulia.
Setiap malam malah sepanjang hari dalam bulan ramdahan Allah telah jnjikan syafaat bagi semua umatnya yang menunaikan tanggung jawab berpuasa.
Tahun ni, tahun pertama bagi aku, berpuasa bersama suami!!huhu
x sabar nk sambut ramadhan, n seterusnya hari raya sebulan lagi..
sbenarnya aku risau juga, sebab al maklumla keje aku ni, setiap hari, ada je undangan berbuka puasa..n kebanyakan program berbuka adalah bahan berita untuk aku wt news..no choice, kalau ada event x bpe penting, better aku buka ngn husband,but kalau ada prgram berbuka yang menarik, aku angkut sekali husband joint makan free..tahun lepas, dalam temph sebulan puasa, aku buka di rumah dalam 4 hari jek..erm...syiokkk..boleh berjimat tuk bg duit raya..huhu
kami akan sambut 1 Ramadhan di Kampung ku tercinta, tangkak..nk makan juadah berbuka mak..nk dgr mak menjerit kejut kami tuk bersahur.n berebut2 bli kuih dengan adik2 lain.

Ada satu lagi perkara istimewa yg buat aku teruja untuk balik kampung. Kakak aku (Along) akan bersalin dalam sehari dua ni. n baby tu merupakan anak buah pertama aku, yang juga merupakan cucu sulong mak n papa. kami semua x sbr nk tgk muka org baru dalam hidup kami ni.nk diikutkan along dh cukup bulan kelmarin, tp bb dia x mo kua lagi, so dia makin resah tggu waktu bersalin. apa pun di harapkan Along dapat melahirkan bb nya dengan selamat..

see ya..

Monday, August 17, 2009

my baby will be born..Mar2010

nmpak x janin tu..actually aku pun x nmpk..tp wt2 nmpak la..
masa tgk kt klinik swasta aritu, nmpak bby, n jantung sekali, tp lupa minta dokte gmbrnye..ape pun aku puas ati bila dokte kata semuanya baik..


ALHAMDULILLAH..
Aku hampir tamat melalui trimester pertama, dengan lancar sekali..
kata dokte, trimester pertama, kena jg bebetul, cz time tu baby x kuat lagi dlm rahim..so aku pun agak cermat semasa memandu, n melangkah pun x selincah dahulu..semuanya keranamu BABY ku sayang..
Hubby xsbr2 nk tgk perut aku besar..hari2 dia usap perut, bercakap2 dgn anaknya..hubby bhasakan dirinya sebagai abah, n aku sbg ibu..
puas juga kami bergaduh nk cari gelaran ibu, mama, mummy, dan sebagainya untuk disebut bakal baby ku nanti..
last2 aku setuju dgn kemahuan hubby..ape pun..
aku rasa bahagia..
harap semuanya berjalan lancar seperti yang kami harap2kn dengan izinmu Ya Allah..
kurang dua minggu kita akan mula berpuasa, aku sedikit ceas bila fikir gimana nk pose ni..
sedangkan pada hari biasa, perut sik lapar jek walaupun baru lepas makan x sampai sejam, inikan pula nk berpuasa kira2 14jam..
erm, Tuhan akan lindungi ibu nanti..ibu yakin..

td p klinik, tuk wt check up bulanan kt klinik salak. excitd bgun pg2..mandi, tuk appoiment jam 10pg.
tp malang sekali, bila smpai klinik, ramai sggh manusia.. yang saket, demam, batuk, selsema dan macm2..cepat2 aku sarung mask, bimbang dijangkiti..
puas tggu lama 3 jam..smpai letih badan, last2 dpt jumpa dokte..n dokte pun scan peut aku..
inilah hasilnya..gmbar bby dlm perut ni..
walaupun x berapa clear, tp aku ckup happy bila dikte kata everything okkay..n due datepada 7 March 2010..tp kalu anak bu nk kuar 10 March 2010 pun ok..nice sket date tu..huhu
=agak membanggakan sebab baby aku bakal lahir b4 annyversary..so maknanya baby ini adalah hadiah annyversary kami yang nikah pada 28 march 2009..
erm..nk tau, kami suami isteri dh pun cari nama yg sesuai tuk anak kmi ni yg kami jangkakan lelaki(berdasarkan firasat org lama2), huhu..
tp kalau perempuan pun kami terima dgn penuh syukur sbb nenek melaka suka sgt cucu perempuan..huhu

//end


pregnancy calendar

Saturday, July 18, 2009

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama


(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum). Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap.
Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga.
Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

* sumber: mengandung.com


Thursday, July 16, 2009

PuTiH YanG KeLABu


"dulu..aku sangat gebu..
kulitku memutih seperti salji..aku di pamer disebuah pusat membeli belah..
setelah beberapa minggu dipamerkan, tiba2 dtg la satu pasangan membelekku sambil tersenyum..pasangan itu tidak mengendahkan beberapa rakan2 ku yg turut dipamerkan di situ, yeesszz..kecantikan ku telah memukau pasangan tersebut.aku sangat suka..
lantas tidak sampai beberapa minit, aku dibawa ke kaunter bayaran, dan bermula saat itu, aku sah menjadi milik kepada seorang gadis.."

ITULAH pemula kisah antara aku dan si pUtih. suatu ketika dahulu, putih mmg putih, mmg gebu mcm salji, tp kini puih sudah jadi warna kelabu.
dulu putih ada jantung di dadanya yang tertulis perkataan 'Love You', kini jantung tersebut telah tertanggal entah ke mana.Dulu leher putih dibaluti reben yang cantiK, berwarna merah jambu, kini reben itu sudah terbang tak tahu di mana. Dulu BULU PUTIH BANYAK, mata putih cantik, bersinar, dia mampu duduk dengan segak..kombinasi warna puih dan merah jambu sememangnya menjadikan putih paling menyerlah diantara yang lain.
Dengan saiz tubuh lebih kurang 0.8meter, dan sebesar pemeluk, putih mmg sgt senang untuk digendong atau didakap bila2 masa yang aku suka.
Itulah hadiah dariada bf aku seelum dia berangkat ke sarawak, untuk latihan kt pusat latihn polis sarawak.
putih sememngnya teman yang paling setia dengan ku. dia sedia mendengar apa sahaja luahan aku baik gembira mahupun duka. putih juga penemanku dikala tidur, dan dialah juga menjadi pengesat air mata bila aku menangis.
banyak sungguh jasa-jasa putih.

putih sentisa ikut ke mana sahaja aku berpindah. rasanya putih penah tingal di enam tempoat, terasuk rumah di tangkak, hosTEL di upm, putrajaya, rumah di equine, rumah di serdang, dan kini di sepang pula. kawan2 dan adik beradik lain selalu mempersendakan putih, tp aku selalu membela putih.

kini putih semakin tua. dia sudah berusia hampir tujuh tahu. putih dah x gebu lagi, kulitnya bertukar kelabu.jantungnya sudah hilang, rebenya juga tiada. malah putih tidak mampu duduk tegak lagi. lehernya melentok ke kiri dan ke kanan.

kesian putih. tapi aku msih sayang pada putih, walaupun telah berusami, aku masih memeluk putih ketika tidur. meskipun bila bangun tidur aku dapati putih berada di bawah kaki suamiku..hahaha...suami aku kata putih penyibuk....kesian putih..

Monday, July 13, 2009

CAKNAku di Langgar...

kesian kete cakna aku kemek
BALIK dari vacation kt Sabak Bernam, aku singgah ofis kejap, tuk amik kete, n ketuk story jp..story x siap ag...so bila sattle suma, aku pun gerak balik.. dari ofis di seksyen 15 shah alam, aku kena pusing 3 roundabout sebalum masuk ke hicom, n masuk pulake highway elite tuk balik ke sepang.. malang sekali, di roundabout terakhir, ketika sang kancilkuyang cakna itu sedang cuba memasuki bulatan, tetiba... bedentumm.... aku terhentak ke belakang sit..punggung kete ku dicium dengan kasarnya daa...aku dilanggar oleh kereka Toyota Unser, dgn momentum yg akgak kuat juga.. oleh kerana dilanggar, lantas kereta aku ter'kehadapa. n memasuki bulatan. aku x boleh berhenti dalam bulatan yg sibuk tu, nanti kena langgar pulak ngn kete lain, makanya aku teruskan perjalanan lebih krang 10 meter, n berhnti d tpi...dgn haapan org yg langgar tu akan bnti ikut bontot aku..yelah kn dia salah ciom bontot org? Malang sekali, dia caloooo..dlam terpisat2, terkejutt n blur, aku x dpt ingt la no kete org tu.. aku paling risau kandungan ku ini, bukan sang kancil itu.. hmm...mudah2an selamat semuanya..aminnn...

Sinar @ Papitusulem

rombongan 12 buah Cakna ke Sabak Bernam

bersama 3 anggota polis yg meng eskot rombongan kami

pose di kereta

T.Menteri Tenaga, air n Komunikasi, YB Noriah Kasnon

jeti kt tempat penginapan

Selama dua hari satu malam kami (Skuad Cakna Edisi Selangor/KL ) mengikuti satu program khas ' bersama penduduk kampung papitusulem,
Rombongan kami sebelas kereta cakna dari setiap daerah di selangor, berkumpul kt ofis di shah alam, di ESKOT oleh tiga buah motor polis berkonvoi ke lokasi pada waktu yang dijadualkan..wahh mmg best kena eskot, lampu MERAH pun boleh redah, dgn bangganya..huhu
Bersusah payah pihak penganjur yang merancang event khusus tuk kami, termasuk Jabatan penerangan, Ahli Parlimen, serta beberapa agensi lain termasuk penduduk kampung Parit 7, dan Sungai Leman(Papitusulem)di Sabak Bernam.
Menginap kat d'muara Haji Dorani, selesa, n sedikit sebanyak dpt relese tension dgn teman2 yg sama2 fhm tugas kami2 ni yg selalau tertekan ni..huhu.
pengalaman yg agak menarik, n enjoy..sebelah malam,lepas bbq dgn penduduk, kami sempat berkaraoke pulak
....ok la juga dpt kami berkumpul n gembira sekali sekala utk eratkan hubungan semasa kita..
ermm..tu aje...

lg satu, bos ckp, next month akan buat di Kuala Langat, n bulan berikutnya di kawasan takluk saya, iaitu di Sepang..
inysaAllah akan diusahakan...

Tuesday, July 7, 2009

KaWan2Ku

di rumah saya

karaoke session

MENYOROT kembali kenangan masa belajar kt UPM dulu,me n my 'klik' mmg agak aktif dalam menganjur pelbagai aktiviti,termasuk aktiviti santai n sosial, mahupun amal,, untuk KAMI sendiri..
Bukan x mau cmpur aktiviti kolej or campus, tapi oleh kerana terlalu sibuk dgn aktiviti kami, TERMASUK SUBJEK Cos kami yg perlukan kami x cmpur org lai, kena shooting drama la, mik2 gmbr, editing etc...kaMi xda masa tuk semua tu..setiap mggu, ada2 saja aktiviti, air terjun, genting, shoping, lepakking kt mamak, kat mana2 aje or tgk movie, karoke, dan sebagainya, dan setiap aktiviti itu akan dimuatkan juga sesi fotografi oleh gang2 yg sememangnya camera mania n kaki posing.
Tajul yg paling suka amik2 gmbr,mempraktikkan kemahiran yg dh dipelajari masa kelas fotografi.dan kami yg lain sibuk bergambar. Bila gmbr siap, dia tnya, nape gmbr dia asyik xda dlm pic..haha
Kami terus aktif even dh hbs belajr, cumanya aku agak slow joint mereka, since aku dh sibuk mulakan persiapan nk kwen..n of cos la bila khwin, aku terpaksa tggl sume bibit2 indah yg akan mereka lakukan bersama.
Kecuali rubi n yus, yg lain mmg aku xda jupe lepas khwin.last sekali masa mrk dtg weding aku..Setelah 3bulan aku berkahwin, mereka dtg melawat aku di rumah!Sonoknye, lama x jmpe org2 yg mmg happening n gile2 tu. Sedikit persiapan aku buat dgn bantuan suami, memasak la, apa yg mampu.
Menunya 3 in 1..Soto, mee sup, n mihun sup..sumenya guna kuah sup yg sama..dan cuci mulut dgn buah2an tempatan. Jadikla, daripada xda..
N b4 balik sempat la bergambar candid, n buat2 candid. Pastu dorg p shot gmbr kt around ptrajaya, aku xpat joint. Sambung la pulak dgn aktiviti karok,kt superstar Alamanda walaupun masing2 suare mmg blh jd ARTIS..artis la sgt..haha . n MAsa yg sama aku n hubby akan tgk wayang..cite ice age 2, n transformers..
Cte ice age mmg besh..but tranfomers bg aku indah khabar dari rupe..aku bleh tdo sepanjang wayang dimainkan..haha
Ok kwn2, (yda, ruby,yus, tajul, jiji, ikmal, hilmi (xdtg), aiman, aku gembira ada kwn2 mcm kamoo..n harap ikatan persahabatan kita x putus..smpai kte beranak pinak..dtg rumah tgk baby I soon ya..juga pd juli n mimi..tq sudi dtg..daaaaa……





Saturday, July 4, 2009

TRIMestEr PerTAmA

DOKTOR pun dh sahkan Kehamilan ku..
Aku rasa bahagia, n gembira tgk hubby yang sgt2 mengambil berat, n gembira dengan kehadiran Insan Ke3 ni..walaupun sebelum di sahkan dengan kit upt, dan dokte, aku mmg telah syak aku hamil, berdasarkan beberapa anda2 awal yang aku alami.
antaranya, lewat peod, rasa mual n loya, keletihan, n breast yang membengkak. selera makan pun bertambah. infact, hubby lagi rasa loya n mual yang lebih teruk berbanding aku. dia jugalah yg mengidam nk makan mcm2, termasuk buah binjai..=)
dokte anggarkan usia kandungan ni 5 ke 6 minggu.. masih baru dlm trimester pertama, n ibu perlu jaga diri bebaik sepanjang tiga bulan pertama..
anda boleh tgk saiz baby, dr sebesar titik dakwat, menjadi sebesar buah lemon, Klik kt bawah Nie..Uniknya ciptaan Allah swt..

haPPY..bLissFuL

SAYYAnGG!! Awak AKan Jd PAPA!! TAHNIAH!!!
heheh itulah yung aku jeritkan dengan girangnya bilamana UPT kit yang aku uji menunjukkan dua garisan merah.. Aku sgt2 happy n bersyukur ya Allah..akhirnya penantian kami berakhir.
aku harap bakal zuriatku ini sempurna akal,sempurna sifat, sihat, dan selamat..aminn
Walaupun bulan lepas dh misscariage, aku akan pastikan kandungan kali ini akan kujaga dengan baik.
Inilah zuriatku, sebagai lambang cinta kami..=)
Thank you Allah..

ManDI-ManDA



SERONOK sangat balik kampung kali ni.aku cabut tiga hari p lik kampung. Malam pertama g rumah mentua di Melaka, pastu esoknya balik tangkak.
Ofcos la bila balik kmpung sndiri akan rasa lebih best dan hidup..ye la, kita kn membesar kt situ..
Kebetulan maklong (kakak mak) datang rumah,. Mak long ni sgt pandai memasak dan sedap sekali masakan dia.
Dia masak makanan bst2. Sebut jek, nk mkn pe, terus dimasaknya. Mak aku pun cuti memasak sepanjang mak long ada kt umah. Tq mak long.
N sbg menggembirakan mak long, kami layankan dia bli buah durian, manggis, n rambutan byk2. Maklong suka sgt mkn buah2 tempatan bermusm ni.
Esoknya, kami semua g mandi-manda kt Air Terjun Gunung Ledang.
Lama gak aku x g mandi sana. Lebih kurang empat tahun kot..sampai kt gunung Ledang, aku tgk tpt ni sama cm aku last pg dulu. Kali ni x naik tggi pun, x larat, kata husband aku, org x ramai, mandi kt bawah pun ok.
Aku, hubby, mak, uda, ayu, adik n maklong pun berendam menikmati kesejukan air gunung yang terkenal dengan legenda Puteri Gunung Ledagnya..sambil makan2 buah2an.
Mmg segar sgt rasa, mandi air gunung n mkn buah.besa sungguh nikmat ciptaan Allah. Kaki yang terendam dalam air tetibe rasa geli2, rupanya sekumpulan anak ikan sedang menikmati kulit2 kering di kaki..huhu geliii tp chommell ikan2 tu. X perlu byr mahal2 tuk ikan gigit di kaki yg ada kt jj or giant..
Sebelah malam, aku g shopping baju raya pulak kt Bandar Tangkak..Really Enjoy..

//habis

Thursday, June 25, 2009

Petua Mendapat Jodoh


Seronok bila difikirkan. Seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budipekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Wednesday, June 24, 2009

BALek kamPunG =)

Malam kelmarin, lepas dapat panggilan fon dari mak kt kampung, x semena2 aku ajak husband aku tuk balik kampung. Memang xda plan lansung pun nk blik, tp lepas mak call, mak cerita tentang menu yang dimasak, n karenah fika n kila, aku rasa hatiku rasa melonjak2 nk balik kg..Masa tu husbandtgh syok layan forum internet ngn membe2 dia, ndh plan beberapa aktiviti esok. tetibe, aku mention tuk blk kg..dan dia faham benar, once aku mention ttg sesuatu, i really mean it....hehehdia pun x ckp, tidak, dia terpaksa ckp, 'okkay, ma p pack baju.. ' aku? senyum lebor ler...hihihi. sory syg..pancung ur plan.. i know u love me more..huhu

sebenarnya byk faktor yg sebabkan aku nk balik. biar aku senaraikan. pertama, sbb nk mkn laksa penang. laksa penang mak memang terkenal, pekat dan sangat lazat. mak penah masuk pertandingan masak laksa, n dia dpt no 1..huhu..yang ke2, hantar baju2 raya untuk dijahit. yek la, kan raya pun x berapa lama lagi. lau tempah lmbt, t org dh x amik ag..
ke3, sbb rindu pulak kt keletah dua org budak kecik yang mak aku jaga. mak jd baby sitter part time. jaga anak nurse namanya fika, 4 thn & kila, 2 thn. mmg chomel sgt2 budaknya.perangai pun chomel..dan alasan tersebut diterima baik oleh suamiku untuk ikut blk.
kalau balik kampung, suami aku mmg suka sgt layankan karenah dua beradik tu. si kakak bijak bercakap, n adiknya pulak, suka buat muka cute, muka slumber, dan mulutnya asyik bercakap tp xda sape tau apa yg dia ckpkn..
of couse la aku blk kali ni juga sbb nk jenguk mak, papa, ayu n adik yg tggl kt umah tu..sayang mereka semua.
Dan..1 lagi sebabnya..nk makan buah2an tempatan (durian, rambutan,manggis) namun bl smpai kt kampung, yg ada cuma durian. itu pun aku beli kt tepi jalan depan rumah. jadik la.sedap gak durian 2 . byk gak aku mkn.bisa buat satu rumah berbau doroian..

aku bertolak frm umah kami kul 11mlm, n sampai tangkak kul 12.30 malam. esoknya, kul 11 malam bertolak pula dr kampung, sbb ada lawatan kt Alam Flora 9 pagi esoknya..