Salam sejahtera dan selamat datang kepada para pelanggan ZH Japanese Cotton. Semua kain yang dijual dijamin 100% dari Jepun dengan harga yang sangat berpatutan.
Selamat membeli dari ZH.
The Wonderful Cotton Lover Awards
Terma & Syarat
★ Sebelum pembelian dilakukan, para pelanggan disyorkan membaca dengan jelas terma & syarat ini serta mengetahui struktur kain bagi mengelakkan kekeliruan.
★ Kain yang dibeli tidak boleh dikembalikan.
★ Booking adalah dalam tempoh 48 jam sahaja bagi stok kain in hand, sekiranya pembayaran tidak diterima dalam tempoh tersebut, booking terpaksa dibatalkan secara automatik.
★ Pembatalan bagi pre order / tempahan hanya boleh dilakukan dalam tempoh 48 jam setelah pengesahan dilakukan.
★ Hanya pesanan yang di hantar melalui borang yang disediakan atau inbox fb sahaja yang akan dianggap sah bagi mengelakkan kekeliruan.
★ First come first serve bagi kain kain yang berada dalam stok ZH Japanese Cotton.
★ Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan ataupun kerosakan yg berlaku semasa proses penghantaran.
★ Harga kain yang dijual adalah termasuk kos penghantaran secara EMS, sekiranya tidak dinyatakan kos penghantaran boleh dirujuk di side bar blog.
Tempahan kain / pre order
Sebarang tempahan dan sekiranya kain yang anda ingini tiada dalam stok, para pelanggan boleh membuat pre order dengan mengisi borang tempahan yang disediakan atau menghantar email (zhbisnes@yahoo.com). Tiada sebarang bayaran deposit dikenakan untuk membuat pre order bagi kain kurang daripada 3 pasang kerana pihak kami percaya pada pelanggan, jadi hanya serius buyer diterima.
Anda juga boleh menempah kain kain idaman anda dengan memberi detail kain yang diingini dan pihak ZH akan sedaya upaya mencari kain tersebut mengikut kriteria yang anda ingini tersebut.
Pembelian kain pre order / tempahan ini hanya akan dibuat 2 kali sebulan sahaja disebabkan jarak gudang kain yang jauh dari rumah, harap maklum.
Jenis kain cotton yang dijual
Semua kain yang dijual adalah 100% cotton & made in Japan
1. 100% Cotton Lawn -ringan
-sedikit jarang tetapi tidak perlu lining
-lembut
-senang digosok
-washable
2. 100% Cotton Broad -sedikit berat berbanding Cotton Lawn
-sedikit tebal berbanding Coton Lawn tetapi tetap lembut
-tidak jarang
-senang digosok
-washable
3. 100% Cotton Wafle -sederhana berat
-sedikit tebal
-jalinan benang yang kelihatan seakan-akan berkedut
-senang digosok
-tidak jarang
-washable
Penghantaran
Proses penghantaran akan dibuat setelah pembayaran diterima dan setiap penghantaran ke Malaysia hanya dilakukan menggunakan perkhidmatan EMS sahaja kerana lebih selamat dan lebih cepat. Adalah dimaklumkan sekali lagi proses penghantaran adalah dari Jepun terus ke rumah anda. Jumlah kos akan di email kepada pelanggan setelah pengesahan pembelian dibuat.
Bagi pelanggan yang berada di Jepun harga sepasang kain (4meter) adalah 3000yen termasuk kos penghantaran pos laju. Pengesahan harga akan diberi melalui email.
Kain-kain yang telah diterima pembayaran akan di pos setiap Isnin dan Khamis setiap minggu sahaja.
Adalah dimaklumkan pihak ZH Japanese Cotton menetapkan setiap matawang 100yen adalah bersamaan RM3.70
Pembayaran adalah melalui akaun Maybank (detail akan diberi melalui email).
Khusus untuk pelanggan di Jepun melalui akaun UFJ atau Yubin. Detail pembayaran akan diberikan melalui email. Harga kain mungkin berbeza kerana kos penghantaran yang lebih murah. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment