Tuesday, December 13, 2016
Jangan Tersilap
Antara yang wajib dengan yang sunat, banyak bezanya. Tak buat yang wajib, berdosa. Tinggalkan yang sunat, takde apa-apa. Jangan pulak buat yang sunat tapi tinggal yang wajib. Contohnya kemain laju bersedekah, sedangkn anak kebulur kat rumah. Tak patut....
Sunday, December 4, 2016
Selamat Bersara
Tuesday, November 15, 2016
Sudah Fening
Sejak 2, 3 hari lepas makcik dok ingat dan tunggu 15 hb. Banyak pulak peristiwa pada tarikh tersebut. Calon SPM periksa P.Islam 15 hb. Annual dinner pun pada tarikh tu jugak. Lagi satu.... 15hb adalah birthday makcik. Entah kenapa, tang birthday tu sentiasa dalam fikiran. Sebelum tido mlm tadi, check fB, whatsapp, takde sapa pun ingat birthday makcik. Bangun tidur pagi tadi, semangat lain macam walaupun kaki masih sakit. Maklum le, hari ni birthday kita.
Sekejap tadi, selepas semua calon SPM masuk dewan, sekali lagi makcik check fB, whatsapp, wechat semua. What??? Sapa pun tkdak bagi ucapan. Macam mustahil je. Takkan la ain pun tak ingat.
Termenung kejap. Ohhhh..... baru teringat, rupa-rupanya birthday makcik 15 Jan. Bukan 15 Nov. Kwang...kwang..... Nak birthday dua kali setahun la pulak!!
Ok. Lupakanlah birthday cake. Diet...diet..

Tuesday, November 8, 2016
Second Day
B. Inggeris 1 & B. Inggeris 2. Perjalanan masih panjang ya anak-anak. Hari ni berkumpul di kantin la pulak.
Permudahkanlah semua urusan kami Ya Allah. Aamiin.
Permudahkanlah semua urusan kami Ya Allah. Aamiin.
Monday, November 7, 2016
Alhamdulillah
Hari pertama SPM 2016 berjalan dengan lancar. Kali pertama ada guru saksi, jarak baru dan calon tidak perlu membawa slip kemasukan.
Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita anak-anak SMK Panji. Aamiin.
Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita anak-anak SMK Panji. Aamiin.
Sunday, October 30, 2016
Perhatian
Biasanya sekali sekala sahaja orang akan terpijak tali anda. Selebihnya anda sendiri yang memijak/terpijak tali tersebut. Ingat, semakin kerap tali tersebut dipijak, maka semakin cepat ia akan putus. Lebih cepat lagi jika anda kerap tarik atau "senjoh"
Sekian, terima kasih
Sekian, terima kasih
Tuesday, October 25, 2016
Kalaulah
Ada orang bermurah hati bagi makcik RM sejuta. Agak-agak apa benda pertama yang makcik akan buat? Jawapannya tidak lain tidak bukan, makcik akan berhenti kerja. Bestnya.
Taknakdahjadicikgu.
Sungguhsesungguhnya.
Jom berangan
Taknakdahjadicikgu.
Sungguhsesungguhnya.
Jom berangan
Monday, September 12, 2016
Apa Guna?
Kawan ramai tapi wujudnya ketika senang Ada masalah, I tak nak campur, pandai-pandailah you selesai sendiri.
Saudara punyalah ramai tapi masa tersepit, makcik sibuk, pakcik lagilah busy.
Ada suami tapi berdua ketika suka, nafkah bayar sendiri, awakkan ada gaji.
Ada isteri tidak taatkan suami. Taatkan suami? Tengok le kaki, atau pun tengok slip gaji....
Anak berderet tapi macam enau melepaskan pucuk, mencari ibubapa ketika bermasalah, bibik lari, bil tertunggak, TNB nak potong api.
Hebat... menjadi pakar rujuk di luar, bukan kepada isteri dan anak-anak di rumah sendiri
Apa guna???

Friday, August 19, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Sepatutnya
Kebaikan orang, ingat.
Kebaikan kita, lupa.
Kesalahan orang, lupa
Kesalahan kita, ingat.
Anak-anak, dewan telah dibuka. Maknanya sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main.
Kebaikan kita, lupa.
Kesalahan orang, lupa
Kesalahan kita, ingat.
Anak-anak, dewan telah dibuka. Maknanya sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main.
Friday, August 5, 2016
Siapa Pun Kita
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan dan tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Jadi, kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan dan bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan yang akan menjamin hubungan kekal utuh.
Berlapang dadalah menerima kekurangan orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang berterusan ditiup angin akan kehilangan daun, malah berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, Dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kita, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci yang akan menutup mulut tetapi membuka hati.

Saturday, July 30, 2016
Sunday, July 24, 2016
Friday, July 22, 2016
Nazir Datang lagi
Penuh pena bilik wawasan dengan segala macam fail. 18 Julai lepas nazir mari tapi nak boleh ko mari tu, peluh pela jgk la puak kita siap apa yang patut. Harap-harap bulan Sept nanti ada lagi berita gembira utk warga panji. Aamiin.
#baiahpunyapasal#
#baiahpunyapasal#
Thursday, July 7, 2016
Aidil Fitri 2016
Kali pertama beraya tanpa ibu tercinta.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.
Monday, June 13, 2016
Thursday, June 9, 2016
Monday, May 16, 2016
Hari Guru 2016
Semoga kerja buat kita dipermudahkan dan diberkati Yang Maha Esa.
Pejam celik pejam celik, sudah 22 kali sambut hari guru.
Sunday, May 15, 2016
Tuesday, May 10, 2016
Lumrah
Walau sebaik mana pun kita, mesti ada orang yang tidak suka. Apatah lagi kalau kita pun tak berapa nak baik dengan orang. Dan bukan semua perkara yang kita buat boleh memuaskan hati semua. Jadi, usah bersedih bila ada orang yang tidak menyukai kita. Itu perkara biasa yang tidak mampu kita elak dan semestinya ada dimana-mana. Ketahuilah kehidupan ini bukan untuk mencari redha manusia. Yang kita cari dan harapkan adalah redha Allah Yang Maha Esa
Sunday, May 1, 2016
Alhamdulillah
29 April 2016 - Genap 20 tahun kita hidup bersama.
Semoga kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan Yang Maha Esa. Aamiin.
Monday, April 11, 2016
Tuesday, April 5, 2016
Thursday, March 24, 2016
20 Mac 2015
Bersama YB Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia dan rombongan di SMK Panji.
Thursday, March 3, 2016
Hari Ini Dalam Sejarah
Alhamdulillah keputusan SPM yang diumumkan hari ini amat menggembirakan kami warga SMK Panji. Inilah keputusan terbaik sejak makcik menjadi warga Panji. Syukur. Semoga ianya menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk anak-anak Panji melakar kejayaan yang lebih cemerlang.
Kisah yang tak bestnya, Ain demam. Warden tepon suruh bawa balik. Dapat mc 3 hari. Amboi...macam dok Kubang Kerian je suruh bawa balik. Tapi dipendekkan cerita, terbang jugak la Ain malam Selasa lepas. Sorang-sorang wei. Dup dap dup dap makcik kat rumah. Alhamdulillah sampai jugak rumah mlm tu.Hehehe
Saturday, February 20, 2016
Hidup Tidak Selamanya Di Atas
Anak,
Tidak bagi tidak bermaksud tidak sayang.
Tapi tidak bagi adakalanya kerana kesempitan.
Selebihnya tidak bagi juga kerana bimbang.
Bimbang anak akan buat formula, tiap kali minta akan dapat, tiap kali nak akan tertunai.
Ingat anak, dalam hidup ini, tiada jaminan untuk kita dapat/perolehi setiap kehendak kita,
Kita tidak dapat lari dari sempit, susah, payah hatta gagal sekali pun. Jadi, belajarlah...
Belajarlah untuk melalui saat-saat perit dalam hidup ini.
Belajarlah tidur di atas lantai keras, tanpa bantal, tanpa selimut.

Subscribe to:
Posts (Atom)