Friday, April 29, 2011

cuti-cuti Malaysia

tajuk je dulu.
karangannya lain kali la ya.
tengah sibuk ni.
tu bangunan apa ye? tu...tu
"darat sungguh la ore kalate nih"
ok terima kasih.

En Suami... Ada Hadiah Tak?

29 April 1996 - Tatkala umat Islam masih dalam mood raya ( Aidil Adha), kami diijbkabulkan untuk hidup bersama berkongsi suka duka mengikut sunnah Rasul junjungan kita. Hari ini genap 15 tahun kami berkongsi segala-galanya. Alhamdulillah sepanjang hidup bersama, tiada badai besar yang menghempas ikatan yang tersimpul erat. Harapan dan doa dipanjatkan ke hadrat Illahi semoga ikatan ini tetap utuh dengan kasih dan sayang kami suami isteri serta diberkati dan dirahmati Allah hingga ke syurga. Amin


Abaikan tajuk en3 di atas.

Thursday, April 28, 2011

Motivasi Murid Darjah 3

Ujian sebelum ni Ain dapat no 5. Dah janji dah, kalau dapat no 1 -3, akan dibeli remote car yang besar. Yang kecik dah ada tapi katanya tak best. Takleh lawan dgn remote car kak Iqah. Kelamarin, balik sekolah sengeh-sengeh cakap ujian bulan 4, dia dapat no. 4. Tapi beria-ia dia menuntut remote car besar.
Ummi : Mana boleh. Janji no 1 - 3.
Ain : Alaa... sikit je lagi. Boleh la... boleh la.
Ummi : Tengoklah dulu (taktik nak menutup mulutnya yg tak habis2 remote car...remote car)

Alhamdulillah

Alhamdulillah kelmarin cuaca baik. Sukan fasa 2 berjalan lancar. Sukantara sebenarnya. Semua murid mesti mengambil bahagian dalam 4 acara yg telah ditetapkan.

Alhamdulillah jugak saya tukar suka sama suka dari kerja data dan statistik di tempat teduh kpd tugas menangkap pemenang 100 meter di tengah panas. Lebih baik berpanas daripada mengerjakan excel, mengira dan mencari pemenang bagi setiap acara yg pesertanya 1400 orang lebih.

Juga alhamdulillah sebab Rumah Sigma telah muncul JUARA mengalahkan 3 rumah lain. Suka.... dan hari ini Khamis cuti peristiwa, Ahad pula 1 Mei cuti hari pekerja. OOlala.......


Alhamdulillah diatas nikmat yang bukan sedikit.

Tuesday, April 26, 2011

Adakalanya Kita Mengharapkan Mendung

Esok Alfa, Beta, Gamma dan Sigma akan kembali berentap selepas sehari berehat.
Hidup Sigma!!!! ( tiba2). Lusa cuti peristiwa. T kasih...

Friday, April 22, 2011

Bukan Awet Muda Tapi Kembali Muda

Saya mula berblog (konon-kononnya) sejak 2007. Dari mula-mula kenal internet & email sejak tahun 90an dulu, saya memang guna yahoo. Minggu lepas baru saya daftar gmail. Minggu lepas tu juga, yahoo jemput gmail untuk jadikan "rumah kuning" milik bersama. Dipendekkan cerita, gmail yang baru dijemput telah mengnyah deletekan yahoo dari rumah kuning. Maka jadilah "rumah kuning" milik gmail seorang. Kejamnya....



Tiba-tiba saya terklik prifile di side bar rumah kuning, eh eh...blogger since April 2011. Profile views : 2. Hehehe blog makcik kembali muda. Kawan-kawan dan sanak saudara sekalian, datanglah melawat ke sini. Ada baby baru lahir. Jangan lupa bawa hadiah tau.

Thursday, April 21, 2011

Manis, Masam, Masin.....

Hidup ini andainya kita berkasih sayang, alangkah indahnya.

Andainya kita bekerja bersama, hilang bebannya.

Andainya kita berlebih kurang, tenang jadinya.

Andainya kita saling bermaaf-maafan, oh aman bahagianya.Andainya kita dapat ciku ais di musim panas ini, tersangatlah sedapnya

Wednesday, April 13, 2011

Tidak Ku Sangka

Rupa-rupanya sudah lebih dua bulan lesen memandu makcik mati. Dan sepanjang tempoh tersebut makcik memandu tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ulang alik ke sekolah dan sekali sekala (baca kerapkali) ke Kota Bharu. Acapkali juga dengan bergayanya melepasi sekatan jlnraya. Nasib baik pak polisi ngak pernah mintak lesennya. Kerana menyesal dan terkilan kerana kelupaan itu, makcik sudah renew untuk lima tahun. Jadinya, lesen makcik akan hidup sehingga April 2016.



Limo tahun... lamo benar dah tuh. Lamo kae lepah nih setahun lesen mati, baru makcik kaba. Hehehe. Nauzubillah min dzalik

Saturday, April 9, 2011

Sepanjang Hidup Bersamanya

Ain : "Kalau Ain khatam Quran, ummi kena buat kek coklat untuk semua kawan kelas Ain"

Ummi : "OK". Itu janji lama yang saya pun dah tak ingat bila.

Dan awal bulan lepas Ain dah khatam Quran. Tapi masa tu saya tak sempat buat. Minta tangguh. Nasib baik diterima. Jadi minggu lepas barulah janji itu saya tunaikan. Masak 5 biji kek, potong dan masukkan dalam plastik. 50 bungkus untuk kawan sekelasnya 50 orang dan extra dua tiga bungkus. Alhamdulillah beres. Ain, baru sekali khatam ye.... jgn buat alasan dah khatam utk malas mengaji. "nya" di tajuk n3 ni merujuk kpd Al Quran tau.

Friday, April 8, 2011

Angau Teringatkan Dia

Janji telah diikat, disepakat semoga membawa berkat
Dua minggu terasa lama yang amat.
Nasib baik boleh online melepaskan rindu kesumat.

Telur Awak Palsu Ke?

Kelmarin baca Kosmo. Ada berita mengenai telur ayam palsu/tiruan. Sungguh tidak bertanggungjawab la orang-orang sekarang ni. Menurut CAP, kulit telur dibuat menggunakan lilin parafin dan kalsium karbonat. Sementara kuning dan putih telur dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida, air dan pewarna lemon. Bijak...bijak... tapi kesannya boleh merosakkan otak, sel saraf dan penyakit hati. Kepada rakan-rakan suri rumah, sila berhati-hati semasa membeli telur. Telur tiruan bersaiz lebih besar dan berkulit lebih licin daripada telur biasa. So, kita pilih yg kecik2 je lah ya. Satu lagi, jgn pilih yg licin. Beginilah jadinya bila manusia bijak tapi tidak mempunyai agama.

Sunday, April 3, 2011

Kerdilnya Diri Ini DisisiNya

Kadang-kadang kita menjadi terlalu tamak dan merasa tidak cukup dengan pemberian, anugerah dan nikmat hidup di dunia ini. Dan lebih malang, ada kalanya tercetus pertelingkahan dek perebutan nikmat yang tidak seberapa.


Acapkali juga kita terleka dan mengharapkan ganjaran di dunia hingga meranapkan keikhlasan yang sepatutnya terpahat kuat dalam jiwa. Eh...aku dah berpeluh buat ni, tak ucap terima kasih pun, aku dah bagi laluan, tak senyum pun, aku dah itu, aku dah ini..... Kita lupa pahala kerana mengharapkan dunia , kita lupa janji Allah kepada kita. Ingat, terlalu kecil nilainya nikmat yang mampu diberikan manusia (itupun dgn izin Allah) jika dibandingkan dengan ganjaran Allah di akhirat kelak yang lagi besar dan lagi hebat semestinya.


Alangkah baiknya jika kita dapat sama-sama bekerja dan menunaikan tanggungjawab seikhlas-ikhlasnya agar kesenangan dunia dapat kita kecapi dan dalam masa yang sama berjaya mengumpul pahala untuk kehidupan yang sejahtera di sini dan di sana.