Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Air Mata Seorang Ibu
Baru-baru ini ada majlis konsultasi bersama ibubapa dan guru bagi murid-murid ting 1, 2 dan 4. Yang ramai datang untuk berbincang dengan guru-guru adalah ibubapa kpd murid-murid kelas depan aka kelas pandai. Bagi kelas belakang dan merasa diri bermasalah, tak ramai ibubapa yang datang.
Setelah dipujuk rayu dgn janji akan dikenakan tindakan kpd murid-murid yang ibubapa mereka gagal hadir, kelmarin dan hari ini beberapa orang ibubapa telah datang. Mungkin esok akan ada lagi ibubapa yang datang. Terimakasih kerana keprihatinan semua.
Yang bestnya ramai ibubapa yang ambil peluang membayar yuran. Sebelum ni dah berbuih mulut, saya minta dengan anak-anak mereka tapi tidak dilayan. ( Lupa nak cakap...saya adalah salah seorang guru kelas belakang ) Dan yang lebih besttt lagi, saya dapat cerita semua masalah dan pe'el perangai anak-anak mereka semasa berada di sekolah. Puashati.... hehehe
Walaupun begitu, yang sedih dan sayu pun ada juga. Macam pagi tadi, seorang ibu laju je bercerita: Tak tahu le cikgu. Dulu dari sekolah lama, saya tukar ke sini dengan harapan dia berubah. Tapi tak berubah juga. Hisap rokok, malas, bla bla bla.......dan akhirnya menitis air mata sang ibu. Sangat kasihan. Ok saya berhenti di sini dahulu sebelum anda semua turut bersedih. Jom kita layan pic di bawah.
Saturday, July 24, 2010
Friday, July 23, 2010
Apa Yang Anda Cari Dalam Hidup Ini?
Sudah terlalu lama saya tidak menulis dengan panjang lebar di rumah kuning ini. Malam ini teringin pula untuk menulis aka berleter di sini. Biarpun yang membacanya mungkin sekadar diri sendiri. Berbalik kepada tajuk n3, sebagai manusia biasa adalah mustahil untuk saya mengetahui apa yang anda cari dan ingini dalam hidup ini. Jadi, saya akan cerita apa yang saya cari dan ingini.
Semasa di alam persekolahan dahulu, walaupun dengan seribu kemalasan tetapi saya sentiasa berharap semoga kejayaan akan menjadi milik saya. Dua abang kesayangan saya sentiasa berpesan dan mengingatkan supaya belajar rajin-rajin. " Awak tu perempuan, takkan nak kerja sebagai buruh. Jika merempat, tiada orang akan pandang". Itulah antara bait-bait ayat yang masih berbekas hingga kini.
Dan bila telah berkerjaya walaupun dengan gaji yang tidak seberapa, saya sentiasa berdoa agar tidak sekali-kali melupakan ibubapa yang semakin tua dan keluarga kesayangan saya. Seterusnya, bila telah bergelar isteri dan ibu, saya berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang baik walaupun pada hakikatnya masih terlalu jauh untuk meletakkan diri pada tahap terbaik. Pun begitu harapan menggunung tinggi agar perjalanan saya sentiasa diredhai Yang Maha Esa, tidak menjatuhkan maruah diri sebagai seorang anak dan seorang ibu serta iringan doa dan harapan ke hadrat Illahi agar maruah suami tidak pernah terguris disebabkan salahlaku saya sebagai isteri.
Maka, dalam setiap hembusan nafas dan gerak anggota diri ini, saya akan berusaha menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, isteri yang meletakkan suami di tempatnya yang wajar, ibu yang tidak pernah lupa tanggungjawab terhadap anak, seorang adik yang tidak pernah menghampakan abang dan kakak serta makcik yang sentiasa sudi berkongsi rencah suka duka kehidupan anak-anak saudara.
Justeru itu, ibubapa, suami, anak, adik beradik dan keluarga InsyaAllah akan menjadi keutamaan semestinya. Berkawan pula biarpun seribu tetapi dengan derap langkah yang tidak mengundang kepada fitnah dan salah tingkah di sisi Allah dan adab budaya ketimuran kita tentunya. Bukan lagi masanya untuk mengenang cerita-cerita lama, gewe lama, beronggeng bersukaria bak dara teruna yang kurang didikan agama. Na'uzubillah dari itu semua. Sangat tidak diterima akal, bila seorang isteri atau seorang suami keluar berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina dengan alasan tiada apa-apa, sekadar kawan biasa. Salah pada adab budaya kita dan salah juga disisi agama.
Biasanya, seawal 5.30/6,00 pagi saya memaksa diri membuka mata, keluar dari nikmat selimut dan wangi bantal busuk untuk mencari rezeki yang juga bukan sekadar untuk diri sendiri. Dan Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, kami berkongsi, berpakat, mencukup, menggenap yang akhirnya dapat kami miliki teratak tempat berteduh dari titisan hujan dan panas mentari. Kemudian, berusaha pula mencari keselesaan dalam berkenderaan yang juga untuk keluarga semestinya. Alhamdulillah, Allah amat pemurah.
Duit sedikit, kita makan kecil bersama keluarga. Duit lebih, kita makan besar, juga bersama keluarga. Ke gerai kita bersama, ke hotel juga kita bersama. Susah senang kita bersama. Apalah hebatnya seorang isteri atau suami, bila saban hari bergaya ke starbucks contohnya dengan meninggalkan suami atau isteri dengan maggi tomyam atau maggi kari.
Apalah ertinya kegembiraan memiliki barangan jenama import seandainya keperluan asasi anak kita abaikan. Gembira dan seronok bersama kawan tiada maknanya jika anak berputih mata menanti kita yang sentiasa gagal membawa balik sesuatu semurah gula-gula.
Semoga apa yang kita cari bukan sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari.

Sudara Beach Resort
Ain dah puashati dpt berkubang di swimming pool petang tadi. Hajat di hati nak bermalam di sini tapi terpaksa dibatalkan kerana encik berbaju biru dalam pic di atas ada program NGO nya malam ini. Jadi, niat bermalam dan berBBQ terpaksa dilupakan dan kami hanya meninggalkan beg pakaian dan tuala basah supaya bermalam di bilik 108 @Sudara. Esok kami akan menyertai Hari Keluarga SMK Panji di Permai Beach Resort.
Adil dan saksama.
Ain dpt mandi kolam.
Abahnya dpt join aktiviti NGOnya.
Esok InsyaAllah kami akan menyertai hari keluarga SMK Panji.
Wednesday, July 21, 2010
Friday, July 16, 2010
Thursday, July 15, 2010
Model Hijau Mengamuk
Alalala makcik ni bagusnya. Mengaji dengan mood yang amat rajin dengan serba hijaunya. Maknya tiba-tiba mendapat idea. Lalu snap gambarnya berkali-kali. Lagi dan lagi. Makcik masih cool .
Hehehe.
Tuesday, July 13, 2010
Tak Selamanya Orang Akan Memujuk
Jadilah kesayangan orang.
Bila disayangi, salah silap kita akan ditegur, akan diperbetul.
Dan,
Jangan sekali-kali menjadi kebencian orang.
Bila dibenci, orang hanya akan menghukum, tiada yang menegur,
jauh sekali untuk memperbetul.
***Pada awalnya, n3 ni panjang lebar. Lepas tu, proses men"delete" berlaku dan makin lama makin pendek hinggalah ini sahaja yang berjaya dipublish.

Thursday, July 8, 2010
Syoknya...
Bukan syok sebab esok Jumaat atau esok cuti dan boleh tidur banyak, bangun agak lewat. Tapi gembira hahaha sebab saya dah dapat sedikit rezeki hasil ber"blog" ini. Walaupun tidak banyak tapi kira boleh lepas le kalau nak menjamu selera tiga beranak di restoran kegemaran ituuu. Eloknya simpan bertahun dulu baru boleh belanja sebab nak dapatkan sejumlah ini pun mengambil masa bertahun jugak. Tapi biasa le, kalau dapat rezeki begini, rasa macam tak sempat-sempat nak bersiap-siap, hidupkan kereta dan menghala ke Kota Bharu, berhenti di supermarket, mencari itu dan ini. Oh....macam le banyak sangat duitnya. Ok stop di sini dulu kerana saya nak mencongak apa benda yang boleh dibeli dangan duit nuffnangku ini. Terima kasih Nuffnang dan terimakasih kawan-kawan yang telah mengunjungi rumah kuning dan meng"klik" iklan yang ada di rumah ini. Terima kasih banyak-banyak ye.
Syukur....
Monday, July 5, 2010
Boleh Sabar?
Tak banyak... Sabar dalam 3 perkara ni je.
1. Sabar melaksanakan segala perintah Allah.
2. Sabar daripada melakukan larangan Allah.
3. Sabar dengan segala ujian Allah.
Friday, July 2, 2010
Usah Leka Dengan Keseronokan Yang Sedikit Ini
Hidup mesti berfikir
Sangat-sangat perlu berfikir dgn menggunakan akal secara waras.
Apalah sangat yang ada pada diri kita? Makin dibuat , makin ditunjuk sesuatu perbuatan atau perkataan yang salah, makin nampak kelemahan dan kebodohan kita.
Dan yang pasti, makin berkarat hati dan makin banyak dosa.
Percayalah, InsyaAllah lambat atau cepat, buku akan bertemu ruas.
Dan pada saat itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi.
Bercakap dan berkelakuanlah sebagai mukmin yang saban hari berikrar hidup mati kerana Allah walaupun kita terasa kitalah orang yang termoden di abad ini.
Jaga hati orang-orang sekeliling kita.
Ingat dosa pahala, Tidak dapat tidak bereskan yang wajib.
Ingat matiii..........Mesti

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
Dah masuk dlm blog baru perasan ada warna kuning.
Kalau ya pun, jangan le berebut nak basuh.

Dalam perjalanan ke sekolah awal pagi tadi, saya telah terlanggar beberapa ekor anak ayam comel yang sedang beronggeng bersama ibu mereka di tengah jalan raya. Memang sangat-sangat tak sempat untuk mengelak. Uwaa...
Thursday, July 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)