Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 5

Kaitan Austronesia dengan Naacal dan Nazca. Naacal adalah nama bangsa kuno dan peradaban yang pertama kali didakwa wujud oleh Augustus Le Plongeon dan kemudian oleh James Churchward. Nazca pula suatu tamadun yang wujud SM dipersekitaran Peru dan dikenali sehingga ke hari ini kerana garisan Nazca (Nazca Line) iaitu lakaran rajah-rajah atau objek-objek besar yang sehingga dapat dilihat dari satelite.
Augustus Le Plongeon, seorang jurugambar Perancis dan ahli arkeologi amatur, adalah yang pertama membentuk naratif mengenai Tablet Naacal. Pada tahun 1896, Plongeon dan isterinya, Alice Dixon, menulis buku kontroversi mereka, Ratu Moo dan Sphinx Mesir, di mana orang Naacal pertama kali disebut. Plongeon mendakwa orang Naacal adalah sekumpulan mubaligh dari Mu, yang ditugaskan untuk menyebarkan ajaran sejagat yang sebenarnya. Menurut teori yang dikemukakan James Churchward, orang Naacal adalah dari peradaban benua Mu yang hilang. Peradaban Naacal diperintah oleh tujuh pengetua yang amat pintar dan digambarkan sebagai seekor ular berkepala tujuh. Churchward memberikan gambaran yang jelas mengenai Mu sebagai tempat tinggal peradaban maju, Naacal, yang berkembang antara 50,000 dan 12,000 tahun yang lalu. Pada saat keruntuhan peradabannya kira-kira 12,000 tahun yang lalu, Mu mempunyai lebih kurang 64 juta penduduk dan tujuh kota besar dengan penguasaan keatas benua lain. 64 juta penduduk terdiri dari sepuluh suku yang mengikuti satu pemerintahan dan satu agama. Churchward mendakwa memperoleh pengetahuannya tentang orang Naacal setelah berteman dengan seorang pendita India, yang mengajarnya membaca bahasa kuno orang Naacal, yang hanya diketahui oleh tiga orang pendita dari seluruh India. Pendita ini mengungkapkan keberadaan beberapa tablet kuno, yang ditulis oleh orang Naacal dimana Churchward mendapat akses ke catatan ini. Pengetahuannya tentangnya tidak lengkap, kerana tablet yang ada hanyalah sekeping teks dari potongan teks-teks lain yang lebih besar. Disamping itu, Churchward juga mendakwa telah menemui pengesahan dan maklumat lebih lanjut dalam catatan kuno yang lain. Churchward merujuk kepada epik Ramayana, teks agama Hindu yang dikaitkan dengan ahli sejarah Valmiki. Valmiki (Sanskrit: वाल्मीकि ʋaːlmiːkɪ) dikenali sebagai seorang penyair dalam sastera literature Sanskrit. Epik Ramayana, bertarikh dari abad ke-5 SM hingga abad pertama SM, dikaitkan dengannya, berdasarkan atribusi dalam teks itu sendiri. Dia dihormati sebagai Ādi Kavi, penyair pertama, pengarang Ramayana, puisi epik pertama. Valmiki menyebutkan orang Naacal sebagai "datang ke Burma dari tanah kelahiran mereka di Timur," iaitu dari arah Lautan Pasifik. Tablet yang menceritakan tentang kewujudan Mu yang didakwa pernah diperolehi oleh Churchward sehingga ke hari ini tidak dapat dikesan dan dibuktikan, lantaran itu ianya dikatakan suatu penipuan manakala ada pihak yang mendakwa ianya telah disembunyikan oleh sesuatu pihak kerana sesuatu sebab seperti terkandung rahsia-rahsia didalamnya. Dalam pada itu, abad-abad yang lepas, ramai juga dari kalangan okultis atau aliran rahsia seperti dari Rosicrucianism (yang darinya cabang Freemason serta Iluminati) cuba mengali kewujudan peradaban yang dikenali Mu atau Lemurei kerana sebelum ini mereka berkiblatkan Mesir kuno dan Babylon namun kemudian cuba beralih pada peradaban Mu atau Lemurei. Ini kerana dipercayai bahawa tamadun Mesir kuno dan Babylon adalah hasil kesan dari tinggalan peradaban Mu atau Lemurei dan sekiranya benar kewujudan Mu atau Lemurei, maka disitulah dipercayai asas kepada segala rahsia-rahsia pengetahuan. Contohnya seperti Max Heindel, seorang okultis Rosicrucian Denmark-Amerika, menulis tentang Mu dalam The Rosicrucian Cosmo-Conception (1909). Louis Jacolliot, seorang hakim dan penganut okultis Rosicrucianism Perancis yang pakar dalam terjemahan bahasa Sanskrit. Dia menulis mengenai tanah Rutas, tanah yang hilang yang diklaim sumber kuno di Lautan Hindi. Histoire des Vierges. Les Peuples et les benua disparus (1874). Namun kemudian, dia menukar kenyataannya bahawa benua yang hilang ini berada di Lautan Pasifik dan menghubungkannya dengan mitos Atlantis. Tambahan pula, "penemuan" Rutasnya serupa dengan asal-usul Mu. Antara karyanya terjemahan dari Manu Smriti, mempengaruhi Friedrich Nietzsche (seorang ahli falsafah terkenal Jerman). Hatta pada tahun 1930-an, Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki dan seorang ahli Freemason, berminat dengan karya Churchward dan menganggap Mu sebagai lokasi yang mungkin dari tanah asal orang Turki. Kemal Ataturk menjadi ahli Freemason pada tahun 1907 di Macedonia Risorta Lodge # 80 di bawah piagam dan perlembagaan Grand Orient De France. Nazca pula adalah dari peradaban kebudayaan Nazca di benua Amerika Selatan. Genetik penduduk asal disitu juga dikesan terdiri dari berbagai kacukan. Kajian terbaru mendapati terdapat genetik dari Polinesia (rumpun bangsa Austronesia) dibenua Amerika Selatan dalam mana ianya bertindih-tindih dengan genetik yang lain kerana dipercayai besar kemunginan ianya seperti bandar-bandar yang wujud hari ini, dimana ramai dari berbagai tempat datang menghuni bandar-bandar yang wujud pada tamadun silam disitu. Sedang kaum yang tinggal di dataran tinggi 9000 tahun yang lalu secara genetiknya berbeza dengan kumpulan orang kuno yang mendiami kawasan pesisir dan kawasan di utara serta selatan kata pengkaji-pengkaji dari Harvard, Nathan Nakatsuka dan rakan-rakannya. Kumpulan genomik dataran tinggi bahkan dapat bertahan walaupun terdapat beberapa pergolakan budaya menerusi zaman demi zaman seperti Inca, Moche, dimana yang lain datang dan pergi dalam 2000 tahun terakhir. Sebuah pasukan yang diketuai oleh ahli genetik Andrés Moreno-Estrada, di Makmal Nasional Genomik Biodiversiti di Irapuato, Mexico, dalam menganalisis DNA, mereka mengenal pasti keturunan asal orang asli Amerika Selatan bukan hanya di Rapa Nui, tetapi juga dari kepulauan Polinesia timur terpencil Palliser, Nuku Hiva di Marquesas Utara, Fatu Hiva di Marquesas Selatan dan Mangareva. Perbandingan bahan genetik ini menunjukkan bahawa kaum Zenu, sebuah kaum orang asli di Colombia, adalah kalangan terbesar memiliki DNA Polinesia (Polinesia adalah rumpun bangsa Austronesia). Bersambung.....

Friday, April 09, 2021

Austronesia - bhg. 4

Kaitan Austronesia dengan generasi selepas banjir besar zaman Nabi Nuh a.s. Sehingga kini tiada siapa yang mengetahui tarikh sebenarnya Nabi Nuh a.s, dimana saat seluruh bumi diliputi oleh air dan seluruh keturunan Nabi Adam terpupus melainkan mereka yang berada diatas kapal Nabi Nuh a.s. Ark yang berada di gunung Judi yang dipercayai kesan dari kapal Nabi Nuh a.s, dari penelitian karbonnya, bertarikh antara 100,000 SM - 150,000 SM, (Dec 1996 Salih Bayraktutan). Ahli kitab dari Yahudi dan Nasrani mendakwa ianya hanyalah antara lingkungan 6000 hingga 3000 SM sedangkan didalam Islam, tiada dijelaskan melainkan tafsiran individu. Kenyataan hanya antara lingkungan 6000 hingga 3000 SM ini dapat disangkal dengan berbagai bukti seperti tiadanya kejadian banjir besar dizaman tersebut dan telah banyak kota-kota serta penempatan manusia di berbagai daerah dunia bertarikh lebih 5000 SM sedangkan banjir besar zaman Nabi Nuh a.s telah memusnahkan semua kewujudan manusia dimuka bumi kecuali yang berada diatas kapal Nabi Nuh a.s. Yang hanya dapat dikesan adalah hanya dari tarikh kehadiran Nabi Ibrahim a.s (yang darinya kemudian lahir para nabi dari kalangan Bani Israel dan juga dari keturunan Arab iaitu dari anak isteri kedua baginda, Hajar, Nabi Ismail yang berada di Mekah, lahirlah Nabi Muhamad s.a.w.) sehingga kepada tarikh hari ini. Ibnu Katsir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah menerangkan, nasab setiap umat manusia yang ada di bumi ini, kembali kepada anak-anak Nuh iaitu Sam, Ham, dan Yafets. Yafets yang merupakan anak tertua setelah Kanaan (Kanaan mati didalam banjir besar kerana durhaka), mempunyai tujuh orang anak. Mereka adalah Al-Turk, Al-Khazar, Shaqlab, Tares, Menesk, Kumari (Gomari), dan Shin. Mereka menyebar ke kawasan antara Timur dan Barat Babilonia (wilayah Nabi Nuh saat itu). Mereka merupakan kelompok pertama berhijrah keluar menjelajah dibahagian Timur dan Utara. Ham yang antara anak-anaknya iaitu Al-Sind, al-Hindi (India), Zandj (negro), Habasyah (Ethiopia), Nubah, dan Kan'an merupakan kelompok kedua keluar berhijrah menyebar ke wilayah Selatan dan persekitaran benua Hind. Sedangkan anak-anak Sam bin Nuh iaitu Iram, Arpakhsad, Elam, Elifar, dan Asur, tetap tinggal menetap di Timur Tengah (Middle East Asia) dimana Nabi Nuh melabuhkan kapalnya. Dalam salah satu hadis Nabi Muhamad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dikatakan, ''Sam adalah moyang orang Arab, Ham adalah moyang Habsyah (Ethiopia, Afrika), dan Yafets adalah moyang orang Rum (Romawi, Eropa). Setelah berpuluh generasi kemudian, dari luhuran anak-anak Nabi Nuh a.s, maka terbentuklah keturunan bangsa Austranesia di benua Sunda (yang bangsa Melayu adalah merupakan rumpun terbesar dari kalangannya) iaitu samada berasal dari generasi Ham atau Sam atau generasi terkemudian dimana telah berlaku kacukan keturunan-keturunan ini termasuk kacukan dengan keturunan Yafets. Penghijrahan pertama ke sebelah Timur Tenggara adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. iaitu dari benua Afrika. Mereka ini membentuk seperti kaum-kaum Negrito, kaum Papua serta kaum Aborigin yang menetap di Benua Sahul (Australia). Kemudian penghijrahan kedua adalah dari generasi Sam atau juga kacukan dari generasi Sam, Ham dan Yafets iaitu berasal dari Timur Tengah mengikut jalan darat mahupun pun jalan laut dimana selepas zaman Nabi Nuh a.s, manusia telah mengenal dunia pelayaran serta pembinaan kapal-kapal besar, membina penempatan di benua Sunda dan seterusnya terbentuk bangsa Austronesia. Bersambung...

Austronesia bhg. 3

Kaitan Austronesia dengan Mu dan Lemuria. Dari abad-abad yang lepas, terdapat banyak teori tentang kewujudan benua Mu dan Lemuria dengan peradaban mereka yang unggul, ada yang menyatakan Mu adalah suatu benua ditengah lautan Pasifik manakala Lemuria adalah suatu benua di Lautan Hindi manakala ramai yang berpandangan Mu dan Lemuria adalah suatu benua yang sama yang terletak di Lautan Pasifik. Tidak kurang juga yang mendakwa Mu dan Lemuria ini adalah perkataan lain buat Atlantis. Mu dan Lemuria ini dikatakan tunas peradaban (Cradle of civilization) buat dunia hari ini seperti dari tamadun Mesir, Eropa dan juga tamadun-tamadun silam yang terdapat di benua Amerika seperti tamadun Maya, Inca dll. Namun yang pasti, melalui penelitian terkini, tiada kewujudan benua yang tenggelam dipertengahan lautan Pasifik atau lautan Hindi, yang pasti hanya benua Sunda yang diperkiraan tempoh-tempoh sebelum tenggelamnya adalah ditarikh-tarikh yang diduga akan kewujudan Mu dan Lemuria. Sebahagian besar benua Sunda timbul dalam tempoh glasier terakhir dari kira-kira 110,000 hingga 12,000 tahun yang lalu. Ketika permukaan laut menurun 30-40 meter atau lebih, terjadi jambatan darat menghubungkan pulau-pulau Borneo, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan daratan Asia. Semasa permukaan laut maksimum glasier (LGM) terakhir dimana permukaan laut jatuh sekitar 120 meter, dan seluruh perbatasan barat Sunda terdedah. Maksimum Glasier Terakhir (Last Glacial Maximum / LGM) merujuk satu zaman dalam sejarah iklim bumi apabila lembaran ais berada di peluasan maksimumnya, pada antara 26,500 dengan 19,000–20,000 tahun lalu, menandakan puncak zaman glasier terakhir. Pada masa ini, lembaran ais melitupi kebanyakan Amerika Utara, Eropah dan Asia utara. Ini diikuti oleh Maksimum Glasier Hujung (Late Glacial Interstadial / LGI), lebih kurang 14,670 hingga 12,000 tahun dulu. Nama "Sunda" muncul dalam Geografi Ptolemy, yang ditulis sekitar tahun 150 M. Dalam penerbitan tahun 1852, navigator Inggeris George Windsor Earl mengemukakan idea "Bank Asiatik Besar", yang sebahagiannya didasarkan pada ciri umum mamalia yang terdapat di Nusantara. Penjelajah dan saintis mula mengukur dan memetakan lautan Asia Tenggara pada tahun 1870-an, terutamanya menggunakan bunyi kedalaman. Atas itu, nama "Sundaland" untuk rak semenanjung pertama kali diusulkan oleh Reinout Willem van Bemmelen dalam Geografi Indonesia pada tahun 1949, berdasarkan penelitiannya. Sistem perparitan didalam laut sekitar Nusantara yang dijelaskan oleh Molengraff disahkan dan dipetakan oleh Tjia pada tahun 1980. Pada tahun 1982, ianya dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Emmel dan Curray dan lengkap dengan delta sungai, dataran banjir dan jalan belakang. Kerana itu, sekiranya wujud tamadun Mu dan Lumeria (atau kedua-duanya adalah sebenarnya satu yang sama sebagaimana Atlantis adalah juga tamadun yang sama) maka benua Sunda dimana asas penempatan bangsa Austronesia yang menyeberangi Lautan Pasifik disebelah timur manakala disebelah Barat menyeberang lautan Hindi inilah yang dapat dibuktikan tempat asas tamadun ini. Bangsa Austronesia yang salah satu dari peradaban silamnya yang menguasai rahsia alam adalah rahsia menguasai angin, air serta kesan pengaruh dari pasang-surut dan ini adalah amat penting bila menjelajah perairan terutamanya dilautan yang luas dan bergerak dari benua ke benua. Contohnya, perairan lautan bergerak mengelilingi dunia bagaikah aliran sungai yang disebut arus lautan. Arus permukaan ini mempunyai pengaruh besar terhadap iklim dunia. Arus dipermukaan lautan ini didorong oleh angin dan bergerak dalam corak bulat yang kasar, yang disebut gyres. Ini berpusing mengikut arah jam di hemisfera utara dan berlawanan arah jam di sebelah Selatan. Manakala melintang pertengahan Amerika Utara, Eropah dan Asia, angin bergerak ke barat ke timur, dinamakan sebagai Westerlies. Angin dagang (Trade wind) pula adalah angin tetap timur-ke-barat yang mengalir di wilayah khatulistiwa bumi. Angin dagang bertiup terutamanya dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di hemisfera selatan. Mungkin dizaman tersebut, peredaran-peredarannya agak berbeza sedikit lantaran perbezaan klima serta suhu dunia dibandingkan dengan zaman kini, namun pengetahuan-pengetahuan ini hanyalah mula dikuasai disebelah Eropa dalam 6 abad yang lalu untuk menjelajah, perniagaan serta menjajah tanah-tanah baru diseluruh dunia sedangkan ianya telah dikuasai berbelas-belas abad terdahulu oleh bangsa Austronesia. Bersambung....

Sunday, March 07, 2021

Austronesia - bhg. 2

Kaitan Austronesia dengan Atlantis. Pernahkah anda bayangkan suatu tamadun dengan peradabannya amat berkaitan dengan alam semula-jadi atau disebut `mesra alam` dan penduduknya amat mencintai kehidupan berbudayakan alam semesta seperti didalam kehijauan rimba, pantai-pantai, lembah-lembah yang cantik menghijau serta berteknologikan dengan sumber-sumber alam? Contohnya seperti tamadun Atlantis yang selalu dibayangkan dari buku-buku mahupun filem-filem fiksi akan kewujudan suatu tamadun silam manusia sebegitu. Beginilah sebenarnya tamadun bangsa Austronesia suatu masa dahulu yang bertamadun teknologi yang mesra alam dan menguasai banyak rahsia alam termasuk keupayaan-keupayaan dalaman diri manusia itu sendiri seperti kuasa telepati (telepathy) dll. Bangsa Austronesia yang menguasai seluruh perairan dengan kesan sejarah kebudayaan, masih dapat dikesan hari ini iaitu dari kebudayaan-kebudayaan Nusantara sehingga keseluruh sudut perairan Pasifik seperti pembinaan tugu-tugu misteri di Pulau Eastern dan seterusnya jauh kedalam hutan Amazon. Dengan peradaban sebegini, wajar sahaja bangsa Austronesia ini dikaitkan dengan ketamadun peradaban yang hilang iaitu tamadun peradaban Altantis. Hanya-sanya, bangsa Austronesia mengalami devolusi (evolusi tiada kaitan dengan fizikal seperti teori Darwin tetapi proses evolusi ada kaitan dengan pemikiran serta budaya kehidupan manusia dimana adanya proses evolusi dan sebaliknya iaitu devolusi). Contoh proses devolusi, sewaktu dahulu, bangsa Austronesia menguasai banyak rahsia-rahsia alam namun setelah runtuhnya peradaban mereka, maka rahsia-rahsia ini bertukar menjadi kepercayaan karut-marut lantaran komunikasi terhad, terpisah dari pengetahuan yang sebenar atau tiada lagi kalangan mereka yang memiliki pencerahan-pencerahan minda menyebabkan pemikiran masyarakat dalam kegelapan dan kesamaran. (seperti bila tiada lagi kalangan mereka yang melakukan dakwah-dakwah haq, maka hilang agama dari kalangan umat) Tamadun Atlantis dicatit dalam karya Plato: Timaeus dan Critia, ditulis pada 360 SM, dimana informasi ini diambil oleh Plato dari Solon, yang mengunjungi Mesir antara tahun 590 dan 580 SM, merekodkan kewujudan sebuah ketamadunan telah hilang tenggelam dengan sistem kebudayaan dan peradabannya yang unggul serta kondisi alamnya yang subur dan kaya-raya, yang dinamainya Atlantis. Dalam catatannya, Plato menulis bahawa Atlantis terhampar di seberang pilar-pilar Herkules (jauh diluar perairan Mediterranean) dan memiliki angkatan laut yang besar, yang pernah menakluk Eropa barat dan Afrika, iaitu 9000 tahun sebelum zaman Solon (sekitar 9500 sebelum masihi). Sememangnya 10,000 tahun dahulu, manusia telah jauh bertamadun namun segala kesan peninggalan tamadun-tamadun manusia ini hilang ditelan masa, musnah lantaran proses alamiah atau tertimbus dalam tanah seperti kota Göbeklitepe di Turki yang berusia lebih 10000 SM. Apa yang diketahui oleh sejarah manusia hari ini hanyalah tahun-tahun manusia terkemudian seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir yang hanya dalam lingkungan 5000 sebelum masihi. Altantis, dilaporkan sebagai sebuah kota pulau yang besar dan sekitarnya diliputi ribuan pulau-pulau lain dan mengadap kepada sebuah samudera yang amat luas. Atlantis yang memiliki tamadun peradaban yang jauh begitu maju, dapat bergerak keseluruh alam waktu tersebut dengan keupayaan peralatan-peralatan teknologi mereka tersendiri. Atlantis ini dipercayai diperintah oleh gabungan pengetua-pengetua dan dengan kekuatan yang luar biasa, mereka yang menguasai bukan sahaja keseluruhan pulau-pulau malah beberapa bahagian benua. Plato mengambarkan dataran kota Atlantis itu rata, dikelilingi oleh gunung-gunung yang turun ke laut, licin dan rata, berbentuk segi empat dan bujur, panjangnya tiga ribu stadia (sekitar 555 kilometer), lebar dua ribu stadia (sekitar 370 kilometer), memandang ke arah selatan, terlindung dari utara dengan keindahan alam semula-jadinya seperti sungai, tasik, padang rumput dan mempunyai penempatan-penempatan buat penduduknya. Namun kemudian, disaat keruntuhan peradaban ini, terjadinya letupan-letupan gunung-gunung berapi dipersekitarannya, dengan gempa-bumi yang amat dahsyat mencetuskan ombak-ombak tsunami yang begitu besar menyebabkan kehancuran serta tenggelamnya kota Atlantis. Bahagian yang tenggelam ini disebut benua yang hilang atau The Lost Atlantis. Dari kisah Atlantis ini, banyaknya persamaan dengan sejarah bangsa Austronesia samada dari kedudukan fizikal muka-buminya seperti dikelilingi perairan serta gunung-gunung berapi, siri-siri penjelajahan muka-bumi melalui jalan laut, kebudayaan yang mesra alam semula-jadi dll. Atas itu, terdapat kalangan pengkaji-pengkaji mendakwa bahawa bangsa Astronesia ini adalah generasi dari peradaban Atlantis. Kemusnahan Atlantis ini mungkin lantaran setelah beberapa kurun berlalu, generasi seterusnya terpesong, sebagaimana yang tercatit dalam banyak sejarah silam, bilamana manusia-manusia telah jauh maju kehadapan maka mereka kemudiannya tenggelam dalam arus kebatilan dan perlahan-perlahan meninggalkan agama bertuhan yang satu, menyebabkan mereka dimusnahkan. Seperti kisah kaum Aad, Kaum Tsamud, kaum Sabaan dan lain-lain yang suatu masa dahulunya, masing-masing memiliki ketamadunan peradaban yang tinggi tetapi kemudian dimusnahkan oleh Tuhan. Atlantis yang mengamalkan sistem pemerintahan gabungan pengetua-pengetua dan salah seorang akan dipilih bergilir-gilir untuk membuat keputusan adalah mirip sistem yang diamalkan oleh bangsa Austronesia dan kalangan negara-negara dari generasi bangsa Austronesia, hanya negara Malaysia yang mengekalkan sistem ini dimana terdapat 9 orang Sultan dengan salah seorang darinya diangkat untuk memerintah dan membuat keputusan (faisalah) buat sekian-sekian tempoh sebelum digantikan oleh yang lain. - Didunia hari ini, hanya Malaysia dan Switzerland yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara, dimana Malaysia dipilih dari kalangan 9 Sultan-Sultan-nya manakala Switzerland dipilih dari kalangan 7 Bundesrad-nya (Federal Council).

Austronesia - bhg. 1

Kaitan Benua Sunda dan benua Zealandia. Selain dari Benua Sunda yang telah tenggelam, Zealandia juga merupakan salah satu benua yang diduduki rumpun bangsa Austronesia (Bangsa Melayu adalah dari rumpun ini). Zealandia adalah merupakan benua kelapan namun sebahagian besarnya ditengelami air dan yang tinggal hanya bahagian yang dinamakan hari ini sebagai New Zealand. Benua ini sebenarnya terpisah dan berbeza dengan benua Sahul (Australian). Malah penduduk asli mereka iaitu kaum Maori adalah kelihatan fizikal dan budayanya lebih mirip kepada bangsa Melayu berbanding kaum asli benua Sahul, kaum Aborigin Australian. Jauh ke benua Amerika Selatan, dijejaki kaum asli disitu juga memiliki persamaan budaya dengan rantau Asia Tenggara yang mengambarkan pengembaraan rumpun bangsa Austronesia jauh keserata Pasifik sehingga ke benua Amerika Selatan dan membina penempatan disitu. Malah selatan negara China, penduduk asalnya bukanlah kaum Han Cina sebagaimana yang diketahui hari ini tetapi diduduki oleh kaum rumpun Austronesia, hanya beberapa abad sebelum Masihi, kaum Cina dari bahagian utara datang menjajah bahagian selatan China dan seterusnya memaksa penduduk asal disitu mengasimilasikan kebudayaan Cina sehingga keseluruhannya berubah menjadi bangsa kaum Cina (sebagaimana hari ini, kerajaan China cuba mengasimilasi penduduk asal Xinjiang, Uighur secara paksaan dan kezaliman). Dinasti Shang dan Zhou yang bermula kira-kira 1600 sebelum masihi, yang merupakan antara dinasti terawal China, melaporkan pada ketika itu, 4 bangsa lain yang duduk sekitar mereka dan salah satu darinya adalah bangsa Nanman yang budayanya mirip bangsa Austronesia. Bangsa Nanman yang bukan berbahasa dari rumpun bahasa Cina serta tidak berbudaya seperti budaya Cina ini menduduki seluruh bahagian selatan China iaitu dari Shanghai sehingga ke utara Vietnam seperti yang dikenali hari ini wilayah Yunan, Hannan, Quangxi, Guangdong (Hong Kong dan Macau), Hunan, Jiangxi dan Fujian. Bangsa Nanman ini juga dikenali sebagai Baiyue (seratus suku atau tribe Yue kerana terdiri dari berbilang suku) dilaporkan membina penempatan mereka seawal 5000 tahun sebelum masihi disitu. Suku yang menduduki wilayah Fujian (termasuk Taiwan) dikesan termasuk dalam rumpun Austronesia dan berbahasa Austronesia sebelum mereka diasilimasikan secara paksa untuk menjadi bangsa Cina dizaman Dinasti Han dibawah Jeneral Han Wudi (nama asalnya Liu Che, (156 - 87 SM), merupakan maharaja China (141-87 SM) Dinasti Han). Untuk beberapa abad seterusnya menyaksikan siri-siri pemberontakan dari kalangan suku-suku ini menentang pemerintan China namun dapat ditundukkan sehingga akhirnya lenyaplah sejarah kehadiran mereka yang suatu waktu dahulu merupakan bangsa asal di Selatan China. Yang tinggal hanyalah sebilangan yang amat kecil jumlahnya. Kaum Astronesia yang menduduki bahagian selatan China ini adalah berasal dari Benua Sunda setelah berpuluh abad penghijrahan pertama kerantau Benua Sunda sebagaimana dipetik mengikut teori sejarah penghijrahan dari benua Afrika. Penghijrahan ini telah membina rumpun Austronesia yang berkembang seterusnya disekitar rantau ini. (Teori yang menyatakan rumpun Austronesia berasal dari Taiwan adalah teori yang salah dan bercanggah dengan fakta masa, kedudukan serta kebudayaan kehidupan yang berkaitan dengan Austronesia). Bahasa Austronesia asalnya adalah berstatus bahasa Melayu, yang menjadi bahasa resmi di Indonesia, Malaysia dan Brunei. Juga dalam keluarganya adalah bahasa Tagalog iaitu bahasa resmi Filipina, bahasa Tetum iaitu bahasa resmi di Timur Leste, bahasa Formosan iaitu bahasa penduduk asli Taiwan, bahasa Malagasi iaitu bahasa resmi Madagaskar, bahasa Maori serta keseluruhan bahasa asal kepersekitaran lautan Pasifik Selatan yang mana semuanya dari keluarga bahasa Austronesia. Bahasa-bahasa Austronesia dengan kosakata asli terbanyak diantaranya adalah bahasa Melayu asli.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga