Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama.
Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.
Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbuka yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.
Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?
Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.
306 patah kata
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita.
Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.
Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.
[378 patah kata]
Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.
Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada remaja.
Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.
Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.
Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.
Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.
Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.
Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada mereka”.
[445 patah kata]
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhir-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri, siapakah jiran kita?
[301 patah kata]
Saturday, July 23, 2011
Saturday, July 16, 2011
KELEBIHAN BULAN SYAABAN
SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."
Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.
Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
Syaaban juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.
Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."
Dengan keutamaan yang ada pada bulan Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.
"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak pada bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim. Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.
Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

PUASA YANG BERKESAN UNTUK KESIHATAN
Sekadar Renungan untuk manfaat bersama... Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi
PUASA YANG BERKESAN UNTUK KESIHATAN
Gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan : Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara Berbuka Dan Bersahur Yang Berkesan:
1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4. Kurangkan kadar makanan dari biasa
5. JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara Berpuasa Yang Tidak Berkesan:
1. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
2. Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
3. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
4. Mengulangi makan sepanjang malam.
5. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
6. Tidur selepas kenyang makan
Makanan Yang Menjejaskan Khasiat Puasa Kerana Mengandungi Bahan Kimia:
1. Kopi dan teh.
2. Air paip masak yang tidak ditapis.
3. Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera,
tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
4. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan
(water retention)
5. Merokok
Fasa-Fasa Puasa Yang Berjaya:
Fasa pertama (2-3hari ):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah.
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Dalam fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan Hari Raya Yang Merosakkan Manfaat Puasa:
1. Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
2. Makan kerap
3. Kuih-muih yang payah dihadam
4. Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat Puasa Yang Berkekalan:
1. Kurang makan kerana perut dah kecut
2. Kesihatan bertambah baik
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperoleh daripada puasanya itu, selain daripada lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Monday, July 11, 2011
LIMA PERKARA YANG PATUT DISEBUT-SEBUT SELALU
Di dalam artikel ini anda akan mengetahui 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadangkala kita terlupa terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habis-habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menusuk hingga ke hati.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu, perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu, eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoa semoga terselamat daripada kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Sunday, July 10, 2011
KEBAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH
KARANGAN BAHAGIAN A
Soalan:
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan di sekolah pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KARANGAN CONTOH
Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.
Intihanya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara.

ULASAN DRAMA
SOALAN :
Pihak sekolah telah menganjurkan satu pertandingan mengulas drama berdasarkan drama yang anda tonton atau baca . Anda berminat untuk menyertainya. Sediakan ulasan drama tersebut dengan selengkapnya.
Tajuk Drama : Serunai Malam.
Nama Penulis : Usman Awang.
Sumber :Antologi Anak Laut (2000)
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pengulas :Mastura binti Salleh.
Drama “Serunai Malam” karya penulis prolifik yang juga seorang Sasterawan Negara ,iaitu Datuk Dr. Usman Awang ini sarat dengan pelbagai persoalan yang menarik. Apa yang jelas, Datuk Dr.Usman Awang cuba mengajak audiens atau khalayak pembaca meneliti mentaliti masyarakat kita, iaitu berhubung dengan perbezaan pandangan tentang kerjaya kerana perbezaan latar belakang sosial dan pendidikan.
Drama ini bermula dengan penampilan watak seorang ibu, iaitu Limah dan anaknya,Safiah. Digambarkan Safiah sedang resah menanti kedatangan Umar, iaitu tunangnya. Umar berjanji akan sampai ke rumah Safiah pada pukul 10.00 pagi. Namun begitu, sehingga pukul 11.00 pagi Umar belum juga tiba. Sebenarnya, Umar lambat sampai kerana sibuk dengan persiapan terakhir bagi majlis konvokesyen di universitinya yang akan berlangsung pada pukul 2.30 petang itu. Setelah Umar tiba di rumah Safiah, masing-masing bertukar pendapat berhubung dengan kerjaya Umar, iaitu sama ada menjadi guru atau pegawai MSC atau Foreign Service.
Pada hari yang sama ayah dan ibu Umar dijangka akan sampai dari kampung. Namun, hanya ayah Umar, iaitu Majid yang datang ke rumah Saifiah kerana ibu Umar sibuk dengan majlis potong jambul di rumah anak buah mereka di kampung. Majid turut membawa buah-buahan dari kampung dan disambut mesra oleh Safiah dan ibunya. Ketika Majid sampai, Umar tidak ada di rumah kerana ada urusan berkaitan dengan konvokesyennya.Tidak lama kemudian, Umar pulang ke rumah tersebut, dan perbincangan berhubung dengan soal pemilihan kerjaya diteruskan semula antara Safiah dengan Umar. Safiah mahu bakal suaminya itu menjadi pegawai MSC supaya dia berpeluang tinggal di luar negeri. Umar pula bertegas mahu menjadi guru. Mereka bertelingkah sehingga menyebabkan Safiah menangis. Umar cuba memujuk Safiah dengan bijaksana dan berjaya mempengaruhi pemikirannya Umar membangkitkan kisah manis mereka ketika bertemu di Selat Tebrau. Masing-masing tersenyum dan bertambah mesra dan kelihatan bahagia. Ibu Safiah muncul dan ikut tersenyum mengerti. Lagu ‘Serunai Malam’ turut mengalun seolah-olah mengerti akan kehadiran dua jiwa yang sedang memadu kasih.
Drama “Serunai Malam” ini cuba mengungkapkan pelbagai persoalan menarik. Antaranya ialah perbezaan pandangan antara orang kota dengan orang bandar. Umar dan Safiah datang daripada latar belakang sosial yang beza. Umar berasal dari desa, manakala Safiah berasal dari kota. Oleh itu, tidak hairanlah jika Safiah lebih suka jika Umar menjadi pegawai MSC , sedangkan Umar pula lebih suka menjadi guru. Dengan menjadi guru,dapatlah dia mencurahkan bakti kepada anak desa. Dalam hal ini, sudah tentu sebagai warga kota , Safiah tidak suka tinggal di desa dan dia lebih suka menetap di bandar atau luar negara. Perbezaan pandangan antara generasi muda dengan generasi tua juga cuba disingkapkan dalam drama ini. Ayah Umar yang amat mementingkan waktu solat terus solat apabila tiba waktu sembahyang. Umar dan Safiah pula asyik meneruskan perbincangan atau berbual-bual sedangkan mereka tahu bahawa waktu sembahyang atau solat telah pun tiba. Begitulah perbezaan antara generasi tua dengan generasi muda dalam soal keagamaan. Generasi tua lebih mementingkan soal keagamaan berbanding dengan generasi muda. Pakaian yang dipakai oleh Safiah dianggap kurang manis oleh ayah Umar, iaitu Pak Majid. Bagi Umar, dia tidakpun berasa aneh dengan pakaian Safiah. Mungkin pendedahan hidup di kota dan akibat pengaruh modenisasi telah turut memodenkan pemikiran Umar berhubung dengan pakaian.
Sebagai pengulas drama, saya ingin melahirkan rasa kagum dengan kebolehan penulis drama ini “menyuntik” pelbagai nilai murni dalam drama beliau itu. Antara nilai murninya ialah tolong-menolong antara satu sama lain. Nilai ini begitu dominan dalam masyarakat Melayu khususnya mereka yang tinggal di desa. Sebagai contohnya, ibu Umar sanggup tidak datang ke majlis konvokesyen anaknya, Umar semata-mata kerana mahu menghadiri majlis potong jambul anak mak cik Umar. Hakikat ini menunjukkan bahawa masyarakat desa amat menitikberatkan soal kerjasama atau tolong-menolong antara satusama lain. Sikap ini yang masih “subur” dalam kalangan masyarakat dapat mengeratkan hubungan silaturahim atau tali ukhuwah. Sehubungan dengan itu, setiap lapisan masyarakat perlulah meneruskan tradisi tolong-menolong ini agar tidak pupus ditelan arus modenisasi.
Nilai seterusnya ialah tegas pendirian. Nilai murni ini digambarkan dengan jelas melalui perwatakan Umar yang teguh pendiriannya walaupun cuba dipengaruhi oleh tunangnya. Safiah mahukan Umar menjadi pegawai MSC tetapi Umar tetap mahu menjadi guru dan berbakti kepada masyarakat desa. Pendek kata, Umar tegas pendiriannya dan tidak mudah goyah oleh pujukan tunangannya itu. Akhirnya, dia berjaya memujuk pula Safiah agar akur dengan pendiriannya itu. Sehubungan dengan itu,setiap orang dipinta agar memiliki pendirian yang tegas, apatah lagi dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan masa depan kita. Kata-kata Umar, iaitu “untuk membangunkan bangsa atau negeri haruslah bermula di tanah air kita sendiri dan bukannya bermula dari luar negeri” itu perlu dihayati oleh para pembaca atau audiens.
Jika diteliti aspek watak dan perwatakan, penonjolan watak-watak seperti Umar ,Safiah, Pak Majid , dan Limah amat bersesuaian dengan peranan masing-masing. Umar dan ayahnya mewakili masyarakat desa, manakala Safiah dan ibunya mewakili masyarakat kota. Pandangan antara masyarakat desa dengan bandar ada sedikit perbezaan , namun semua ini dapat diatasi jika ada sikap bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain. Konflik antara Umar dengan Safiah berhubung dengan pemilihan kerjaya tidaklah sampai merosakkan hubungan yang mesra kerana Safiah akhirnya memahami isi hati Umar. Sesungguhnya, penulis drama ini berjaya menghidupkan watak-watak itu sehingga menjadikan drama ini menarik dan “hidup”. Perwatakan Umar yang digambarkan sebagai seorang yang bersifat patriotik dan tegas pendirian merupakan watak yang patut dicontohi oleh anak-anak muda kita.Kejayaan anak desa ini meraih kejayaan dalam pelajaran seharusnya melonjakkan cita dan semangat para pelajar yang tinggal di desa. Umar telah membuktikan bahawa anak desa juga beroleh kejayaan jika berusaha gigih.
Dari segi gaya bahasanya pula, penulis drama ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bersahaja dari segi pemilihan katanya. Penulis juga banyak menggunakan kata-kata yang lazim dituturkan dalam perbualan seharian. Oleh hal yangdemikian, khalayak pembaca atau audiens mudah mengikuti perkembangan ceritanya. Selain itu, penulis juga berjaya menyulam pelbagai ragam ayat sehingga menjadikan ayat itu menarik dan tidak menimbulkan kebosanan. Apa yang menariknya ialah kemampuan penulis “mengolah” bahasanya sehingga mencetuskan kesan tertentu . Sesungguhnya, olahan sebegini adalah antara kelebihan Datuk Dr. Usman Awang dalam penulisan drama ini. Di samping itu, lagu Serunai Malam yang menjadi lagu latar drama ini berjaya menimbulkan suasana atau“mood” cerita. Lagu ini seolah – olah cuba membawa mesej tertentu, iaitu kemesraan hubungan dan ketulusan cinta antara Safiah dengan Umar .Penggunaan bahasa kiasan juga ada digunakan, contohnya, “macam sarung nangka” dan “merajuk membatu”.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis drama ini, iaitu Datuk Dr. Usman Awang kerana berjaya menghasilkan drama yang menarik ini. Saya berharap agar hasil karya beliau terus menyuburkan dunia kesusasteraan kita, dan kepada warga pelajar khususnya, kita haruslah mencontohi pelbaga nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama ini sebagai pedoman hidup.
[1057 patah kata]

ULASAN FILEM
SOALAN
Sempena Bulan Bahasa, pihak sekolah telah menganjurkan satu pertandingan mengulas filem berdasarkan filem yang pernah anda tonton. Anda tertarik dan berminat untuk menyertainya. Sediakan ulasan filem tersebut dengan selengkapnya.
ULASAN FILEM
Judul : Embun
Arahan : Erma Fatima
Penerbit : Filem Negara Malaysia
Pengulas : Radiatun Nadwah binti Dolah
Cinta dan perang ialah dua subjek yang cukup bertentangan di antara satu dengan yang lain. Yang satu membawakan erti kebahagiaan, manakala perang membawa makna penderitaan. Bagaimanapun filem atau karya sastera melihat kontradiksi itu sebagai hubungan yang cukup istimewa dan sering memberikan pengertian yang cukup menarik apabila digabungkan. Filem “Embun” arahan Erma Fatima juga meneruskan tema begini. Filem ini mengambil landskap Perang Dunia Kedua yang sedang menggila melanda Tanah Melayu. Ketika rakyat sedang menghadapi keganasan dan derita perang, sebuah hubungan cinta anehnya berputik.
Lebih menarik hubungan cinta itu berlaku antara dua kekasih dari dua latar yang berbeza. Si gadis daripada mereka yang sedang dijajah manakala si lelaki daripada tentera yang dikenal kerana kekerasan dan kekejaman. Di sebalik kegilaan perang dalam Embun, hubungan cinta itu patut dilihat sebagai membawa semangat feminis yang kuat. Kebangkitan Embun bertitik tolak dari tertangkapnya Bayu dan kematian bapanya di tangan tentera Jepun. Daripada seorang anak gadis yang malu-malu yang sekadar mahu mengikut kumpulan politik Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan abangnya, Embun berubah menjadi wanita yang berani, pendendam, dan bertekad untuk membalas dendam.
Lebih daripada itu, tekad dan dendam Embun sebagai akibat daripada peristiwa dia dirogol oleh tentera Jepun yang diketuai oleh Leftenan Akaishi. Apabila tidak ada golongan pemuda dan wanita yang berani bertindak dan membantunya, Embun terpaksa bertindak sendirian. Embun beruntung kerana dia diselamatkan oleh Leftenan Koishi seorang pegawai penerangan tentera Jepun yang lebih bersimpati dan memahami penderitaan rakyat tempatan akibat perang.
“Embun” memaparkan kemantapan struktur naratifnya dengan dukungan lakonan, fotografi, dan suntingan untuk menjadi filem tempatan yang cemerlang. Skrip yang ditulis oleh Rohiman Haron ini pernah memenangi hadiah dalam peraduan menulis skrip filem anjuran Finas dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dahulu. Struktur naratifnya diolah dengan baik, struktur dramatik dan konfliknya berkembang seimbang di setiap adegan dan memuncak ke penamatnya apabila Embun akhirnya berjaya membunuh Akaishi dan sekali gus menyelesaikan dendamnya biarpun dia sendiri akhirnya terkorban.
Umie Aida sebagai Embun telah memberikan lakonan yang terbaik. Di wajahnya teralir kenaifan gadis desa dan kemudian secara perlahan menjadi pendendam selepas abangnya ditangkap, bapanya mati dan dia sendiri dirogol secara bergilir-gilir. Izi Yahya berjaya menampilkan lakonannya yang terbaik sebagai pegawai tentera Jepun yang rakus dan kejam. Herot wajah dan gerak tubuhnya sudah cukup untuk memberikan dinamisme pada wataknya. Bagaimanapun antara wajah tentera Jepun yang begitu menangkap dan sukar dilupakan adalah Saito, lakonan Mak Kwai Yuen, dengan riak wajah yang dingin serta lebih banyak mengundang misteri yang menakutkan.
Aspek yang cukup cemerlang dalam filem ini ialah arahan fotografi yang dilakukan oleh Teoh Gay Hian. Fotografinya bukan sahaja cantik tetapi sensitivitinya berupaya menghasilkan mood yang sesuai untuk setiap adegan. Cahayanya terkawal, sudut dan gerak kameranya berupaya menangkap detik-detik yang genting. Ada waktunya imej-imej yang dihasilkan sungguh puitis. Aliran air sungai yang tenang dan hampir beku dilimpahi cahaya malam, sedangkan keganasan dan perang sedang bersemarak. Kameranya berjaya menangkap wajah-wajah penduduk kampung yang ketakutan dalam suasana yang genting itu.
“Embun” sebagai sebuah filem bergerak dalam tempo yang baik dengan unsur dramatiknya yang sentiasa terkawal kerana keupayaan suntingan yang cukup sensitif oleh Kamarudin Abu. Shot-shot yang dipilih bukan sahaja memperkuat adegan, menyarankan makna tetapi juga bersifat sugestif. Bagaimanapun struktur dramatik filem ini yang kuat di peringkat awal terasa agak lembut apabila perjalanan cerita semakin menuju ke akhir. Hal ini lebih terasa apabila hubungan Embun dan Koishi mula terbina. Suasana romantis itu hampir menguasai adegan-adegan selepas itu, mujur adegan memuatkan Bayu dan perjuangannya menguatkan semula kesan dramatik filem ini.
Biarpun filem ini memperlihatkan semangat feminis yang cukup kuat, tetapi beberapa adegan dalam filem ini boleh sahaja menimbulkan persoalan. Embun tidak memberikan gambaran emosi dan psikologi yang seharusnya dialami oleh wanita yang pernah melalui peristiwa hitam dan paling ngeri dalam hidupnya. Apakah peristiwa itu telah meragut emosinya dan kesan psikologinya terus hilang? Kita melihat dalam adegan tertentu dia begitu mudah menerima Koishi yang seharusnya dicurigai kerana pengalamannya masa lepas.
Secara keseluruhan, filem “Embun” ialah filem yang menarik untuk ditonton. Filem ini membangkitkan ingatan kita terhadap sejarah pemerintahan Jepun. Ceritanya telah digarap dengan kemas tetapi terdapat sedikit kelonggaran pada akhir cerita. Walau bagaimanapun, filem ini tetap cemerlang dari segi lakonan, sinematografi, dan penyuntingan.
[680 patah kata]

Subscribe to:
Posts (Atom)