Thursday, April 24, 2014

Ulasan FIXI - Novel KACAU (Ariff Adly, 2014)


*Gaya penulisan Boneka Rusia Gudio (Wan Nor Azriq) katanya

Aku sangat suka The Conjuring (2013). Mungkin sebab itu aku amat suka KACAU (Ariff Adly). Terbitan FIXI. Tapi kan, bukan ke The Conjuring tu filem? Betul. Sebab itu aku nak kata, KACAU ialah filem dalam bentuk novel. Sangatlah awesome sebab macam filem. Serius tak tipu. Teknik penyampaian cerita ini sangatlah awesome. Mati-mati aku ingat bila start baca first page terus ada sambungan tapi rupanya, seperti Momento (2002). Eh, Momento pun filem jugak! Ya, memang. Dia meminjam sekelumit teknik Momento yang awesome dengan permainan jeda masanya hingga membuatkan aku menyelak halaman terawal semula ketika berada di 1/4 novel. Oh, that is so Oculus (2014). OMG! Aku tak buat review Oculus lagi! Ok la buat ringkas walaupun cerita tu best sekejap lagi. Eh, tadi kan kau cakap dia macam The Conjuring, asal? Oh, sebab dalam The Conjuring kan depa guna kebanyakan teknik horor klasik - yang kena tarik, yang clap clap clap, yang kena rasuk; most of classical horror movies memang ada, sebab itu ada yang review kata The Conjuring tu awesome sebab gabungan banyak teknik horror lama-lama yang menjadi. Sama jugaklah dengan KACAU. Dia ada rasuk, dia ada unsur cult rerambut macam dalam The Ring (2002), dia ada main papan Ouija (OMG ada filem pasal Ouija nak keluar 2014! Oktober katanya!) dan of course dia ada baca ayatul Kursi ala-ala ustaz perubatan islam dan guna jugak tu teknik spinning gasing macam dalam OMG aku lupa nama filem itu walau terbayang dalam kepala otak aku scene dia. Ok, tanya Abg Fadz. Arghhhhh. Pastu, dalam waktu solat, ada pulak benda-benda pusing-pusing bagai aku di pusat vorteks katanya dalam KACAU tapi rasanya The Head Spin dalam The Exorcist (1973) lagi best dan ya, Ulek Mayang. Juga kekanak dijahit mulut - OMG that is so bebudak itew dalam Sinister (2012). Eh, banyak pulak dedah kat sini. Haha. Ok, walaupun aku tak terima la plot layar asmara Ajim dan Syida tu tapi sebab ni FIXI - ok, korang paham la kan, novel dewasa katanya; tetapi ia tetap melacurkan penceritaan sedikit sebanyak bagi aku. Memandangkan benda itu hanya macam tempelan. Aku mati-mati ingat kot-kot Syida dihukum macam dalam ULAR (2013). OMG kau tengok cerita itu? Ya, sebab - kau cuba habaq kat aku berapa banyak filem tema haiwan orang Malaysia ada buat? Nan ado. Sebab tu gagah wal gigih jugak aku pergi The Curve masa tu pi tengok di remang tengahari yang sepatutnya aku baca buku. Eh? Ok. Ha - balik pasai Ajim-Syida tadi, patutnya kau hukumlah Syida tu mengandung anak Ajim ka, dah alang-alang mati kan. So, barulah macam ada pengajaran. Ha itulah. Tapi serius tak leh bayang depa kena lagu tu sebab bukankah Ajim itu seorang yang dikatakan berdisiplin i.e lepas pukul 10 malam diharamkan keluar rumah? Lepas tu, mamat itu kan super pemalu sampai - I wait for three years before you luah ni kat I sebagaimana pengakuan Syida. Haha. So, macam tak tercapai akalmu (Elyana, 2008 eh?) jugaklah sebab telah berlaku pelanggaran imaginasi watak dalam kepala otak aku sewaktu membayangkan Ajim. Lagi satu sebab kau dah hukum Ajim supernatural luar tabii sangat dengan rerambut rambutan itu. So, patutnya Syida lebih kejam lagi. Huahahaha. Bukan setakat ulek mayang dek ulek. Tapi sebab kau suruh google lagu full lah, aku tergoogle jugak. Ish, jahatlah KACAU-an Ariff Adly ni hihi. Apa lagi best pasai KACAU? Ha! Peranan hantu. Dia tak segempak Oculus-lah sebab Oculus itu manusia yang berdendam dengan hantu lol. Walaupun kali ini, hantu itu turut secara tipikal dan cliche-nya berdendam dengan manusia tetapi kenapa dia berdendam - ahaks. Jangan cakap, jangan cakap. Ok fine. Oculus main jangka masa dulu dan sekarang yang awesome sebab dia masuk silang masuk silang masuk. KACAU main silang masuk silang masuk jugak tapi bukan menggunakan jeda masa sangat walaupun ada sekelonet tapi menggunakan silang masuk silang masuk watak meskipun satu plot. Ha. Itulah yang awesome tu. Ini yang paling menggiurkan bagi aku. Gaya penulisan dari kaca mata "aku" bagi keenam-enam watak. "Aku" diselang selikan mengikut kesesuaian dan signifikan watak. Kendati sedikit pening kerana belum biasa pada awal penceritaan, ternyata berjaya meremangkan bulu roma. Kenapa? Seakan-akan kita selaku pembacalah yang sedang merasuk dan meng-KACAU keenam-enam sahabat itu. Dia macam kau pakai 6 kaca mata yang berlainan dan cuba masuk dan merasuk ke dalam tubuh tiap-tiap watak itu. Dan bila kau bayang macam tu, seakan-akan kaulah yang pegang kamera dan seriously kau nampak diri kau sendiri sedang bergetar, bergerak, menerkam, menangkap dan membaham. Aum! Sangatlah awesome sebab macam filem. Cuma ada satu yang Ariff Adly mungkin terlupa. Kaca mata seseorang yang sedang dirasuk. Kalau dia boleh fantasikan benda itu, pastinya lebih mengadrelinekacaukan pembaca. Mungkin sebab orang kena rasuk macam lupa macam Jimie yang terlupa dia dah macam tidur selama seminggu so bangun-bangun terus macam shave jambang macam Alan Parrish dalam Jumanji (1995). Haha. Ok, dah kot. 8.5/10 dan aku rasa aku macam nak sign masuk kelab kipas susah mati FIXI lulz. Marilah serbu PBAKL14 untuk membeli novel masuk situ situ sana sini (Siti Nurhaliza, 2004 eh?) terbitan ITBM, Boneka Rusia Gudio yang kutuk Anwar Ibrahim lagi best dari Faisal Tehrani, kasi 8/10. Dan Oculus aku kasi - ala, Oculus kena tulis review lain la; sebab dia banyak subteks yang boleh dikorek, digali-gali sehingga maknanya muncul dan timbul seraya dengan penuh machonya menyepak, menempelak dan menembak kita. Pang!

Monday, April 14, 2014

Diari Seorang Stalker



                                       DIARI SEORANG STALKER

                                      Isnin, 8.03 pagi
                                      LRT Setiawangsa - Ampang Park

                                      Kulihat kamu ditag foto rakan
                                      Sungguh kau indah buatku tidak keruan
                                      Kumencarimu di sekitar pojok laman
                                      Ha, jumpa pun dikau! Kutambah sebagai kawan.

                                       Isnin, 8.35 pagi hingga Jumaat
                                       Meja Pejabat di PNB Darby Park

                                       Tegarku jadi pemerhati dalam diam
                                       Perhati dikau duhainya si bintang malam
                                       Sedang si bintang langsung tak perasan aku
                                       Yang sedang senyum seorang perhatikanmu.

                                        Sabtu, 11.13 pagi 
                                        Kondo XYXY, Setiawangsa

                                       Mengapa tak muncul notifikasi lagi
                                       Aku mencari kamu sejak dari pagi
                                       Namamu kautukar, akaunmu dikau kunci
                                       Oh, tidak - Cinta! Mengapa tega dikau pergi.

                                       Sabtu, 11.23 pagi
                                       Kondo XYXY, Setiawangsa

                                       Ternampak aku sebuah gambar menarik
                                       Dikau yang ini, syukur akaunnya dipublik!

                                       :)
                                       
                                       pagikantoikanseorangstalker
                                       aQIlzahra140414

Thursday, April 10, 2014

ULASAN APOKALIPS X (2014) - APO EKAU BUEK NI, JANG?

NGOMELAN NGOBROL

Kalau aku benci sesuatu karya, aku tak tulis. Maka kalau dalam tulisan aku kutuk, itu bermakna aku sayang. Macam ayah yang merotan anak jantannya kerana tidak mengaji. Macam ibu yang memaki anak daranya kerana lambat bangun pagi. Dan semua anak sampai satu masa akan rindu makian ayah, leteran mak bila mereka diam tak kembali. Masa itu baru kita tahu bahang ketidakpedulian bila yang terdengar hanyalah diam.


Hari itu, aku bertemu dengan SN Anwar Ridhwan. Aku bentangkan tafsiran aku tentang Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Beliau tersenyum dan mengatakan –

“Selepas saya tulis, maknanya terserah pada anda; pembaca. 
Saya tidak berhak komen lagi. Terpulanglah”

Hari itu, seorang editor beritahu aku. SN Shahnon Ahmad pujinya,

"Saya suka bila saudara kritik saya. 
Itu bermakna saudara benar-benar membaca".

Mungkin kerana pengamalan etika dan kefahaman sebegini hebat menyebabkan mereka diangkat, ke martabat SN - Sasterawan Negara. Bukan dengan mengangkat diri sendiri atau pendeknya, syok sendiri. Dan alangkah indah semua karyawan dalam apa jua bidang seni punya kewibawaan ini. Alangkah indah ah ah.

Justeru, mesejnya mudah. Aku menulis ini kerana peduli. Dan aku harap kepada yang berkenaan, terbuka. Kepada sesiapa yang bising. Adabnya, dengarlah. Terima, tak terima – itu hak anda, kerana akhirnya anda yang berkarya dan yang nak perbaiki pun, andalah juga. Kami? Macam pelanggan di restoran. Tetapi sayang, consumer is the king hanya dipraktikkan di restoran dan gedung membeli belah sahaja. Selain itu, nihil bernisan tiada bertanda.


GELITARAN JIWAKU

Mulanya, aku tak minat nak tengok. Tetapi lepas tahu, filem ini tak siap sejak 2-3 tahun lepas, tahun ini baru luncur, maka ok, aku tengok. Lepas tu, dimaklumkan ia filem genre baru. Ops, silap filem genre lama yang Malaysia baru nak buat. Sebab genre "post apocalyptic" ini sudah berada dalam sejarah peradaban moden sejak tahun 1939 menerusi Peace on Earth, filem animasi berdurasi 9 minit (zaman sedekad dua sebelum Malaya dijajah Jepun). Dengan itu, wow, aku nak tengok. Maka, merangkak ringkuklah aku selepas kerja pergi tengok ditemani rinaian hujan melambai-lambai atas sepeda. Gigih.

Namun ternyata, kegigihan sebenar ketika menahan gelitaran jiwa dan katukan otak.

Masuk-masuk gua gelap itu, terpacul Farid Kamil naik motor pancung dua kepala anjing. Ok. Macam Resident Evil (2002). Dan kemudian, masuk geng-geng lawan di zon bebas yang ops, macam terbabas je, macam terbabas je. Dan benarlah, ia terbabas sampai ke sudah. Argh, bergelitaran aku menanggung penceritaan yang -.

Apakah dunia yang kau sedang reka ini? Aku tidak mengerti! Makin aku tanya, makin aku tensi sebab banyak persoalan muncul. Exactly macam tontonfilem cakap. KLIK. Tidak aku ketemukan satu baris dalam ulasan Abg Fadz yang aku tidak mengangguk setuju melainkan semuanya sohih jiddan. Mutawatir lagi.

1. Macam mana dunia boleh bercerai-berai? Dan macam mana mereka "survive"?

2. Hujung filem beritahu X dan Y usai survival mereka, mereka masih kecil, umur 3-4 tahun kot - lantas siapa yang memberanakkan Adam dan generasinya?

3. Apa fungsi setiap puak? Dan kenapa mereka berpuak? Kalau dalam Divergent (2014), jelas dia sebut tentang kaum itu dipisahkan sebab perbezaan Personality Plus (benda ni awesome, cuba korang amik test dia, banyak company guna untuk kesan keperibadian kakitangan)

4. Kenapa Iqram marah dekat Adam sebab bercinta dengan Adik dia sampai nak bawak satu geng gaduh, bukan satu plot malah berulang kali plot sampai Iqram, ok, mati?

5. Apa signifikan budak bawak gitar yang bawak aura weirdo out of tune?

6. Apa motif watak Pekin Ibrahim yang aku ingat dia macam Devil Advocates, rupanya - lol kau mati katak camtue je! Haha.

7. Kenapa cakap banyak bahasa yang berterabur?

Dan banyak lagilah kot. Malas nak fikir. Haha.

Sebenarnya bagi aku masalah penceritaan ini boleh dirungkaikan antaranya dengan naratif suara. Letak la suara Farid Kamil ke, suara Adam ke, suara Pendeta tapi bukan Pyan Habib-lah kan. 


Selaklah dari Divergent (2014) yang terbaru sampai Lasykar Pelangi (2008)  (tak larat nak senarai banyak filem termasuk KL Gengster (2011), Her (2013), Lemony Sniket (2014); semuanya menggunakan naratif suara untuk menceritakan "dunia baru" yang dicipta. 

Ia berkesan walaupun tipikal sangat. Cuma syaratnya jangan berjela. Setiap pemilihan kata dan penyusunan ayat harus berbeza makna dan mesejnya. Di sinilah kalau nak bersajak dan berpujangga. Bukannya dalam dialog Sembilu dan Maria-Mariana Adam yang skema pada ayat, canggung pada lakonan yang macam kena paksa je, macam kena paksa je.

Selain itu, aku ada masalah dengan Lu dan Wa. Sejak zaman Faisal Hussein 80/90-an sampai la sekarang, Lu Wa Lu Wa. Takkanlah 30 dekad bahasa samseng tidak berubah. Ini sangat lulz. Dan kalau saudara nak Lu Wa Lu Wa - boleh tak konsisten, jangan kerap sangat kejap tukar sana sini. Sampai aku tak faham, mende ko cakap ni. Aku belajar Perancis dan Arab - tapi entahlah aku rasa nak gelak bila pelakon tak reti berlakon sebut dengan tidak betul (or tak diajar berlakon dengan betul).


Perjanjian? Boleh tak make it clear. Mende apa perjanjian itu. Tak perlu panjang. Puak Blu dalam Rio 2 (2014, yeay baru tengok semalam - 8.9/10 aku kasi) explain mudah saja tentang perjanjian dengan Puak Felipe. 

"Manusia mai tanah kita, paksa kita masuk hutan lagi dalam. Makanan kurang. Kawasan mengecil. Kita kena bina sempadan. Masing-masing jaga batasan masing-masing so that semua burung survive. Kita langgar, kita kena lawan main quidditch. Sapa menang, takluk wilayah semua." 

*Klip video 15 saat ada beberapa dalam instagram aku - zaimyusoff

Kan senang macam tu. Tapi dalam Apokalips ada X sebut? Ada Sri Gala ghoyak? Ada tapi macam tak ada sebab kau ulang dan ulang benda tak jelas maka meskipun ia hadir tapi tak nampak macam kehadiran gas yang hampagas. Lulz. Selain Rio 2, rujuklah Snowpiercer (2013) untuk belajar macam mana nak cerita pasai konflik dalam tatanan masyarakat yang kita sendiri buat dengan pergh - berkesan. 

Perkembangan cerita aduhai. Aku ada adik pompuan. Aku tak suka hang bercinta-cantun dengan adik aku sebab hang puak lain. So setiap kali, aku jumpa kau - aku angin. Yang kelakar, punyalah banyak kali adik aku berjaya jumpa kau belakang (eh depan la lulz) aku. Loser gila aku as abang. Dan cerita itu adalah hampir 30-40% daripada cerita. Aduhai, miskinnya idea. Punyalah banyak prop, modal ada tapi sayang, bila tak guna dan kembangkan - ia umpama cincin rantai yang saudara beli tapi tak pakai. Tapi kalau emas, boleh gak gadai, boleh dapat duit melebihi jualan tiket. Ops.

Falsafah. Ok. Kontrak sosial. UMNO lawan PAS (tapi puak bukan ke berlambak? Paling kelakar tetibe Silat Cekak). Tapi sayang, semua tak jelas. Walaupun ada. Tapi didaktik la, adoi. Preaching and preaching. Saudara marah adik saudara sebab pertikai kepuakan ini tapi saudara kata adik saudara tak faham perjanjian. Saudara, explain la wehhhhhhhhhh apa bondo perjanjian tu. Guna kitab ala-ala Fenanggal (2013) dan Sembunyi : Amukan Azazil (2013) ke, guna kata-kata bergerak yang bercerita bukan sekadar signboard PLUS macam dalam Star Wars (google sendiri tahun dia haha berderet) dan Turn Left, Turn Right (2003) dan The Secret Life of Walter Mitty (2013).

Akhir cerita, ok itu plot yang paling aku setuju (dan sebenarnya satu-satunya yang aku setuju lulz) tetapi sedikit berjela. Sebab dengar lagu ala-ala reincarnation sajorh. Itulah, kan bagus ada naratif suara macam –
Langit kelabu semalam
sudah berakhir
sinar baru masa depan
hari ini hadir
dalam genggaman kami
generasi baru.
Atau saudara petiklah mana-mana karya agung puisi sasterawan kita yang berderet 12 orang itu atau karya daripada yang beratus-ratus yang tercalon itu atau beribu-ribu penyair di daerah Malaya ini sebagaimana yang Rewan Ishak selalu buat.

Pendek cerita, masalah filem ini ialah penceritaan. Kalau gantilah aktor gred A+++++ Hollywood pun, semua akan terkubur tersungkur di pintu pawagam. Eh. 

PALSUKAH KEYAKINANKU?

Aku yakin karyawan filem kita banyak menonton filem (serta membuat kerja rumah sebelum mengarah?) dah kalau kerjanya membuat filem kan. Tetapi kalau keyakinanku dusta, buktikan ia benar. Dan kerana filem ini adalah gabungan seni catan (nama lain bagi lukisan), seni muzik, seni teater, seni busana dan paling mustahak sekali seni tulisan, skrip - menekuni pembacaan bahan bacaan semisal novel fiksyen dalam konteks genre sebegini adalah sunat muakkad kalau pun bukan, fardhu. Orang lain boleh tambah, setakat ingatan berbaki - aku cadangkan Bila Tuhan Berbicara tulisan Faisal Tehrani, sebuah karya pasca Apokalis yang aku suka puing-puingnya.


Tahniah atas genre baru. Setidak-tidaknya ada yang mencuba. Cuma, mengharapkan dunia sinema manusia tidak mengangkat selama-lamanya filem ini sebagai "post apocalyptic malaysian version", setidak-tidaknya untuk separuh dekad ini.

Terima kasih Apokalips.
Banyak beristighfar kerana asbabmu.

Rating - 4/10

*Maaf bahasa rojak. Mungkin sebab kepecahan otak. Hak hak.

Tuesday, April 1, 2014

BAS CINTA


Telah tercerai genggaman kita
di stesyen bas berkarat usang
saat ku dilepaskanmu pulang
kembali ke kota gelandangan.

Aku sorok di pojok belakang
dengan sobekan merindukanmu
sehingga mesej di tangan datang
"Cinta, aku sedang ekorimu."

Lantas kupaling, ah kunampak
kenyitan si dia maha mengguruh
gugurkan hujan cinta pun menari
dari belakang bas, dia sabar mengekori.

Hingga sampai di simpang empat
basku ke kiri, sepedanya ke kanan
walau terpaksa, dia masih sempat
melambai-lambai lambaian cinta.

Aku menangkap lambaian itu
kucekup katup digenggam jari
yang tadi bercerai kini bersatu
bergelinjangan ia di dalam hati.

:)

perbatasanpadipagi
aQIlzahra010414

Monday, March 31, 2014

Pungguk & Semilir - Akhir


Pungguk tersengguk-sengguk angguk
ketika menangguk balasan jawapan Bulan.

"Apa guna kau hadiahkanku selembaran peta.
Sedangkan aku dari langit sudah nampak semua."

Pungguk tersengguk-sengguk angguk.
Hematnya, kenyataan Bulan benar menusuk.
Namun, akhirnya Sang Hyang melayangkan cedok-
maksud yang diertikan tatkala takdir menumbuk-numbuk.

"Wahai Si Pungguk, hambaku yang tersengguk-sengguk.
Daku khabarkan maksud di sebalik apa yang dihamburkan Bulan.
Sungguh, tiap kata datang dari jiwa. Dan jiwa memaksudkan apa sebenarnya."

"Bukankah Bulan melihat APA
dan bukan SIAPA?"

Pungguk terketar mendengar. Seakan tersadung di dahan pendek, 
tempatnya bertenggek. Nafas pungguk turun naik turun naik. 
Terasa hinanya diri saat kebenaran itu mengherdik. Tetapi
pungguk redha dan menerima hal itu dengan seupaya baik.

"Sang Hyang,
benarkan aku 
mengkhatamkan 
kisah Pungguk & Semilir.
Biarlah ini jadi semilir yang
terakhir".

Arakian,
Bulan tetap ada.
Pungguk tetap wujud.
Walaupun mereka hidup
berasingan
dan tiada lagi
kaitan.

P/s : Begitu juga siri "Koleksi Dia" dikhatamkan. Mufaraqah.

Sodaqa Allahul 'Adzim. 
Bismillah. Bab baru. 
Harapnya tiada siapa 
berani ketuk hatiku 
dengan melulu lagi.

Displaying IMG_20140331_023643.jpg

Displaying IMG_20140331_014354.jpg

Wednesday, March 26, 2014

Mufaraqah Dinda

broken-heart-sad-wallpapers-pics-for-boys.7.jpg (1024×768)

Dinda,
Kufikir kau masih Bunyamin, tak farqun*
kelihatan kini kau sudah pakai jubah Fir'aun
di saat matamu memandang matabenda yang far'un*
Argh... hatiku lemah, jiwaku pecah - menjadilah kita, Dinda

Mufaraqah.*

---

aQIlzahrakechiwadenganbalasanmatabendamu
bukanbalasanmatasiapajam1832tanggal250314

Daftar Kata :

*Farqun - Berbeza
 Far'un    - Bercabang
 Mufaraqah - Berpisah

Tuesday, March 25, 2014

Pungguk & Semilir (III)



Pungguk merayu kepada purnama semalam
utuskan kerinduan pada kekasih jauhku
semilir hadir angkut rayuan ke langit
mengandung menjadi awan, terkendong
sampai ke lembah bumi bawah
bergemburan di ranah langit
jadi kabus, guguskan embun
pada pagi yang dingin
menyapa pipi kekasih
yang masih basah
dengan peluh 
berlarian
ke kuliah.

Namun bisakah
sapaan rindu menyentuh
kulit kekasih, menyentuh
hati kekasih, hingga mengerti
bahawa kerinduan pungguk kepadanya
menggunung dalam diam tanpa pengakuan
bisakah sapaan itu kekasih bisa merasakan
di saat dingin embun pagi, itulah pesan awan.

---
aQIl zahra
perbatasanpadipagiduapuluhlimatiga
saatmerindukandengankerinduanberganda

Sebarkan Manfaatnya! :)