*Gaya penulisan Boneka Rusia Gudio (Wan Nor Azriq) katanya
Aku sangat suka The Conjuring (2013). Mungkin sebab itu aku amat suka KACAU (Ariff Adly). Terbitan FIXI. Tapi kan, bukan ke The Conjuring tu filem? Betul. Sebab itu aku nak kata, KACAU ialah filem dalam bentuk novel. Sangatlah awesome sebab macam filem. Serius tak tipu. Teknik penyampaian cerita ini sangatlah awesome. Mati-mati aku ingat bila start baca first page terus ada sambungan tapi rupanya, seperti Momento (2002). Eh, Momento pun filem jugak! Ya, memang. Dia meminjam sekelumit teknik Momento yang awesome dengan permainan jeda masanya hingga membuatkan aku menyelak halaman terawal semula ketika berada di 1/4 novel. Oh, that is so Oculus (2014). OMG! Aku tak buat review Oculus lagi! Ok la buat ringkas walaupun cerita tu best sekejap lagi. Eh, tadi kan kau cakap dia macam The Conjuring, asal? Oh, sebab dalam The Conjuring kan depa guna kebanyakan teknik horor klasik - yang kena tarik, yang clap clap clap, yang kena rasuk; most of classical horror movies memang ada, sebab itu ada yang review kata The Conjuring tu awesome sebab gabungan banyak teknik horror lama-lama yang menjadi. Sama jugaklah dengan KACAU. Dia ada rasuk, dia ada unsur cult rerambut macam dalam The Ring (2002), dia ada main papan Ouija (OMG ada filem pasal Ouija nak keluar 2014! Oktober katanya!) dan of course dia ada baca ayatul Kursi ala-ala ustaz perubatan islam dan guna jugak tu teknik spinning gasing macam dalam OMG aku lupa nama filem itu walau terbayang dalam kepala otak aku scene dia. Ok, tanya Abg Fadz. Arghhhhh. Pastu, dalam waktu solat, ada pulak benda-benda pusing-pusing bagai aku di pusat vorteks katanya dalam KACAU tapi rasanya The Head Spin dalam The Exorcist (1973) lagi best dan ya, Ulek Mayang. Juga kekanak dijahit mulut - OMG that is so bebudak itew dalam Sinister (2012). Eh, banyak pulak dedah kat sini. Haha. Ok, walaupun aku tak terima la plot layar asmara Ajim dan Syida tu tapi sebab ni FIXI - ok, korang paham la kan, novel dewasa katanya; tetapi ia tetap melacurkan penceritaan sedikit sebanyak bagi aku. Memandangkan benda itu hanya macam tempelan. Aku mati-mati ingat kot-kot Syida dihukum macam dalam ULAR (2013). OMG kau tengok cerita itu? Ya, sebab - kau cuba habaq kat aku berapa banyak filem tema haiwan orang Malaysia ada buat? Nan ado. Sebab tu gagah wal gigih jugak aku pergi The Curve masa tu pi tengok di remang tengahari yang sepatutnya aku baca buku. Eh? Ok. Ha - balik pasai Ajim-Syida tadi, patutnya kau hukumlah Syida tu mengandung anak Ajim ka, dah alang-alang mati kan. So, barulah macam ada pengajaran. Ha itulah. Tapi serius tak leh bayang depa kena lagu tu sebab bukankah Ajim itu seorang yang dikatakan berdisiplin i.e lepas pukul 10 malam diharamkan keluar rumah? Lepas tu, mamat itu kan super pemalu sampai - I wait for three years before you luah ni kat I sebagaimana pengakuan Syida. Haha. So, macam tak tercapai akalmu (Elyana, 2008 eh?) jugaklah sebab telah berlaku pelanggaran imaginasi watak dalam kepala otak aku sewaktu membayangkan Ajim. Lagi satu sebab kau dah hukum Ajim supernatural luar tabii sangat dengan rerambut rambutan itu. So, patutnya Syida lebih kejam lagi. Huahahaha. Bukan setakat ulek mayang dek ulek. Tapi sebab kau suruh google lagu full lah, aku tergoogle jugak. Ish, jahatlah KACAU-an Ariff Adly ni hihi. Apa lagi best pasai KACAU? Ha! Peranan hantu. Dia tak segempak Oculus-lah sebab Oculus itu manusia yang berdendam dengan hantu lol. Walaupun kali ini, hantu itu turut secara tipikal dan cliche-nya berdendam dengan manusia tetapi kenapa dia berdendam - ahaks. Jangan cakap, jangan cakap. Ok fine. Oculus main jangka masa dulu dan sekarang yang awesome sebab dia masuk silang masuk silang masuk. KACAU main silang masuk silang masuk jugak tapi bukan menggunakan jeda masa sangat walaupun ada sekelonet tapi menggunakan silang masuk silang masuk watak meskipun satu plot. Ha. Itulah yang awesome tu. Ini yang paling menggiurkan bagi aku. Gaya penulisan dari kaca mata "aku" bagi keenam-enam watak. "Aku" diselang selikan mengikut kesesuaian dan signifikan watak. Kendati sedikit pening kerana belum biasa pada awal penceritaan, ternyata berjaya meremangkan bulu roma. Kenapa? Seakan-akan kita selaku pembacalah yang sedang merasuk dan meng-KACAU keenam-enam sahabat itu. Dia macam kau pakai 6 kaca mata yang berlainan dan cuba masuk dan merasuk ke dalam tubuh tiap-tiap watak itu. Dan bila kau bayang macam tu, seakan-akan kaulah yang pegang kamera dan seriously kau nampak diri kau sendiri sedang bergetar, bergerak, menerkam, menangkap dan membaham. Aum! Sangatlah awesome sebab macam filem. Cuma ada satu yang Ariff Adly mungkin terlupa. Kaca mata seseorang yang sedang dirasuk. Kalau dia boleh fantasikan benda itu, pastinya lebih mengadrelinekacaukan pembaca. Mungkin sebab orang kena rasuk macam lupa macam Jimie yang terlupa dia dah macam tidur selama seminggu so bangun-bangun terus macam shave jambang macam Alan Parrish dalam Jumanji (1995). Haha. Ok, dah kot. 8.5/10 dan aku rasa aku macam nak sign masuk kelab kipas susah mati FIXI lulz. Marilah serbu PBAKL14 untuk membeli novel masuk situ situ sana sini (Siti Nurhaliza, 2004 eh?) terbitan ITBM, Boneka Rusia Gudio yang kutuk Anwar Ibrahim lagi best dari Faisal Tehrani, kasi 8/10. Dan Oculus aku kasi - ala, Oculus kena tulis review lain la; sebab dia banyak subteks yang boleh dikorek, digali-gali sehingga maknanya muncul dan timbul seraya dengan penuh machonya menyepak, menempelak dan menembak kita. Pang!