Sunday, November 08, 2009

Abim daerah Besut tidak menyokong kandungan Memorandum membantah Pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM oleh PGSM dan beberapa NGO

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Besut memandang serius terhadap isu memorandum yang di hantar oleh Persatuan Guaman Syari'e Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam bagi membantah pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM baru-baru ini. Abim Besut telah mengikuti perkembangan isu ini dan membuat pemerhatian beberapa perkara yang berbangkit daripada kedua-dua pihak.

Abim Besut juga telah membaca isu kandungan memorandum tersebut dengan membuat penilaian secara adil di atas beberapa perkara yang terkandung dalam kandungan tersebut. Oleh itu, Abim Besut telah membuat beberapa kesimpulan dan pendirian setelah diminta untuk membuat demikian oleh beberapa pihak.

Kesimpulannya adalah Abim Besut tidak membantah mana-mana pihak untuk menghantar sebarang memorandum termasuk memorandum yang dihantar oleh pihak yang tersebut di atas, tetapi tidak menyokong kandungan yang termaktub di dalam memorandum bantahan tersebut.
antara alasannya ialah:

1)Kandungan memorandum tersebut lebih bersifat serangan peribadi tanpa mengemukakan hujah dan bukti yang kukuh untuk menyokong perkara yang dibangkitkan.

2)Abim Besut bimbang sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tanpa dikemukakan bukti yang kukuh akan menyebabkan fitnah berlaku.

3)Pihak yang mengemukakan memorandum tersebut tidak berkata benar dengan mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam, walhal mereka tidak memberi bukti yang kukuh mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam di Malaysia.

4)Isu ini menunjukkan mereka yang terlibat menghantar memorandum tersebut tidak menerima kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak bertentangan prinsip Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

5)Pihak mereka juga seolah-olah cuba menyekat perkembangan ilmu yang didasari oleh prinsip mencari yang haq dan menegakkan kebenaran berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang soheh.

Atas alasan berikut, kami berpendapat tidak wajar mana-mana pihak yang ingin membantah mana-mana individu tanpa membuat analisa dan penilitian yang betul dan meletakkan prejudis yang tidak baik seterusnya tidak mengemukan bukti yang kukuh. Abim Besut tidak menyokong mana-mana pihak dengan membuta tuli dalam isu ini, namun kami meletakkan prinsip menegakkan keadilan dan kebenaran bagi meraikan kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak melanggari prinsip Ahlu Sunnah wal Jamaah yang soheh.

"Membina & memimpin generasi hasanah"

Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim Daerah Besut)

Monday, November 02, 2009

Kenyataan: Tindakan menahan Dr Asri tidak profesional

Tindakan pihak polis dan berkuasa agama Negeri Selangor menahan bekas Mufti Perlis adalah sikap tidak bertamadun dan profesional. Penahanan ini menyebabkan satu lagi polemik negatif berlaku dikalangan masyarakat yang cintakan ilmu. Penahanan yang dilakukan di atas dasar menyampaikan ilmu tanpa tauliah masih boleh dipertikaikan oleh masyarakat. Dr Asri merupakan lulusan Phd yang ditauliahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan beliau juga merupakan bekas Mufti kerajaan Negeri Perlis.

Pihak berkuasa agama Negeri Selangor seharusnya mengambil sikap yang telus dengan membuat keputusan yang tepat sebelum tindakan itu diambil. Mereka perlu mengambil pendekatan yang rasional dengan berbincang dengan Dr Asri terlebih dahulu sekiranya prosedur pertauliahan itu perlu dipenuhi. Alasan yang mengatakan ajaran Dr Asri menyebarkan fahaman yang boleh menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat juga masih boleh dipertikaikan dan kekaburan. Ini kerana masing-masing membawa hujah dan pihak berkuasa agama juga harus menyediakan hujah yang boleh menguatkan alasan mereka tersebut.

Dalam isu ini, Abim daerah Besut tidak mengambil sikap menyokong mana-mana pihak tanpa ada kebenaran tetapi mengambil pendekatan yang adil demi menegakkan keadilan dan kebenaran agar fahaman agama yang sebenar dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan yang benar itu tetap benar.

Wallua'lam
Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim daerah Besut)

Sunday, October 04, 2009

Pelancaran Tabung Mangsa Ribut & Sambutan 'Idulfitri

Semalam ana menghadiri majlis 'Idulfitri anjuran Abim Besut sempena syawal 1430. Pada majlis itu juga ana dan teman-teman telah melancarkan "Tabung Mangsa Bencana Ribut" bagi meringankan beban mangsa-mangsa ribut baru-baru ini terutama di daerah Besut. Pelancaran ini dibuat hasil daripada tinjauan kami ke beberapa buah rumah yang terlibat dengan ribut tempoh hari. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Abim Besut 13035010000600 (Bank Islam).

Sunday, September 27, 2009

Aktiviti@Raya 3

6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.

Saturday, September 26, 2009

Aktiviti@Raya 2

Raya 3 @ Di undang ke Rumah terbuka YB ADUN Kota Putera &
Rumah terbuka Pengerusi Wadah Besut

Aktiviti @ Raya

Raya 1 @ Rumah Pimpinan Abim Besut
Raya 2 @ Rumah terbuka Wadah-Abim-PPIK Kelantan

Thursday, September 17, 2009

Agihan sumbangan sekampit beras

26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.

Monday, September 14, 2009

Temu murni bersama Abim Pusat

Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim-Wadah Besut. Pelbagai isu telah diperbincangan meliputi senario dakwah di peringkat Besut mahupun Nasional.

Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini. Semoga tautan ukhuwwah ini akan terus membugar demi membina dan membentuk generasi hasanah.

Sunday, September 13, 2009

Ihya Ramadhan@Masjid Hadhari

Team Abim Besut telah menganjurkan program ihya Ramadhan pada 4 & 5 September 2009. Program ini dianjurkan sempena meraikan bulan yang penuh barakah ramadhan al-mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bicara ramadhan bertajuk "Nikmatnya lapar" dua orang ahli panel telah dijemput khas. Selain itu aktiviti seperti tadarrus al-Quran dan Qiyamullail turut dijalankan.

Thursday, August 27, 2009

Aktiviti@Ramadhan

Aktiviti@Ramadhan

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kareem

Rasulullah sallahu a'laihi wassalam pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash."

Iklan Ramadhan@Abim Besut


SILA LAYARI: http://www.abim-besut.blogspot.com

Sunday, August 23, 2009

Program@Lawatan Ke Pejabat Agama Besut

Pimpinan Tertinggi ABIM Daerah Besut telah mengadakan lawatan kerja & temu murni ke Pejabat Agama Daerah Besut pada 11 Ogos 2009 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh En. Nor Zaiman ( YDP), En. Shakir (TYDP) dan En. Azrul (Setiausaha). Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim dan jalinkan kerjasama antara ABIM Daerah Besut dengan agensi Agama Kerajaan. Disamping itu untuk membincangkan isu-isu agama yang berlaku di Daerah ini terutamanya melibatkan belia Islam. Walaupun tidak berkesempatan bertentang mata dengan Pegawai Agama Besut namun Pimpinan Abim berkesempatan berbincang dengan 2 orang Pegawai di jabatan Agama Besut ini sekaligus menyampaikan hasrat besar ABIM Daerah Besut.

Program@Muktamar Abim Kelantan

Team ABIM BESUT telah dijemput untuk menghadiri Muktamar Abim Negeri Kelantan pada 11 Julai 2009 yang lalu. Seramai 5 orang pimpinan Abim Besut telah mengikuti sepanjang Muktamar berlangsung. Ianya memberi ruang kepada Abim Besut untuk bertukar pandangan dan idea untuk memperkuatkan lagi harakah ummah ini.Dikesempatan itu juga kami mengikuti pelancaran projek GPTD-Sultan Muhammad al-Fateh. InsyaAllah modul ini juga akan dibawa dan dibentangkan diperingkat daerah Besut.

Program@ Mesyuarat ABIM-WADAH Besut

Team Abim bersama Wadah Besut telah mengadakan temu murni pada 10 Julai 2009 yang lalu. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan kesinambungan harakah ummah khususnya di Besut. Pertukaran dan perkongsian pandangan idea dijadikan topik perbincangan. Banyak idea dan harapan telah diperkongsikan bagi mewujudkan usahasama yang baik dan penuh harmoni.

Sunday, July 12, 2009

Muktamar Abim Daerah Besut- 26 Jun '09


Dari kiri YDP, TYDP, Setiausaha & Bendahari...


Barisan Pimpinan Abim Besut....


Wadah & Abim....


Ucapan......


Muktamar Abim Besut bermula......

Muktamar Abim Terengganu - 20 Jun '09


Bersama Pimpinan Besut....


Bersama YB Ladang...


YDP Abim Besut berucap....


Presiden Abim Pusat berucap.....


YDP Abim Terengganu berucap...


Muktamar baru bermula.....

Aktiviti


mandi-manda


taklimat....


sampai......


Bersedia........

Tuesday, May 26, 2009

Memugar Perjuangan Dakwah

Di dalam meneruskan agenda ‘’risalah dakwah’’ ini, kita harus memugar kembali kekuatan diri dan jemaah bagi mengembalikan keyakinan di dalam menyampaikan Risalah Allah Ta’ala. Kita tidak boleh meletakkan diri kita dalam golongan yang mudah berputus asa dan kecewa di dalam memenangkan agama Allah Ta’ala ini.

Di dalam pelbagai peringkat sumbangan kita amat diperlukan bagi memastikan Risalah Nubuwwah tidak mati di sini. Umat amat memerlukan golongan mahupun individu yang lahir sebgai mujaddid yang akan mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen. Sabda Rasulullah sallahu’alaihiwassalam :

Maksudnya :

‘’Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.’’

Ini adalah tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Kita yang melibatkan diri dalam kegiatan dakwah ini harus menyokong usaha-usaha ini.

Kegemilangan perjuangan dakwah yang lalu harus dijadikan benteng yang kuat. Ini amat bermakna bagi memastikan semangat perjuangan yang disemai pada masa yang lalu terus tersemat di dalam diri kita dan generasi muda yang akan mewarisi perjuangan ini.

Kita perlu memastikan pergerakan Islam ini beralih dari kegiatan berbicara kepada kegiatan bekerja, sepertimana dibicarakan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi:

Pergerakan Islam hendaknya beralih dari kegiatan berbicara kepada kegiatan bekerja, agar mampu membebaskan dirinya dari penyakit yang hampir menjadi penyakit umum kaum muslimin, yang selalu menjadi perintang bagi kita untuk melangkah maju, iaitu banyak menangisi masa lalu dan kurang kerja untuk masa kini. Kerana tangis kita itu tidak boleh menghidupkan yang sudah mati dan tidak mampu mengembalikan sesuatu yang sudah hilang.”( Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)

Kita juga tidak mahu menjadi suatu pergerakan dakwah yang hanya tertumpu pada kegiatan yang berkisar pada ahlinya sahaja seperti yang dikatakan oleh penulis Syria al –Buti:

“ Sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakkan jemaah Islamiah hari ini tidak lebih daripada sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata.” (al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, ms:42)

Oleh itu sudah tiba masanya kita kembali menjadi jurubicara umat. Namun kita juga harus koreksi diri apakah kekuatan yang ada. Antara jalan yang mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri ialah bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kita dan memberi isyarat betapa perlunya individu muslim mencari sumber kekuatan dirinya.

Kerjasama mestilah diwujudkan dalam masyarakat Islam. Orang mukmin yang kuat perlu mengerakkan saudara mereka yang lemah supaya sama-sama bergading bahu membina dan memperkasakan kekuatan umat. Dengan itu kita menyeru kepada semua ahli yang ada agar bersiap sedia bagi menghadapi mehnah dan tribulasi yang sudah pasti akan terpampar di hadapan kita. Waalahua’lam.

Sunday, May 03, 2009

Minda Bersua

Minda bersua..
mencari kesempatan mengasah pena
mengajak hak mendukung yang benar
takkan dipalit dengan yang batil
takkan diulit dengan yang lena

Minda bersua..
memikir yang benar dekat dimata
mencari yang sah dari yang samar
bukan kekayaan atau harta
tapi kedamaian jiwa yang berputar

Minda bersua..
kedamaian ini dirasa
kebenaran itu jelas nyata
dicari,dinilai dan dikira
moga kekal untuk dibaca
sebagai amalan dekat padaNya