Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

Resepi Kek Butter..


RESEPI ASAL ADALAH KEK MINYAK YG KU AMBIL DARI BLOG KAK BADARIAH TAPI AKU PANDAI2 UBAH RESEPI NI JD KEK BUTTER..AMPUN!!! YER KAK BAD.WALAU APA PUN RASA KEK NI MMG SEDAP!!...RUGI KLU X CUBA..TQVM KAK BAD SUDI KONGSI RESEPI NI DAN MINTAK IZIN YER SY KONGSI KT SINI PULAK...KEPADA KAWAN2 YG NAK MENCUBA JOM SEMAK RESEPINYA...

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
( ayak tepung gandum & baking powder)
1 cawan butter yg dicairkan
1 sudu teh ovellet 

Caranya:
- Pukul telur & gula sehingga kembang ( 15minit)
- Masukkan ovellet..putar bagi sebati.
-Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ( ratakan pakai senduk )
-Akhir sekali masukkan minyak makan & sebatikan.( pakai senduk )
-griskan loyang 8'..& lapik kan kertas minyak.
-Bakar suhu 170"-45 minit @ mengikut oven masing2.




Sabtu, 22 Januari 2011

RESEPI BLUEBERRY MUFFINS....


BLUEBERRY MUFFIN

BAHAN :
-125gm butter
-120gm gula halus
-3bj telur saiz c
-125ml susu segar
-250gm tepung gandum
-1sudu teh serbuk penaik
-blueberry filling secukupnya

CARA :
1. pukul gula dan butter hgga kembang.masukkan telur sedikit demi sedikit.
2. tambahkan tepung dan serbuk penaik.tuang susu sambil dikacau dgn perlahan.
3. masukan 1/3 adunan ke dlm cawan muffin,tambahkan blueberry filling dan masukan adunan sehingga 3/4 penuh.
4. bakar pada suhu 200 selam 20-25 minit atau hgga kuning keemasan..

SELAMAT MENCUBA!!

Isnin, 1 November 2010

Dadar Daging..



 RESEPI DADAR DAGING..Jom layann


KULIT :
-2cwn air
-2cwn t.gandum
-3bj telur
-secubit garam
-secubit kunyit (utk bg warna)

CARA :
1.semua bahan diatas blend sebati
2.panaskan kuali yg tlh disapu dgn sedikit minyak
3.sendukan adunan kedlm kuali biarkan 2-3 minit..angkat ketepikan buat hgga adunan habis..
4.masukan inti..dan goreng.


INTI DAGING :

400gm daging cincang (Ramly)
- 2-3bj ubi kentang potong dadu (ikut suka nak byk mana)
- 2-3bj bawang besar potong dadu (ikut suka nak byk mana)
- 2-3 ulas bawang putih (cincang)
- lada hitam kisar megikut kepedasan masing2.
- kicap manis 3-4 sudu besar
- garam & gula secukupnya
- daun sup ikut suka x nak letak pun xpe

CARA:
- tumis bawang putih dgn sedikit minyak bila dah agak2 garing masukan daging kacau seketika bila dah agak kecut sedikit masukan kentang kacau lg biarkan kentang empuk..setelah itu masukan bawang besar,lada hitam,kicap,garam&gula..kacau semua biar agak kering sedikit masukan daun sup..rasa dah ok tutup api bolehlah masukan ke dlm kulitnya..
-Setelah siap masukan inti bolehlah digoreng dgn minyak yg sedikit balik2kan,agak2 kuning keemasan angkat..hidangkan


Jumaat, 9 Julai 2010

Resepi Tart Telur...

BAHAN :
-1 Tin susu Cair F&N
-1 Cwn Air Suam
-1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
-1 Sudu Kecil Esen Vanilla
-4 Biji Telur A
-Sedikit P'Kuning

CARA :
-Kacau Gula Dgn Air Suam,Bila Gula Dah Hancur Dan Agak Sejuk Masukkan Semua Bahan Lain Kacau Semua Hgga Sebati Kemudian Tuang Ke Dlm Kulit Tart Yg Telah Dibakar Terlebih Dahulu N Bakar Semula 20 Minit-Suhu 180 Mengikut Oven Masing2..

Ini resepi tart telur yang selalu saya buat..kpd kawan2 yg bertannya selamat mencuba..hasilnya insyaallah menjadi dan sedap megikut selera masing2lah ye...selamat mencuba.


Rabu, 19 Mei 2010

Light BlueBerry CheeseCake Resepi...

CheeseCake Again..!!!!
Ku buat Malam Tadi Atas Permintaan Seseorang Yang Teringin Nak Makan CheeseCake Dgn BlueBerry Fillings..

Kalau Kawan-kawan Ada Masa Bolehlah Cuba Buat Sendiri.Rasa kek Ni Memang Tak Mengecewakan Memang Sedappp...Kalau Malas Nak Buat Order Aje Dgn Saya Hehee...Jom Layan Resepinya Kat Bawahni.

BAHAN-BAHANNYA :
300 ml-susu segar
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur gred A, asing kuning dan putih
90 g gula halus
110 g tepung gandum
110 g mentega
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya, isi dalam piping beg

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan susu, keju dan mentega dalam periuk. Panaskan dengan api kecil dan kacau hingga semua larut. Sejukkan. Sementara itu, lenser spring form pan berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan aluminium foil. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Dalam bekas lain, kacau kuning telur hingga berkrim, masukkan tepung, esen vanilla dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan no. 1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semua rata dan halus. Ketepikan.
  3. Dalam mixer bowl yang kering dan bersih putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue yang kental dan bila dicuit menghasilkan puncak yang tajam.
  4. Masukkan 1/2 bahagian meringue dalam no. 2, kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul semula dengan kaedah kaup balik hingga rata. Tuang 1/4 bahagian ke dalam tin kek, ratakan, picit strawberry tadi atas adunan kek dengan cara lingkaran. Tuang 1/4 lagi dan buat kaedah sama hingga bahagian adunan terakhir, buat lingkaran yang sama dan lorekkan dengan hujung pisau sehingga mendapat corak seperti dalam gambar.
  5. Letak tin berisi adunan kek tadi dalam loyang, tuang sedikit air panas dan bakar 55 minit atau hingga kuning keemasan. Bila masak, biar suam dan keluarkan dari tin. Biar betul2 sejuk baru dipotong.......
Sumber Dari:En.Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan.

Selasa, 18 Mei 2010

Resepi CheeseTart..

TART SHELL : RESEPI 1
70 gm butter
30 gm gula halus
1 biji telur
120 gm tpg gndum
(Gaul Semua Bahan Spt Buat Biskut
FILLING :
250 gm cream cheese
50 gm butter
50 gm gula halus
25 gm whipping cream
20 gm tpg gndum
1 bj telur

Cara :
1. buat kulit dulu (mcm buat biskut)
2. tekan dlam acuan
3. bakar 20 minit
4. utk intinya - pukul chesse, butter n gula.
5. masuk telur, cream dan tepung.
6. kacau sekata dan masuk dlm piping beg
7. paipkan dalam kulit tart yang dah sejuk
8. hiaskan dgn bluberry filling.
bakar lagi dlm 20 minit.
 Sumber Dari: Rakan Bloger   
RESEPI 2 :
TART SHELL
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung gandum


Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sebati.

3. Ambil sedikit doh tekankan ke dlm acuan tart hgga siap dan bakar  pd suhu 180c-200c selama 20-25 minit mengikut oven masing2..

* Tart akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar. 

P/S : kawan-kawan boleh pilih nak cuba resepi mana2 semuanya saya bt menjadi dan hasilnya memuaskan.. selamat mencuba..