Terima kasih kerana sudi berkunjung!
Salam semua....
Kuih seri muka pulut hitam. Pulut hitam ni dr siam. sebelum ni x menjadi buat seri muka.
Bhgn atas tu selalu fail, komen anak & asben x lembut la. Kebetulan ada gotong royong Taman.
Dr pulut rosak & x buat apa2 zai mencuba setelah beberapa tahun x berkesempatan. resepi ni opismate yg sumbang.
Nota ~ guna cawan yg sama utk menyukat ya.
Bhgn atas @ kepala
21/2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
3/4 gula halus
1sudu besar tepung jagung
1 biji telur sederhana
garam secubit
Pewarna hijau sedikit
Daun pandan.
Yg ni zai olah sendiri sbb anak2 suka yg kaler coklat.
Jadi zai masakkan santan & gula merah ~ sukat semula dapatkan 21/2 cawan ya.
Campurkan semua bahan kering, masukkan telur & tuang santan sedikit demi sedikit.
Tapis.
Bhgn bawah
3 cawan pulut
3 cawan santan
secubit garam
Masak pulut macam biasa.
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Lengser acuan dgn sedikit minyak.
Tekan pulut yg d masak, kukus sekejap <> 10min.
Masakkan bhgn atas dgn api kecil <> 5@10min.
Cakar2 sedikit pulut & tuangkan bhgn atas & kukus kuih selama <> 20min.
Cucuk kan lidi ke bhgn atas, kalau lidi kering ~ cukup masak.
SELAMAT MENCUBA