alkisahnya cinta kau dan smk taman medan..
pada mulanye aku sangat tidak menyukai untuk berkhidmat di sekolah nie..
sangat2 menakutkan..
dan memberikan pandangan yang cukup negatif bg aku..
16 januari 20122 adalah tarikh keramat aku mendaftar diri di sekolah nie
aku bermula dengan jawatan sebagai seorang guru interim
aku mulakan langkah aku dengan penuh perasaan gundah
bagaikan di satu medan perang
pelbagai tafsiran muncul di kepala aku
setelah beberapa lama berada di sekolah nie tanggapan ku mula berubah
cikgu2 di sini semua nye baik2 belaka
banyak membantu
dan memberikan tunjuk ajar
hampir tiada masalah aku di sana,
pelajar nye pula,,
erm..
ramai yang nakal
dan tak kurang juga yang baik dengan diri ku
tapi segala itu adalah sesuatu yang sangat manis buat ku
kini 30 april merupakan tarikh terakhir aku berkhidmat di sini
segala kenangan menjadi satu sumber inspirasi kepada aku
kini pepatah jangan menilai buku dari kulitnya
menjadi pegangan utuh bg aku..
terkenang saat pertama aku tiba di sini
aku ketakutan
kini aku jua ketakutan
takut tidak bertemu dengan mereka yang sentiasa bertakhta di hati ku..
titisan demi titisan air mata
mengalir kesedihan untuk melangkah meninggalkan SMK taman medan
buat pelajar-pelajar ku
sesungguhnya kalian sentiasa berada di dalam ingatan ku
teruskan mencapai segala cita
jangan dibiarkan ia berlalu pergi
TERIMA KASIH SMKTM