TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI
DI HADAPAN TAMAN WARISAN
pahang darul makmur. sebuah negeri yang memang aku teringin sangat nak pergi. dalam impian aku, aku nak jejak kaki di negeri pahang. dalam banyak-banyak negeri aku tak pernah lagi sampai ke negeri pahang. mungkin setahun yang lepas kau pernah pergi ke pahang. tapi pada waktu itu, negeri pahang di landa banjir. dan aku hanya terlibat dengan bantuan mangsa banjir. jadi tak dapat nak tengok keindahan yang ada kat pahang tu...
cerita pasal pahang nie ada sebabnya. aku menjejakkan kaki ke negeri pahang pada 6 haribulan november 2008. aku pergi sana pun atas dasar melakukan kerja. jadi nak tak nak kena pergi gak. walaupun pada masa tueb adalah waktu aku exam. sepatutnya study tapi nie tak boleh plak merayap kat pahang tue. aku pergi ke pahang dengan membe aku. yang ada pun amar, siti sarah , anuar dan juga yana. dorang nie adalah MT bagi program yang akan aku dan dorang semua buat untuk pelajar persatuan geografi upsi.
perjalanan kami dimulakan dengan menaiki bas dari khar ke K.l pejalanan ini sudah terlalu biasa bagi aku. dah selalu sangat tgk pokok di sepanjang jalan nie. almaklumlah dah selalu sangat dah g k.l tue. tiba jerk di k.l kitaorang berserapan sebentar. mklumlah perjalanan dari k.l ke pahang atau lebih tepat lagi ke jengka mengambil masa 3 jam.. lama jugak tue. takut perut lapar makan lah dulu.
selesai jer besarapan. kitaornag bertolak ke pahang. sepanjang perjalanan pemandangan yang indah berlaka banyak gunung dan bukit. serta kehijauan alam yang tak terkata. aku suka tgk kehijaun tue.. dalam perjalanan boleh tahan juga lah sebb melalui genting sempah kan. perjalanan yang penuh dengan likuan. memang memeritkan.
jam menunjukkan pukul 2 ketika aku sampai di pekan temerloh. pekan temerloh nie tak da lah besar mana tapi masih lagi boleh kelihatan seperti bandar baru. lebih kurang macam rawang lah. dari temerloh ke jengka pulak mengambil masa lebih kurang setengah jam. di sisi jalan nak ke jengka dapat aku lihat penjualan ikan patin yang dimasak dalam pelbagai bentuk. nampak macam sedap jerk.
pukul 2.30 sampai lah kitaornag kat bandar pusat jengka. dan turun jerk dari bas aku jadi exited sebab dapat berpijak di atas bumi darul makmur nie. seronak betul. sampai jerk ayah siti sarah menjemput kitaornag dan dibawa pulang ke rumah, di rumah siti sarah kitaorang dapat merasa gulai tempoyak ikan patin. betapa nikmatnya makan ikan patin.
selama dua hari kat sana. kitaorang menyiapkan pelbagai kerja untuk persedian melakukan program kat situ. kerja yang dimksudkan bukan dari fizikal nya. tetapi hanya untuk berjumpa dengan orang yang akan terlibat dengan program ini.
keseokkan harinya. kitaorang semua pun pulang dengan menaiki bas dan juga jumlah masa perjalanan yang sama.