Pls review my bloG .

1st-Dhya'Qays Batrisyia

1st-Dhya'Qays Batrisyia

Khalish Al-Zakwan

Khalish Al-Zakwan

The Holy Quran & Gharqad Tree

The Holy Quran & Gharqad Tree

Saturday, May 3, 2008

MENCARI KEBENARAN
Sudah menjadi fitroh semulajadi manusia itu menginginkan kebenaran. Sebab kebenaran itu ada-lah wajib dan ia merupakan pertunjuk dari Allah s.w.t.

Barangsiapa yang mendapat KEBENARAN ia akan selamat di-dunia dan di-akhirat.Tidak kira samada lelaki atau perempuan , kaya atau miskin , besar atau kecil , pandai atau bodoh , raja atau rakyat , ia tetap inginkan kebenaran kerana kebenaran itu suatu perkara yang baik.

Dengan kebenaran manusia akan hidup mulia di-dunia dan di-akhirat. Peratusan orang yang mendapat kebenaran ada-lah berbeza-beza antara satu sama lain.Ada orang mendapat 100 peratus kebenaran. Ada pula yang hanya mendapat 90,atau 80 atau 70 atau 60 atau 50 peratus sahaja kebenaran.

Ada yang sudah dapat kebenaran dan pertunjuk , tetapi malang-nya kehilangan di-tengah-tengah perjalanan kehidupan yang serba mencabar , serba menggoda ,serba menggila dan serba mempengaruhi.

Ada juga orang yang tidak mendapat kebenaran , tetapi ia tetap juga mengaku berada dalam kebenaran.Dan ada yang tidak mendapat langsung kebenaran dan pertunjuk sepangjang
kehidupan-nya. NA'UUZUBILLAAHHI MIN ZAALIK.

MENGAPA TERJADI SEDEMIKIAN ?

Ini menunjukkan panduan mencari kebenaran ada-lah tidak sama. Oleh itu ,
perlu kita ingat kebenaran itu bukan dua , bukan tiga dan bukan sepuluh.
Kebenaran itu tetap SATU, ia-itu yang datang-nya dari Allah dan Rosul-Nya
s.a.w.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Kebenaran itu ada-lah dari tuhan-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu
termasuk orang-orang yang ragu. " ( Al Baqoroh ( 2 ) : 147 )


Kalau kita tanya kepada setiap manusia di-atas muka bumi ini tentang kebenaran nescaya kita dapat berbagai jawapan.Kalau 1000 orang yang kita tanya , maka 1000 jawapan-lah yang kita terima.Oleh itu , cuba kita lihat pendapat orang ramai tentang panduan mencari kebenaran.

Ada setengah orang mengatakan :
IKUT SAHAJA ORANG RAMAI.

Sudah tentu apa yang di-buat oleh orang ramai ada-lah kebenaran.

Sedangkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

" Sedikit sekali hamba ku yang bersyukur." ( AsSaba' ( 34 ) : 13 )

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Dan sekira-nya engkau mengikut kebanyakkan dari orang ramai di-atas muka
bumi ini , nescaya mereka akan sesatkan kamu dari jalan Allah." ( Al-An-am 6 ) : 116 )


Berdasarkan keterangan sejarah pula.

Nabi Nuuh a.s. dengan pengikut-nya 80 orang saja. Sedangkan beliau berjuang 950 tahun lebih , manakala umur-nya pula 1000 tahun.

Nabi Isa a.s. hanya 12 orang sahaja pengikut-nya dalam beberapa tahun beliau berdakwah. Itu pun saorang daripada-nya belot. Akhir-nya Allah serupakan rupa-nya dengan Nabi Isa , ia-itu Yahuzza Iskaanuts , yang kemudian-nya di-salib oleh musuh Nabi Isa sendiri.

Nabi Musa a.s. hanya 70 orang sahaja dengan 12 golongan. Itupun terpaksa berhadapan dengan Fir 'aun dan mendapat bantuan dari Allah pula.

As Habul Kahfi hanya 7 orang sahaja. Mereka terpaksa berhadapan dengan saorang raja yang zalim ia-itu Daqiunus. Mereka terpaksa lari ke-dalam Gua Abesus untuk menyelamatkan iman-iman mereka. Allah telah tidurkan mereka selama 309 tahun dengan saekor anjing ia-itu Qitmiir.

Nabi Hud a.s. yang berhadapan dengan kaum 'Aad hanya dapat mengumpulkan 5 orang pengikut sahaja.

Zaman Rosulullah s.a.w. hanya dapat mengumpulkan para pengikut-nya pada peringkat awal di-Makkah seramai 200 hingga 300 orang sahaja.

Untuk membuktikan apa-kah benar mengikut orang ramai itu adalah satu panduan untuk mendapat kebenaran , maka kita cuba lihat.

Pengalaman hidup kita selama ini ... mana-kah lebih ramai bilangan-nya ?

1. Orang baik atau orang jahat ?
2. Orang sembahyang atau orang tidak sembahyang ?
3. Orang tutup aurat dengan orang dedah aurat ?
4. Orang pergi ke-tempat sembahyang dengan orang pergi ke-panggung wayang ?
5. Orang belajar AlQur-aan dan Ugama atau tidak belajar AlQur-aan dan Ugama ?

Kita akan memberikan jawapan-nya sendiri. Jadi kalau kita ikut orang ramai , nescaya kita akan sesat buat selama-lama-nya !!!

IKUT SAHAJA GOLONGAN ATASAN.

Mereka ini terdiri dari orang-orang kaya , berdarjat , berpangkat atau golongan Al- Malaiu. Mereka ini ada-lah golongan yang pandai menilai.

Kita lihat peristiwa yang berlaku kepada pembesar Bani Isroil ia-itu selepas zaman Nabi Musa a.s. mereka telah datang kepada Nabi Samuel minta do'akan agar Allah datangkan saorang pemimpin dari kalangan mereka.

Dengan berkat do'a Nabi Samuel , akhir-nya Allah datangkan Tholut , saorang petani dari hujung kampung sebagai pemimpin kepada mereka. Pembesar-pembesar Al-Malaiu ini terus menolak.

Ketika itu pengikut Tholut berjumlah 80 ribu orang. Akhir-nya hanya tinggal 313 orang sahaja dan dengan bilangan inilah Thalut berperang dengan tentera Rom pada waktu itu di-mana Allah telah memberi bantuan dan kemenangan kepada mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Berapa banyak golongan sedikit dapat menumpaskan golongan yang ramai dengan izin Allah. " Jadi pendapat kedua ini pun di-tolak oleh Allah.

IKUT SAHJA PARA ALIM ULAMAAK ( Para Asatizaah @ Ustaaz & Ustazaah )

Orang berpendapat bahawa aalim ulamaak itu sudah pasti berada di-dalam kebenaran kerana mereka terdiri dari cerdik pandai Islaam menjadi tempat orang mengambil pandangan dan panduan.Mereka ada-lah orang yang di-beri amanah dan kepercayaan dalam mengeluarkan fatwa-fatwa yang ada kaitan-nya dengan Islaam.

Apa-kah kenyataan ini benar ?

Kita lihat hadits Rosulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Akan berlaku di-akhir zaman , ahli-ahli ibadah jahil-jahil dan para ulamak
fasik-fasik ( jahat )."

Jadi jika kita ikut jalan ini , kita juga tidak akan beroleh kebenaran. Kerana apa yang di-sabdakan oleh Rosulullah s.a.w. 1421 tahun yang lalu telah berlaku di-zaman kita ini ?

Kita Lihat Kata-Kata Imam AlGhazali :

Untuk mendapat kebenaran , hendak-lah kita ikut perjalanan Rosulullah s.a.w., para Nabi & Rosul , para Sahabat-Sahabat dan para SolafusSoleh. Mengapa kita ikut mereka sebagai panduan kebenaran ?

Ini ada-lah kerana Allah telah memuji mereka di-dalam AlQur-aan , terutama Rosulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Sesungguh-nya pada diri Rosulullah itu mempunyai contoh tauladan yang baik."( Al-Ahzab ( 33 ) : 21 )

Firman Allah lagi yang bermaksud :
" Kamu ada-lah sebaik-baik umat di-utuskan kepada manusia untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari membuat kemungkaran dan beriman kepada Allah." ( Al-Imroon ( 3 ) : 110 )

Sabda Rosulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sahabat-sahabat ku bagai bintang di-langit , yang mana sahaja kamu turutinescaya kamu akan mendapat petunjuk."

Sabda Rosulullah s.a.w. lagi yang bermaksud :
" Sebaik-baik manusia adalah di-kurun ku , kemudian yang mengiringi kurun mereka itu dan yang mengiringi kurun mereka itu."

Ini menunjukkan golongan menjadi contoh pada kita ia-lah di-sekitar 3 kurun sahaja , ia-itu 300 tahun selepas zaman Rosulullah s.a.w. !!!

Apa yang menjadi contoh pada kita ia-lah 'Aqiidah mereka , Syari'at mereka , Akhlak mereka dan Pengorbanan mereka serta Ibadah mereka dan segala cara hidup mereka menjadi contoh kepada kita hingga hari qiamat.

WAULLOOHHU A'LAM BISH-SHOWAAB.

( Petikan & Rujukkan dari kitab susunan Ustaz Abdul Adzis Ismail )

Semoga Memberi Manfa'at Kepada Kita Semua Khusus-Nya yang MenCintai ,Mengasihi , PengAmal , Pencari dan Pejuang Kebenaran.