NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label saifuddin. Show all posts
Showing posts with label saifuddin. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

[VIDEO] : DS @NajibRazak Bersama 10,000 Mahasiswa #YSS IPTA, @datosahol @KhaledNordin @saifuddinabd di #UiTM Shah Alam

Wajah DS Najib Tun Razak yang terharu melihat sambutan luar biasa mahasiswa sempena kehadiran beliau.

Ikuti ucapan dan amanat DS Najib Tun Razak di hadapan 10,000 mahasiswa di Dewan Agung Tengku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.




Foto sekitar majlis perlancaran :











Nyanyian lagu 1 Malaysia...
Sedikit Info Yayasan Sukarelawan Siswa :
Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:
  • Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
  • Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.
Artikel dan foto sebelum berkaitan [KLIK]

[FOTO] : 10,000 Mahasiswa IPTA Bersama DS @NajibRazak Di Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa #YSS @datosahol @KhaledNordin @saifuddinabd


Bergema UiTM Shah Alam dengan laungan "We Love PM!", "Keranamu PM!" dan "1Malaysia!" oleh 10,000 mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia ketika Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan amanat PM bersama warga kampus malam tadi.

Sambutan luar biasa dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari pelbagai IPTA kepada DS Najib Tun Razak malam tadi jelas membuktikan bahawa dakwaan pelajar pro-pembangkang kononnya anak muda hari ini menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak hanyalah omong kosong yang disokong oleh MINORITI pelajar yang sudah diresapi oleh fahaman politik pembangkang

Lebih 5,000 mahasiswa di luar dewan yang hadir untuk bersama dan menyokong PM walaupun hanya mendengar amanat PM melalui skrin besar.
Malah dalam ucapan sebelum melancarkan Yayasan Sukarelawan Siswa juga PM DS Najib Tun Razak turut merakaman penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh MAJORITI mahasiswa. 

"Jika 100 orang pelajar turunkan bendera tempoh hari tidak bersama saya, di sini ada 10,000 orang bersama saya" inilah ungkapan yang diluahkan oleh DS Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan.

Foto sekitar majlis perlancaran :


"PM Bagus" - kumpulan mahasiswa setia berdiri di anak tangga untuk menyambut ketibaan PM
Full House - Dewan yang dapat memuatkan lebih 5,000 orang sesak dipenuhi mahasiswa dan warga kampus
Satu barisan panjang dibuat oleh mahasiswa bagi menyambut dan bersalaman dengan PM

Keadaan di luar dewan yang turut dibanjiri oleh mahasiswa/i seluruh IPTA
Pelajar jurusan Masscomm dari UiTM Melaka gembira dapat bersua muka dengan PM
Gembira dan ceria - itulah raut wajah yang ditunjukkan oleh mahasiswa/i yang hadir
\
Pantang nampak kamera... hehehe

Banyak lagi foto yang dirakam, jika berkesempatan saya akan kongsikan bersama saudara pembaca...

YY : Teruja tengok sambutan yang ditunjukkan oleh mahasiswa yang bersikap rasional...

Thursday, January 26, 2012

Penyampaian Amanat Tahun Baru 2012 Oleh Menteri KPT @KhaledNordin - Di mana Timbalannya @saifuddinabd ?


Pagi tadi satu taklimat sulit dan penyampaian amanat melibatkan kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berlangsung di PICC Putrajaya.

Dalam majlis penyampaian amanat yang dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi ini hampir semua kakitangan pengurusan tertinggi KPT hadir. Tapi anehnya Timbalan Pengajian Tinggi iaitu Dato Saifuddin Abdullah tidak hadir dalam majlis penyampaian amanat yang dilakukan oleh boss KPT.

Sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bagi saya tidak sepatutnya Dato Saifuddin Abdullah tidak hadir kerana amanat yang disampaikan oleh Menteri KPT ini merupakan dasar-dasar kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak.


Tindakan beliau yang gagal hadir ini seolah-olah memperlihatkan kepada kita bahawa Timbalan Menteri KPT ini tidak ambil peduli segala amanah yang ingin disampaikan kepada seluruh kakitangan KPT lebih-lebih lagi mereka yang berada di peringkat tertinggi dalam Kementerian tersebut.

Aneh bukan bila seorang Timbalan Menteri yang dilihat begitu banyak meluangkan masa bersama pelajar-pelajar pro-pembangkang tetapi gagal menghadirkan diri dalam satu taklimat dan penyampaian amanat sulit yang penting bagi kakitangan KPT.

Apa agaknya penjelasan Dato Saifuddin Abdullah berhubung ketidak-hadiran beliau dalam satu majlis penting melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi sedangkan beliau merupakan orang no.2 dalam kementerian terbabit?

Mungkin Dato Timbalan Menteri kita sedang sibuk bermain bola keranjang bersama murid-murid sekolah atau sibuk menghadirkan diri dalam program pelajar pro-pembangkang?

Hehehehe...

YY : Orang kata Bos dgn orang no.2 KPT tak berapa nak ngam.. betoi ke?

Monday, January 2, 2012

#AUKU : Kebebasan Akademik Tanpa Struktur Atau Bebas Dengan Had?


Tulisan menarik dan cukup adil dari blogger On Da Street yang perlu kita renungi bersama...

Dari blog On Da Street :
Inilah antara persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya sejak isu di PWTC dan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan sehinggalah apa yang berlaku di awal pagi Januari 2012. 
Secara umumnya, terdapat 6 perkara yang dituntut kebebasan oleh BEBAS dan mereka, iaitu : Mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 556 :-
  • Bebaskan ilmuan berakademik;
  • Bebaskan mahasiswa untuk bersuara;
  • Bebaskan mahasiswa bagi menguruskan kampus;
  • Bebaskan mahasiswa bagi mengurus tadbir persatuan dan aktiviti; dan
  • Bebaskan mahasiswa bagi berpartisipasi dalam politik
Saya percaya inilah antara perkara yang disebutkan dalam memorandum yang diserahkan kepada Dato Saifuddin Abdullah di PWTC pada 17 Disember 2011 yang lalu. 
Saya juga difahamkan melalui wawancara Ahmad Shukri di Sinar Harian, terdapat cadangan bagaimana menggantikan AUKU itu, iaitu alternatif undang-undang yang mereka beri nama ‘Magna Carta’
Berdasarkan 6 perkara tersebut (dan cadangan bagaimana AUKU itu boleh diganti dengan satu cara lain), apakah benar mahasiswa benar-benar bebas? 
Atau apakah sebenarnya satu “kebebasan” dalam acuan atau struktur yang lain? 
Pada pandangan saya, apa yang dituntut bukan bermakna kebebasan seperti yang didakwa mereka. Ianya masih ada struktur, masih ada had yang mereka sendiri tetapkan. Mereka cuma tidak “bebas” berdasarkan struktur yang sedia ada dan merasa terkongkong dengan struktur yang sedia ada. 
Antara sedar atau tidak, dengan sekelumit ruang yang ada, mereka telah menyalahgunakan ruang dan kesempatan yang ada. Seharusnya, apa yang berlaku di hadapan UPSI tidak sewajarnya berlaku, di mana mahasiswa wajar bersurai selepas diberi ruang oleh polis untuk menyatakan pandangan mereka.

Pihak polis telah pun mengikut langkah yang sewajarnya, antaranya memberikan ruang untuk mereka bersuara dan berpesan secara elok kepada mereka untuk bersurai selepas itu. Tiada tindakan ganas yang didahulukan sebelum amaran diberikan. 
Kepada mereka yang pro kepada gerakan BEBAS dan SMM ini, ingin juga saya bertanya : 
Kenapa pukul 1 pagi diadakan demonstrasi dihadapan UPSI? Adakah itu waktu kemuncak dan terdapat ramai staf UPSI datang bekerja? 
Berapa ramai daripada 100 orang itu mahasiswa UPSI? 
Jika benar polis ganas, kenapa tidak disiarkan daripada awal polis membelasah anda semua tanpa belas, tanpa memberi ruang? 
Apa akan anda lakukan, jika anda berada di tempat UPSI, dan berhadapan dengan “pelajar” yang berdemonstrasi menentang anda?  
Panggil polis?
Berhadapan dengan mereka yang sudah tidak mahu mendengar apa kata anda dan cuma mahu lakukan apa yang mereka katakan? 
Sesungguhnya saya tidak tahu siapakah yang memberikan pemahaman kepada mereka ini yang memo PERLU DITURUTI 100% tanpa satu lagi pihak menolak apa yang mereka fikirkan tidak wajar. 
Dengan ASPIRASI yang telah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifuddin untuk meletak jawatan, apakah perlu Dato Saifuddin meletak jawatan?
Baca kesudahannya di Blog On Da Street [KLIK] 

[DEMO #UPSI] : "Saya Sedang Kaji" - Reaksi @saifuddinabd Timb. KPT Melalui SMS

"Saya tetap UMNO..." - ungkapan yang diluahkan kepada saya ketika saya persoalkan tindakan beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.

Semalam saya sempat menghantar beberapa sms kepada Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah untuk mendapatkan respon beliau berhubung kes demo di UPSI sebagaimana hangat diperkatakan semalam.

Saya cuba mendapatkan kenyataan beliau berhubung kes tersebut, kerana ramai menganggap bahawa beliau merupakan individu bertanggungjawab menggalakkan para mahasiswa terlibat dalam politik serta beliau juga dikatakan lebih 'memanjakan' kumpulan pelajar yang bersifat anti kerajaan.

Selain itu saya juga cuba mendapatkan pendirian beliau sama ada beliau menyokong tindakan ekstrem yang dilakukan oleh mahasiswa yang terlibat dalam demontrasi kelmarin atau sebaliknya.

Dalam demontrasi di hadapan UPSI kelmarin kumpulan pelajar diketuai oleh Adam Adli bertindak ekstrem dengan melanggar pintu klinik serta memanjat pagar UPSI.

Malah kumpulan pelajar ini juga bertindak menyebarkan berita tidak betul kononnya mereka dikasari oleh anggota PDRM sebaliknya kecederaan dialami mereka adalah hasil rempuhan pintu yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Namun beliau menjawab bahawa sedikit masa diperlukan untuk beliau meneliti dan mengumpul maklumat  kes tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan. Dalam masa yang sama juga beliau mengatakan sama ada keluarkan kenyataan atau tidak kebanyakkan dari ahli UMNO sendiri telah memandang serong kepada beliau.

Berikut sms yang dibalas kepada saya :


Tidak adil kita bertindak menghentam tanpa mendapatkan sebarang penjelasan terlebih dahulu. Saya akui dalam kes penurunan bendera sebelum ini saya sendiri mengecam tindakan Dato Saifuddin Abdullah yang dilihat terlalu 'memanjakan' kumpulan mahasiswa anti kerajaan.

Buat Dato Saifuddin Abdullah keluarlah kenyataan yang bersifat adil bagi kedua-dua belah kumpulan mahasiswa, jangan terburu-buru maklumlah sebelum ini jelas YB sendiri pun tidak sedar bahawa mahasiswa ini bertindak di luar batasan dengan menurunkan bendera Presiden UMNO di 'rumah' sendiri.

Tetapi memandangkan kes yang berlaku di UPSI dilihat kompleks, wajarlah sekiranya Dato Saifuddin Abdullah membuat sedikit kajian serta meneliti laporan dari semua pihak.

Jadi sama-samalah kita tunggu kenyataan Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah setelah beliau selesai membuat kajian berhubung kes demo di UPSI.

Artikel berkaitan demontrasi 'tak berapa aman' di UPSI -  SINI, SINI dan SINI

Sunday, January 1, 2012

Taktik Bersih 2.0 Diulang Tayang Di UPSI - Bezakan Foto-Foto Ini...


Gambar Haji Anwar Ibrahim yang terlantar seolah-olah sudah 'nazak' kononnya dicederakan oleh PDRM ketika perhimpunan Bersih 2.0 di atas adalah salah satu cara untuk meraih simpati rakyat Malaysia. Sekali pandang memang menimbulkan rasa simpati.

Tetapi dua kali pandang saya doakan agar Anwar Ibrahim cepat-cepat mati!

Semalam di UPSI kecoh ekoran tindakan 17 orang pelajar yang bertindak ganas merempuh pintu kaca klinik di UPSI. Ekoran rempuhan tersebut beberapa pelajar dipercayai cedera, tapi kisah yang disampaikan di luar sana adalah sebaliknya.

Kecederaan yang dialami oleh pelajar ini kononnya hasil tindakan ganas anggota FRU ke atas mereka.

Seorang pelajar bernama Safwan Anang perhatikan foto (bawah) menggunakan taktik yang sama dengan Haji Anwar Ibrahim gunakan untuk meraih simpati pelajar kononnya PDRM di Malaysia ini bertindak kejam ke atas mereka.


Lakonan Safwan Anang dilihat sama hebat dengan idola mereka Haji Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga aksi 'mati' dikasari anggota PDRM juga cuba dilakonkan oleh mereka.

Watak 'mati' yang dibawa oleh Suhardi Mat Isa gagal kerana seorang peserta benar-benar mati dalam perhimpunan tersebut cuma ianya di lokasi berlainan.

Lihat pula foto Suhardi Mat Isa di bawah :


Lihat bagaimana Suhardi Mat Isa cuba melakonkan watak 'mati' dikasari oleh PDRM tetapi berjaya dipatahkan oleh para bloggers yang turut berada di lokasi kejadian :



Modus operandi yang sama iaitu PDRM ganas, PDRM bertindak kasar terhadap rakyat. Kerana kita tahu dengan memburukkan imej PDRM di mata masyarakat secara automatiknya imej kerajaan memerintah akan  turut tercalar.

Tujuan demontrasi semalam bukanlah untuk menuntut supaya kerajaan memansuhkan AUKU sebaliknya ianya bertujuan politik kepartian pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan.

Apa komen Saifuddin Abdullah?

Selepas menurunkan bendera kini pelajar merempuh klinik pula?

Dahulu pintu kaca juga dirempuh di UPM sehingga seorang pengawal keselamatan cedera, tetapi pengawal tersebut disalahkan kononnya bertindak ganas ke atas pelajar sehingga memaksa pelajar bertindak sedemikian.

Adakah ini salah satu 'politik baru' yang digalakkan oleh Saifuddin Abdullah kepada mahasiswa?

Buat saudara pembaca di luar sana, adakah anda sanggup anak-anak anda dididik oleh golongan ekstrem sebegini kerana saya difahamkan kebanyakkan dari penuntut yang terlibat semalam terdiri dari bakal-bakal guru yang akan mendidik anak-anak kita kelak?

YY : Dihubungi mahasiswi UPSI yang kecewa imej UPSI rosak gara-gara Adam Adli!

Thursday, December 22, 2011

HOT : Student Bernama Brader Jai Dedah Taktik Budak Pro-M Cuba Burukkan Pro-A?


Hahaha...

Dari awal lagi saya sudah jangka kes sebegini akan timbul setiap kali mahasiswa yang dilihat menyokong kerajaan menyatakan suara mereka. Ini bukan kali pertama, bahkan sudah berkali-kali percubaan ini dilakukan semata-mata menampakkan bahawa perhimpunan yang dirancang semalam dihadiri oleh mereka yang dipaksa oleh pihak pengurusan Universiti.

Bukan orang biasa sahaja yang percaya, Timbalan Menteri KPT pun turut terpengaruh akan propaganda 'sewel' ciptaaan budak-budak pro-pembangkang ini.

Namun taktik jahat mereka ini mudah dipatahkan oleh mahasiswa yang kini sudah mula menggunakan medium blog untuk menyatakan suara mereka. Blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Brader Jai ini dikatakan seorang mahasiswa dari sebuah IPTA tempatan.

Ikuti pendedahan dibuat oleh Brader Jai :



PERSOALAN 1 : BETUL KE BUDAK NAK PERGI PROGRAM BERSAMA PERDANA MENTERI??


P/S : Hamboihh..Berdasarkan gambar di atas logik ke tak budak jenis mcm ni SUKA nk pegi program dengan PM??
PERSOALAN 2 - "SEMUA ORANG SILA SAKSIKAN DEMONSTRASI KAMI DI TV YE MALAM NI,KALAU NAMPAK MUKA AKU ASSUME SAJA AKU DAH TAK BERAKAL TIME TU.LAGIPUN, AKU DITIPU - (Statement dalam gambar pertama)
Baca selanjutnya pendedahan tentang kebodohan budak pro pembangkang ini di blog Brader Jai : KLIK SINI  

Pro-Aspirasi Tempelak Kenyataan Media @saifuddinabd



Wujudnya satu kumpulan blogger pro Saifuddin Abdullah dilihat bertungkus-lumus cuba memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah sesuatu yang menggelikan hati saya.

Kumpulan blogger tiga serangkai ini bukanlah orang lain, mereka sahabat saya - namun dalam dunia politik kita perlu akur setiap individu mempunyai pandangan dan persepsi mereka tersendiri. Jadi suka atau tidak kita kena hormati pandangan mereka.

Sebelum ini saya cukup menerima sikap terbuka yang cuba diperkenalkan beliau, tetapi bila melihat beliau tidak bersifat terbuka mendengar suara mahasiswa pro-Aspirasi saya merasakan Saifuddin Abdullah tidak lebih dari seorang pemimpin yang hipokrit.

Salah satunya saya melihat Saifuddin Abdullah melebihkan kumpulan mahasiswa pro pembangkang jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan terhadap mahasiswa pro-kerajaan.

Saya pernah bertanyakan kepada beliau kenapa beliau dilihat bersikap diskriminasi terhadap mahasiswa pro-kerajaan tetapi begitu sayang sekali dengan mahasiswa biadap yang menentang kerajaan?

Jawapan yang diberikan adalah :


Bila membaca Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh beliau, lagi membuatkan saya tergelak - kerana tidak mungkin seseorang yang bertaraf Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan media bersifat 'kartun' seperti itu.

Lainlah jika kenyataan itu ditaip oleh sekumpulan blogger tiga serangkai yang siang malam bertungkus-lumus memulihkan imej Saifuddin Abdullah yang kini tercalar dek kerana 'politik baru' yang diperkenalkan beliau.

Baiklah kita baca kembali kenyataan media 'kartun' dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi :

Kenyataan Media Himpunan Aman di KPT
Dato’ Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi 22 Disember 2011 

Pada kejadian semalam, saya dimaklumkan oleh pegawai Kementerian Pengajian Tinggi bahawa seramai lebih kurang 350 orang telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak berada di sana kerana mempunyai program di Batu Pahat dan Seremban yang telah dijadualkan terlebih dahulu. 
Memorandum mereka telah diterima oleh wakil saya, Setiausaha Sulit Kanan Mohd Nazri bin Noh. Beliau juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak. 
Pada malam tadi ketika saya menghadiri program debat di UPM, Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Aspirasi dan beberapa rakannya yang lain telah menemui saya dan menyerahkan memorandum. 
Pertemuan itu berlansung dalam tempoh yang singkat sahaja dalam suasana mesra di mana kami bersalaman sambil tersenyum. 
Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Sy akan mempertahankan hak mereka ini. Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan bahawa kasih saya pada mereka tidak berubah.
Aneh bukan bila mana seorang bertaraf Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mana tugas beliau menjaga hal ehwal mahasiswa dikatakan berada di Seremban untuk menghadiri satu pertandingan bola keranjang peringkat sekolah.

Nampaknya Saifuddin Abdulah cuba mengambil alih tempat Timbalan Menteri Pelajaran atau mungkin juga Timbalan Menteri Belia & Sukan?

Menghairankan bila Saifuddin Abdullah mempunyai masa yang lapang untuk melayan karenah segelintir mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali 'mahasewel' tetapi tiada kesempatan masa untuk melayan kumpulan pelajar pro-kerajaan?



Malah kami juga baru dihubungi oleh alumni Pro-Aspirasi yang mengatakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Saifuddin Abdullah adalah satu putar belit. (Video di atas)

Jika benar Saifuddin Abdullah tidak pernah melabelkan mahasiswa antara Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kenapa begitu sukar Saifuddin Abdullah meluangkan masa hanya untuk menerima memorandum?

Atau pun disebabkan memorandum tersebut mendesak beliau berundur jadi pada anggapan beliau permintaan sekumpulan mahasiswa ini tidak perlu dilayan?

Aneh juga bila Saifuddin Abdullah seolah-olah 'menyindir' mahasiswa ini dipaksa untuk berdemo dan mengatakan majoriti yang hadir dari Uni KL. Saifuddin Abdullah yang tiada di lokasi juga percaya kepada propaganda pembangkang?

Apa yang berlaku di PWTC juga jelas menunjukkan Saifuddin Abdullah dipermainkan atau dalam bahasa mudahnya Saifuddin Abdullah kena 'kencing' dengan mahasiswa SMM yang dia agung-agungkan. Sebab itu desakan supaya kumpulan terbabit memohon maaf pun tidak diendahkan.


Saya juga mendapat maklumat bahawa Saifuddin Abdullah bertindak mengeluarkan arahan kepada pengawal keselamatan di PWTC agar tidak menggangu mahasiswa yang berdemo tempoh hari. Sebab itu pengawal keselamatan di PWTC hanya melihat sahaja tindakan menurunkan bendera dek kerana mereka akur arahan yang diberikan oleh MT UMNO sendiri.

Jika benar beliau mengeluarkan arahan sedemikian kepada pengawal keselamatan, memang wajarlah dia bertanggungjawab ekoran insiden bendera Presiden parti UMNO diturunkan di 'rumah' sendiri.

Video sekitar demontrasi di hadapan KPT :



Mungkin Saifuddin Abdullah tidak pandai menyorok, tetapi bagi saya Saifuddin Abdullah pandai mengelak.

YY : Teringat pepatah Inggeris "You can run, but you can't hide... hehehe"

[VIDEO] : Aiman UTM Nak Tempeleng Adam Adli?

i

Siapa kata Adam Adli dan SMM mewakili semua mahasiswa...

YY tak kata... Aiman pun tak kata gitu...

Mak hantar Aiman masuk Universiti supaya Aiman belajar...

Dulu Aiman tak kisah sangat hal-hal politik...

Tapi bila ada minoriti katakan dia mewakili semua mahasiswa Aiman tak setuju...

Sebab Aiman juga mahasiswa...

Kini Aiman kisah...

Aiman kisah hal-hal sekeliling Aiman...

Kini Aiman tampil nyatakan pendiriannya...

Datuk Saifuddin Abdullah janganlah diskriminasikan Aiman...

Aiman pun mahasiswa...

Aiman cabar Adam Adli...

Jika Aiman dan kumpulannya desak letak jawatan kita kena dengar kerana itu hak Aiman untuk bersuara...

Pro-Aspirasi kejar Datuk Saifuddin Abdullah semata-mata nak serah memorandum? [KLIK SINI]

YY : Hidup Aiman!!!

Friday, July 29, 2011

Eksklusif : Video Pendirian Dato Saifuddin Abdullah Terhadap Bersih 2.0



Selepas saya menulis surat terbuka kepada Dato Saifuddin Abdullah yang disiarkan di laman blog ini. KLIK SINI...

Dato Saifuddin Abdullah segera memberi respon di laman twitter dengan mengajak saya berjumpa bagi menyuarakan maksud sebenar beliau disebalik kenyataan yang dikeluarkan di dalam forum anjuran Sinar Harian berjudul 'Apa Selepas 9 Julai'.

Dengan takdir Allah S.W.T saya diizinkan berjumpa dengan beliau secara tidak dirancang dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya semalam. Melihat beliau dalam keadaan santai lalu saya mendekati beliau dan bertindak memperkenalkan diri saya.

Alhamdullilah beliau seorang yang mesra, tidak sombong dan boleh dikatakan memiliki 'jiwa muda' Hahaha...

Tujuan saya adalah untuk membetulkan segala presepsi yang timbul terhadap beliau yang mana saya melihat ramai blogger pro kerajaan menggangap beliau cenderung kepada pembangkang termasuklah saya sendiri.

Malah disebabkan pendirian yang tidak jelas kenyataan beliau disalah-tafsir oleh blogger pro pembangkang kononnya Dato Saifuddin Abdullah menyokong semua tindakan yang Bersih 2.0 lakukan.

Video (atas) merupakan pendirian SEBENAR Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhubung kenyataan beliau yang dilihat menyokong demontrasi Bersih 2.0

Ungkapan paling memuaskan hati saya yang diluahkan sendiri oleh beliau kepada kami  adalah "SAYA TETAP UMNO"....

Selebihnya terpulang kepada saudara pembaca untuk menilainya, saya punya persoalan Dato Saifuddin Abdullah sudah jawab jadi sebagai orang Islam kita perlu bersangka baik...




YY : Terima kasih Dato Saifuddin kerana sudi menerima 'terjahan' kamera cap ayam kami.... hehehe..

Wednesday, July 27, 2011

Surat Terbuka Untuk Dato Saifuddin Abdullah Timb. KPT - Dato Ingin ke Kiri atau Kanan?

Hello Tok Din tak puas demo masa muda ke? kikikiki...

Dato Saifuddin seorang yang intelektual, beliau tidak melayan jika kita bertanya dengan menggunakan bahasa kesat.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada Dato Saifuddin Abdullah di atas kekasaran bahasa saya di laman twitter kepada Dato semasa Dato mengalami krisis dengan blogger dahulu. Kalau Dato terlupa kira 0-0 lah yer...

Buat Dato Saifuddin Abdullah yang saya hormati,

Kepala saya bercelaru memikirkan cara politik baru yang cuba dibawa oleh Dato Timbalan Menteri di Pengajian Tinggi ini.

Kekecelaruan ini mula timbul setiap kali saya mendengar hujah-hujah yang Dato kemukakan di laman twitternya.

Untuk pengetahuan saudara pembaca semua Dato Saifuddin Ahli Parlimen BN yang aktif di laman twitter dan selalu menjawab setiap persoalan atau pun sindiran dari pihak BN atau pembangkang.

Dari kesedaran beliau memanfaatkan penggunaan teknologi media baru, saya akui Dato memang 'Gred A' namun banyak persoalan timbul kerana daripada pemerhatian saya Dato dilihat lebih condong ke arah pembangkang.

Semalam ketika dalam wacana 'Selepas 9 Julai' Dato diberikan beberapa minit untuk bercakap kepada hadirin, tetapi dalam ucapan tersebut saya melihat Dato telah terlupa dengan kenyataan yang Dato sendiri keluarkan sebelum ini.

Lihat video di bawah Dato menyatakan demontrasi adalah dibenarkan dalam demokrasi. Kerajaan sepatutnya mengikuti jalan penyelesaian yang dicadangkan SUHAKAM iaitu benarkan Bersih adakan perhimpunan.



Mengenai demontrasi dibenarkan dalam demokrasi itu saya setuju, persoalannya demontrasi yang bagaimana dibenarkan?

Ini yang Dato tertinggal dalam perjelasan semalam sebagai Timbalan Menteri Dato sepatutnya menggunakan kesempatan yang dimiliki semalam untuk menjelaskan perhimpunan yang bagaimana yang kerajaan benarkan. Tetapi Dato sebaliknya bertindak hanya untuk mempopularkan diri.

Tahniah saya ucapkan kerana Dato cukup popular di mata pembangkang malah ada yang mempelawa Dato masuk Pakatan Rakyat sebagaimana kita dapat dengar dalam rakaman video di atas.

Ini bermakna saya melihat Dato dalam wacana semalam bersetuju dengan perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Dato Saifuddin Abdullah yang saya hormati, nampaknya Dato sudah terlupa apa yang Dato pernah nyatakan sebelum ini melalui laman twitter. Jadi menjadi kewajipan saya untuk memulihkan kembali ingatan Dato sebelum diresapi dengan sindrom 'anwarisme'. (Gurau je tok..)
.
Tiada Pendirian Dalam Berpolitik

Pada pandangan saya sebagai anak kecil dalam kancah politik, saya melihat Dato seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian dalam membuat keputusan.

Kenapa saya melabelkan Dato sebagai seorang yang tidak berpendirian?

Mari kita lihat kenyataan Dato dari awal bulan ini sehingga wacana semalam.

Kenyataan Dato pada 30 Jun 2011 diikuti dengan satu artikel yang disiarkan dalam laman The Malaysian Insider tulisan Shannon Teoh pada 9 Julai 2011 iaitu hari berlangsungnya demontrasi berkenaan.

30 Jun 2011 - Boleh berhimpun tapi perlu ada garis panduan


The Malaysian Insider 9 Julai 2011.
Dalam kenyataan di The Malaysia Insider pula Dato bersetuju bahawa demontrasi di stadium lebih baik daripada demontrasi di jalanan.

Tetapi dalam masa yang sama Dato juga menyatakan bahawa Dato tidak bersetuju jika ada pihak yang  mengatakan bahawa jika demontrasi diadakan di jalanraya ianya akan menjadi kecoh. Kerana banyak demontrasi jalanan berlangsung dengan aman kata Dato lagi.

Untuk bacaan penuh klik di SINI

Dato kononnya akur dengan keputusan Polis tidak membenarkan Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan mereka. Tetapi nada kesal Dato jelas kelihatan melalui apa yang diluahkan Dato (rujuk paparan di bawah). Dato juga mengaitkan dengan Patriot walhal Patriot menyatakan jika Bersih 2.0 tidak jalankan perhimpunan jalanan mereka tidak akan ikut serta.

Maksud Dato sebenar di sini adalah polis 'double standard' dengan Patriot.

8 Julai 2011 - Setuju Bersih 2.0 itu aman. Berharap polis dengar SUHAKAM.

Dek kerana kenyataan Dato di The Malaysia Insider beberapa Pemuda yang tidak setuju dengan kenyataan itu bertindak menempelak Dato secara terbuka. Mereka secara sinis menyindir Dato di laman twitter :

Blogger Cucu Tok Selampit sinis menulis saham Dato dah naik...


9 Julai 2011 - Walaupun 'diserang' Dato tetap 'cool'.


Mari kita lihat antara kenyataan twitter yang lain-lain dari Dato :

8 Julai 2011 - Mungkin beliau tidak setuju dengan demontrators.
8 Julai 2001 - Tak setuju dengan bersih.
9 Julai 2011 - Kenyataan ini dilihat setuju dengan demontrasi jalanan.
9 Julai 2011 - Ini paling 'sadis' menyamakan perarakan/demo dengan Perarakan Maulud Nabi?
Tetapi bila saya cuba bertanya semalam di laman twitter "Dato sebenarnya setuju ke tidak perhimpunan Bersih ini?". Saya inginkan jawapan Dato kerana pada jangkaan saya mungkin pendirian Dato berubah selepas menyaksikan kesulitan yang dihadapi oleh wargakota berikutan kedegilan Bersih 2.0 tempoh hari.

Tapi ini jawapan yang diberikan :

26 Julai 2011 - Hanya setuju dengan cadangan SUHAKAM ttg perhimpunan aman - Tapi Bersih 2.0 tidak aman bukan?

Tetapi Dato perhimpunan yang diadakan oleh Bersih 2.0 tempoh hari jelas sudah melanggar titah DYMM Yang di Pertuan Agung. Hal ini diakui sendiri oleh Ambiga semalam.  Malah kerajaan membenarkan perhimpunan diadakan tetapi bukan di Stadium Merdeka perkara ini Dato tidak mahu tekankan dalam ucapan ringkas Dato kenapa?

Takut Dato tidak popular lagi di kalangan mahasiswa dan pihak 'musuh' politik Dato?

Dato juga tidak fokus kepada isu titah DYMM Yang di Pertuan Agung, sebaliknya hanya fokus berhimpun dan demokrasi. Seolah-olah hanya Dato yang faham apa itu demokrasi.

Mungkin Dato tidak puas merasai 'nikmat' demontrasi jalanan ketika zaman mahasiswa dulu-dulu. Demokrasi membenarkan perhimpunan tapi biarlah dijalankan di tempat yang sepatutnya bukan di jalanraya. Ini pandangan saya!

Kesimpulan

Dato Saifuddin Abdullah saya sebagai anak muda dan juga rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan melihat keputusan sekejap setuju, sekejap tidak setuju yang dikeluarkan oleh Dato membuatkan saya bingung kerana dalam kancah politik kita seharusnya memilih 'pihak'.

Saya bingung sama ada Dato di pihak 'musuh' atau pun berpihak kepada kami.

Jika diimbas kembali secara peribadi saya berpendapat bahawa Dato tidak berpendirian dalam membuat keputusan.

Bahasa mudahnya Dato terlalu "play safe" - ada yang kata Dato sedang melakukan persediaan untuk popular di sebelah pihak sana. Maka mudahlah untuk Dato mendapat tempat andai kata BN gagal dalam PRU13 akan datang.

Benarkah dakwaan ini Dato???

Dalam konteks kita hari ini, saya menganggap Dato sebagai 'nakhoda' kerana Dato adalah Timbalan Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) dan saya adalah anak kapal.

Dato adalah seorang 'nakhoda' sepatutnya harus tahu arah tuju sebelum bertindak membawa kami 'anak-anak kapalnya' belayar.

Jika seorang nakhoda tidak tahu membaca arah dengan tepat, maka nakhoda tersebut mengherat 'anak-anak kapalnya' sekali.

Saya cuma khuatir tindakan Dato yang gagal memberitahu saya selaku 'anak kapal' ke mana arah kita sedang belayar bakal membuatkan Dato dan saya serta anak-anak kapal yang lain terjerumus ke lembah 'segi tiga bermuda' dan hilang terus tanpa dikesan.

Saya melihat Dato selalu membawa kami belayar jauh dari landasan yang sebenar, ekoran kegagalan Dato membaca arah dengan baik, saya bimbang kami bakal  menerima natijahnya kelak.

 Dato Saifuddin yang dihormati Dato sebenarnya nak ke kiri atau kanan?

Adakah keputusan 'flip-flop' begini merupakan satu tindakan bijak dalam 'new politics'?





YY : Maaf jika warkah ini mendukacitakan perasaan Dato Saifuddin... saya cuma bertanya dan rasanya dalam negara demokrasi saya berhak untuk bertanya kepada mana-mana pemimpin yang dipilih oleh rakyat macam saya.... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal