Assalamu'alaikum sahabat2,
"Aku tahu ,apa pasal la nak dengar cakap perempuan ni ,perangai pun tak betul ,aurat pun tak jaga sempurna .Percayalah sahabat ,aku sedang mencuba .Kita bukan datang dari latar belakang yang sama ,latar belakang antara aku dengan kau jauh berbeza sama sekali .JAUH AMAT ."
Ini adalah sebahagian petikan dari seorang sahabat saya (iaitu rakan sebilik saya sendiri) dan ayat2 di atas ikhlas buat dirinya sendiri .
Benar, latar belakang kami berbeza . Andai melihat pemakaian kami, memang dari kasarnya nampak berbeza . Pernah saya ditegur seorang kawan,
"Huda, aku tak expect kau boleh rapat dengan dia ."
Aku hanya mampu pandang dan tersenyum . Lidah tidak mampu melafaz kata, yang terdaya adalah kata2 dari hati .
'Err....dah dia roommate dengan aku . Takkan taknak rapat . Dia baik kowt !"
Bukanlah tidak mahu keluarkan kata2, namun takut juga waktu itu kata2 meniti di bibir disalah ertikan . Senyuman sahaja menjadi jawapan .
Sahabat2 dirahmati,
Apa yang ingin cuba saya sampaikan ialah, tidak rugi kita mengenali sahabat2 yang lain latar belakang dengan kita . Kita boleh lihat dunia mereka . Kita boleh selami bagaimana corak kehidupan mereka . Mungkin kita tidak faham sepenuhnya, kerana yang paling memahami hidup kita adalah hanya Allah Ta'ala sahaja, namun sekurang-kurangnya kita dengar apa yang mereka ingin katakan .
Jujur saya katakan, selama saya berkawan, berkongsi bilik dengan sahabat saya ini, banyak yang saya boleh kutip sebagai pedoman hidup . Ada yang boleh saya jadikan teladan dan ada yang dapat dijadikan pengajaran . Dan, kadang2 sambil kami berborak, berbual, kami sama2 selitkan perkara2 yang mendatangkan muhasabah untuk diri masing2 . Inginkan contoh ? InsyaAllah contoh ini adalah benar2 berlaku di antara kami,
"Ya Allah bersyukur sangat sebab nerves kat upper limb ni, Allah jadikannya course
yang sama . Senang sikit kita nak hafal." - Aina
"Drinking Pepsi is just like I'm drinking people's blood (sebab boikot)."-Aina
"Saya berusaha untuk menjadi macam ni (berjaya) sebab saya tahu bawa
nama ayah...."-Aina
and more and more and more......
These words are said by her . Sebenarnya ada lagi . Cuma, yang ini terlintas di hati . Dan, kadang2 ayat sahabat saya ni, boleh tersentap juga hati . Boleh muhasabah diri balik....
*Huda, why do you write all these things??*
Sebab satu, saya pelik dengan orang yang sombong dengan kehidupannya yang dianggap baik di sisi manusia sahaja . Alim di sisi manusia, namun tidak di sisi Tuhan . Bernilaikah hidup begitu ? Pastikah pengakhirannya husnul khotimah ?
Siapalah saya untuk menilai, apatah lagi menghukum . Cuma terkilan pada hati . Saya akui, saya pun bukanlah orang yang baik . Seperti kata yang saya petik dalam blog Bayyinat,
Beginilah. Saya petik kata-kata Saidina Ali r.a. Kata beliau, Orang yang paling baik ialah orang yang dirinya ada peluang untuk buat kejahatan, tetapi dia tetap berbuat baik. Manakala orang yang paling jahat ialah orang yang didepannya peluang untuk buat kebaikan, tetapi masih tetap dia melakukan kejahatan.
Mungkin, itulah saya . Wallahu'alam, cuma Tuhan sahaja yang tahu . Saya pun pernah menjadi antara 'yang sombong' ini . Sombong pernah hafaz surah2, sombong dengan ilmu.........hinggalah suatu hari, ada sesuatu berlaku dan ditegur ayah sendiri ,
"Itulah.....jangan sombong sangat kita ini."
Ya Allah, terpana kata2 ayah di sanubari .
Sahabat2,
Tidaklah saya bermaksud di sini, kita tidak perlu memilih kawan . Ya benar, kita harus akrab dengan orang yang 'alim . 'Alim di sini bermaksud, kita cedok ilmu dari sahabat yang 'arif dengan ilmu . Namun, dalam kita mengorak langkah, jangan kita terlampau kejar perkara itu, tercicir perkara lain . Andai ada seorang yang berbeza sedikit dengan kita, kita hanya melihat dari ekor mata sahaja . Kenal dahulu, selepas itu pandai2 lah menilai . Kerana kita semua sudah berada di alam yang matang, alam yang dewasa . Dan hidup umpama roda . Mungkin hari ini kita melihat orang yang berbeza dengan kita itu dari atas . Mana tahu, esok2 kita yang berada di bawahnya .
Saya kira, sampai di sini . Bebel panjang pun tidak boleh sangat . Masa berdetik seperti biasa, cuma kadang kita terasa ia laju berjalan . Akhirul kalam, lebih2 lagi untuk diri saya, buanglah sifat sombong . Tiada gunanya . Ia hanyalah ibarat himpunan gunung di dunia yang akan menjadi debu di akhirat kelak .
Wallahu'alam...wassalam .
p/s : ouh, my mother really loves Aina, once they met in Kelantan . :)