Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, December 31, 2010

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


sumber : iluvislam


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Monday, December 27, 2010

renung . tafsir .


Assalamu'alaikum...

Sejak-menjak ini, hari-hari yang saya tempuhi adalah dengan berhempulas-pulas dengan peperiksaan "carry mark" yang tidak pernah putus. Dahulu, selepas aidhil adha, saya dan sahabat2 bersama2 menghadapi peperiksaan Histology dan setelah ianya berlalu, datang pula peperiksaan bagi subjek Anatomy yang gah dengan ujian pula kerana dalam keadaan takut untuk berhadapan dengan soalan2 subjek "yang mencekik anak tekak" bagi saya, kami diuji apabila rumah sahabat2 saya terbakar. Maka, peperiksaan terpaksa ditunda dan Alhamdulillah pada Rabu lepas, kami berjaya menjawabnya. Tidak hilang lagi letih dengan Anatomy, doktor Biochemistry amat bermurah hati untuk membuat ujian "kecil" berkenaan dengan Lipids. Walaupun ianya sekadar kuiz di dalam kelas, tiada alasan bagi kami untuk tidak mengulangkaji dan membaca buku. Belum sempat selesai dengan Biochemistry, kami dikhabarkan pula dengan ujian "carry mark" untuk subjek Histology.
(Untuk subjek Physiology, belum ada khabar...wallahu'alam)

Dan...apa pula kaitan tajuk saya di atas dengan peperiksaan yang saya sebutkan ini ? Ketika itu saya sedang membelek buku dan baca apa yang boleh masuk dalam otak, namun lama2 saya mula berasa bosan dan agak sedikit tertekan. Namun bila difikirkan lagi, apabila mata dihidang dengan internet, movie dan sebagainya, segar dan celik pula mata ! Ya Allah....Tuhan sahaja tahu apa yang terlintas di benak fikiran saya. Dan Allah itu Maha Mengasihani, Dia bukakan laluan kepada saya untuk terus bersemangat kembali.
Alhamdulillah, saya terjumpa sebuah artikel yang bertajuk MEMO Untuk Pejuang yang ditulis oleh Allahyarham Dr Mas Afzal, di mana artikel ini sebuah perkongsian oleh arwah dan dikirimkan kepada sahabatnya . (http://afiqizzudin.wordpress.com/2010/12/19/memo-untuk-pejuang/)Italic
Saya kongsikan sedikit kata2 arwah pada artikel tersebut yang amat menarik hati saya.

"Satu kaedah yang saya sangat gemar gunakan semenjak zaman saya belajar A-Level lagi adalah menjadikan belajar sebagai agen taqarrub kepada Allah SWT. Caranya mudah sahaja, bahkan saya yakin ramai juga yang mempraktikkan kaedah yang sama.

Saya suka selang-selikan sesi pembelajaran saya dengan pembacaan al-Qur’an, tidak semestinya setiap kali, tetapi sekurang-kurangnya sekali sehari. Bak kata orang, membaca al-Qur’an ini secara tidak langsung membantu menguatkan ingatan kita."

Tatkala saya membaca ayat di atas, hiba di hati saya. Ketika itu juga saya sedar, buku2 yang saya baca mungkin memberi sedikit tekanan, namun seperkara yang paling saya lupa adalah, saya sedang menuntut ilmu Allah Ta'ala. Kenapa harus berasa tertekan, walhal belajar adalah salah satu jalan untuk kita mengenali cipataanNya sekaligus mengenaliNya yang Maha Mencipta ! Ya Allah...ampunilah diriku...

Pernah sekali ketika dalam kelas Physiology untuk topik Central Nervous System, doktor menerangkan bahawa dalam tubuh manusia, terdapat kawasan yang tugasnya akan menafsirkan apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan seumpanya. Andai rosak kawasan ini, bagaikan tiada "sensation" untuk kita nikmati.
Begitu jualah yang difirmankan oleh Allah, bahkan banyak sekali ! Pada penciptaan antara langit dan bumi, malah dalam tubuh kita, terhadap hikmah dan membuktikan sifat Maha Pencipta, Mencipta, Berkuasa, Bijaksana dan Agung hak mutlak milik Allah Ta'ala. Dan orang yang beruntung adalah orang berakal, iaitu yang mengambil pengajaran dengan apa yang diperhatikan dan ditafsirkan sekali gus menambahkan iman dan mendekatkan diri pada Tuhan. Maha Suci Tuhan, yang menciptakan segala-galanya. Allahu-akbar...betapa agungnya Allah.
Dan, andainya kita tidak merenung, menghayati dan dan menafsir kejadian ciptaan Allah, tidaklah sia-sia bagi Allah, malah yang rugi adalah diri kita sendiri, na'uzubillah .

Wallahu'alam...

.....................

Allahyarham Dr Mas Afzal, adalah seorang doktor dan pelajar perubatan lepasan Universiti Shaffield, United Kingdom. Beliau, bagi saya, seorang pejuang dan mujahid yang begitu kuat semangat dan tabah sewaktu mengharungi perjalanan hidupnya, tambahan beliau ditakdirkan Allah, menghidap kanser darah, di mana tatkala itu masih lagi belajar di universiti. Namun, atas nama Allah, dan semangat juangnya, beliau berjaya (di mata kaca saya, insyaAllah orang ramai) menjadi anak yang soleh, sahabat yang baik , doktor yang berjaya dan mujahid yang begitu tulus.
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas dirinya dan tempatkan dirinya bersama orang yang Engkau cintai dan golongan muttaqin wa solihin...amin ya Rabb. Al-Fatihah.

Sunday, December 5, 2010

Hidup Secerah Mentari

Aku ingin hidup secerah mentari
Yang menyinar di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Assalamu'alaikum...
Lagu yang dinyanyikan oleh Saujana pada era remaja mereka masih enak didengar dan amat menyentuh hati. Kebanyakan lagu2 yang dinasyidkan oleh Saujana, amat saya minati, walau liriknya andai diukur dan dibilang perkataan, tidaklah begitu panjang dan meleret, ianya sekadar sahaja namun penuh dengan pengisian serta makna. Namun, fokus saya kali ini bukanlah berkenaan kumpulan Saujana. Merujuk kepada lirik di atas, sudah menjadi lumrah kepada manusia yang berfitrah inginkan semuanya indah2 belaka. Andai diberi plihan jalan yang dipenuhi taman bunga dan jalan yang dipenuhi sampah sarap, tentu yang menjadi pilihan jalan yang dipenuhi taman bunga. Itulah kiasannya bagi norma kehidupan.

Namun, apa yang akan berlaku andai jalan yang penuh sampah, kotor, busuk dan penuh dengan duri satu2 nya pilihan yang harus dipilih ? Begitulah perumpamaan dalam kehidupan kita. Hari2 yang dilalui tidak semuanya indah dan bahagia sahaja. Pasti ada ujian hatta sekecil mana pun, kita akan laluinya. Allah pernah berfirman dalam kalam muliaNya,

Do men think that they will be left alone by saying,
"We believe,"and that they will not be tested ?
[al Ankabut : 2]

UJIAN ITU FITRAH
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa hidup kita sememangnya akan diuji. Ujian dengan kesakitan, kelaparan, harta, masalah keluarga dan seumpanya. Sebagai contoh, harta yang banyak mahupun sedikit adalah ujian daripada Allah. Harta yang banyak menguji kita adakah kita akan bersyukur dan harta yang sedikit menguji kita apakah kita akan bersabar ? Kerana itulah, kita perlu meletakkan prasangka baik kepada Allah kerana ujian yang diberi bukanlah untuk menyusahkan hambaNya, melainkan hanya tarbiyah kepada kita dan tanda cintaNya kepada kita. Mengapa menjadi tanda cinta ?

Kita ambil contoh, seandainya kita memilih untuk berjalan di jalan penuh dengan taman bunga tersebut namun ada yang menghalang kita daripada melaluinya. Maka janganlah bersedih dan meratap. InsyaAllah, pasti ada hikmah tersirat di situ. Kemungkinan sahaja jalan tersebut penuh dengan perangkap yang bahaya yang bisa memudaratkan kita. Inilah membuktikan Allah sayangkan kita agar kita terselamat dari bahaya dan kemudaratan. InsyaAllah :)

SABAR ITU CAHAYA YANG MEMBAHANG
Pada Jumaat lepas, saya menghadiri smart circle, berbincang dengan ahli usrah tentang Syarah Hadis 40. Dalam SC kali ini, kami membincangkan hadis yang ke-23, menerangkan kepada kita bahawa setiap kebaikan adalah sedekah. Dalam hadis tersebut, direkodkan bahawa sabar adalah cahaya. Sabar sering dikaitkan dengan ujian kerana sabar adalah penawar kedukaan dan penghembus semangat kepada kita agar kita bangkit semula. Kenapa disebutkan sabar itu cahaya (Dhiyaa') ?

Dhiyaa' ialah cahaya yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar, seperti cahaya matahari. Tidak seperti cahaya bulan yang hanya mempunyai cahaya tanpa membakar. Sabar adalah cahaya ibarat bahang kepanasan yang bisa membakar kerana ia memerlukan mujahadah terhadap jiwa. Kerana bersabar dalam bermujahadah bukan lah manis malah pahit seperti ubat yang kita telan. Namun, dengan ubat yang pahit itulah bisa menyembuhkan kita akhirnya. InsyaAllah.

SENTIASA BERSAMA-NYA
Maka itu sahabat sekalian, lebih2 lagi diri saya yang kerdil ini, ujian adalah rempah kehidupan di dunia yang menjadikan kehidupan kita di akhirat kelak lebih enak dan indah. Usah menganggap diri kita paling dibebani ujian, ingatlah bahawa Rasulullah, kekasih Allah dan insan yang paling dicintai Allah pernah melaui liku-liku kehidupan. Tiada 'abid yang sunyi dengan ujian dan sekiranya ujian melanda, bersabarlah dan berdoalah kepada Allah. Berdoa bukan dikecilkan ujian, namun dibesarkan iman. Dan, dalam susah dan senang, sentiasalah mengingatiNya.

"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengharapkan
redha Allah selagi mana kita masih mengeluh
dan tidak redha dengan ujian Allah?"
-Rabi'atul Adawiyah-

Wallahu'alam...

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.