Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Friday, March 19, 2010

kau yang digelar 'ummi'

Assalamualaikum..

Why lately I always feel longing to kiss my ummi's hand...her warmed and wrinkled hand.If I count and recall back,it's almost for 6 months I do not touch her skin,hug her body and kiss her cheek.
So...I insert a lyrics which is a song that originally sang by Nadamurni and it's being sang back by Rabbani.
So,ummi...I always love your eyes,your mouth,etc...everything's about you!Because you always love me and accept me through your life either I'm good or not.
Thank you ummi,for everything...(plus...I love ayah too!)

Ibu Mithali
Artist: Nadamurni
Song Category: Nasyid

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami



p/s : perhaps,insyaAllah...this will be my last post as I'm busy with my study and
I'm going to face my final examination on 2nd May 'till 28th June..pray for my najah and mumtaz..insyaAllah..

Wallahu'alam...salam..=]

kisahku di sini 1

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Sebagai memenuhi permintaan akh-muhammad,insyaAllah,dengan izinNya dan kudrat yang dipinjamkan dariNya,saya akan berkongsi dengan antum sekalian pengalaman saya ketika berada di Mesir,sebuah negara yang cukup bertuah...kenapa bertuah?Sedangkan budaya dan bahasa di sini sudah cukup memberi kita sebuah gambaran yang cukup berbeza dengan suasana di tanah air,namun mengapa jauh di sudut hati saya tetap menyatakan bumi ini tanah yang bertuah...sedangkan di sini saya dan teman-teman dikelilingi oleh himar dan kuda yang sering mengangkut barang.Dan juga,suasana yang agak 'indah' dengan taburan sampah dan debu...apa tuahnya ya?

Tuahnya bumi Mesir ini menyimpan berbagai sejarah,cuma diri yang cetek ilmu ini sahaja kurang mengkaji dan mengolah sejarah silam.Maafkan kekurangan dan khilaf diri ini.
Sahabat sekalian,
Sewaktu saya baru tiba ke Mesir,dari atas awangan saya melihat Mesir penuh dengan kotak yang berpetak-petak dan tersusun rapat.Dan hati juga terasa sedikit sayu kerana untuk pertama kalinya beraya di negara orang serta terpisah jauh dari keluarga tersayang.Ketika hari raya aidilfitri,saya dan beberapa teman ke rumah Bkan Kelantan yang terletak di Kaherah dan menginap di situ selama beberapa hari.Menetap di situ membuatkan hati kami melonjak riang dek ukhwah yang cukup mesra dari kakak-kakak dan sahabat baru di sana.Subahanallah!Di sana juga,kami dibawa oleh Kak Nik dan Che' Na untuk membawa kami berjalan-jalan di sekitar kawasan Husin.Pada mulanya,saya melihat Husin sebagai tempat membeli-belah sahaja,namun dengan takdirNya,saya telah membaca sebuah buku.Ia menceritakan bahawa tempat Husin itu sebenarnya mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu sesetengah pendapat mengatakan,di situlah tempat kepala cucu Nabi,Husin,ditanam dan telah dipindahkan(maaf,saya tidak berapa pasti ke mana ia telah dipindahkan...wallahu'alam).Subahanallah...barulah terasa getar pada kaki kerana keduanya telah melangkah ke tempat itu.

Selain itu,apa yang membuatkan saya terkedu,malah terpesona dengan suasana di Mesir ialah sering kedengaran suara alunan ayat-ayat Allah dibacakan.Pernah suatu hari saya melintasi sebuah kedai yang agak 'high class' dan barang-barangnya agak mahal.Jika sekali lihat harganya,gulp...tertelan air liur.Andai ditukar ke mata wang Malaysia,mungkin harga barangan di situ boleh dikatakan,"...boleh la...",cuma ingat,kita masih seorang pelajar dan duit itu semahunya biarlah dibelanjakan untuk barang yang lebih diperlukan...tepuk dada,tanya iman.
Berbalik kepada kisah tadi,saya sangkakan dari mana suara itu datang,namun rupa-rupanya ianya datang dari arah kedai itu...dan tuan kedai itu hanya seorang pemuda dan hanya berpakaian seluar jeans dan baju-T.
Malah di gama'ah(universiti) saya terdapat ayat-ayat al-Quran terpampang di sesetengan sudut.Contohnya di bahagian Anatomy,saya selalu terserempak dengan ayat ini,

"Dan(juga) pada dirimu sendiri,maka apakah kamu tidak memerhatikan?" [51:21]

Jika kita melihat kepada ayat sebelumnya,ia menerangkan kepada kita akan tanda kebesaran Allah di alam ciptaan Allah dan keagungan Allah ini diraih dan dinikmati oleh mereka yang yakin dengan kebesaran Maha Pencipta.Subahanallah...dan ayat ke-21 itu menerangkan kepada kita bahawa tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah ada juga pada tubuh badan kita.Contohnya?Saya ambil contoh,pleura yang ada di sekitar paru-paru.Jika tiada pleura yang mengelilingi paru-paru,alamatnya paru-paru tidak dapat memberi ruang kepada paru-paru untuk mengembang sewaktu pernafasan berlaku...subahanallah.Semuanya diciptakan ada kebaikan dan hikmah buat kita semua.

Mungkin,sampai di sini dahulu pekongsian saya dengan kalian.InsyaAllah,jika Dia izinkan untuk saya menulis lagi dan dipinjamkan kekuatan serta masa,setulus-tulusnya ingin saya kongsi dengan anda semua.
Dan nasihat peribadi dari saya(walaupun saya sendiri masih banyak kurang juga),jika kalian ingin sekali ke bumi Anbiya' ini,ahlan wasahlan saya ucapkan.Cuma,ingin sekali saya ingatkan,Mesir tidak seperti nagara kita dan janganlah ada 'high expection' tentang Mesir.Terima sekadarnya dan tiap-tiap yang sekadarnya ada kelebihannya.Janganlah hati kita senang sahaja ingin menyamakan negara ini dengan,seperti,United Kingdom,USA,Jepun dan sebagainya.Walaupun hidup di sini perlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi,namun terdapat 'mutiara' yang perlu kita gali dan cedok kerana mutiara itu tidak dapat dijumpai di mana-mana melainkan di sini.InsyaAllah...semoga Allah merahmati dan memberkati niat baik kita,amin...

Sampai di sini sahaja dari saya yang serba kekurangan ini.Maaf andai tersilap bicara dan tergurlah apa yang patut diperbetulkan.InsyaAllah,dengan dada yang lapang saya terimanya.
Okay...salam.Wallahu'alam...

Sunday, March 14, 2010

Aku rindu..

Aku rindu...
Pada kenangan lalu..
Membawa pahit manis dalam hidupku..
Memberi ruang cerita dalam titian singkat ini..
Dan aku rindu kenangan ini..

Aku rindu..
Pada nostalgia lalu..
Mencoret seribu makna dalam hidup yang satu..
Mengukir senyuman tawa dan tangisan..
Dan aku rindu nostalgian silam..

Namun..
Dalam merindui memori semalam ..
Masa hadapan perlu dipandang..
Kerna hidup ke hadapan bukan ke belakang..
Dan kuberdoa..
Kita dapat lagi berjumpa..
Jika itulah takdirNya..

~nukilan dari hati yang merindui~
13/3/2010

Wednesday, March 10, 2010

Sannah Helwah Ya Nafsi!

Assalamualaikum antum semua..
Pejam celik,pejam celik...masih lagi terasa hangat maulud nabi Muhammad SAW baru-baru ini dan masih terbayang lagi dek minda yang terbatas ini akan perjuangan baginda dan para sahabat.
Dan kali ini pula,maulud untuk diriku pula yang tiba.Segala pujian bagi Allah kerana masih meminjimkan kepada saya nafas dan seisi dunia ini dalam meneruskan perjuangan yang hanya Dia sahaja tahu bila ianya akan tamat.Wallahu'alam..

Terlebih dahulu,ucapan terima kasih yang infiniti kepada umi dan ayah yang melahirkanku ke dunia yang singkat ini dan kalian banyak berkorban untuk diriku.Ya Allah kasihanilah keduanya seperti mana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi.
Dan terima kasih jua buat sahabat-sahabatku yang tidak kira di mana jua anda berada kerana mendoakan kesejahteraanku...atamanni antum fi ri'yatillah!amin...


~tergugat rasa kenyang tgk kek ni!...sekadar gambar hiasan..

Okay..setakat ini sahaja,saya akhiri entry kali ini dengan lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan Firdaus.Wallahu'alam...salam.

Ku Berlari
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

bELajaR beRsyuKuR

Assalamualaikum antum semua..
Apa khabar dan apa cerita iman kita ya?Tepuk dada,tanya iman..

Ketika berada di sini,pernah saya dan ahli bait menonton sebuah cerekarama Melayu.Hahhhh??Mereka-reka ke saya ni??Hehe...Jawapannya benar lagi sahih namun janganlah mengandaikan kami menonton di 'idiot box' kerana memang mustahil di sini untuk mendapat siaran dari Malaysia...tapi tak tahulah kalau ada caranya.
Cerekarama itu sama-sama kami tonton di laptop milik seorang sahabat di mana ada sebuah fail di dalam laptopnya penuh dengan cerita.
p/s : terima kasih sabahat kerana adanya cerita-cerita dalam laptop kamu boleh juga kami melepaskan tekanan,walaupun kadangkala terlebih melepaskannya..hehe.

Namun,bukan itu yang ingin saya ketengahkan.Kita biarkan dulu ya kisah laptop dan sahabat saya itu.Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah saya tertarik dengan sebuah cerekarama Melayu yang pernah disiarkan di TV3.Namun,ma'alisy giddan a.k.a maaf banyak-banyak kerana saya terlupa akan tajuknya.
Apa yang menariknya,cerita itu menceritakan seorang menantu perempuan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu mertuanya.Dan,yang paling saya ingat menantu itu tidak suka akan makanan kampung,hurmm..mungkin ada sebabnya.Ketika itu,ibu mentuanya memasak makanan kampung dan kami yang berhadapan laptop seakan terheret ke dalam cerita itu.Perut makin berkompang kerana terliur dengan masakan kampung itu.


~gambar hiasan..

"Kalau aku,dah lama aku makan!Sedap kot!"

Inilah asam garam berada di negara orang.Dan inilah lumrah dalam kehidupan.Ketika sesuatu perkara itu di hadapan kita,kita seakan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.Dan setelah kita kehilangan perkara itu,barulah kita sedari bahawa benda itu amatlah penting bagi kita dan itulah yang kita mahu.

BELAJARLAH BERSYUKUR

Sahabat,apa yang ingin saya sampaikan ialah belajarlah untuk bersyukur apa yang berada di hadapan kita dan belajarlah untuk menghargai sesuatu.Kadang-kadang kita kita mungkin terlepas pandang sesuatu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sifat lupa.Namun,jangan asbab ini kita sentiasa jadikan ia sebagai alasan kerana seakan kita telah menyalahkan takdir dalam hidup kita.
Menyentuh soal lupa,ramai orang(termasuklah diri yang dhaif ini) lupa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia dan Allah pun ada menyatakan bahawa sedikit sahaja dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
Muhasabah diri,bersyukurkah kita?



Tapi,apa kaitannya dengan cerekarama di atas tadi?
Cerekarama tadi mengajar saya agar lebih menghargai apa yang berada di Malaysia dan saya akui,hampir 6 bulan di sini banyak ujian yang saya harus lalui kerana terlalu rindukan Malaysia!Rindukan masakan umi,rindukan gelak tawa bersama keluarga,rindu kepada sahabat-sahabat,rindukan masakan mamak,rindukan neslo ais dan banyak lagi!Namun jika difikirkan kembali,jangan kita terlalu terikut sangat dengan perasaan itu,khuatir membantut kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hidup di bumi Anbiya' ini.Dari kesabaran dan kekuatan itu jugalah mengajar saya erti bersyukur...

Berada di sini juga mengajar saya agar bersyukur walau masih memendam rindu pada tanah air.Kenapa?Kerana negara ini penuh dengan mutiara ilmu dan rugilah bagi pihak saya jika saya tidak menyedok mutiara tersebut.Dan tambahan pula Allah menggantikan rindu itu dengan kehadiran sahaba-sahabat yang baik belaka...Alhamdulillah.

Oleh itu sahabat sekalian,marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala atas nikmat yang diberi.Tidak kira di mana kita berada,kita sentiasa dikelilingi dengan nikmat.Teringat pula lagu The Zikr iaitu 'Mengemis Kasih'.Dalam liriknya ada menyebut,"harga selautan syukurku,hanyalah setitis nikmatMu di bumi..."
Bermakna,bersyukurlah kita selalu akan nikmat dan rahmat Allah yang begitu luas ini...

Sampai di sini sahaja.Semoga kita menjadi golongan orang yang bersyukur amin..
Wallahu'alam...salam.

Wednesday, March 3, 2010

cerita dinihari

Waktu dinihari itu,sedang suasana sepi menghamparkan permadani ketenangannya,menambahkan keenakan kepada umat manusia untuk lena dalam mimpi.Seorang insan gagah membuka kelopak matanya kerana itulah cabaran utama untuk menghadap Tuhannya.

"Aku kena gagah!Kena kuat!"

Setelah matanya luas terbuka,sekaligus meghilangkan ulikan tidur,dia sekali lagi harus gagahkan jasadnya agar tempat wudhuk dapat dijejak walau kakainya berat melangkah,terkadang menggigil,kena dengan kedinginan malam.Akhirnya,dia berjaya juga dan seraya itu membersihkan diri dan mengambil wudhuk.Bukan sahaja untuk menyucikan diri,malah untuk hatinya jua agar hati bersih sebelum menghadap Tuhan Maha Agung.

"Dan sebahagian malam,lakukanlah solat tahajud(sebagai satu ibadah)tambahan bagimu.Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji". [17:79]



Kalau bukan kerana cintanya yang mendalam kepada Tuhannya,sudah tentu dia ingin dibuai mimpi seperti insan lain,namun dia gagahkan diri dan melangkah jua ke hamparan sejadah sebagai tempat dia sujud kepada Allah Yang Maha Esa.
Maka...solat-solat sunat pun didirikan dan sebuah alunan zikir serta munajat dilontarkan dari bibirnya mengiringi bayu pagi yang menyejukkan.Tatkala itu,air matanya setitis demi setitis menitik ke pipinya dan mengalir hingga membasahi wajahnya.Tatkala itu juga,suara yang mensyahdukan zikir menjadi serak dan sesekali teresak-esak.Sekejap berhenti,kemudian menyambung semula pujian kepada Tuhannya.

"Ya Allah,Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tak terlihat oleh mata.Ya Allah,Tuhan kepadaku serta umat manusia,dan hanya Engkau sahaja yang layak disembah.Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku.Dahulu,aku mengejar dunia sehingga akhirat jauh ke belakang aku tinggalkan.Aku dahulunya menggenggam dunia dan akhirat tercicir dari hati...ya Allah,ampunilah dosa-dosaku.Ya Allah,Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu,dan aku berada dalam perjanjian denganMu,ikrar kepadaMu,yang akan akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku,dan aku berlindung padaMu,dan mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku,maka ampunilah aku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa,kecuali Engkau..."

Air mata masih mengalir...tiada detik yang lebih indah melainkan menghadap Yang Maha Esa.Tangannya dikucup dan bibir melafazkan,"Amin Ya Rabbal-'alamin...",dalam mengharap agar dosanya diampunkan.



Sayu kedengaran suara orang mengaji dari arah masjid yang tidak jauh dari rumahnya.Itu tandanya,fajar tidak lama lagi akan menyinsing dan azan Subuh akan berkumandang.Dia tertunduk,mengharapkan lagi pertemuan begini sehingga Allah mentakdirkan nafasnya untuk berhenti.Kerana detik ini baginya membawa ketenangan kepadanya...

"InsyaAllah..."

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah,maka sesungguhnya (waktu yang dijanjikan) Allah pasti datang.Dan Dia Yang Maha Mendengar,Maha Melihat". [29:5]

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.