http://www.youtube.com/watch?v=MvliEsCYp-A

our mission..... :: anda pasti tersenyum :: just to make you smile....

Sunday, April 3, 2011

Sunset View Teluk Senangin



Salam semua....lama sungguh x update my blog....bersawang2 dah rasanya..... Semalam ptg saya dan my husband mengambil peluang untuk captured satu lagi ciptaan ALLAH yg sungguh cantik utk dikongsi bersama. iaitu sunset....sungguh indah sbb cuaca elok hr itu....Sebelum km pergi ke sana sempat lagi kami singgah di rumah anak2 yatim di trong perak...nanti sy akan masukkan xtvt kami bersama adik2 kita di sana k.... Sekarang ni sy nak ajak awak semua mensyukuri ciptaan ALLAH yg sungguh indah ini.....ummmwahhhh

Thursday, March 17, 2011

FIND a new location!!!!

mode : classic and serrrammmm......  



location : MARINA ISLAND


Location: Bangunan Lama Di Lumut,Perak




My Prince...En Khairulukman

En Asben Khairulukman




Nice...x sabar nak bwk pengantin.......







ELLY STUDIO gallery





















Hai kengkawan....ni sume gambar-gambar dari galeri elly studio. Semoga dapat memberikan anda senyuman.....with love dari saya Nani @ Chempaka

Sunday, March 6, 2011

Ada Ubi Ada Batas...Allah sahaja membalas...

Hai semua....hari ini aku bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku pada diri ku dan keluarga sepanjang tempoh sebulan ini...Sebenarnya, kalau boleh tak mahu mencacatkan blog saya dengan perkara selain dari business saya. Tapi saya rasa ini salah satu cara meluahkan perasaan saya agar dapat berkongsi dengan rakan taulan saya.
 Seperti yang semua sedia maklum.... suami ku belayar ke kota kinabalu selama sebulan setengah. Tetapi malang kan tidak berbau. Walaupon setiap hari rindu semakin kuat namun ku tabahkan hati ...semu ini demi tugas suamiku sebagai seorang aircrew superlynx (helicopter TLDM) beliau membawa misi yg kuat bg pertahankan negara kita. Aku redha. Namun tidak disangka sangka ibuku sakit. Beliau datang kesini dan aku melihat keadaannya uzur. Anak mane yg sanggup nak lihat ibu sakit. Betul tak? Niatnya hendak berjalan di sini sudah pon aku potong demi keselamatan dia. Aku pujuk dia ke Hospital. dan hospital terbaik di sini ialah hospital angkatan tentera laut (HATL), Lumut perak. Maka aku pergi dengan dua orang kakak ku. Aku juga ditemani oleh wakil dari skuadron 501 (tempat kerja suami) beliau uruskan semua urusan di HATL. Terima kasih 501 @ lt mohd faiz. Beliau tunggu sehingga selesai.
Di HATL ibu di periksa ...xray,darah, air kencing semua lengkap. Lama juga dari pukul 230pm sehingga 930mlm br selesai masuk di wad. Apa yang aku hotmatkan ialah tanggungjawab seorang doktor ... nama doktor itu Kapten Doctor Nor Azah (buat pengetahuan semua... hospital angkatan tentera kebanyakan doktor adalah dari Tentera Darat) muka doktor ini nampak garang kita nak tanye pon takut. Almaklumlah askar.. Tapi terfikirkah anda sekiranya negara kita berperang sudah pasti kita semua akan berkumpul di sini untuk keselamatan semua. Environment sume x sama ngn hospital biasa.. Suma pakai baju tentera. Kang kejap lagi truck tentera masuk. Memang sesuatu yg baru. Dejavu ku pun rasa lain. Seolah-olah berada dalam masa akan datang. Berbalik pada doktor Aza td..dia minta untuk mak check semua sekali...buat medikal la..Orang tua kan susah nak dapat urat utk ambil darah. Pergi makmal biasa x boleh kene lah pergi ke makmal besar di sana sebab di sana ada pakar untuk ambil darah. Jam sudah menunjukkan pukul 530ptg. Sedang mereka cuba utk mengambil darah tiba doktor aza yang bertugas di bilik rawatan td tu dtg semula. Dia x siap lagi ke. Maka dia yang ambil darah mak. Mak da ckp jgn guna jarum besar memang x dapat. Tapi doktor aza x endah. Dia guna jarum besar dan dia berjaya.Syabas doctor. Apa yang mengkagumkan saya ialah jam dah pukul 530ptg waktu sume org dah blk. Doktor aza sanggup turun pastu suruh kami dtg ke biliknya. Dia balik lewat jugak la. Dan aku dgr dari pembantu dia...dia puasa hari itu (isnin).. Cukup membuatkan aku terharu...Bukan ape kita biasa dengar sesetegah org (kerja gov) pkl 5ptg da cabut kan...tp doktor ini betul2 bertanggung jawab. Dia lepaskan tugas pon setelah berbincang dgn doktor yg on call selepas itu. Terima kasih Kapten Doktor Nor Azah
Menunggu punya menunggu ibu di sahkan untuk di tahan di wad sbb darah ibu sume yg abnormal. Rupa-rupanya hati (liver) ibu sudah rosak.... Takdir ilahi..aku pasrah..Apa yang terbaik ialah bg ibu sembuh. Perut ibu besar n keras..Rupa-rupanya apabila hati rosak protin x da dlm badan maka tugas protin adalah untuk menyerap air2 dalam badan. Jadi apabila semua tu x da air itu terkumpul.Amat bahaya jika air sudah mulai naik ke saluran jantung. Boleh mendatangkan maut. Pukul 930 malam baru dapat masuk wad.Setibanya di wad ada seorang adik perempuan ni..cantik orangnya kene sakit mental...Hahaha...dia dtg tepat kat muka aku...hai mcm kenalla..mata bulat..macam nak pengsan rasanya... dia depan katil ibu..sian dia..Hari ini jugak suami yg jauh di mata call. Jatuh air mata ku...sebab berat rasanya dugaan yang ku tanggung.Suami tiada kerana bertugas.. ibu sakit...anak2 kecik lagi.. ada 2 perniagaan aku kene uruskan (restoran dan studio gambar) terlalu berat rasanya. Namun aku tabahkan hati..YESS yosnani u can do it!!! Semangatku naik....Setelah selesai uruskan mak baru aku terfikir macamane keadaan putera dan puteriku yg kutinggalkan tadi. Aku tiada orang gaji..Aku tinggalkan dengan pakcik dan abg iparku tadi...Dah makan ke, da mandike mereka...seharian tinggal mereka...Bukan ku pinta jg begini. Sampai di restoran mereka sedang bermain2 terus menerpa kat aku... Sedih rasanya. Maafkan mama sayang... Aku duduk atas restoran aku. Kat atas ni lah aku setup studio gambar..Aku photografer jugak. Sampai kat atas huh.......letih sungguh la.. aku x larat.Tetiba teringat alamak ibu belum mkn...aku nak pergi semula kesiankan anak2 dan badan aku betul2 letih. Aku telefon faiz (wakil skuadron) dia yg membantu. Tq faiz.
Esok pagi pagi aku da pergi hospital nak setelkan mak...Lap2 badan dia n sediakan ape yg patut.Dia mintak aku ambil n beli barang2 keperluan dia. Biasa la orang tua..Sensitive.. Aku belum sempat setel da call suruh aku dtg..Kelam kabut...ingat nak ape...rupanya nak kencing.... blh mintak tlg nurse...tp tahla...org tuakan..ikutkan je..Setiap kali aku baru blk n sampai da call or mesej suruh dtg...Ya Allah....ujian kesabaran sungguh. Aku baru nak setelkan anak2 yg aku tinggalkan je tadi. Nak mandikan mereka bg makan mereka...Memang rutin berubah...Sian anak, sian ibu jugak..Mane aku nak uruskan anak2 ku...ibuku yg terlalu sensitif...perniagaan ku...oh tuhan berikanlah kelapangan dalam setiap urusan ku... Badan ku betul2 lesu n x larat cuma yg ada semangat. Aku percaya pasti ada hikmah semua ini.
Sedang aku lalui semua ini tiba-tiba aku dapat berita yang sangat wat aku kecewa n sedih... Aku dgn suami hubungan kami baik.Dari jauh suami sering nasihatkan aku bersabar...Dia nasihatkan aku bahagi masa supaya tak kelam kabut. Kami ok.Satu malam kami berbual ditelefon macam biasa. Wakil skuadron telefon aku tanye..nak suruh suami balik ke tidak... Aku tahu keadaan ibu bagaimana..tidak kritikal doktor pon ckp macam tu. Aku sudah berkali-kali ternagkan pada skuadron aku masih boleh handle keadaan di sini.Jangan risau dan jgn ganggu urusan kerja suami. Aku faham dia bertugas bkn pergi melancong. Jadi aku kuat utk hadapi semua ni.Suami pon sama aku ckp jgn risau aku blh handle..sedang aku mengulangi ayat itu pada dia tiba2 dia marah dan x nak ckp ngan aku..Sedih rasenye...niatku baik namun di salah erti..Apa salah ku? Rupa-rupanya...ada perkara yang ku tidak tahu....Suami baru nak cerita...
s:  ada cerita ape2 ke ngan faiz?
j : x da ape2
Rupa2nya ada instructor (lelaki) dia call dia siang tu
s: Kk macamane (kota kinabalu)
j : ok mcm biasa
s: mak mertua ko macamane
j: mcmtula tuan admit hospital
s : aku degar ko ngn bini ko berperang2
j: mana ade tuan ..mane tuan tahu?
j : tah aku x ingat sape ckp........
suamiku marah sebab tu...rupa2nya ada org tabur fitnah mengatakan aku dan suami berperang2....perkataan berperang2 tu cukup kasar...seandainya selisih faham sedap lagi kan... dan yg memusykilkan aku dari mane dtg cerita ini. Dia ckp x igt...x kan hilang ingatan kan.....dan atas sebab dia pon risaukan aku kat sini suami ambil keputusan untuk pulang. Dan selain itu kami x mahu biarkan fitnah ini tersebar dan jadi cerita lain pulak kan. Sebab ada pengkhianat yg tau tau siapa.... x kan ada yg nak ngaku kan...namun aku rasa tercalar juga la.
Esok aku ke hospital jumpa org yg akan menggantikan tempat suami aku...dia pon terkejut dpt cerita ini. Dia mula x tau sbb keluar signal ckp suruh suami blk mak sakit...namun mamat tadi tu blh call org yg akan gantikan suami ku siap ckp ko tak tau ke suami aku kn blk sbb dia berperang2 ngn isteri dia. Siapa dia nak hebahkan cerita mcm ni. Tolongla....member yg nak ganti tu pon terkejut..Nampak???? Baik org x tau dia yg hebahkan cerita2 ni...Dan bagi aku dia x berhak masuk campur urusan rumahtangga aku pon. Dia sudah membuatkan moral aku jatuh...Aku dahla nak tabahkan hati di saat suami jauh,anak2 n mak aku sakit...dia blh wat macamni pulak..Suami kat sana pon turut merasakannya..ini turut mengganggu emosi suamiku...Apa yea motif dia....Kami amat terganggu....Selang sehari rupa2nya dia tambah lagi asam garam dlm cerita ini...di tempat kerja suami ku dia blh ckp kat morning brief kat semua org pasal kes aku...dia suruh org siasat siapa wat cerita pasal rumahtangga kami...baik2 org tak tau sekali lagi dia menjatuhkan maruah kami... masalahnya kami ok2 sahaja..dan masalah kedua napa nak buat cerita n seeloknya kalo x pasti kebenaran jgn wat cerita la...ya ALLAH ape semua ini....
Buat masa ini suami mintak aku berdiam...sbb tunggu dia blk...dia blk esok...dia x habiskan sbb ada yg ganti...x pasal2 kan...jadi rumit semua urusan...Suami akan tanye dia sendiri dari mane dapat cerita ini..Seandainya dia mengaku n minta maaf kami maafkan mungkin ada salah sangka... Tetapi kalo sekadar gatal mulut...Ya Allah aku x tau la nak ckp macamne..You all ada idea tak......ok...kita tunggu esok yea ape akan terjadi...tq semua sudi baca luahan hati ku ini.... Ibuku pon dah keluar hospital...masa ibuku keluar hospital jugak merupakan aku ada job photo pengantin...aku setelkan satu persatu...alhamdulillah semua berjalan lancar...kes org fitnah tu aku tunggu suami ku blk esok...kita selesaikan.... insyaalah n be professional.....

Sunday, February 27, 2011

Majlis perkahwinan Muzammil dan Rafizah

















Hai...kengkawan pada 26 hb Februari team kami diberi kepercayaan untuk merakamkan moment terindah pasangan Muzammil dan Rafizah.Majlis hari tersebut di rumah rafizah. Layan k.........