30 April 2011

#Genap 6 tahun.


Hari ini, genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukran Lillah. walau ini kali pertama kami meraikannya dalam kejauhan..

*..you may be out of my sight. but never out of my mind. missusomuch! there are no words to describe how much iloveu. for it is deeper than the deepest sea and higher than the highest mountain in the word..*

je t'aime!


##psstt! ala, kenapa William & Kate tak kawen hari ni (30 April). kan nanti leh sama tarikh enibeseri kita. bheheheheeeeee

26 April 2011

# To see the bright side of the dark side!

As I was looking outside to enjoy the morning view, my eyes caught a sight of a butterfly trying desperately to escape through the glass door. It flew from left to right, up and down and then went back to the left again.

Of course, it was making no progress at all despite all the efforts. The irony is, there was a large opening just a few inches to the right! The opening was darker than the window because it was covered with blind that were tilted downwards to reduce the sunlight coming in.

A few hours later, I found it lying motionless on the floor. Only if it had ventured a little more to the "darker" side and stay away from the bright, shining window...I could not help but thinking, "what if we are in the same situation as the butterfly?"

Trying hard to escape through the closed window when the opening was right there. Are all the glitters, shines and bright light good for us? Or conversely, are there goodness in the seemingly dark side?I guess the only way to find out is to listen to both sides. Venture out of the obvious and try things differently. Evaluate the good and bad in every situation. And, do not forget to tell this to our kids too so that they do not end up like the butterfly in the window!

Copyright: Smart Parents Network

24 April 2011

# Fly me to the moon!

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars

In other words, hold my hand
In other words, darling, kiss me

Fill my life with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars




19 April 2011

#kuih bulat-bulat





sungguh terkenal kan sekarang kuih apam polka dot ni. dah la kiut. sedap lak tu. heheeeee. ;) bagi aku yang memang tak terer masak ni pun boleh mampu buat, hehehe inikan pula yg terer turun dapur tu kan.

dapat resepi dari SINI. banyak je resepi apam polka dot ni kalau korang google. tp so far, resepi yang aku ikut ni, memang menjadi lah ;)

ok. pada sesap yang nak mencuba tu. meh kita share resepinya.

3 biji telur
280 gm / 2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
220 gm / 1 1/2 cwn gula halus. (tp klu letak filling, kurangkanlah gulanya)
250 ml / 1 cwn susu segar / susu cair / santan / susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanila
untuk filling; letak ikut suka korang. kaya ke, cekelat ke, blueberry ke.. aku prefer cekelat!
pewarna ( bahagi adunan kepada beberapa warna)

Cara membuatnya:
1. Pukul telur + gula halus + ovalette sampai betul2 kembang.
2. Masukkan tepung, susu, baking powder, esen vanilla secara berselang seli.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna. ikut selera mata kita lah mana yang cun kan :p
4. Masukkan ke dalam pipping beg. supaya senang sket kita nak buh dlm papercup tu. papercup tu pula susun dulu dlm acuan lompang ke atau lain2.
5. letak separuh adunan ke dalam acuan. kemudian letakkan filling nya. dan kemudian picit sekali lagi bagi menutup filling tadi. hingga hampir penuh.
6. dan last sekali, part paling best, buatkan dot2 nya tu. owh sblm tu nak bg tau, kalau buleh asingkan adunan dlm piping beg yang utk picit dot2 tu. sbb kita nak potong kecik je hujungnya tu. senang sket nak dot dot kan. ;)
7. dan lepas tu, boleh dikukuskan, selama 10-15 minit. dengan api yang perlahan.



dah macam permainan playdoh je ha aku tengok. chem sebut, kuih bulat-bulat. heh kiutnya kan.

ok. selamat mencuba! ;)


11 April 2011

#pada suatu malam...


tengah mood sakit gigi. eh, eh tua-tua ni lah nak sakit giginya. bising Chempaka dengan ayat dia..

"ha tu lah, tak gosok gigi!"

amboi, ibu macam biasa dengar je ayat tu. balas balik nampak. dah. dah. tak mau dah cerita panjang lebar mcm wan lebor. meh tengok aktiviti Chempaka ibu hari-hari.




"ibu, kakak susun sini eh. nanti nak bagi babah tengok"

sentap ibu! terus malam tu tidur bertemankan dengan kain pelikat abahnya! heh

05 April 2011

#rinduku setengah mati

hampir 3 bulan sudah kami jauh dengan babah. macam tak percaya dgn diri sendiri yang diri ini mampu berdikari. sebelum ni banyak perkara yg saya bergantung harap dgn babah. ye saya mengaku. segala bil, bayar kereta ke apa ke tak pernah ambil tahu. apatah lagi mahu pergi membayarnya. yang saya tahu hanya pergi giant beli barang dapur! behehee.

orang selalu tanya, eh macam ne ye jauh dgn sang suami. penat juga lah nak jawab. ikut logik akal, mmg susah lah kan duk jauh-jauh ni. bukan sempadan dgn sungai mahupun laut china selatan ataupun selat melaka. tapi jauh nun berbeza benua. kadang saya rasa diri saya kuat. kuat sangat. eh perasannya! :p tapi ada ketikanya saya rasa down juga. rasa lemah yang amat-amat. terutama kalau ketika Chempaka tak sihat. chempaka menangis. ibu nya pun nanti sama menangis.

tapi saya masih bersyukur, keluarga yg lain ada hampir dengan saya. keluarga sendiri dan keluarga mertua. syukur jugalah kan. kalau tidak mau sengal ubi juga terperap berdua dgn chempaka saya.

paling yang saya tak dpt menahan air mata ni keluar bila chem selalu cakap " kakak nak tggu babah balik ni. nak pergi giant dgn babah naik motor. lama dah kakak tak naik motor". selalu bila nak buat apa2 dia akan cakap "kakak nak tunggu babah balik dulu.." :(

cara kami berhubung hanya lah dengan melalui YM dan Skype. syukur. masih boleh bervideo call dan mendengar suara. dalam byk-byk bil, bil internet yg paling utama ke bayar. lupa byr nanti, kena potong pulak. bhehehe.

tapi mana nak sama kan kalau yg tersayang nun jauh di sana. tetap rasa bezanya. makin lama, rindu makin menebal. tiap malam sblm melelapkan mata, terasa2 seperti mahu terbang ke sana! kalau lah dengan hanya sekelip mata mampu sampai ke sana. oh, bahagianya rasa.

sepanjang ketiadaan babah, byk perkara saya pelajari. semua saya buat sendiri. sila berikan tepukan gemuruh kepada saya. clap. clap :p melayan chempaka saya sendiri. walau kadangkala bikin darah ni melonjak naik, tapi saya tetap bersabar dan berharap saya kuat sentiasa.

harap-harap kalau diberi peluang dan ada rezeki, insyaAllah kami akan jejak ke sana. tapi sblm tu, byk perkara yg harus diuruskan dan difikirkan. semoga Allah permudahkan jalan hidup kami.




hujung bulan ni, ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. tak dpt nak bayangkan situasi yang bakal dihadapi. rinduku setengah mati..

apa pun saya bersyukur kepada Allah atas limpah rezeki dan kebahagian yang dikurniakan buat kami sekeluarga. syukran ya Allah.


*pheww,entry kali ni mmg sgt emosional. tak suka sebenarnya nak buh entry2 gini. saya suka yang happy2 jek. tp takpe lah, berilah saya peluang nak berjiwang2 sekejap ye ;)