Showing posts with label duit takde. Show all posts
Showing posts with label duit takde. Show all posts
gua membuka wallet gua. terlihat sekeping duit rm50. duit kaler laen langsung takde. gua terus membelek kalendar dekat dinding. gua kira2,ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum elaun dari PaMa gua nk masuk. gua mula risau. mcm2 yg gua pikir,mane cukup rm5o nk hadap tuk dua minggu.
"nak tak nak gua kene blk umah jgk minggu ni,klu tak,masak gua"bisik gua dlm hati.
gua dgn cergas terus meluru ke stesen bas. tak nampak muka2 yg wajib blk tiap2 minggu. mungkin busy sangat dengan assignment sampai tak sempat nak balik.
"kak,tiket untuk hari jumaat malam ada lagi tak?"soal gua.
"ada,nak bape keping?"bls kakak jual tiket.
"kalau sy dtg dengan girlfiend sy nak dua keping,tapi datang sorg je ni,bagi sekeping je la"jawab gua selamba.
gua boleh nampak kakak tu tarik muka. peduli apa gua,bukan nya tiap2 minggu gua kena jumpa kakak ni. gua naik bas dgn penuh pengharapan. kalau2 gua dapat duduk sebelah awek cun hari ni. hampa. seorang makcik bertudung labuh sudah pon landing baek punya sebelah seat gua. sebagai jejaka yang masih ada nilai ketimuran,gua lemparkan senyuman yang cukup menawan kepada makcik tersebut.
gua terus pakai earphone sambil pasang lagu ombak rindu. gua da pon sampai bila gua tersedar. gua da nampak wajah seorang wanita yang melahirkan gua 23 tahun yang lepas. gua terus menuju ke rumah. di rumah,gua hanya menghabiskan masa menonton tv. sekali sekala gua hadap pes 2009. gua mmg malas nak on9 time kat umah. tenet lembap.
selepas dua hari di rumah,akhirnya tiba masa untuk gua pulang ke tempat gua mencari ilmu. lepas je gua cek tiket, gua terus bersalaman dengan mak gua. ketika bersalam tu,gua perasan ada kertas kat tangan mak gua. gua kait kertas tu guna tangan. gua mula tersengih bila nampak ada dua keping duit rm50.
gua naek bas dgn senang hati. gua langsung tak pandang awek yang duduk sebelah gua ni. dalam hati,gua amat yakin dengan duit rm1o0 ni, cukup la untuk belanja dua minggu. sampai di rumah sewa, gua terus on9 facebook. dua hari tak on9 time kat umah memang menyeksakan.
tengah kusyuk on9,gua tertarik dgn design jersi team tony fernandez ni. gua cek size die,mmg ada size gua. tanpa berfikir panjang,gua terus order nk angkat sehelai. lepas isi sume details yg diperlukan,gua gagahkan diri idup enjin moto then pegi cash deposit untuk buat bayaran.
lepas buat bayaran,gua sengih macam kerang busuk. tak sabar rasanya nak tunggu jersi ni sampai. mane ada orang pakai lagi jersi team QPR ni,memang rare sungguh. gua terbaring kepuasan sambil berangan memakai jersi. selepas setengah jam terbaring,gua mula terpikir something.
"cukup ke duit balance rm50 untuk belanja selama 2 minggu??LOL!!!"
p/s:lepas repeat baru kita sedar,sedar yg memang x mungkin kita akan dapat dekan..
Subscribe to:
Posts (Atom)