“Mohd Azne bin Mohd Hazlin”
Nama aku bergema di dalam dewan baru serba
indah ini. Aku sedang berdiri di atas pentas tatkala nama aku dipanggil oleh
emcee. Aku meluru kearah Pro Canselor yang sedang duduk di atas kerusi sambil
memegang skrol. Aku menunduk sedikit dan mengucapkan terima kasih sebaik sahaja
skrol bertukar tangan. Aku sempat menjeling kearah pentas. Ada beberapa orang
pensyarah yang sedang berbisik-bisik sambil menjeling kearah aku. Aku tahu,
memang mereka sedang bercakap pasal aku. Tiada apa yang membanggakan pabila
bergraduasi dengan hanya mendapat pangkat kelas kedua rendah.
Shit!!
Aku kembali ke tempat duduk. Beberapa orang
pelajar yang mendapat Ijazah kelas pertama berbisik-bisik sambil ekor mata
menghala kearah aku. Aku memandang tepat kearah mereka. Aku mengangkat jari
tengah, mereka terkejut lalu terus memandang kearah lain. Tindakan aku tadi
mengundang perhatian daripada orang di sekeliling. Aku diamkan sahaja, sambil
cuba membelek-belek skrol yang baru aku terima ini. Aku cuma tidak faham, apa
masalahnya jika aku mendapat Ijazah kelas kedua rendah? Atau kelas ketiga
sekalipun? Apa yang mereka sibukkan? Bangga sangat dengan Ijazah Kelas Pertama
mereka itu?
Puii!!
Kita hidup di dalam masyarakat yang terlalu
memandang tinggi mereka yang mendapat keputusan baik di dalam peperiksaan.
Mereka yang tidak berjaya di dalam peperiksaan sering dipandang serong dan
tidak dipedulikan. Ini membuatkan ada di antara kita terlalu mengejar markah
yang tinggi sehingga sanggup menggunakan cara yang salah. Mereka sanggup tidak
keluar rumah dan menghafal setiap butir perkataan di dalam buku teks dan
menulisnya kembali di atas kertas jawapan peperiksaan. Mereka tidak memahami
apa yang dipelajari sebaliknya hanya menghafal bulat-bulat segala apa yang
diajar. Hasilnya, keputusan mereka cemerlang, jawapan mereka tepat dan mereka
dijulang.
Bagi yang tidak mahu menghafal, bersiap
sedialah untuk menerima markah peperiksaan yang rendah. Bersiap sedialah untuk
dipandang hina dan bermimpi sahajalah untuk menerima jemputan ke majlis
penganugerahan. Aku tidak suka menghafal, dan tidak mengejutkan jika markah
peperiksaan aku sering rendah. Sekurang-kurangnya aku jujur dengan diri aku dan
tuhan, aku tidak meniru di dalam peperiksaan, banyak mana yang aku tahu, banyak
itulah yang aku dapat. Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang hasil
daripada bantuan toyol, aku tidak mahu campur. Itu urusan kalian dengan tuhan,
tuhan maha mengetahui apa yang kalian lakukan.
Aku sudah berada di luar dewan. Terlihat
kelibat Ikram, sepupu aku sedang menunggu di tangga dewan. Di hari
konvokesyenku, hanya sepupuku yang datang, kedua ibubapaku tidak mahu hadir,
kerana malu anak mereka hanya mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah.
Sadis.
Kalaulah mereka tahu betapa azabnya aku untuk mendapatkan segulung Ijazah ini,
pasti mereka akan datang, sama seperti ibu bapa yang lain. Tetapi, mereka tidak
faham, apa yang mereka tahu, belajar di universiti dan dapatkan markah yang
tinggi. Bukan semua orang mampu.
“Hey
bro, congrats bro, grad pon ko,hahaha” Ikram mengucapkan tahniah kepada aku.
Ikram merupakan seorang photographer bebas, jadi aku merasakan tujuan dia hadir
pada hari ini lebih kepada ingin improve kemahiran dia mengambil gambar,
dan bukan datang kerana aku.
“Ko
tak payah nak congrats sangat la bro, aku bukannya cemerlang pon” aku membalas.
“Arghh
rileks ar bro, cemerlang ke tak, at least ko ada degree bro, bukan semua orang
boleh ada degree,hahaha” Ikram cuba memujuk aku.
“Arghh
pergi mampus la dengan degree, ko datang sorang ke? Awek-awek takde ke?”
“Aku
datang dengan awek aku la, tu dekat bawah tu” Ikram menunjuk kepada aku makwe dia
yang sedang berehat di tangga luar dewan.
“Perghh,
kemain steady awek ko, dah macam Nikita Willy aku tengok, pass dekat aku la”
“Kepala
otak ko!! Awek aku tu giler, kalau ko nak awek, cari la lain, ni dekat sini pon
ramai awek ni, ko pilih je nak yang mana” kata Ikram sambil menjuihkan mulut
kearah seorang makwe yang memakai baby-t berwarna pink.
Ramai sungguh ahli keluarga yang datang pada
hari ini. Sehingga membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang membuatkan
mereka begitu teruja dengan hari konvokesyen sehingga sanggup datang
beramai-beramai? Ada yang datang dari utara tanah air dan tidak kurang juga
yang sanggup menaiki pesawat dari Malaysia Timur.
Apa yang begitu istimewa dengan hari
konvokesyen? Cuma sebuah hari di mana para pelajar yang sudah menamatkan
pengajian akan berbaris panjang untuk mengambil skrol di atas pentas. Kemudian,
akan ada satu sesi untuk bergambar di luar dewan, itu sahaja. Tiada apa yang
istimewa.
“Azne, jom bergambar dulu” aku disapa oleh
seorang pelajar perempuan bernama Ramnah. Ramnah ini merupakan budak pandai di
dalam kelas. Maka, tidak hairan jika dia naik keatas pentas dengan memakai
selepang di bahu.
“Wajib ke? Malaslah aku” aku cuba memberi
alasan. Aku rimas memakai jubah lengkap dengan mortar hood ni. Aku mahu lekas
pulang dan tidur.
“Jomlah dulu, buat kenangan, lepas ni dah tak
jumpa dah” Ramnah masih cuba memujuk. Dengan berat hati, aku turutkan saja
permintaan dia.
Setibanya
di board gergasi yang diletakkan di luar dewan, sudah ramai rakan-rakan kelas
yang menanti sambil memegang sejambak bunga di tangan. Ada kira-kira lima orang
pelajar perempuan yang ada selepang di bahu, sudah ala-ala Jackson 5 pula.
Hebat.
Mereka semua ni memang hebat. Bukan mudah nak dapatkan Anugerah Dekan bagi
setiap semester. Aku kini berada di hadapan board gergasi yang tertulis Sidang
Konvokesyen kali ke 77 dengan logo universiti dan gambar sebilah keris. Keris
memang sinonim dengan universiti ini, memandangkan universiti ini hanya dibuka
untuk golongan bumiputera.
Aku
hanya tersenyum kelat pabila flash dari kamera DSLR memancar-mancar. Terasa
sungguh janggal tatkala bergambar di kalangan mereka yang megah menerima
Anugerah Naib Canselor. Aku rasa diri aku hina. Hina sangat-sangat. Selesai
mengambil beberapa keping gambar, aku mula melangkah pergi. tetapi, langkah aku
terhenti.
“Azne,
ko buat apa sekarang?” aku disapa oleh Husna, classmate aku yang cemerlang.
“Lepak
rumah je, asal?” aku jawab slumber.
“Owh,
aku sekarang kerja dekat PM Care, ko tak kerja lagi la ek?” Husna cuba bermain
api.
“Yup
belum, so????” aku menjawab dengan nada sedikit tinggi sambil muka menjegil
kearah Husna. Dia perasan aku tidak senang dengan pertanyaannya dan dia mula
beransur-ansur hilang dari pandanganku.
“Bodoh!
baru dapat kerja dekat PM Care, dah nak berlagak, belajar separuh mati, tapi
gaji seribu lebih je, cina yang tak masuk u pon senang-senang boleh dapat 5K
sebulan, bodoh!!” aku bermonolog sendirian di dalam hati, mentertawakan
golongan yang belajar separuh mati hanya untuk mendapatkan kerja makan gaji
yang tak seberapa.
“Beb, jom pergi minum, aku haus ar” aku
mengajak Ikram membasahkan tekak dan meninggalkan keriuhan pesta konvokesyen.
Ikram mengangguk dan memberi isyarat kepada makwenya, Liza. Aku sempat
memandang kearah Liza. Mantap.
“Ko pandang apa tu beb?” Ikram menegur.
“Hahaha,takde apa la beb, eh jom la, dah
lambat ni” malu juga aku kantoi usha si Liza tadi, tapi dia memang mantap,
betul.
“Tapi aku datang sini nak ambil gambar ko
konvo bro” Ikram menerangkan tujuan sebenar dia datang.
“Hah cepat la, ambil 2-3 keping, lepas tu
blah la, aku rimas duduk sini” aku mengarahkan Ikram mengambil gambar aku dan
kemudian beredar secepat mungkin.
Usai mengambil gambar, kami bertiga menuju
ke kedai mamak. Aku memang lebih selesa untuk minum di kedai mamak. Ikram juga
begitu, tetapi aku kurang pasti dengan Liza. Aku perasan Liza seakan terpaksa
berada di situ. Hanya jasadnya terbentang di hadapan aku dan Ikram, tetapi jiwanya
mungkin tersangkut di Old Town White Coffee. Aku tidak hairan, melihat cara dia
dress up pon aku sudah tau, dia bukanlah gadis yang betah untuk minum di kedai
mamak.
“Sayang, ok tak minum dekat sini, macam tak
suka je ni?” Ikram bertanya kepada Liza. Liza cuma mengangguk berlagak ok
sambil melemparkan senyuman plastik. Aku perasan dia tidak selesa di sini.
“Bro, ko duduk la dulu dengan Liza, aku nak
pergi toilet kejap” Ikram meminta izin untuk ke toilet, meninggalkan aku kini
berdua dengan Liza.
“Ko ok ke tak ni Liza minum dekat sini, aku
memang suka minum dekat mamak” aku cuba memulakan perbualan dengan awek sepupu
aku.
“Ok je, asal?” Liza membalas.
“Muka macam terpaksa je minum dekat sini”
aku memerli dia.
“Takde la, aku ok je, ko ni sepupu Ikram
ek?”
“Yup, asal, aku lagi hensem dari Ikram ek?”
“Euwww”
Bersambung...
p/s: cerita paling berani pernah aku tulis