Monday, August 22, 2011

Kad Raya

Kad raya..
Kad raya dah siap disampul dan siap ditulis, hehe. Hari ni plan nak pergi pos office sebab hari ni juga ada checkup dengan Dr Bala. Macam tak kerja pulak, haha mana tau kot kot dapat mc =) teehe !

Saja je nak bagi kad raya, nak kembalikan feel bagi kad raya macam dulu-dulu, klasik ! 
Aku dengar berita hari tu, dia kata kad raya yang dihantar/pos selewat-lewatnya 24 ogos pun, bakal sampai sebelum hari raya.
Sekarang, 22 ! yay sempat sempat.  
Terima kasih kat mereka-mereka yang nak terima kad raya yang tak seberapa dari aku ni. Aku ada post status kat fb, sda sesiapa nak kad raya? bolehla pm alamat :) 
Aaaa mereka-mereka, tunggu di inbox rumah masing-masing kad raya ni ea.

Bye.
Klasik ! 


ps: ada sesiapa mahu kad raya? tinggalkan alamat n nama di comment box..


Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

Flashback Merdeka

Tema 2011 : 1Malaysia, Transformasi Berja, Rakyat Sejahtera
Aku hampir terlupa yang sebenarnya kita ni tengah berada dalam bulan kemerdekaan.

Bila flashback, masa paling meriah sambut merdeka adalah masa sekolah. Start je 1 Ogos, setiap pagi perhimpunan kena nyanyi lagu 3 lagu wajib. 
Keranamu Malaysia
Jalur Gemilang dan
yang paling wajib Tanggal 31. 


Play jika ingin menaikkan semangat.


Masa tu rasa macam malas gila nak nyayi, kalau nyayi pun macam aaaaa (suara orang malas), part-part last baru je semangat macam keranamu Malaysia, part TERIMA KASIH MALAYSIA memang bergema satu sekolah.

Lepas tu adalah pertandingan kelas tercantik, sekolah penuh bendera, ada pula pertandingan sajak la cerpen la macam-macam ada kalau masuknya bulan Ogos. Meriah. Tapi masa tu aku tak amek port selain kalau ada sambutan merdeka dan perlukan khidmat orkestra baru aku join. (itupun sebab memang aku wajib masuk)

Lepas habis tingkatan 5, aku tak ingat pun akan ada situasi macam sekolah dulu maksud aku dari segi meriahnya sambutan kemerdekaan. Tak ada. Sedih dan..

Rindu pulak.

Disebabkan rindu, kalau masa sekolah nak nyanyi malas, tapi sekarang bila best104 putar lagu tu (3 lagu kat atas) akula orang pertama rasa semangat nak nyanyi.

Ahh dulik, orang nak cakap apa ! 

Saturday, August 13, 2011

3 Gelas Untuk Sahur

2 minuman di atas, aku minum setiap hari untuk sahur. Satu gelas horlick satu gelas air glukose dan satu gelas air masak bersama pil-pil wajib dan pil supplement (vitamin c, vitamin b dan juga iron) Cukup tenaga untuk satu hari :) Alhamdulillah. 

Sebenarnya aku berazam puasa tahun ni nak makan berat masa sahur (macam nasi ke mee ke roti ke), tapi sampai sekarang masih belum boleh, adeh =_=". Bukan sebab tekak kembang tak lalu nak makan ke apa, tapi bila bangun sahur perut ni masih kenyang? Eh macam mana ni... 

Bila tak sahur, aku ada sedikit ragu-ragu dengan badan sendiri takut tak bermaya satu hari. Sebab tu aku minum air glukose tu. Aku percaya pada tag line dia..
Rapid Energy Everyday
Kira bila aku minum, aku ada tenaga ! even tak makan benda berat as mentioned. Result, ya badan tak lesu pun. Cubalah. (nasib betul berkesan, tak la aku claim tipu punya tagline)

Air masak wajib di minum lepas bangun tidur, sebab ikut petua awet muda, hahaha. 

Ahh tak kirala korang masa sahur makan apa pun, yang pasti sahur sunat dan ada hikmah di sebalik sahur. Tak rugi bersahur :) 

Ada nak join sahur macam aku?? hehe
Selamat Berpuasa ! 

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #3

 
 Melihat keindahan Tuhan bukan aku je yang kagum, kucin pun :)

Monday, August 1, 2011

Baru Habis Baca, Tau Dah Lambat

Aku baru habis baca buku For One More Day, Mitch Albom. Tahu tahu aku terlambat, buku ni dah jadi bestselling worldwide dan pernah di filemkan pun, baru tergerak nak baca. Sadis. 
Tak apalah bak kata pepatah biar lambat, asal selamat membaca :P 
Buku ni berkenaan dengan keakraban seorang anak dan emak, betapa dia sayang dengan emak dia. Dia itu namanya Chick. Lepas satu kemalangan, Chick ni boleh jumpa dengan emak dia yang dah 8 tahun meninggal tapi sehari je.
"When someone is in your heart, they're never truly gone. They can come back to you, even at unlikely times."  - favorite quote 

Aaaa tekan play untuk sinopsis. Aku punya sinospsis terlampau ringkas :P
Buku dia tak tebal pun, lebih kurang 200pages aja, kalah lagi buku lagenda budak setan 500pages ? 

Aku google nak cari gambar buku ni  kemudian aku terjumpa pulak ebooknye.  Sesape nak baca  ebook for one more day kat SINI. Sama je kandungan dalam ebook dengan buku traditional. 
Salah satu ayat aku suka dari buku ni..
"But there's a story behind everything. How a picture got on a wall. How a scar got on your face. Sometimes the stories are simple, and sometimes they are hard and heartbreaking. But behind all your stories is always your mother's story, because hers is where yours begin." 


Bacalah, tak rugi :)
Selamat Berpuasa !