Friday, June 25, 2010

Gara-Gara Folder Gambar, Memori Terkenang

Dalam seminggu, ada 2 kelas untuk subjek channel. Kiranya 4 jam kelas la. port biasa yang aku duduk adalah selang 1 meja depan, kira aku duduk tempat ke dua.

Sebelah kanan kiri depan belakang memang penduduk tetap. Hehe. ada 8 meje dalam satu row dan dipisahkan 2. Jadinya 4 4 la mejanya.

Aku, duduk meja 3 dari 4 sebelah kanan. Kanan aku tia, kanan tia fadlur dan kiri aku izan. Selama 4 bulan tu memang kat situla port kami, tak berubah. Macam dah lekat nama atas meja, meja tu kami pnyela !

Kali pertama lecturer tu datang dia dah bagi lampu hijau baik punya. Dia cakap “dalam kelas saya ni, kalau awak dapat tahan 30 minit pun jadi, the rest awak nak tido pun tak pe, boring kelas saya ni”

“yes” kahkahkah

Ingatkan dia main-main, perli ke sebab tak bagi tidur. tapi memang serius ! kelas dia memang 30 minit je kau boleh tahan, the rest will be history.

Aku bukan nak mengutuk. Punca kelas tu boring sebab dia mengajar duduk. Bila dah duduk sama la level dengan pelajar yang duduk, tak nampak muka, padan muka aku sapa suruh duduk 2nd row. Lagi, tak menggunakan power point malah tak juga menggunakan white board. Dia Cuma duduk dan bercakap for 2 hours ?! tak de lawak tak de pape. Aku pun tak berjaya survive kat kelas dia. haha

Ramai tido, syahid masa belajar la katakan, even budak duduk depan dia pun boleh tido apatah lagi aku belakang budak yang tido tu.

Aku? walau aku ngantuk sekali pun, aku tak sampai hati nak tido. Kesian, beb patutnya kene kesian diri kau sebab ilmu kau tak dapat. Tu la, dia beriya mengajar, pelajar tido. Kesian kan, jadi aku memang dah buat alternative dah untuk tak tido. Aku akan beli gule gule seringgit, kacang adalah dalam 2 3 bungkus. Cukup ! untuk 2 jam kelas dia tanpa aku tido. Hehe

Dia ajar, aku tengok angguk2 kepala sambil makan kacang. Haha

Tapi, satu hari ni, si fadlur ni buat satu permainan pula. Kalau dah buat game, seriously masa tu memang sangat hebat penangan bosan. Selalu yang aku perhatikan si tia ngan fadlur ni suka berbual, si izan pula dengar mp3, mentang-mentang pakai tudung tak nampak. Hee aku makan kacang ngan gula tula, dari m terus ke L. ish ish.

Game ni : apa pendapat awak tentang ijan, qila, tia dan fadlur haha senang je main dia. mula-mula fadlur amek kertas, dia akan tulis apa pendapat dia tentang the rest 3 except him. Pastu past kat tia, tia akan tulis pendapat dia tentang the rest 3 except her dan kemudian past kat aku kat ijan. Ulang-ulang sampai kertas penuh.

Haha, tergelak gelak baca apa dieorang tulis. Nah, bacala sendiri. kalau clear la..salah satu cara lain untuk hilangkan ngantuk. Tapi ni colloberation 4 sekali. Kahkah..


Tak boleh belah bila
Izan = kadang-kadang sewel ?! haha siapala yang tulis ni.
Tia = makeup tebal 3 inci..haha ni aku tau sape tulis, kerja si fadlur la ni
Fadlur = kacak, suka tengok perempuan cantik ? ok perasan..haha
Qila = comel..aw kembang kejap, comel pulak..pehhh keciwa gila

Maka kelas pada hari tu berakhir dengan ilmu game colloberation idea asal dari fadlur. Hehe. kami tak tido.
Satu apa dia ajar tak masuk sebab sibuk main main. haha nakal.

Aku cuma akan rindu saat tu.

Keputusan akhir sem hari tu majority channel dapat A! wewewe termasukla aku, ijan, tia? Tak sure dan fadlur dapat A. haha terima kasih Puan, kami nakal tapi kami belajar subjek puan dengan bersungguh sungguh. Hee entah-entah lecturer tolong dapat A, apapun Alhamdulillah. 




ps : ni semua gara-gara aku belek folder gambar la ni.

post signature

Wednesday, June 23, 2010

Nenek Borek Cucu Rintik

Aku rasa aku mewarisi mak tok punya perangaila, sebab...

Sebelum amek kucing semalam, mak aih dia punya bising fuh telinga ni panas je, menahan segala input input bebelan.

Normal la perempuan kuat bebel, aku?bebel gak, tapi tak kerap.

Petangnya, amek kucing 2 ekor.

Tetttt mak tok tak pandang langsung, buat dek je. Eceh, merajuk la tu, dia macam anti sikit kucing.

comel je ulat ni..

Pagi tadi..

Aku bangun..uih, siap bagi makan lagi kat kucing. Kasi main kat luar rumah. Siap panggil-paggil nama lagi,
 " gam olin jangan main kat rumah orang, sini-sini "

Hahaha

Mak tok mak tok.

Cakap je tak nak, dalam hati nak tu. Kutahu, kita samala mak tok ngee

Nenek borek cucu rintik ye tak haha.


post signature

Monday, June 21, 2010

Hari Hari

Hari Jadi

19 jun lalu genap 21 tahun. Dah besar…

Aku cakap ngan ibu, “ bu 21 tahun tande kebebasan..hee yay !”..ibu jawab “ jangan mengade kau, nak pergi mana-mana beritahu ibu dulu”

Haha. Baikla…

Tahun ni ada sikit lain, sebab sehari sebelum 19 jun abah ajak keluar..makan makan tapi bukan officially sebab hari jadi aku, sedih. Tapi tak apa la, sekurangnya salah satu list impian tercapai “makan bersama abah sebelum 19 jun”. ini first time ! Terima kasih Tuhan, kerana tunaikan salah satu impian kecilku.

Ucapan dari kawan sekolah, kawan blogger, kawan facebook, kawan uitm, kawan matrik sangat buat aku tersenyum lebar satu hari. Terima kasih daun keladi, tahun depan insyaallah wish la lagi..:P hee main-main je.

Dan terima kasih kat Afiq, sebab dia belanja makan kek ngan kfc ! wewewe ~~
(sebenarnya nak keluar pun tak tenang, mengenangkan isnin 21 jun ada final paper im, tapi pergi juga, dah orang nak belanje..rezeki ni)


Final IM (internet marketing)

Hahaha, sian..

IM ni menarik kalau practical, bila buat teori macam ni la jadinya. Pening kepala nak baca sebab terlalu mendalam, dalam dan dalam. Berapa banyak kali aku tertidur time baca. 

Alhamdulillah, tadi boleh jawab walaupun banyak juga KBKK, haha.

Harapannya, agar ni kali pertama dan terakhir aku amek IM, tak nak repeat..aku benci repeat paper sebab kene belajar benda yang sama sekali lagi.

Mesti rindu nak tengok gaya Mr Farhi lagi lepas ni..


Balik

Hari ni ku balik Johor. Ohh, johor tercinta. Ceh, padahal baru 2 minggu tak balik je..

Dan dan, ini kira cuti sem aku, 2 minggu ! jadila kan..
Nak cari duit..duit.

Sape kat sini pernah jadi jurutaip sambilan ? rasa macam nak cuba la. 
post signature

Wednesday, June 16, 2010

Main Mata

Aku ada 2nd test internet marketing tadi (pukul 9.00 am). Dia ada bagi hint (kelas semalam pukul 4.30pm) , cuma tajuk je la. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya dia bagi sikit hint, dari dia kata, ”baca dari chap 5 sampai 9”. Bengkak mata aku tak tido malam kang, ceh konon macam aku belajar sangat ni hahaha.

Walaupun dia bagi tajuk, bukan senang nak cari. Serius. Buku IM baru tu sengal, patutla murah..tak de index ! makin susah aku nak cari page macam ni.

Nasib ada e book IM. Tapi lain sikit la. Sakit mata la pakai e book, baca tak puas.

Tapi aku sempat baca. Kene sempatkan ! Mati aku nanti result teruk.

Masa exam, aku duduk selang satu meja kebelakang dari meja Sir Farhi (lecturer IM). Sebelah aku Tia. Belakang aku kakak-kakak err aku tak ingat nama dia, tapi dia baik..pandai berbual.

Kertas dan attendance Sir bagi kat aku, memandagkan aku antara orang yang duduk paling depan.
Masa jawab I jam setengah. Tak banyak soalan nya, adalah dalam 4 soalan campur anak 7 soalan la kene jawab.


Sedang aku fikir ayat best untuk nak tulis, aku rasa macam ada orang tengok aku, sense aku kuat sikit, hahaha aku donggakkan kepala sikit, aku tengok Sir, Sir terus pandang tempat lain.

“eh Sir ni, aneh je”

Tunduk bawah, tulis-tulis, idea datang mencurah-curah bagai di ladang gandum, haha. Aku perasan, ada orang tengok aku lagi.

Donggakkan kepala, tengok Sir. Sir pandang tempat sambil mulut terkumat kamit. 

Aku pandang kiri tengok dinding, tunduk balik, " memang sah dia main mata ngan aku ahh tak tenang la macam."

Hahaha






Aku harap, dia tak nampak apa aku buat. Disebabkan aku tak tau jawapan no 3(b), aku mintak kertas Tia kat sebelah. Heee

Aku harap bukan sebab tu jugak dia main mata ngan aku. Serammmmmmmm.

post signature

Friday, June 11, 2010

Aku Jarang Beli...

...... barang dalam quantity yang sikit. Quantity mini, comel comel, amat jarang. Aku lebih suka beli pack jumbo..besar gedabak punya. Senang, sekali beli, tahan lama.

Kalau bedak, beli botol paling besar ..
Kalau deodorant, beli sekali 3 pack..
Kalau ubat gigi, beli pack besar sekali ..

Tujuan nya satu. Tak perlu ke kedai banyak kali. Leceh la, memandang aku ni lebih suka beli barang dengan ibu hehe nanti ibu bayarkan..barang pun boleh tahan 2 3 bulan.
saya comel..

Satu penyakit bila kau beli benda besar ni, kau akan menggunakan dalam quantity yang besar jugak. Contohnya, macam bedak baby..

Tuang sekali " ala, banyak lagi ni, tuang lagi lagi dan lagi "

Kononnya, nak bau sama macam baby, ceh tak de nya akan sama laa. Tengok-tengok satu hari dah gunakan bedak melebihi tahap yang sepatutnya.

Ish ish ( salah satu strategy perniagaan diorang dah berjaya )

Aku la tu orangnya dulu kala. Sukar ya..bila nampak benda tu banyak, terasa nak amek banyak juga..macam makanan, hidang kat rumah orang, kadang-kadang orang tu hidang macam nak makan pun tak sampai hati (cipot sangat)  kita makan juga kan tapi quantity sikit la. Ada tu pulak yang hidang, kalau tak makan nanti membazir (terlebih-lebih) kita makan dengan banyak.

Itula..

Kecik = jimat (tak tahan lama)

Besar = jimat + membazir
Bila kau beli pack besar ni, kau boleh melatih diri untuk berjimat secara tak sengaja disamping dapat kurangkan duit belanja, jangan terpedaya dengan strategy perniagaan ni, kita boleh berjimat ! Ayuh ! 




Ps : Baru lepas tengok result, tu la yang macam kepala goyang-goyang lagi hahaha.
Ps2 : Tag dan award akan dijawab nanti :) terima kasih kerana sudi mengetag dan mengeward.
 post signature

Friday, June 4, 2010

Semalam..


.... petang, sambil-sambil menunggu cerita Syahjihan (tak sangka pengaruh kamal adli sangat kuat yer, hahaha), aku tengok Replays Believe it or Not…tv3 ulangan la ni agaknya..

Aku tertarik dengan satu err slot. Slot ke ea, satu cerita la dalam ni..

Tentang seorang nenek yang kumpul car hub dari dia muda sampai sekarang. Umur dia sekarang 90 tahun..Aku tengok masih teguh lagi badan dia, Alhamdulillah. Banyak gila car hub dia kumpul..beribu mungkin. Dan era sekarang, orang berpusu-pusu nak beli car hub dia. Satu car hub boleh cecah paling mininum pun ratusan dollar. Uish !

gambar nenek yang di cilok dari google..

Nenek ni pandai.

Kita patut contohi nenek ni. 

Cuba bayangkan kalau kita kumpul barang sekrang..30 tahun lagi, barang tu akan jadi antik, dan dan zaman akan datang mesti susah punya nak tengok barang-barang sekarang.

Mana tau, ada orang berminat nak beli barang sekarang untuk masa depan ?! Jual bukan murah, sebab ni bertahun punya barang. Wow…money money money 

Antara barang yang kau boleh simpan adalah, laptop..walau laptop kau dah rosak ker, simpan je.. mungkin semua barang dah di pack jadi satu. Err maksud aku, kat situla tv, kat situla camera, kat situ kad kredit, kat situla laptop…all in 1. Kan dah canggih. Laptop besar macam aku ni dah menjadi history, barangan antic yang bernilai untuk tontonan generasi baru.

Macam nenek ni, dia gigih kumpul car hub. Kalau aku, aku mungkin akan kumpul novel-novel, beg, barangan elektronik (radio ker..eh, aku ada lagi radio yang macam waki toki, warna putih..hahaha antic, susah ni nak jumpa sekarang, handphone).

Puh kalau macam ni punya banyak...mau kene bebel dengan ibu

Okla cukupla 2 jenis barangan.

Kang semak pulak rumah nak kumpul banyak-banyak…

Ni semua duit untuk masa hadapan..berlaburla..AYUH !

....itu semua kalau umur panjang

post signature