Monday, March 29, 2010

Pandangan Pertama Sukar Dilupakan

" Hensemnye, ahh cutenya, sesuai betul warna tu dengan dia ". Teruskan niat, nak beli barang, bukan masa untuk cuci mata.


Biskot, checked !
Jam, checked !
Roti, checked !


"Ah, asyik teringat je, patut ker approach dulu ?Habisla aku nanti "


Apple Izan, checked !
Roti telur Tia, checked !


" Tak boleh jadi, kene juga ! " sambil jalan membawa barang-barang tadi.

boncit - " eh, apasal lalu sini, lalu sana la "


" tak boleh, kene lalu sini."

boncit membuat muka macam ohh ok, jomla, malas nak layan kot. Hahaha, tak peduli.  " Yay ! ada peluang"


Aku belek belek dia, aku suka warna dia ! " berapa? "


" 14 dik "

Besarrrrr biji mata aku. " 14?", promoter tuh angguk.

" saiz 7 ok "

Dia checked !



Pandangan pertama sukar di lupakan, malah akan berusaha untuk memiliki. Euw, hahaha gediks.
post signature

Sunday, March 28, 2010

Boring

Aku tak dapat fungsi abang, adik, kakak angkat. Untuk apa ?






Boring.
post signature

Terima Kasih

Bercerita tentang childhood dengan boncit. Seronok ! Dia menjadi pendengar setia, harap betul-betul setia, jangan mata dengar otak ke lain sudah. Hahaha

Even tidak mempunyai satu family yang lengkap, ku dijaga oleh 3 insan istimewa.

Arwah Yot, Mak Tok dan Ibu. Dan baru ku sedar, orang sekeliling aku membuat aku tak terasa yang aku tidak mempunyai satu keluarga lengkap.

Terima Kasih.

Baru ku faham, kenapa kau selalu sorokkan barang mainan aku. Rupanya tak mau jiran aku curi barang mainan aku. Sebab aku selalu ngadu kasut anak patung hilang.

Terima Kasih.

Betulla kata orang, bila dah tak de baru nak terkenang. Ye pepatah itu memang betul. Tak nak jadi macam tu lagi, tu zaman kecil.
post signature

Saturday, March 27, 2010

Teeeheeee

Facebook buat aku gembira seharian semalam. Betul !
Buat pertama kalinya aku dapat jumpa balik kawan-kawan sekolah RENDAH !

Dah dekat 8 tahun kami tak pernah jumpa.
Tapi hari ni.
Raaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmaaaaaaaaaaaiiiiiii sangat budak sekolah rendah add dan saling meng add satu sama lain !


Hahahaha.
Sangat gembira !
Even ada tu cakap dia kenal aku, tapi aku tak kenal dia.
Hahahaha

Fine, macam pelupa, tapi muka mereka berubah.
Macam mana nak ingat kan.
Bagi sikit clue
maybe boleh recall :)

Ada yang tetap maintain.
Ada makin cantik.
Ada makin hensem.
Ada makin membesar.
Ada makin mengurus.
Ha kau, macam-macam ada !

Ada sampai aku tak  cam langsung.
Hahaha.
Maafkan aku kawan.


Teringat kisah kecik-kecik.
Tak sabar nak jumpa mereka.
Harap reunion kali ni jadi.
Dan aku dapat hadir.

Heeee.
Habisla, mulut becok la aku jawabnya.

Tapi aku belum jumpa,
budak yang KAKI BULI kat sekolah !
Hahaha
Entah macam mana rupa dia sekrang.


Merepek mereban lagi.

Hari ni ku bersukan ! Main TARIK TALI.
Harap-harap menang !

Teeeheeee !


" Hargailah kawan, kerana dia begitu berharga "
post signature

Friday, March 26, 2010

Watch It

Mari, aku kongsi satu ads dengan kamu semua. Ads ni aku buat untuk projek individual untuk MARCOM (marketing communication)


Ahh, aku no 21 yang kene present. Kalau tak aku no 30 lebih la, tapi macam lambat sangat, aku amek undi 2 kali. Hahahaha.


Izan, presenter yang ke 18. Aku 21,  ada 2 orang presenter sebelum aku present. Bila Izan habis je, kami tepuk-tepuk tangan...


....aku tengok-tengok kertas, tertoleh belah kanan, Bad salah sorang rakan kelas, buat eksperasi muka macam "qila, pergi qila present". dan aku, buat bodoh sebab aku 21 ! bukan 19.




Dan Tia cakap dengan aku " kau pergi, ira tak datang "


" what ?! " totally, macam tak ready nak pergi masa tu. Tapi pergi juga la, sebab tak nak bagi Pn marah.


Dan ku present ads ni. Dibawah yer. Watch it okay. Sedih + freak = kemanusiaan. Hahaha merepek.






post signature

Thursday, March 25, 2010

Benci Berharap

Agak tersentap mendengar sedikit macam tazkirah dari ustazah Minah hari ni. Tak de la tersentap sangat, cuma terasa saja la. terfikir pula, ada betulnya apa yang ustazah cakap.


"walaupun dia tidak jaga kita, dia tetap bapa kita, kita sebagai anak kena jaga taggungjawab atas dia "


Ya. Perasaan bapa meninggal dengan bapa meninggalkan sangat lain. tak mungkin orang normal yang ada satu keluarga lengkap faham apa perasaan seorang anak bapa meninggalkan. Dia ibarat macam, eh bapak aku ni hidup lagi ke tak, asal tak muncul-muncul.

Bila aku pergi ke rumah Seri Kenangan, rumah orang tua-tua salah seorang penjaga sana beri tau, yang ada orang tua kat sana yang dulu masa muda tak jaga anak, lepas tudah tua baru cari. Kasih sayang anak tiada, tu yang mereka hantar ke ruah Seri Kenangan ni.

Oh..Aku setuju dengan ni. Kau tak pernah ambil tahu pasal anak kau, tiba-tiba bila time hari susah terkedek-kedek datang mintak tolong. Ada 2 kemungkinan tolong atau tak. Kalau ikut aku, aku tak kan tolong sebab dia tak pernah tolong aku. Kejam


“ awak ingat, sejahat-jahat dia, tanpa dia awak tak lahir di dunia”


Mungkin aku akan ubah persepsi dekat dia. Aku cuma nak jalankan tanggungjawab aku sebagai anak.


“ dia tidak bagi nafkah ke apa ke, biar Allah yang balas, bukan awak yang balas “ .


Baik. Aku akur. Sejahat dia sebenci aku dengan dia, aku terima dan aku akan cuba untuk berbaik, bukan aku yang adili dia.


“ walau awak rasa dia macam tak ingat awak, tapi dalam hati dia, dia ingat awak”


Yeah. I hope so. Aku benci berharap tapi yeah, sedapkan hati saja la.
post signature

Sunday, March 21, 2010

Kucing Pink Comel

Cantiknya, aku cuma berkata dalam hati sambil muka senyum melebar dekat makcik-makcik yang duduk di situ. Ibu selalu cakap, yang aku budak cengisan, sikit-sikit tersengeh, cakapnya tak. Hahaha


Aku belek satu satu kraftangan dari manik hasil tangan mak cik- mak cik pak cik kat situ. Bagusla mereka buat macam ni, sekurang-kurangnya hidup mereka ni tak la bosan.


Sedang ku belek-belek, aku tertarik dengan bentuk kucing.

" adik, ni saya buat "


" cantik ", sambil senyum sambil tangan belek-belek lagi.

" ini cantik ", oh pink ! fine aku kurang gemar warna pink, aku suka kuning !

" yang ni aunty, cantik tak ? ", aku tunjuk kucing warna kuning.

" ini tak comel, yang ini cantik (pink) "

Aku angguk-angguk kepala. Dalam otak dah fikir, patut tak beli kuning, atau ikut cakap aunty ni.

" ok, aunty suka warna pink ea? "


" ahh, (sambil angguk kepala) ini comel, kucing tak de comel ", sambil dia ajukan kucing pink tu kat beg aku, cakap "cantik ni cantik"

" okla, saya amek ni ", senyum lagi sambil hulur duit 10 ringgit. Harga dia 6.50. Agak mahal la, tapi entah kenapa aku tertarik nak beli sebab ni hasil tangan mak cik ni !

" hey, pulang dia 4 ringgit kat dia, kasi 6 ringgit saja " 


" eh, bukan 6.50 ? ", ceh pura-pura tanya asal 6 mana 50 sen. Hahaha padahal dalam hati dah suka dapat murah 50 sen.

" Bagi adik discount ". 


" terima kasih aunty, balik dulu"


" baik-baik jalan "


Kucing pink yang aunty tu pilih.


Harapnya anak makcik tu datang melawat dia kat situ. 
post signature

Saturday, March 20, 2010

Tortura2

Petang ni tak seperti petang hari-hari lain. Weheee. Buat pertama kali dalam sem ni keluar petang ! Seronokkkkkk.

Fine. Pergi bersama boncit ke exhibition TORTURA2. Kemudian pergi ke Muzium Stem. Ala-ala yang macam cerita Setem, sebenarnya macam teringin nak pergi masuk muzium tuh, sebab even dekat melaka tapi tak pernah nak jalan-jalan tempat unik-unik begitu kan. Balik balik pun pergi Dataran shopping. Hahahaha


Boncit bosan agaknya, hahaha tapi ku tak kesah, kerana aku bahagia melawat tu semua. Hahaha



Agak lama aku dekat sini. Kerana macam kalau boleh nak baca setiap satu cara hukuman yang dieorang gunakan. Sampai si boncit entah ke mana, khusuk gila baca,kena kol baru tau dia kat mana. Hahaha ok tak, aku tipu. 


Kau patut pergi lihat sendiri alat-alat dasyat mereka ni sampai ada masih digunakan sampai hari ni. Memang terbaik dan memuaskan hati dan rasa memang berbaloi spend duit untuk masuk exhibition ni. 


Later, nak ke galeri seni, muzium melayu dunia islam, muzium umno !


PS :
Aku nampak perempuan melayu bertudung, pakaikan lelaki minyak rambut di public ! Ish ish. Tak reti pakai minyak rambut sendiri ea? 
post signature

Friday, March 19, 2010

NSTP

Untuk tidak merosakkan mood sekarang dengan " bias " lecturer kami. Yer, dia memang bias, oh mungkin ini salah satu learning untuk kami, mungkin la. Untuk tidak merasa menyampah di atas" bias " yang dibina, baik cerita yang happy happy ! Hari ni pergi NSTP ! 




Kat sini terima budak praktikal ! Dan kat sini banyak kerja kosong ! Percayalah. Kat sini juga ada Public Library ! yang semua boleh masuk dan cari info dekat sini. Kat sini juga makanan dia MURAH ! aku makan mee kari, RM2.50 ? Makan murah di tengah KL. Fuh. Eh, tahun depan NSTP akan dibeli oleh Media Prima ! NSTP termasuk berita harian, new straits time dan metro.



Antara deparment yang ada di sini. 


Aku suka yang ini. Ini bahagian design iklan. Gila otak ketip ! 



Story line sebelum nak buat iklan !


Macam satu kewajipan bagi kami. Eleh, kau pun sama juga kan. BERGAMBAR! 




Dapat buku free dari NSTP. Thank you ! 



Trip ni sangat bermakna.  Hey, tadi orang paper cakap, " jangan lupa beli berita harian esok ". Woohoo, apa tu tu maksudnya ? Hahahaha. 


Ps :

Ada banyak lagi gambar, tapi tidak begitu rajin nak upload. Kalau nak tengok, boleh ke facebook ku. 

post signature

Wednesday, March 17, 2010

Warga Emas Yang Berkilau

Tadi ada perjumpaan Rakan Intelek. Sabtu ni kami ada lawatan ke rumah warga emas. Bukan gotong royong bersihkan tempat dia yer, tetapi bersukan bersama warga emas ! Ahaaa, aku tak sabar yang itu, atuk lari-lari. Mesti comel kan.


Kami di suruh mencari lagu RASA SAYANG. Aku pun cari di youtube, tapi bukan jumpa lagu rasa sayang, jumpa lagu masa aku, dengan kau juga masa kecil. Macam lagu old Macdonold had farm, if you are happy dan macam macam lah. Carila sendiri kalau nak tau lebih banyak lagi lagu bebudak comel ni.




Bila dengar balik, terkembali nostalgia masa comel kiut miut. 




Berbalik pasal warga emas tadi. Kenapa yer, anak-anak mereka hantar mereka ke rumah orang tua-tua begitu? Kasihan, dah tua-tua kena duduk asrama. 


Aku lagi suka kalau ada DAY CARE untuk jaga mereka ni. Maksudnya, hantar mereka ke rumah DAY CARE ni sementara kita pergi kerja. Nanti dah balik kerja kita fetch la mereka, tidur di rumah. 


Dia ibarat macam pusat asuhan kanak-kanak. Ibu bapa yang kerja hantar anak mereka ke pusat ni, balik kerja amek la balik. 


Hahaha pendapat aku saja. Mungkin ada orang tak setuju, sebab ye la, mak bapak dah besarkan kita dari kecil sampai besar. Takkan dia tua pun tak de orang nak jaga.


Hahaha, pendapat saja la. 





Ps : 
Blogger dah lain. Dah ada butang translation. Contoh, "nama saya Aqilah" -->"Ang pangalan ko ay Aqilah". Hahaha. Maju maju. Teruja sampai dah.
post signature

Monday, March 15, 2010

Dia Sakit Ker?

Hari ni dah masuk 3 kali berturut-turut aku mimpi dia. Mimpi dia without a words !


Kami datang di satu keramaian, aku tak tahu kat mana, kemudian aku duduk di bahagian atas, dia di bawah bersama seorang lelaki yang tak aku kenali.


Tempat tu sangat asing bagi aku. Tapi tak mustahil tempat tu ada.


Dia tak tengok aku. Hanya aku yang tengok dia. Dia macam tak perasaan langsung kehadiran aku kat situ, mimpi aku sangat senyap. Punya ramai orang, semua hanya duduk diam termenung.


Aku cuba panggil nama dia, tapi TAK terpanggil.Dalam mimpi tu aku hanya tengok muka dia, gerak dia.


Dan mimpi habis. Masa untuk solat subuh.

/
/
/
/

Memang dahulu kami rapat. Bila ramai orang tak suka berkawan dengan dia sebab BAU asli dia, aku tetap kawan ngan dia. Tak tau kenapa. Dia seorang kawan yang baik.


Bila kawan sebelah aku tak datang, dia akan duduk sebelah aku satu hari.


Aku pengawas, sejak form 4 aku kena meronda satu sekolah untuk pastikan setiap pengawas buat kerja. Dan dia ada untuk temankan aku tanpa di minta.


Bila aku sakit, tak berapa sihat, aku prefer duduk saja dalam kelas, dia pergi belikan makanan.


Setiap tengahhari aku kena naik bas awam untuk balik rumah. Dia ada setiap hari temankan aku untuk tunggu bas. Even rumah dia dekat, tapi dia tak balik.


Bila aku buat sesuatu persembahan, dia akan ada lihat aku tanpa aku duga.


Bila aku tak faham dalam pelajaran, dia akan ada dengan rela hati tolong aku fahamkan.


Kalau aku dengan dia, aku selalu bercerita pasal budaya dia, agama dia dan dia pun sama, dia tak pernah jawab tanpa jemu.


Kali terakhir aku jumpa dia, ketika penyampaian hadiah kecermelangan SPM. Ada salah seorang rakan ku cakap, dia suka aku. Tapi aku ignore sebab aku tak nak rosakkan hubungan kami sebagai kawan.


Dan sekarang dah 3 tahun tak dengar berita. Dia misteri.


Dan 3 hari juga aku bermimpi dia. Dia sakit ker?
post signature

Sunday, March 14, 2010

Suka !

Hahaha aku suka iklan ni.

Kalau korang ada pakwe yang gila super sensetif bau makanan, sila guna tektik ni.




Ps :

Minggu yang sibuk. Isnin - 2 presentation, Rabu - test BEL, Sabtu - Melawat rumah emas, Ahad - Berniaga !. (sibuk la sangat kan, :P )

Supervisor aku pun dah asyik kol-kol tanya bila boleh masuk kerja. Aiyoo. Duit gaji hari tu pun belum dapat lagi. HuUuuu
post signature

Thursday, March 11, 2010

Tersedar

“ Kalaula kita sedar yang malaikat Raqib dan Atib ada di bahu kiri dan kanan kita, dan tahu yang tugas mereka adalah mencatat segala apa yang kita lakukan dengan sedeatail-detailnya. Kita pasti takut nak lakukan kejahatan. “

 “Kalaula kita sedar, yang satu hari nanti kita akan ditimbang di sana, dengan kitab amalan turun seperti salji. Dan kitab itu akan turun antara kiri atau kanan, kalau turun sebelah kanan, petanda baik, kalau kiri itu satu petanda buruk. Kita tak akan lakukan kejahatan. “

“ Kenapa orang boleh takut nak mencuri kat atm bank ? sebab ada cctv. Kenapa kita tak takut pada Allah, dia walhal Dia sentiasa tengok kita. “

“ Apabila dah sampai giliran kita untuk di hisab,  akan terlihat setiap apa yang kita lakukan. Dari yang kecil sampai ke besar, anda tidak malu ? Pada masa tu, akan ada orang menangis air mata berdarah, insaf, tapi sudah telambat. “

/
/
/
/

Di kelas Ustazah Minah untuk subjek Hubungan Etnik. Bila ustazah mula bercakap, aku sangat kagum kerana aku bukan seperti dia. Aku manusia yang biasa.Itu antara kata-kata ustazah yang aku ingat.

Dia banyak membuka minda aku untuk berfikir.

Dan hari ni, dia membuat aku rasa TERSEDAR. 

post signature

Wednesday, March 10, 2010

Susu Soya

Aku suka soya. Air soya. Tak kira la buat sendiri secara manual ataupun kilang punya. Aku tetap penggemar yang setia.

Kalau dulu, soya hanya soya tulen. Tak de nak kawen-kawen dengan perisa lain.Paling-paling minum dengan cincau la kan. Macam sekarang, soya + strawberry + durian + kelapa + rambutan. Hahahaha. Tak-tak, soya strawberry penah dengar la dengan jagung. Sedap-sedap, walau rasa dia macam dah di nodai. Yang lain soya + durian belum lagi. Heee    


Ni bukan cerita nya, 


/
/
/
/


Tadi semasa kelas MARCOM (marketing communication) Pn Zaliha ajar kami tentang jenis-jenis Iklan yang para advertiser mungkin akan buat untuk tarik minat pelanggan . 



Memang ada banyak. Ada tu guna " brand image ", example MacD, " Resonance ", example Poliden (gigi palsu) dan lain lain. Hahaha kalau senarai kan semua, mau kau nanti pening, macam aku pening belajar ni sebab kena fikir iklan mana yang sesuai dengan teknik yang dia guna.



Pn cerita. Ada satu hari, Ada seorang penggemar soya. Heee, tak la bukan. Ada seorang peminum soya minum soya dalam kotak. 



Dia cucuk straw secara normal ditempat straw. Dan dia cuba untuk sedut. Dia cuba sedut berkali-kali, tak malang air soya tidak keluar. 



Dia tidak berputus asa. Terus menyedut. Sedut-sedut dan sedut. Tak keluar juga.


Dia pun decide nak gunting la kotak soya tuh. Sebab nak tahu apa sal la tak boleh nak sedut air ni.  


(bunyi kotak di gunting)


Tau apa yang tersumbat tu ? Ulat putih kecik-kecik berkumpul dekat straw . Dan bila dia tengok air soya tuh, penuh dengan ulat-ulat kecik .


Sukar untuk aku yang pengemar soya tegar ni membayangkan betapa geli dan tidak selera aku nak minum lagi air soya kotak. Euwww ! Hhahaha gedik.


Mungkin aku tak akan minum air soya kotak selama seminggu, cukupla seminggu selepas cerita tu dah hilang dalam short memory aku ni,lepas tu minum balik ! Dan menikmati soya dengan penuh nikmat, sambil tutup mata. 
post signature

Monday, March 8, 2010

Gagal Itu Pasti

" Kalau mahu berniaga, pilih perniagaan yang kurang diceburi, peluang sangat cerah untuk berjaya menjadi usahawan " - kata pengasas GranuMas (tulang gantian)



" Mahu kereta besar ? rumah macam ni ? (sambil tunjuk slide) boleh buat insurans. " - kata salah seorang "manager" Takaful Insurans



" Kamu tahu, peratusan orang melayu yang menceburi perniagaan dalam travel agencies adalah lebih kurang 10%, yang lain dipelopori oleh bangsa lain, jadi apa salahnya kalau kita menceburi bidang ini " - kata pengasas Al-Abrar travel agency. 


/
/
/

Aliff gila seksi buat macam tuh ! Fuh tergoda i. Hahaha jangan mara, main main je.


Sabtu yang lalu, aku menghadiri satu seminar Gerak Usahawan Siswa di Uitm Melaka, di Lendu. Dari pagi sampai la ke petang. Gila tak gila otak aku nak menerima input, bo***t aku yang duduk kat kerusi plastic dalam masa 9 jam lebih !



Oh, nasib baik, makanan di taja oleh Rasamas, jadi macam mewah sikit la dan rasa berbaloi-baloi, hahaha sebab datang. Aku sangka, seminar ni ada 1 speaker je. Sekali amek kau, 5 speaker sekali ok. 


Sesi pagi, 2 speaker dari Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim, chairman Johor Corporation. Yang kedua Jamaludin bin Md Ali, Managing Director of KFC


Ok, orang besar yang berjaya dalam perniagaan datang. Aku teruja ! Serius, sikit je la tapi, tu pun sebab dapat makan dari rasamas. hahaha. Dan bila aku tau yang rupanya KFC ada beri peluang untuk pelajar graduate untuk buat business dari bawah. Berniaga Ayamazz Roti Impit, rasa macam, "aku nak cuba" hahaha. Harapan angan-angan semakin menjadila kan. Tak salah berangan ye tak.




Ok sesi petang, dengar dari usahawan berjaya dari 3 bidang berbeza, macam dekat atas tu, antara ayat-ayat yang mereka cakap dan aku ingat. 



# Ceramah sesi 2 ni buat aku pening kepala, setiap bidang macam nak promote suruh buat dia punya. Maksud aku, kalau insuran, cakap berniaga barang sampai bila, dah ramai dah orang berniaga, TAK BERJAYA (itu mendownkan aku) jadi buat insuran. Pastu sibuk tunjukkan berapa bijik kereta dah ada. Pada aku nak mengumpul harta bukan dengan beli kereta, kereta memang satu aset. Tapi kereta aset tak kekal, kereta makin lama makin tak laku, kenapa tak beli tanah? rumah ? itu lagila aset, makin lama, harga makin tinggi. Hurm.



Aku patut fikir sudut positif, Qila positif qila mereka begini untuk suruh aku BERFIKIR, mana satu bidang terbaik, peluang banyak, cuma kena pandai pilih. GAGAL ITU PASTI, sebelum berjaya.


Tamat.
post signature

Sunday, March 7, 2010

PROMOSI

PROMOSI 


PROMOSI


PROMOSI



Ahaaa ! Untuk sesiapa yang berminat untuk BERNIAGA satu hari TANPA sewa tapak, boleh hubungi saya !

Tak kesahla nak berniaga apa-apa sekali pun, tudung ker, air ker baju ker, apa-apa saja, u are most welcome !


Tempat : Uitm Segamat
Tarikh   : 21 Mac 2010 


Boleh message saya di 017-7245376 atau email ke achinah_89@yahoo.com.


Tapak Free !!!! JANGAN LEPAS KAN PELUANG !
post signature

Friday, March 5, 2010

Maraton !


Dalam bulan cinta. haha, bulan februari kan bulan cinta bagi pasangan pasangan yang menyambut valentine kan. ok-ok, bagi umat islam tak mau sambut 14 feb, pilih tarikh lain macam 15 feb ker? boleh sambut dah.

Mari kita lihat, filem apa yang aku tonton dalam bulan 2 ni ! tak banyak sangat la, sebab bulan ni ada 28 hari saje kan.


PERTAMA


Oh...Hachi. siapa yang tengok cerita ni tapi tak ada sekelumit perasaan sedih tu maksud nya dia seorang abnormal. Sedih sangat cerita ni mengalahkan cerita cinta yang sadis macam Laila Majnun.


KEDUA



Hindustan ! Aku tengok cerita ni pun sebab UTAMA adalah ada shah rukh khan bersama kajol. Dieorang kan dah lama tak berlakon lagi-lagi bergandingan bersama, jadi bila keluar movie ni aku macam teruja sikit. Hahaha, jalan cerita ok, ada message kat situ.

Tapi terasa macam sati kelainan pulak, sebab kalau hindustan je, filem dia pasti ada nyanyi-nyanyi, joget-joget, tapi untuk filem ni, NON. Filem ni agak serius + kelakar. Hachiko lagi best !


KETIGA



Er, aku tidak berapa gemar cerita macam ni, sebab dia membuat kepala aku pening. Aku tengok cerita ni dalam masa 2 hari, sebab setiap kali aku nak tengok aku tertido. Jadi kesimpulannya, Hachiko menang ! Apa - apa pun terima kasih Iqbal sebab dia memang kaki download, dan aku kaki nompang ! Hahaha


KEEMPAT



Cerita ni dah lama kan. Dah berabad, baru aku nak tengok. Hahaha. Sebab baru ada orang sudi mendownloadkan, jadi baru tengok. Aha ! cerita sangat seram, bukan seram sebab ada hantu ke apa, cara dia bunuh. Ni macam ala-ala Saw la, tapi Saw tuh terlampau extreme, ni ada tapis-tapis sikit.

Perempuan-perempuan dia cantik. Suka aku tengok.


KELIMA



Ala -ala cerita Retatouille ( agak nya ejaan dia macam ni). Dari aku lihat cerita yang macam 2 hingga 4, au prefer tengok cerita ni ! Sebab comel ! Ok tak la, sebab sekarang mood aku masih lagi bermood karton. Nak tengok cerita karton.

Even ada orang cakap tengok cerita katon macam budak-budak. Tapi AAK ? hahaha ( ada aku kesah )


KEENAM



Jarang sekali untuk aku dalam tahun ni nak tengok certia Korea atau pun Jepun, tapi Ijan dengan Tia sangatla excited menonton cerita dari negara tuh.

Aku kalah kalau mereka cakap pasal movie kat sana, sebab aku tengok sangat macam biskot. Cerita ni pun ada maksud. " Hargai benda/ kehidupan selagi masih ada". Hachiko lagi best !


KETUJUH



Lagi cerita katon yang didownload oleh boncit aka Afiq. Cerita yang sudah banyak kali ulang di tv3 dan dah banyak kali juga aku tengok tanpa jemu-jemu.

Macam best la tengok cerita macam ni, comel-comel, tu ada bumblebee. Best Best !


KELAPAN



Ahaaaa, satu- satu filem yang aku tengok kat wayang. Aku nak tengok cerita ni pun sebab kalau kau tengok siapa yang berlakon, memang tertarik. Dan aku la tuh !

Pelakon dia ada Jessica Alba, Kathy Bates, Jessica Beil, Bradley Cooper, Taylor Swift dan banyak lagi la !

Aku suka cerita ni ! cerita kedua best after Hachiko.



PS :

Dah, tu je cerita ku tengok dalam bulan ni ! Bulan 3 ni macam dah start busy la, banyak kerja perlu disiapkan,    jadi kurang sikit tengok movie.

Jika ada rakan-rakan dari uitm kbm yang nak cerita ni, boleh la roger-roger, nanti aku bagi ok ! :)


Kesimpulannya, HACHIKO masih terbaik !
post signature

Tuesday, March 2, 2010

Psycho Diri

Bila kerja dah bertimbun. Mata  pulak tak nak beri kerjasama. Asyik-asyik nak jadi bulat je. Satu perkataan mesti keluar. MALAS ar nak buat.MALASnya, besok la buat.


Oh. Ni aku ni.


Entah bila entah aku ada terbaca sesuatu yang berguna la. Dia cakap


" Jangan cakap MALAS kalau memang tengah malas, cakap CABARAN, aku boleh lakukan. "


Maksudnya macam, membuat assingment yang susah gila itu satu cabaran. Even sebenarnya dalam hati cakap. MALAS nak buat, cakap je la CABARAN betul la, buat esok je la ! Ahaaaha


Kira macam psycho diri sendiri.


Yang sebenarnya (Yuna...tehee! ) aku sedang amalkan ni. Kerja bertimbun, cabaran !!!!
post signature

Monday, March 1, 2010

Berkabung

Akibat kehilangan dia. Aku macam  berkabung seorang diri. Sedih, 3 tahun bersama. Akhirnya...


Bila hampir seminggu berlalu, perasaan makin pulih. Cuba mencari penganti. Bak kata pepatah  " patah bertumbuh hilang berganti "  aku nak cari la ni. Ingat senang ker ?

Syukur.

Aku jumpa. Walau bukan sama, seiras pun jadi. Kan kan kan kan. Boleh la dari tak de .

Kau tetap sporty, digital pulak tuh. Tapi maaf, hati aku tetap ada pada yang lama.

Ohhh

Casio Merah !



Kata ibu..


" Kau ni, bila kerja, ada je barang hilang."

" Cermin mata la, sekarang jam pulak. Aish cuai. " 

" Tak sengaja.."

" Ala, tak pela, lagipun jam kau tu pun dah buruk, nanti balik this week, beli yang baru."

" Thanks bu ! ", Aku release. Ibu faham, yang anak dia memang CUAI. 


Aku cuai ! ibu juga tahu yang aku sedaya upaya untuk tak cuai. Ibu  - ibu memahami perasaan anak- anak bukan :) 


post signature