Thursday, January 20, 2011

Anda suka 'new profile' facebook?

Aku tak suke~!
Ya,aku tak suke....pada mulenye..hehe
Daripada sebulan or 2 bulan yg lepas lagi aku tgk ramai orang dah tukar profile baru facebook..
Tapi aku tanak tukar,sbb aku rse profile baru tu tk lawa dan bikin mata aku saket..berserabut..

'status' kt bahagian atas page dah tkde..
'tab' kt atas pn dah tkde..
then, 'basic information' kt bwh profile pic pn dah tkde(sbb aku letakkan link blog aku kt situ)..

Beberape hari yang lepas,tetibe facebook menyelaraskan penggunaan 'new profile' nih..So,automatik page fb aku bertukar kpd 'new profil'..tak suke btl~!!!

Then aku pn pkir2 lah mcmne nk buat page fb aku jd kemas sikit..
Setelah membuat beberape rujukan dan research, inilah hasilnye..hahahahaha...=p

(klik pic utk gambaran lbh jelas)

conclusion: AKU BERPUAS HATI..YAY~!! (^^)v


p/s: amacam,ok tak??simple jer kn..=)
**utk lihat terus ke profile facebook saye,klik sini

JOM GEGAR BLOG

Jom gegar blog~!
Meh gegar blog~!
Mari gegar blog~!
hehehehe...

Aku jalan-jalan tadi terjumpe plak segmen nih kt blog Ben Ashaari.
Macam menarik jer bunyinye. So,seluruh pancaindera aku sebulat suara menyarankan aku supaye join segmen ni..maka lahirlah entri nih..wohoho~ =P


BEN ASHAARI
(klik la kt header di atas kalau nk bce psl segmen nih okeyh)


Wednesday, January 19, 2011

Surat untuk Isteriku

Yazid bin Torpedo
no. 23, Jalan LImau 11,
Taman Bintang Parit Raja,

83600, Batu Pahat.
Johor.

Juliana Gagah binti Perkasa
no. 2, Jalan Limau Bali
83500, Batu Pahat
Johor

19 Januari 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN
-----------------------------------------------------------

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Harena Afeefa binti Nordin yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"
BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA" 1MALAYSIA!!!

Yang Ikhlas Memohon,
SAYANG MU..







p/s: agak-agak permohonan ni diluluskan tak??hehehehehe=p



Tuesday, January 18, 2011

Kerana Sebiji Bola

Lame gile aku tak update blog nih..
Buzy lorr,byk giler kot kije kne buat..Projek Sarjana Muda+aktiviti2 kelab+sakit..
"Sakit??"...yerr,saket..adoi..adoi..haha
Semuanye kerana 'sebiji bola'~!!
aku injured mase join friendly match futsal 2 minggu lepas..
malaun mane tah yang dengki sangat..org suh sepak bole,dye pi sepak kaki..hampehh


Aku injured~!! Aku bangun pagi jer terus rase kaki ni sakit sangat..pehh nk berjalan pn tk boleh..
So,keputusan drastik pun diambil.."aku kene gi berurut nih!"
1st time gi urut dlm mase 2 tahun ni(sebab salunye kalau injured tadelah rse teruk sgt)
Atas pertolongan sorg kawan aku yg baik hati lg kacak( ayat bodek..haha), aku pn gi la umah tukang urut tuh..namenye Wak Dom..pewittt~

Orang kate,Wak Dom ni kalau urut saket gile..Aku terpakse buat-buat cool
"alaa rilek la..comfirm tkde pape punyelahh!"

Namun begitu...





p/s: pehhhh sakit gile Wak Dom tu urut..berkerut dahi aku time tu..hahaha..smpai skg aku msh belum boleh sepak bola...joging sikit2 tu bole laaa...=/

Saturday, January 8, 2011

Orang mengigau dipengaruhi mimpi

Aku kadang-kadang suke sangat tido lambat sampai lewat malam..tgk tv sorang2
...tenang..aman..sunyi...
adik-adik pun semua dah tido..






Aku pun tak faham la kenape dye mengigau sampai macamni sekali..
Teruk betul..
Ishh berjangkit daripada sape la ni agaknye...hahahaha
Eh bukan setakat mengigau sambil berjalan je tauuu...ade lagiii...
Jeng..jeng...jengg.....~!!!

 Lepas tu,dye tido balik~! Hahahahaha..."amboi2,bestnye ko pancut kt dalam rumahhh~!" =p


Keesokan harinyeeee.......................




p/s : sape kt sini yang tdo mengigau atau kencing malam???hehehe

Wednesday, January 5, 2011

Kenangan Awal Persekolahan

Bila awal tahun je mesti semua orang bercerita pasal adik nak masuk sekolah, anak nk masuk sekolah, anak jiran nk masuk sekolah, anak kuceng nk masuk sekolah..hahaha...pendek kate,mesti ramai yg bercakap mengenai benda ni.. (^^)

Baju sekolah baru....
Kasut baru.....
Beg baru.....
Pencil Box baru...
Pendek kata sume baru lahh~!! =)

Bila tengok murid-murid nak masuk sekolah,mesti teringat mase kita mula-mula masuk sekolah dulu kn?
Lebih kurang cmtu jgk kita dulu..
Cuma bezanya,zaman dah berubah...pada dasarnye nampak same,tapi apa yang dapat dilihat oleh mata kita  sekarang tk same mcm dulu....

Dulu aku masuk sekolah darjah 1 (tahun 1995), mak ayah aku bg duit belanje 30 sen je...



Tapi alhamdulilah, cukuplah 30sen tu..syukur (^^)
Dan benda paling best yg aku masih ingat lagi sampai sekarang ialah...............................


hahahahahaha...ini yang paling best~! beg power rangers tuuuu~! (beg lebih besar daripada tuan beg..hehe).
Ayah aku yang belikan ni tau..Siap ade handphone lagi~!! haa mewah tk??(^^)
Tapi handphone tu cume boleh isi air jela..hehehehe=p


p/s: rindu kt zaman sekolah dulu-dulu...ape kenangan awal persekolahan yg korang masih igt??=)

Tuesday, January 4, 2011

Tutorial Melukis Kartun Menggunakan Adobe Flash versi Yazid Torpedo

hyeep2..Selamat Tahun Baru 2011~! Ini entri pertama aku untuk tahun 2011 nih..Pada entri yg lepas2,ada beberapa follower yg bertanye "macam mane awak lukis kartun tu??"..Hal ini berkaitan dengan kartun2 yg aku lukis dan aku publish pada setiap entri aku...So sebagai pembukaan tahun 2011 ni, aku akan tunjukkn tutorial cmne aku melukis secara berkomputer.jomm~!


1) MELAKAR.- Aku menggunakan software Adobe Flash (aku lbh selesa melukis menggunakan software ni)
 Mula-mula gunakan "circle" tool untuk melukis.

 cuba tgk gambar diatas,semua 'tool' tu ade kt sidebar sebelah kiri tu..

Dengan menggunakan 'circle' tu, buat bulat2 mcm dlm gamba di atas..daya imaginasi kena tinggi,so bole la create kepala,rambut dan badan.

okeyh,nmpk tk setiap line yg aku dah tandakan dgn warna merah??pilih 'selection' tool dan klik kt line2 tu..setiap kali klik,tekan button 'delete' pada keyboard.
bila dah siap delete,mcmni lah hasilnye...(^^)


Pastu gunakan 'line' tool utk lukis mata,tangan dan mulut...gunakan 'selection' tool lagi utk lenturkan mana2 line yg perlu.
2) MEWARNA-Dah siap melukis gamba,skg tibalah masa utk mewarna~!

Untuk mewarna,aku akan create 1 lagi layer pada timeline bagi mengasingkan antara line dan warna..sume line n circle yg dilukis td dlm 1 layer dan warna pula dlm 1 layer yg lain..gunakan 'brush' tool utk mewarna.
**rujuk gamba,yg bahagian atas tu lah timeline.




bila dah siap warna,macam ni lah hasilnye =)

3) MENGHIAS LATARBELAKANG- Seterusnye, buat sedikit penambahan background supaya gamba lbh cun~!
**tip : igt,buat pada satu lagi layer baru supaya tk menggangu gamba yg dah dihasilkan tadi..tujuannye ialah supaya senang utk membuat editing..

Gunakan tools dan cara yg sama seperti langkah2 sebelumnya utk create background, gunakan imaginasi bagi menghasilkan background yg sesuai dgn situasi.
ni contoh yg aku hasilkan (^^)

4) TERBITKAN / PUBLISH
Bila dah siap lukis,boleh lah publish..
klik 'file' dan pilih 'publish setting'

Then, akan kuar pop-up mcm kt atas nih..ade check box kt situ kn?  bila dah nmpk, 'tik' pada 'JPEG images' dan tekan 'publish'..SIAPPP~!! buka 'my document', gamba yg dihasilkan ade kt situ..

Haaa cmtula lbh kurang cara aku hasilkan gamba2 katun dlm blog aku nih. Bila aku dah create gamba2 tu,aku upload jela kt dlm entri2 aku..=)

p/s: korang rase senang ke susah??? hehehehe..ape2 pn,camat mencuba~! (^^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...