Sejak jadi mommy beranak dua ni, penyakit malas makin menjadi-jadi dalam diri. Bukan setakat malas nak update blog, tapi malas jugak nak buat kerja2 lain. *eh, tapi bukan ke memang sejak azali lagi memang pemalas pun...kui3x*.
Selain dari malas, faktor nak sesuaikan diri menjadi mommy kepada 2 hero pun turut menyumbang kepada kemerosotan entry kat blog. Sekarang baru I tahu macamana letih nya bila ada 2 orang anak. Patutlah sebelum ni kawan2 yang ada 2 orang anak tak sempat nak buat apa2 sangat melainkan menguruskan anak2 je. Rumah pun tak berapa nak terurus nih...tak boleh dah nak duduk tepi Abg SN dan suruh dia kemas toys dengan polite..terus jadi mak singa dan bagi arahan guna sound system max volume sebab semua nak cepat je haiyoh.
+- masa gambar ni di ambil, SN Jr baru 14 hari dan mommy masih bam bam bam -+
SN Jr dah masuk 36 hari, tapi tetap pola tidur dia tak berubah. Most of the days dia akan berjaga malam dan tidur siang. Asal jaga je, mesti terus nangis kuat2 dan nak menyusu. Kekerapan menyusu pulak bukan nya 3 jam sekali tapi setiap kali bukak mata, nak mengempeng nenen mommy je; sampai tersedak & muntah pun dia still nak nenen jugak. Kadang2 I rasa macam nak sumbat puting je kat mulut dia bg diam, tapi daddy tak bagi pulak huhuhuhu.
Dah namanya SN Jr berjaga malam dan tidur siang, so automatically mommy pun kena ikut pola tidur dia. Jadi nya masa dia tidur tu sempat la buat kerja sikit2, lepas tu mommy pun rasa mengantuk jugak dan join SN Jr tidur. Memang rasa berbeza sangat jaga SN Jr kalau nak bandingkan dengan masa Abg SN baby dulu. Abg SN dulu tak banyak ragam dan jarang2 menangis tapi SN Jr ni macam lebih manja dan lagi kuat nangis.......cobaaaaaaaaaaan.
+- 2 hero kesayangan hati mommy kena buli pakai baju pink, macho jugak kan? ngeee -+
Yang kesiannya of course lah kat Abg SN sebab masa adik tidur je lah baru dia boleh nak manja2 dengan mommy. Memang sekali dua singgah jugak lah rasa bersalah dalam diri sebab tak boleh nak bagi perhatian penuh kat Abg SN macam dulu. Sejak SN Jr lahir, memang I tak sempat pun nak buat activity dengan Abg SN macam dulu2, cuma sempat baca 1 buku je sebelum tidur..itupun kalau SN Jr tak nangis la huuhuhu.
+- gaya tidur sepesen je Abg SN dan SN Jr -+
Nasib baik lah Abg SN dah 3 tahun ++, dah boleh di harap untuk tolong mommy jaga adik. Kadang2 masa mommy basuh pinggan, Abg SN akan tolong gerakan rocker adik bila adik nangis. Bila mommy tukar diapers adik, Abg SN lah yang tolong buang kat dustbin. Bila adik tidur, Abg SN cepat2 ambikkan bolster dan letak kat tepi adik sebab takut adik "goleng" --> perkataan ciptaan Abg SN to represent bergolek + berguling kui3x.
+- trademark anak mommy : bibir muncung -+
Alhamdulillah, memang I rasa bersyukur sebab SN Jr lahir masa Abg SN dah umur 3 tahun ++, dia dah diaper-less, dah boleh berdikari untuk makan dan dah boleh di harap untuk tolong mommy. Plus, dah cerdik untuk faham larangan2 macam tak boleh bising, tak boleh kacau adik, tak boleh sentuh adik kasar2 dan macam2 lagi lah tak boleh yang terbit dari mulut mommy yang banyak songeh ni.
+- Abg SN kiss pipi SN Jr -+
I cant imagine macamanalah mommies yang ada anak selang umur rapat2 like setahun sorang tu dapat cope dan bersabar. Memang I salute lah dengan ketabahan dan kesabaran hati diorang as now I know that it was not easy.
Perkara paling terkesan di hati bila dah ada anak 2 ni ialah bila Abg SN kena banyak mengalah untuk bagi mommy layan adik. Sebab tu lah agaknya, bila mommy letak adik kat atas tilam/rocker dia, Abg SN akan cepat2 duduk atas riba mommy dan cakap "mommy, tengok lah kat Nazhan ni"...aduh, nak menitik air mata mommy dengar ayat tu.
Psssstt : agaknya orang yang anak beza umur dekat2 tu, baby diorang tak kuat meragam. Harap2nya fasa meragam SN Jr ni cepat lah berlalu pergi...Ameen.
~ Thanks for reading this (^-*) ~