Memaparkan catatan dengan label Isu Sultan Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Sultan Sulu. Papar semua catatan

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis

on 04 April 2013

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis | Polis mencari seorang lagi lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan kes pencerobohan di negeri ini.

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki berusia 57 tahun yang mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu itu dikenali sebagai Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl dengan alamat terakhirnya adalah di Kampung Bawang, Tamparuli.

Sebelum ini, seorang Dato Seri Muhammad Ridhwan, telah menyerah diri kepada pihak polis berikutan aktiviti beliau yang mencurigakan iaitu menyalurkan bantuan kewangan kepada Kesultanan Sulu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Datuk Seri Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dipercayai mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu termasuk menyalurkan dana kepada pengganas.

“Individu ini diminta menyerah diri di balai polis berhampiran kerana polis yakin dia (Clarence) masih berada di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi polis,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Sumber

http://kezoom.blogspot.com/2013/04/seorang-lagi-dato-seri-di-buru-polis.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Lagi__8216_DatukSeri__8217_diburu//Article
Tag :

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

on 22 Mac 2013

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69 | Salam Jumaat kepada semua sahabat dan pengunjung blog yastro.

Terbaca tadi disebuah blog, nukilan dari seorang (tak pasti la, kebenarannya) anggota VAT69. Kisahnya seperti dibawah.

"Pelbagai cerita dan versi yang kita dengar, baca dan lihat di media ketika ini. Ada yang menyedihkan, ada yang membakar semangat dan ada juga yang meloyakan (TIDAK BENAR).

Sedikit titipan kisah luahan salah seorang anggota VAT 69 yang sedang berjuang mempertahankan KEDAULATAN negara kita ketika ini. Beliau merupakan anggota kumpulan kedua yang dihantar bertugas di Ops Daulat dan BERADA ketika berlakunya insiden 2 Anggota VAT 69 terkorban akibat serang hendap pengganas.

Berikut antara luahan beliau yang dihubungi melalui telefon:

Hari mula sampai.. Semua bersemangat nak ke medan. Semangat berjuang bukan main. Tapi bila  setiap hari dihidang tembakan curi, dan tengok pulak member-member dibunuh kejam, peluru yang bersimpang siur, hati mula dijamah rasa gentar. Nyawa dihujung tanduk!!!.. Tidak tahu samada esok hidup lagi atau tidak...Dan..... ini kali pertama masuk ke medan secara LIVE.

Rakan-rakan dibunuh kejam. (tak tergamak nak tulis) termasuk Insp. Zulkifli yang merupakan rakan baiknya. Terkedu melihat mayatnya.

Ada rakan sudah dijamah PTSD. Terlibat dengan pertempuran. Telinganya disinggahi peluru sampai cedera walaupun memakai skimask masa itu. Kolar baju sampai hancur dan sekarang lebih banyak bersendiirian dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

Kelengkapan senjata terhad. Hanya berbekal vest kalis peluru dan M16 masa buat raid. Betapa sukarnya, mana nak pegang shield, mana nak pegang M16.

Sebelum kejadian ni... berapa ramai manusia yang kenal VAT 69???... Apakah kami akan dibubarkan kerana dianggap TIDAK RELEVAN? (Suaranya Bergetar).

Masalah operasi dengan tentera.... Corak operasi berbeza dan komunikasi menjadikan operasi tidak seragam. Perlu ada latihan operasi bersama lebih kerap nanti.

Antara kata-kata rakan yang bertugas di sini "kita ni semangat hanya harapkan doa dari rakyat yang menyokong kita saja. Kalau tak ada doa mereka....tak taulah apa nasib kita ni"

Mental dan emosi sudah letih memandangkan sudah sekian lama berada di sana

Perbualan kami terputus.. Satu sebab baterinya habis. Hampir sejam kami bersembang. Kedua sebab jammar yang masih dipasang sesekali bagi menyekat komunikasi kerana dikhuatiri musuh mampu menjejak kedudukan sekaligus menghantar maklumat balik ke kem utama mereka.

* Titipan di atas diolah semula bagi memudahkan pembaca semua. 


Apapun, kami rakyat Malaysia sangat berbangga dan berterima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam usaha mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semoga semua anggota keselamatan yang terlibat berada dalam selamat dan dilindungi oleh NYA, dan berharap keadaan kembali pulih seperti sedia kala....

Sumber asal
http://kezoom.blogspot.com/2013/03/luahan-seorang-anggota-vat69.html
Tag :

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen

on 16 Mac 2013

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen | Rasanya ramai yang tahu kisah budak terima syiling 50 sen baru Malaysia.

Kisahnya bermula bila seorang budak lelaki muda menjelaskan kepada media, bagaimana seorang penumpang kereta hitam telah memberinya sekeping syiling Malaysia dan mengambil gambar rumah Sulu Sultan Jamalul Kiram III, Maharlika Village, Taguig City, selatan Manila, pada 7 Mac 2013 yang lalu.

Berikutan itu, wartawan Filipina telah menyerbu dan menemubual budak tersebut untuk mendapatkan kepastian. 

Sejak dari itu, rumah Jamalul Kiram III telah dikawal oleh polis Filipina, bimbangkan sesuatu "terjadi" keatas sultan paling miskin dalam dunia itu.

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen

Hurmm....kata ado sojar sendiri....apsal lak nak kono sojar negaro Filipina lak yg jago? Opsss...lope, kan dio ni cuci darah pun kerajaan Filipina yang bantu....:D

Budak terima syiling 50sen


#Terbaru, ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dikatakan telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina - info dr  Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin. Kato nak mati kek mesia??





Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen
http://ph.news.yahoo.com/photos/malaysia-intelligence-nearby-kiram-s-residence-slideshow/malaysians-spying-on-kiram-photo-1146785988.html

Tag :

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor

on 14 Mac 2013

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor | Cikgu Mohd Lotfi Nor merupakan seorang guru di sebuah sekolah dinegeri Kelantan. Baru-baru ini, beliau menerusi akaun facebooknya dilaporkan telah menghina pasukan ATM dan PDRM di Lahad Datu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kenyataan Penghinaan kepada ATM dan Polis

Tiada siapa menyangka, Mohd Lotfi Nor, pernah dilaporkan sebagai orang kurang siuman kerana melakukan kekacauan (mengamuk) di sebuah sekolah sehingga membahayakan keselamatan murid-murid dan guru-guru yang lain.

Berikutan kejadian itu, beliau telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, jika diteliti pada report polis tersebut, ianya bertarikh 04.01.2009.


Kenyataan Penghinaan kepada ATM dan Polis


Mohd Lotfi kemudiannya menerusi tulisan terbaru di facebooknya (yang terkini) telah menghina pegawai keselamatan di Lahad Datu dengan menggelarkan mereka sebagai doggie (anjing). Apa, mungkinkah penyakit beliau kembali lagi?

Report polis terhadap Mohd Lotfi Nor

Berikutan dengan itu, ratusan kecaman telah dibuat ke atas beliau dan sehingga hari ini akaun Facebook beliau masih lagi boleh diakses.

Dibawah adalah kenyataan akhbar dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru tersebut.

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor




Update # Mohd Lotfi Nor telah ditahan pihak berkuasa berhubung kenyataan beliau itu.




Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor
artikel - http://pilihan-anda.blogspot.com/2013/03/kenyataan-rasmi-kpm-mengenai-mohd-lotfi.html







Tag :

Gambar Talibarut Pengganas Sulu Bersama Komander Musa

on 13 Mac 2013

Gambar Talibarut Pengganas Sulu Bersama Komander Musa | Dibawah terdapat dua keping gambar talibarut bersama pengganas Komander Musa (Sulu) yang dikatakan diambil dari handphone pengganas.

Gambar Talibarut Pengganas Sulu Bersama Komander Musa

Menurut info, gambar ini diambil sewaktu upacara pemakaian "bere" kepada lelaki tersebut yang juga dikatakan antara orang yang bertanggungjawab membawa masuk kumpulan pengganas ini di Kg Tanduo.

Talibarut Pengganas Sulu bersama Komander Musa

Lelaki tersebut dikatakan juga pernah bekerja sebagai mandur dan beliau turut dikatakan bekerja sebagai tukang rumah, membaiki rumah penduduk tempatan di sekitar Kg Tanduo.

Bagaimanapun, nasib lelaki ini (telah mati atau masih bersembunyi) tidak diketahui sehingga artikel ini ditulis.



sumber asal : mynewshub




Gambar Talibarut Pengganas Sulu Bersama Komander Musa


Tag :

Gambar Polis Dan ATM Malaysia Berjuang di Sabah

on 12 Mac 2013

Gambar Polis Dan ATM Malaysia Berjuang di Sabah | Alhamdulillah kini pihak keselamatan negara telah mengumumkan Kg Tanduo yang beberapa minggu ini menjadi markas pengganas Sulu telah diisytiharkan bersih dan penduduk kampung tersebut aku kira dah boleh menarik lafas lega.

Menghargai tugas merbahaya yang dilakukan oleh PDRM dan ATM dalam menangani perang dengan pengganas ini, aku siarkan beberapa keping gambar pilihan aku yang aku rasa menarik dan mampu menjadikan rakyat Malaysia sendiri berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh mereka.

Tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua petugas keselamatan negara yang bertungkus lumus memastikan setiap inci bumi Malaysia tidak lagi di injak oleh golongan penceroboh ini.

Diharap selepas ini Kg Tanjung Batu dan Tanjung Labian pula dapat dibersihkan seterusnya membawa kepada penubuhan ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) yang akan meliputi dari Kudat hingga ke Tawau.

Gambar Polis Dan ATM Malaysia Berjuang di Sabah |

Pasukan Polis mengeledah Kg Simunul

UTK - Sedia menembak


UTK Polis selesai menjalankan tanggunjawab

Bersedia berhadapan dgn musuh

VAT 69 Komando Dalam Misi Mencari dan Mengeledah

PASKAL meronda dilautan

Op Daulat dari PDRM

Pasukan UTK PDRM Berkawal

Gambar Polis Dan ATM Malaysia Berjuang di Sabah

Gambar Polis Dan ATM Malaysia Berjuang di Sabah |

Nuri - Op Daulat

Nuri Masih Lagi Diperlukan

APC Condor menjalankan tanggungjawab

Super Lynx dari TLDM turut beraksi

Pandangan Kg Tanduo yg diserang dari APPM


# Hari ni dilaporkan masih berlaku tembak menembak antara pihak keselamatan, seorang anggota ATM dilaporkan cedera....manakala musuh pula dikatakan maut 3, cedera 2. Liat juga puak2 nih...taktik gerila mmg sukar nak dihapuskan secara total......

Tag :

Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat

on 10 Mac 2013

Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat | Inilah kesudahan yang terjadi kepada beberapa pengganas Sulu dari Filipina kerana enggan menyerah diri dalam kejadian yang berlaku di negeri Sabah terutamanya di Kg Simunul dan Kg Tanduo.

Walaupun tawaran menyerah diri telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dengan 3 kali tangguhan, mereka yang nekad mati di Sabah akhirnya mula menerima apa yang diminta.

Sehingga kini dilaporkan 53 orang pengganas Sulu telah ditembak mati dan sejumlah 106 orang ditahan sebagai suspek yang mempunyai kaitan dengan pengganas.

AWAS GAMBAR MENGERIKAN

Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat

Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat

Mayat Pengganas Sulu Di Tembak Mati

Antara Penceroboh Sulu Yang Mati

Penceroboh Mati DiPukul Penduduk Kampung

Penceroboh Mati Dalam Bot

Mayat Penganas Sulu Di Kg Simunul

Mayat Penganas Sulu Di Kg Tanduo

Pakaian Tentera Diraja Tentera Sulu

2 Pengganas Sulu Terbunuh

Seorang pengganas wanita terbunuh

Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat

Kubur Pengganas Sulu



Akan DiUpdate



Gambar Pengganas Sulu Terbunuh Dalam Op Sulu Dan Op Daulat 

Tag :

Isu Pengganas Sulu - Jangan Perlekeh Pejuang Negara

on 07 Mac 2013

Isu Pengganas Sulu - Jangan Perlekeh Pejuang Negara | Beberapa nama yang dikenali dan juga orang awam telah dikenalpasti menyiarkan beberapa animasi dan dakwaan dengan niat memperlekeh pasukan keselamatan negara.

Dalam keadaan negara yang tidak aman, pihak2 ini pada aku sepatutnya tidak mengeluarkan dakwaan begini. Perkara ini telah melukakan hati dan perasaan anggota keselamatan bahkan rakyat Malaysia yang lain.

Isu Pengganas Sulu - Jangan Perlekeh Pejuang Negara

Penerangan mengenai kapalterbang telah banyak diterbitkan didalam internet, bahkan dikatakan kartun ini yang dimuatkan didalam satu laman web telah ditarik kembali oleh tuan punyanya - mungkin dah rasa termalu kot!!!

Isu Pengganas Sulu - Jangan Perlekeh Pejuang Negara

Hurm...semoga minah ni sedar dengan kenyataan yang telah dia buat, agaknya siapa yang dia akan minta tolong disaat dia dirompak atau diugut? - Dengar2nya dia dah buat report polis akaun dia kena hack.... betul ke kena hack?

Dibawah ini ada sedikit petikan dari Malaysia kini...

Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, pihak polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Pihak polis dikatakan telah menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh bersenjata dari Filipina.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..

Menumpang bangga dengan satu kenyataan dibawah. Beliau merupakan salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang menyokong hak dan kedaulatan negara kita!



Aku berharap, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan parti bersama-sama mendokong pasukan keselamatan kita. Alhamdulillah, semalam kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan  anggota yang bertugas disana, bahkan semalam kaum India pun turut berdoa dengan cara mereka. Inilah masanya untuk kita tunjuk rakyat Malaysia tetap bersatu menghadapi ancaman pengganas luar ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!!


#Aku tak mampu utk lakukan tugas seperti mereka, namun aku sepenuh hati meyokong apa jua gerakan yang pihak keselamatan sedang lakukan, semuanya demi keamanan Malaysia.


Isu Pengganas Sulu - Jangan Perlekeh Pejuang Negara
Tag :

Wajah Penceroboh (Lanun) Yang Ditawan Di Semporna

on 05 Mac 2013

Wajah Penceroboh (Lanun) Yang Ditawan Di Semporna | Menerusi sebuah forum, CG, terdapat sekeping gambar yang dikatakan adalah wajah sekumpulan penceroboh yang telah ditawan pihak berkuasa Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang telah mengorbankan 6 anggota PDRM.

Semoga menjadi tauladan kepada penceroboh yang lain!

Wajah Penceroboh (Lanun) Yang Ditawan Di Semporna


#Sesapa nak tengok gambar mayat penceroboh yang menyerang hendap polis di Semporn boleh lihat di Utusan Online...ada live disana, atau klik link yang aku bagi nih.

http://live.utusan.com.my/Event/Peristiwa_Sabah_diserang_penceroboh_Sulu?Page=4
Tag :

Perwira ! Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali

on 04 Mac 2013

Perwira ! Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali | Aku tak mahu tulis panjang2 mengenai apa yang berlaku di Sabah sekarang. Memang banyak info tidak rasmi yang kita boleh capai melalui dunia maya ini. facebook, blog dan forum adalah salah satu contohnya.

Apapun, aku ingin ucapkan selamat pergi dan kembali kepada semua pejuang negara yang kini telahpun berada di Sabah!! Semoga Sabah kembali aman damai seperti sebelum ini.

Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan anggota dan petugas yang berada disana.

Perwira ! Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali






Perwira ! Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali
Tag :

Lahad Datu - Sumpah Setia Anggota Polis

on 03 Mac 2013

Lahad Datu - Sumpah Setia Anggota Polis | Satu informasi baru aku jumpa di laman blog tentera maya. Ianya berkenaan sumpah setia anggota Polis PDRM dan juga warga ATM.

Krisis yang bermula di Lahad Datu dilihat merebak ke Semporna dan kini di Kunak.

Semoga petugas keamanan kita disana dilindungi oleh Allah S.W.T. dan semoga mereka yang membuat huru hara disana berjaya ditahan atau mati dibunuh anggota keselamatan negara!


source tentera maya
http://tenteramaya.blogspot.com/2013/03/kami-anggota-pdrmsia-bersumpah-takkan.html


Lahad Datu - Sumpah Setia Anggota Polis
Tag :

Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh

5 Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh

Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh   | Nampaknya isu yang sedang berlaku di Lahad Datu telah berlanjutan di kawasan lain di Sabah. Informasi terkini mengesahkan pihak polis telah kehilangan 5 anggota semalam semasa operasi memburu beberapa lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika sidang akhbar di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Rumah air Simunul Sabah
Perkampungan air di Simunul
Selain kes di Lahad Datu dan Semporna, pihak polis turut memantau sekumpulan lanun Sulu di Kunak yang memakai pakaian seragam tentera dengan 3 dari mereka dilaporkan bersenjata.

Orang ramai cemas di Semporna
Penduduk beratur untuk mengisi petrol di Semporna akibat kejadian tembakan semalam
Penduduk di Simunul, Semporna turut dilaporkan meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan kejadian tembakan yang berlaku semalam.

Pergerakan kenderaan keluar dari Semporna
Kenderaan berderet keluar dari Semporna


# Update: 

# Penduduk kampung di Senallang Lama, Semporna dilaporkan telah memukul sehingga mati seorang anggota lanun yang bersenjatakan M16. PM, Datuk Najib dikatakan telah memuji tindakan penduduk kampung tersebut.

# Pihak polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.

# Terkini 6 kumpulan penceroboh turut terbunuh, menjadikan kesemua korban dikalangan penceroboh ialah 19.



Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh 



Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved