Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

on 02 Oktober 2012

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol? Entah lah, bila aku tengok gambar2 dari Dailymail ni memang aku rasa pelik sesangat. Pelik sebab aku mungkin antara yang tak ikut fesyen ataupun mungkin derang ni yang terlebih fesyen.Ntahla....hahaha

Walaupun pelik, tapi, aku pun tak de la hairan sangat sebabnya dah tahu orang Jepun punya "citaras pelik" dalam fesyen. Memang derang sanggup berhabis dalam mengikuti fesyen semasa sama ada betul2 lawa atau tidak yang tu mungkin dah jadi no 2.

Btw, aku malas nak bebel lama....aku tepek terus gambar mereka2 yang berbonjol di dahi ni atas alasan FESYEN!!! Teringat aku kat mamat yang bedah badan semata-mata mahu ilangkan lemak tue, yang penting dia nak kurus dengan segera!!!...Isk..isk...


Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?

#Kenkadang nampak cam setan pun ada......anggapan aku je laa...:D- bengong!!!!

Pelik - Fesyen Dahi Bonjol?
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai

on 27 September 2012



Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai ! NANJING: Seorang wanita terpaksa merantai anaknya yang sakit mental di dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya di habiskan diatas katil.


Kisah Kehidupan-Hidupnya 21 Tahun Hanya Dengan Rantai

 Chen Jiufang, ibu kepada  Hong Chunlin

Lelaki tersebut, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.


Hong Chunlin, 37, Mental problem

Kerana terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong kini mempunyai parut yang dalam. 
Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. 



Hong Chunlin, 37,

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya. 

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya. 



Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan menjadi kekangan kepada kehidupan mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. 


#Kesian juga membaca kisah mamat nih, hanya kerana wanita dia jadi begini...isk...ntah laa...aku harap lelaki Mesia sumernya kuat2 belaka mentalnya. Jgn jadi macam lelaki ni......Berdoa la selalu kepada Allah supaya tetapkan hati dan iman.....sian tgk ibunya jugak, agak2nya esok kalau si ibu tiada lagi haru hidup dia nih...isk..isk..

Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai
-salam mesra dr yastro- 


Tag :

ZIKIR VS SIHIR BOMOH SIAM DAN RAWATAN UNTUK SAKA

on 25 September 2012

ZIKIR VS SIHIR BOMOH SIAM DAN RAWATAN UNTUK SAKA! Saksikan video cara perawat yang mana cara islam berzikir untuk melawan bomoh siam. Jangan tanya aku kebenarannya...lihat, nilaikan dan timbangkan sendiri yerr.

ZIKIR VS SIHIR BOMOH SIAM DAN RAWATAN UNTUK SAKA

Kalau ikut info, katanya perawat ni duk kat Thailand...pesakit yang kena tu pun dengarnya angkara buatan bomoh siam. Tah laa....malas aku nak buat spekulasi....Tapi tang songkok panjang tu yang aku pelik sikit...rasa pelik sebab mungkin aku tak pernah tengok sebelum ni kot.....[kabarnya kat Kelantan ngan Thai mmg ada org guna songkok nih]

Tapi dalam lawak2 pun kena ingat, perkara yang anda tengok ni memang perkara yang ada di dunia realiti kita. Aku rasa sesiapa pun pernah dan ada pengalaman berhadapan dengan situasi begini, berhadapan dengan perkara2 atau makhluk halus ni, tak kira la kena kat sapa pun, keluarga ke, rakan2 ke atau diri sendiri.

Ingat nanti aku nak cerita sikit kot pengalaman aku dengan mende2 cam nih nanti...tapi mungkin takat biasa2 je laa...tak de la yg serius sangat...apa pun layan je laa video ni dulu....he3x!!!



ZIKIR VS SIHIR BOMOH SIAM DAN RAWATAN UNTUK SAKA
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Video Pejuang Islam Tembak Tentera Thailand Atas Motor

on 07 Ogos 2012

Video Pejuang Islam Tembak Tentera Thailand Atas Motor ! 4 mati manakala 2 lagi cedera apabila kumpulan pejuang Islam di Selatan Thailand menembak mati 4 orang tentera yang sedang bermotosikal. 2 lagi tentera siam tersebut dikatakan cedera.

Tak pasti la berapa lama video ini boleh bertahan didalam youtube, namun sehingga kini ia masih lagi berada disana. Mungkin juga untuk menunjukkan kekejaman "pengganas Islam" atau betapa kejamnya pejuang Islam disana maka video seperti ini dihalalkan dan masih layak berada di laman yutuber tu. Kalau hok lain, aku pasti lama dah kena remove video tu....

Tapi, kalau tanya pendapat aku....he3x!!! -sure la aku sokong pejuang Islam disana....derang angkat senjata bukannya sesaja jer. Bak kata mantan PM, Tun M...dah lama dah...

Video Pejuang Islam Tembak Tentera Thailand Atas Motor

Okeh, kalau nak tengok video sebenarnya, klik la link kat bawah nih sementara masih boleh tengok.

 



# Sendiri tengok, sendiri tanggung yerrr...jangan dok kata aku lak yg ngaja korang...ha3x!!

Video Pejuang Islam Tembak Tentera Thailand Atas Motor
-salam mesra dr yastro- 
Tag :

KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

on 03 Julai 2012


KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA ! Ibarat Gajah didepan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Itulah yang aku rasa ke atas kekejaman bangsa Myamar ni pada bangsa Rohingya yang beragama Islam. Tertindas tanpa bantuan sesiapa pun...gamaknya apa yang sedang kerajaan kita lakukan terhadap mereka? Bantuan jenis apakah yang hendak di hulurkan??

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Siapa lagi yang akan membantu mereka melaikan kita saudara seislam....
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.

5-Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.


KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Kekejaman Terhadap Orang Islam semakin menjadi2 kebelakangan ini...Mampukah kita dgn melihatnya shj?

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim

KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

-salam mesra dr yastro-
Tag : ,

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan

on 25 Jun 2012

Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Kejayaan ! Yup...kecacatan bukan satu penghalang kepada kejayaan. Telah banyak kes-kes di mana orang yang cacat berjaya dalam hidup mereka.

Sesuatu yang sangat menarik jika nak dibandingkan dengan kita yang lengkap fizikalnya ini. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya..

Antara kes yang menarik perhatian aku adalah seorang mamat yang bernama Spencer West. Seorang lelaki yang sejak azalinya adalah seorang yang cacat. Tabah dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan hidup, menjadikan semua itu satu cabaran untuk tambahkan koleksi kejayaaan beliau...pehhh!!!

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan
Spencer West, mengalami kecacatan kekal sejak dari kecil lagi...
Spencer West, berjaya mendaki gunung Kilimanjaro (6,000 meter) iaitu sebuah gunung yang tertinggi di Afrika. Berbekalkan matlamat mengumpulkan dana Free The Children, beliau mendaki bersama 2 orang teman baiknya iaitu David Johnson dan Alex Meers. Aku di fahamkan misi tersebut berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan tersebut, dan beliau mengambil masa selama 3 hari untuk tiba di kemuncak gunung Kalimanjaro itu.

"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.
"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.
"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.

Terbaik...satu contoh terbaik yang telah beliau tunjukkan. Kalau dia lelaki yang kelihatan serba kekurangan boleh berjaya, mengapa tidak kita? Terasa malu kepada diri kerana sikap positif yang di tunjukkan lelaki ini. Bak kata pepatah, di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan -Spencer West
Malah beliau menjadi pendorong kepada mereka yang lengkap fizikalnya
Jadi, berusahalah untuk mencapai impian masing-masing, sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Begitulah bila kita minat dalam blogging, insyaallah pasti akan ada jalan yang lebih sinar jika kita serius, rajin berusaha melakukannya dengan sepenuh hati dan kejujuran. Insyaallah....[pesanan khas utk diri aku sendiri]

Lihat lagi gambar Spencer West di bawah....










Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan
-salam mesra dari yastro- 


Tag :

NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND

on 23 Jun 2012

Nasa Mahu Tempatkan Stesen Di Thailand ! Argh....seperti ada udang di sebalik batu je aku tengok derang nih. Pe hal tetiba je NASA berminat nak tempatkan kelengkapan derang tu disana, apa kes?? 


Aku takut semuanya projek serampang dua mata, bukannya boleh percaya sangat derang nih. Kekonon nak kaji iklim serantaulah, itu lah ini lah.. last2 maklumat ketenteraan negara lain pulak yang derang hantar kat US sana.
NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
 (X Planes) NASA/Boeing X-48B/C
Btw, aku rasa mende ni pasti akan di perhati secara "rapat" oleh negara China, silap2 negara China ni nanti yang bakal jadi pembangkang terkuat penempatan NASA di sana andainya Thailand bersetuju menempatkan kelengkapan NASA di negara mereka.


NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
 X-43A Hypersonic Experimental Vehicle
Apa pun kita tunggu dan lihat dulu keputusan dari kebinet Thailand nih.....
Kerajaan Thailand belum memutuskan permintaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk menggunakan pangkalan udara U-tapao di Rayong sebagai pangkalan tetap bagi kajian iklim serantau serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan, meskipun tarikh akhir berbuat demikian ialah Selasa depan.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra memberitahu pemberita di sini hari ini sebuah jawatankuasa masih mengkaji permintaan itu.

Yingluck berkata beliau tidak tahu sama ada kajian itu akan siap pada masa itu dan dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet Selasa depan.

NASA telah memaklumkan ia akan menarik balik permintaan itu jika Thailand gagal memberi jawapan menjelang Selasa depan kerana pihaknya perlu membawa masuk peralatan yang berkaitan sebelum kajian iklim dijalankan Ogos ini.

Isu itu menjadi kontroversi apabila pembangkang, Parti Demokrat, mendakwa kerajaan Thailand bersetuju dengan permintaan tersebut sebagai pertukaran untuk visa masuk ke Amerika Syarikat kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pentadbiran Yingluck.

Pihak yang menentang projek itu juga khuatir ia mungkin melanggar kedaulatan wilayah Thailand dan mendakwa perkara tersebut memerlukan kelulusan Parlimen, manakala sesetengah lagi berpendapat projek NASA mungkin menimbulkan kebimbangan berhubung pengintipan terhadap jiran Thailand kerana membabitkan penerbangan beraltitud tinggi.

Memandangkan banjir teruk melanda satu pertiga negara ini tahun lepas, Kementerian Luar berpendapat Thailand akan memperoleh manfaat saintifik daripada projek itu kerana ia boleh membantu meramalkan keadaan cuaca.

"Saya percaya Amerika Syarikat akan memahami amalan kerja di Thailand meskipun NASA telah menetapkan tarikh akhir," katanya. 


NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
-salam mesra dari yastro- 
Tag :

BAPA KEJAM - MARAHKAN ISTERI ANAK JADI MANGSA

on 21 Jun 2012

Bapa Kejam, Marahkan Isteri Anak Jadi Mangsa ! Baru saja kelmarin satu dunia menyambut Hari Bapa sebagai mengenang jasa dan pengorbanan para bapa kepada anak dan keluarganya.

Bagaimanapun, sesuatu yang sebaliknya berlaku kepada seorang bapa di China. Perbuatannya yang melampau ini TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!

Kejam dan tiada kasih sayang waima kepada anaknya sendiri, itulah yang mampu aku ucapkan. Namun aku tak hairan, kerana China pelbagai perkara boleh berlaku hanya dengan sekelip mata.

Alhamdulillah dalam kes ini, nasib baik anak beliau tersebut berjaya diselamatkan.....

Bapa Kejam, Marahkan Isteri Anak Jadi Mangsa

Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.

Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.

Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.

Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah




Tag :

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

on 16 Jun 2012

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin? Erkkk....pelik betul budaya manusia ni yerr.. Kadang2 sampai tak masuk akal pula jadinya, tapi kalau dah itu budaya dan kepercayaan mereka memang tak boleh buat apa la.

So, kat bawah ni ada beberapa keping gambar perkahwinan pelik, iaitu perkahwinan katak yang mana mengikut budaya satu kaum di Takhatpur,India,  mengikut kepercayaan derang perkahwinan ini mampu memberikan hujan seperti yang mereka inginkan. Jom layan gambar2 dibawah nih...he3x!

Walau bagaimana yakin sekalipun mengenai hubungan mereka, setiap pengantin perempuan akan bimbang bakal suami mereka bersuara parau apabila tiba hari penting itu.

Tetapi di sebuah kampung terpencil di Takhatpur, ia adalah perkara biasa dalam perkahwinan katak yang sangat diraikan. 

Penduduk percaya, perkahwinan luar biasa itu akan membawa hujan dan menyelamatkan mereka daripada bekalan air yang kurang akibat kemarau panjang.

Di beberapa tempat di India, katak dikatakan mempunyai kuasa istimewa kerana mereka dapat merasakan bila akan hujan, membuat bunyi bising apabila awan bakal melimpahkan isinya.

Dalam satu gambar perkahwinan pelik ini, ‘pengantin perempuan’ dan ‘pengantin lelaki’ dipegang dua lelaki dan ikrar mereka diperkuat dengan satu kucupan.

Seluruh penduduk kampung dilihat mengambil bahagian dalam acara istimewa ini sementara beberapa kanak-kanak terpegun melihatnya. 

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?


Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?- Agak2 kalau goreng pon sodap kot....ke3x!!!!


-yastro-
Tag :

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

on 14 Jun 2012

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH ! Mungkin ramai yang dah tahu berkenaan dengan gambar awan Arcus yang agak menakutkan di Sabah kelmarin, aku tak tau pasai hapa tetiba sahaja berminat nak kumpul koleksi gambar awan tersebut.

Apapun, layan je la bgambar yang aku dah share kat sini nih......

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH

KOLEKSI GAMBAR AWAN ARCUS DI SABAH !

-salam mesra dari yastro-
Tag :

TELAN IKAN UBAT ASMA

on 09 Jun 2012


TELAN IKAN UBAT ASMA

Telan Ikan Ubat Asma. Mungkin agak pelik bunyinya bagi kita, namun tidak bagi  keluarga Bathini Goud dan penduduk di India yang mengenali keluarganya.

Hanya menggunakan cara perubatan tradisional, ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba menjadi satu rahsia bagi keluarga Bathini Goud.


TELAN IKAN UBAT ASMA-1

TELAN IKAN UBAT ASMA-2

Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.
Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.
Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.
Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.
Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.
Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan.
TELAN IKAN UBAT ASMA - Salam mesra dr yastro-
Tag :

Gambar Sekitar Pesawat 737 Terhempas di Pakistan

on 28 April 2012

Gambar disekitar nahas pesawat komersial iaitu Boeing 737-200 milik Pakistan merupakan antara nahas pesawat yang terburuk dalam tahun ini. Baru2 ni di atas pergunungan Siachen pun berlaku satu nahas yang melibatkan tentera Pakistan disana. Apa yang sama ialah jumlah angka yang besar telah terlibat disini...Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang mukmin dan beramal soleh. Insyaallah.
ISLAMABAD – Pesawat penumpang Boeing 737-200 milik Bhoja Airline terhempas ketika cuaca buruk dekat markas tentera udara Chaklala tidak jauh dari ibu negara, Islamabad, menyebabkan 127 orang terbunuh. Kawasan kemalangan juga beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, kata Menteri Pertahanan, Chaudhry Ahmed Mukhar yang mengesahkan peluang tipis untuk penumpang terselamat.
Laporan lain menyatakan 131 maut manakala satu lagi menyatakan 122 terbunuh dalam nahas udara kali ini. Hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan sekitar ibu negara ketika nahas berlaku pada 6.40 petang waktu tempatan.
Sumber lapangan terbang berkata, pesawat B4-213 Bhoja Airline itu dijadual mendarat di lapangan terbang Islamabad pada 6.50 waktu tempatan tetapi hilang hubungan dengan menara kawalan 10 minit sebelum itu dan terhempas ketika mendekati destinasi.
Pesawat itu dalam perjalanan dari bandar terbesar Karachi ke Islamabad dan ada kemungkinan kapal terbang itu terkena petir menyebabkannya terbakar, kata pegawai. Seorang pegawai unit menyelamat polis, Saifur Rehman, berkata pesawat terhempas di perkampungan Hussain Abad, kira-kira tiga kilometer dari lebuh raya utama Islamabad.
“Kebakaran berlaku selepas pesawat terhempas. Api marak dan pesawat itu musnah sama sekali. Kami datang dengan anggota bomba dilengkapi lampu suluh dan lebih ramai anggota penyelamat dalam perjalanan ke tempat kejadian,” kata Saifur.
“Tiada peluang untuk sesiapa selamat. Jika ada yang selamat, itu satu keajaiban. Pesawat itu musnah keseluruhannya,” kata pegawai polis, Fazle Akbar, yang dipetik akhbar Dawn.
Siaran televisyen menunjukkan bangkai pesawat itu termasuk sebahagian enjin dan sayap dekat sebuah bangunan. Anggota penyelamat menggunakan lampu suluh ketika memeriksa tempat kejadian. Stesen televisyen juga melaporkan bahawa semua hospital sekitar Islamabad dan bandar Rawalpindi diarah bersedia menerima mangsa pada bila-bila masa selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto dilihat menangis dan menjerit ‘dua anak perempuan saya sudah mati’ manakala orang lain mengerumuni papan tanda melihat senarai nama penumpang pesawat terbabit. Antaranya termasuk Zarina Bibi yang cuba mendapat maklumat sama ada suaminya adalah penumpang Bhoja Airline itu.
“Dia menelefon saya sebelum berlepas dari Karachi tetapi saya tidak tahu sama ada dia naik pesawat itu atau yang lain,” kata Zarina yang hampir menitiskan air mata.
Nahas udara terakhir di Pakistan juga adalah yang paling buruk berlaku pada Julai 2010 apabila sebuah pesawat Airbus A321 milik Airblue terhempas di kawasan berbukit bertentangan Islamabad, menyebabkan 152 orang maut. Siasatan pihak berkuasa menyalahkan juruterbang kerana mengubah haluan ketika cuaca buruk. – Agensi


nahas pesawat boeing 737 pakistan








sumber- hindustanitimes
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved