hari esok untuk Islam

gambar keluarga sebagai pembakar semangat

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu diruang maya ini, diharap semua dalam rahmat Allah... insya Allah..


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.


Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:
" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)


Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.


Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.


Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.


Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam

telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.


Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.


Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.


Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"

(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin. Celik luas2.....

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.


Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.


Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini. ayuh ya akhiii....


Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan (perkara kecil dibesar2kan...). Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.


Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".


Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.


Wallahu A'alam.



Sungguh seronak bila dapat berkongsi pada secebis Ilmu yang ada, ini mungkin entri yang terakhir sebelum imtihan... diri yang dhoif ini menyeru dan mengharapkan doa dari ayah, mak, abang, kakak, adik, saudara, saudari, muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat agar mendoakan kejayaan kita bersama, bi taufiq wa najah.... aaamin...


tawaquf seketika bersama kitab kuliah... huhuhu...

tidak salah kalau hari ini kita berusaha sehabis daya tatkala esok menyingsing seurat senyuman lebar... "inilah manisnya Islam yang ku cari"



...:: bangkitlah dengan kalimat tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah ::..



syuran asyan ziarah...


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, salawat dan salam buat junjungan mulia nabi muhammad S.W.A, keluarga baginda, sahabat, para tabi', tabiien dan ulama.... amma ba'...

Syukran alaikum ya akhiii....

kehadiran kalian insya Allah telah membuka 1000 pintu rahmat kepada kami, walaupun sepanjang kehadiran kalian ada sahaja masalah..... adab tinggal dimuhafazah (kena akur dengan segala kemungkinan....), apa tidaknya antum semua datang awal bulan, jadi terpaksalah melihat telatah kami berdepan dengan ammu simsar yang tah ape2.... (suruh pasang gas tobie' pun susah....sabo je laaa...)

lebih mendukacitakan lagi dengan kehadiran golongan2 yang tak sudi melihat ahli bait kami dalam keadaan bahagia... mereka datang dengan kata menuntut hak... (ermmmm... tak ada komen...).... tolong la biarkan kami bahagia.... kita pupuk ukhuwwah Islamiyyah, bukan mengigit sesama muslim.... insaf la ya akhiii...

sesungguhnya tingal dimuhafazah ada kesukaran dan kesenagan yg mengiringinya (menatijahkan kepuasan... huhuhu..), sunnah penciptaan, ada baik maka yang buruk pun ada.... sebab itu Allah mengarahkan kita agar melakukan amar ma'ruf dan dalam masa yang sama mencegah kemungkaran dari berleluasa.... kalau tak percaya cuba kita lihat sekaliling dan imbas kembali sejaran Islam itu sendiri, bagaimana musalamatu kazzab melakukan penentangan dengan bersembunyi disebalik nama Islam sedangkan Islam satu agama yg cukup sempurna dan pada ketika itu nabi dan para sahabat masih ada..... menunjukkan perlunya seiring antara menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar...

ermmmmm....
kami ahli bait memohon serjuta kemaafan seandainya layanan yg kami bagi tidak sebaik layanan hotel 5 bintang tapi diri kerdil ini tetap mengharap agar sekelumit kebaikan yg dibuat mendapat catitan kebaikan disisi Allah... insya Allah....

datang la lagi yek....

pasal cerita disebalik port said 2... ana mintak maaf banyak sangat... disana mungkin berlaku kekurangan dan miss komunikasi dengan ammu teremko... maalish jiddan.... kira puas ati la yek.... jalan sampai lewat malam.... huhuhu.....

wa Allahu a'lam...


...::berlapang dada dalam persahabatan adalah ikatan yg paling kuat antara kita::...


salam aidhil adha


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan yang masyur padanya cerita sebuah pengorbanan, antara nabi Allah Ismail dan ayahnya.... sejauh mana penghayatan kita.....

salam aidhil adha, maafkan daku diperantauan ini... seandainya dalam pertemu antara kita ada terguris, terkasar, tersinggung, terumpat dan sebagainya....
sejuta kemaafan ku pinta....

ermmm....
ya akhiii....
saban tahun kita menyambut aidhil adha...... apakah kita sedar setinggi mana pengorbanan kita terhadap agama Islam dan juga ibu bapa kita....

kalau kita masih bertangguh dalam meniggikan daulah Islam,
maka katakan pada diri kalian
" aku tak hidup lama..."

kalau kalian masih berkeras dan meniggikan suara dengan ibu bapa
maka tanyalah pada diri kalian
"tanpa mereka dimana aku??"

sedarlah sesebuah pengorbanan didahului dengan keperitan dan penderitaan
tapi
setiap penderitaan dan keperitaan
adalah kunci kepada pintu kebahagian yng berkekalan....

tanya diri
bila kita mahu bangkit??
atau sekadar menanti didalam selimut sahaja....
atau sekadar mencaci dan mengata dari belakang sahaja...
insaflah...

mai kita sama2 bangit dan bersatu hati
satu fikrah satu amal

wa Allahu a'lam...


...:: adakah kita sebahagian dari kebangkitan Islam?? ::...


haram bersekedudukan ketika haid


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dapat ana luangkan sedikit masa bersama kalian...

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Apakah Dia Kaffarah Kerana Bersetubuh Ketika Haid Itu?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu‘ Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya bagaimana dengan keadaan seseorang yang mendatangi (menjimak atau menyetubuhi) isterinya pada ketika haid. Baginda lalu bersabda:

Maksudnya: (Dia) bersedekah dengan satu dinar atau setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)


Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Majah, ad-Daruquthni, ad-Darimi dan an-Nasa’i. Menurut Abu Daud dan al-Hakim, ini adalah hadis shahih. Manakala yang lainnya mengkategorikan hadis ini bertaraf marfu‘ dan mawquf.


Manakala hadis mawquf kepada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu permulaan darah (haidh), maka (dia membayar) satu dinar. Dan jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu darah berhenti (kering), maka (dia) membayar setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)


Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, kaffarah yang dimaksudkan itu ialah 1 (satu) dinar jika berlaku persetubuhan pada permulaan haid, iaitu ketika darah haid masih kuat warnanya.


Manakala ½ (setengah) dinar jika berlaku persetubuhan pada penghujung atau akhir haid, iaitu ketika darah haid beransur lemah warnanya dan hampir-hampir kering atau sudah berhenti.


Adapun maksud dinar di atas adalah dinar mengikut timbangan Islam daripada emas tulin. Satu dinar bersamaan dengan satu misqal daripada emas, mengikut timbangan pada semasa.


Kaffarah yang disebutkan itu hanya dikenakan ke atas suami sahaja dan disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin. Manakala menurut Imam ar-Rafi‘e Rahimahullah, memadai kaffarah tersebut diberikan kepada seorang fakir sahaja.


Bersetubuh Setelah Kering Darah Haid Tetapi Belum Mandi

Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama-ulama Syafi‘e mengatakan apabila perempuan yang haid itu sudah kering darahnya, maka terangkatlah beberapa perkara yang diharamkan ke atasnya seperti puasa, talak dan zhihar.

Adapun larangan kerana disebabkan hadas seperti sembahyang, tawaf, sujud Tilawah dan Syukur, i‘tikaf, memegang dan membaca al-Quran dan tinggal atau duduk dalam masjid, masih dilarang dan masih berjalan hukumnya sehinggalah dia mandi mengangkat hadas besar. Begitu juga larangan bersetubuh dan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut.


As-Sayyid al-Bakri menukilkan kata-kata Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari dalam Syarh ar-Raudh, sebagaimana diharamkan bersetubuh pada akhir waktu haid, diharamkan juga bersetubuh setelah darah haid berhenti atau kering sebelum mandi mengangkat hadas besar.

Menurut jumhur ulama, hukum bersetubuh dengan perempuan yang haid sebelum dia mengangkat hadas sekalipun darahnya sudah kering atau berhenti atau bersih adalah haram sehinggalah dia terlebih dahulu mandi mengangkat hadas ataupun bertayammum (pada keadaan sah tayammumnya itu).

Begitu juga dengan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut sehinggalah perempuan tadi mengangkat hadas besar. Jika dia tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum kerana tayammum itu bersamaan dengan mandi dalam mengangkat hadas.

Di samping itu jumhur mengatakan jika seseorang bersetubuh dengan perempuan yang sudah berhenti atau kering darah haid dan sebelum mandi, maka (sunat) ke atasnya kaffarah, iaitu bersedekah kepada orang fakir miskin dengan ½ (setengah) dinar.

Perintah Untuk Mandi Setelah Kering Darah Haid


Ulama sepakat bahawa mandi mengangkat hadas disebabkan haid dan nifas adalah wajib, iaitu apabila telah berhenti atau kering darah tersebut.


Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ketika Fatimah binti Abi Hubaisy menemui Baginda mengenai masalah haid dan istihadhah.


Maksudnya: Maka jika datang haidhmu, maka kamu tinggalkanlah sembahyang, dan jika (kadar masa kebiasaan haidh) telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah dari dirimu darah haidh (mandilah) kemudian sembahyanglah”.(Hadis riwayat al-Bukhari)

Secara dasarnya darah haid itu bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Kerana itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat wajar, di samping ianya mendatangkan mudharat. Manakala dari sudut pandangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan senghaja merupakan dosa besar dan pelakunya disunatkan membayar kaffarah.

Menurut Imam al-Ghazali, melakukan persetubuhan sebelum mandi akan mewarisi judzam (penyakit kusta) kepada anak.

Oleh kerana itu hubungan suami isteri akan terbatas selama mana isteri belum mandi mengangkat hadas, sekalipun darah haid sudah kering atau berhenti. Maka apabila darah haid telah kering, wajiblah menyegerakan mandi untuk mengangkat hadas supaya tidak tertinggal melaksanakan ibadat yang dituntut.

wa Allahu a'lam...


...:: seindah2 wanita adalah wanita solehah ::...



Category: 0 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..