Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Org Sibu Reject geng penjudi

Gua sungguh gumbira ini ari walaupon penat sikit kerja.Terima kasih org sibu sbb gembirakan ati gua.Terima kasih sangat2.

Puas ati woo tgk BN kalah.Dah kuar duit juta2 pon kalah lagi.Padan muka hang BN!!

Skang org Sibu yang tak rmai muslim pon dah pandai reject geng penjudi.

Terima kasih banyak2 org sibu.

Org Melayu Islam Semenanjung tak reti2 lagi ka nak reject geng judi?

Saturday, May 8, 2010

Perkembangan Cendawan & Such

Cendawan & Such Concept Shop

yihaaa..!!

alhamdullilah Cendawan & Such dah menapak selangkah lagi.Secara tak sengaja, tiba2 jek C&S dah ade kedai concept pertama di malaysia.Gua malu nak upload gambo sbb tak abes renovation lagi.so tunggu2 la.

Gua sebeno nyer patut bukak kiosk je..tapi tah camne rezki allah kasi dapat pulak buka kedai.Takat ni gua run dulu sebelom official launching die.

Terima kasih pada loveperak yg sudi jadi blogger pertama jejak kaki kat kedai gua.Lu mmg hensem n jambu.hahaha

Arap2 ramai lagi blogger yg sudi singgah kat kedai gua.Dont worry brader, siap ade free wifi.Lu org leh online 3 hari 3 malam pon tdr hal kat kedai wa.


Franchise Cendawan & Such

Pada kenkawan yg minat nak bukak franchise brand C&S, sorry banyak2 kalu gua tak reply email lu.Sampai tetiba ada posting kat carigold la plak..

Sebonanyer time tuh gua serius bz n franchise wa pon tak complete lagi.Takan gua nak open product tak siap kot.

So takat nih gua cuma open pada franchisor di taiping n kawasan sekitar sahaja.Gua tak mampu nak arrange supply ke kl or mane2.Kalu lu org nak sponsor modal kat gua leh la gua bukak kat kl terus.hehehe

So wa arap brader2 yg email wa..dapat email wa sekali lagi.Leh la kita bincang2 camner..

Kedai wa paling top SupGearBox yg superb.Goreng2 pon ada,tomyam pon ada.

Western food die lak yg jd asas bagi menu gerai franchise.

Sini gua tunjuk sikit menu utama gerai franchise Cendawan & Such



Sape2 yg dekat2 area tepen tuh mai la kedai wa...superb nih bai.tak nyesal nyer

Monday, April 26, 2010

Rebranding nama Rasuah Pilihanraya = Pork Barrel

Sekarang kecoh pasal kes beli undi di hulu selangor.Biasa la tuh baru lepas PRK.

Kes2 ni sgt susah nak sangkut sebab definasi die sangat luas.Najib rilek jer cakap diorg cuma selesaikan masalah rakyat sdgkan terang2 die offer duit bantuan kalau BN menang.

Gua bukan nak komplen apa2.Tapi wa ingat nak ajak rebranding kasi orang jijik sikit dengan semua unsur2 rasuah ni.

Jangan kata kat negeri omputeh takdak benda2 ni semua.Ada beb..normal la rasuah pilihanraya ni kat semua negara demokrasi.Tapi diorg panggil rasuah pilihanraya ni ganas sikit.

Maybe sebab melayu ni bersopan sangat kot.Sampai bab rasuah pon nak malu2 n bersopan.Tak kena gaya sungguh

Gula2 pilihanraya - orang putih panggil "election pork".Bahasa Melayunya Babi pilihanraya

Project Mee Segera - orang putih panggil " pork barrel".Bahasa melayunya Tong Babi

Contoh penggunaan ayat

"Najib menyediakan " babi pilihanraya" untuk memancing undi di kawasan Felda Melayu"

atau

"Rakyat dijangka akan dibanjiri dengan "Tong Babi" seperti jalan bertar baru dan atap masjid baru sempena PRK di hulu selangor"

Bukan gua reka2 ni.Leh tgk dlm wiki makna dia.

Baru nampak jijik hina sikit bro..haha

Tabik dan Hormat pada Petugas Hulu Selangor..

Bila bangun pagi ari nih, gua terasa pedih.Bukan pedih sebab PR kalah tapi pedih bila mengenangkan duit yang menang kali ni hulu selangor.

Orang tua kata "The love of money is the root of all evil".

Tapi gua kata "money is root of all blindness n ignorance".

Entah sampai bila kita(baca : Melayu) akan terus dibodohkan dengan duit yang sedikit.

Kalau tiap2 kali pilihanraya boleh wujudkan at least 10 jutawan melayu taper gak.Senang sikit nak penuhi target 30% NEP bumiputra.Alang2 nak bagi duit kan.Kasi la rakyat jadi jutawan terus.

Walaubagaimanapon, tabik n hormat paga team PR terutama petugas2 tanpa nama yang bertugas tanpa penat n putus asa.

Ini orang yang kalau menang apa pon tarak dapat.Kalau kalah lagi kene kutuk la plak.huhu

Bagi wa, ini Real Hero.

Taper bro..jgn sedih2.Gua dedicate lagu ni kat lu orang.Layannn

Monday, April 5, 2010

Kesian pulak gua tengok..

Bila gua kuar artikel yang lepas, ade pulak segrombolan blogger semangat gila nak taji gua.Lawak pon ade sebab ade yang tak berapa betul pon.

Tapi wa sebagai orang islam sangat simpati lah pada blogger sedara seislam wa tuh.Wa takut dia masuk neraka sbb buat cita tak betul.Kesian sangat.Panas woo api neraka.

Jadi wa cubalah sedaya upaya wa untuk memendekkan dosa2 diorg ni.Harap allah terima usaha wa

1,

Wa bukan lah cikgu.Mak gua ade la paksa wa jadi cikgu.Tapi wa degil gila tamau sbb nak berniaga.Bagi wa berniaga pada zaman sekarang jatuh hukum wajib sbb at least paling bodoh pon boleh sediakan peluang bekerja kat anak cucu wa.Lu nak harap sape lagi beb?Gomen?GLC?Udah2 la tuh.Ade baik lu sendiri sediakan platform untuk keturunan lu.

Zaman makin mencabar ma.Buang jek tongkat bumiputra lu org tu.

So tak pernah la pulak gua mendidik sapa2 pon.Tak payah la susah payah kutuk2 cikgu pulak

2,

Tak pernah pulak gua haramkan blogger guna logo PAS reform untuk bela pemimpin PAS.Yang gua cakap ialah kalau nak guna boleh tapi kene la ikut bak kata najib "Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan".

Kalau blog yg asyik membela pemimpin yang merugikan rakyat n party mmg gua haramkan pon pakai logo gua.

3,

TKO adalah media membentuk pemikiran orang PAS. Sebab tu gua marah sangat bila keluar artikel yg bagai menghalalkan perbuatan wajib derma kalau nak balak tu.

Serupa macam kalau TKO keluar artikel menghalalkan babi.Tak kan TKO nak terbitkan juga artikel tu sambil cakap ia tak melambangkan pemikiran TKO.Bengap sungguh.

Paling pelik ramai juga orang dalam TKO yang rasa perbuatan derma tuh mmg boleh.Hancusss!

4,

Gua menyokong penuh n percaya TGNA tak terlibat dalam kes derma ni, tapi wa tak mampu nak percaya semua orang yang duk bawah pemerintahan TGNA.Biasa la bro, dalam setandan pisang mesti ada yang busuk.

Sbb tu wa merayu sangat2 pada TGNA, ada baik TGNA ambik tindakan drastik untuk siasat.Buang segala busuk2 dalam kerajaan PAS kelantan.

TGNA kene serius sbb barah rasuah ni la yang paling merosak orang melayu islam di malaysia ni.Jangan sampai ahli PAS menghalal bende yang haram.

Sunday, April 4, 2010

Mintak tolong PAS jangan makan BABI cam UMNO

Gua serius malas gila nak blog dah, nak langgar hadi pon malas sbb gua nampak hopeless n bengap nyer ahli PAS ni.

Tapi bila sahabat gua Aduka walau masih dalam proses perbicaraan masih berminat, gua pk bring it on jer la.

Walau pon pade gua projek nih takan berkesan pon.Sbb asas masalah PAS,UMNO n sebahagian besar melayu kita ialah asabiah(cari sendiri definasi kat penarik beca) dan taat@wala' melampau.

Sampai bende haram/jahat/bodoh tapi di salut dengan label islam atau melayu terus jadi suci n boleh.Sebab tuh ramai orang melayu islam tak kira parti terima rasuah die cakap alhamdulilah.

Ahli2 PAS sekalian,
Kalau pendedahan kickdafela tu betul, gua mintak sangat2 lah jangan di bela tapi di hukum seberat2 nya.Derma PASTI atau apa pon tujuan nya tak menjadikan duit itu halal.Sapo cakap cari derma camni tektikel yang bagus meh gua sumbat mulut lu org dengan daging babi.Nak tengok lu sanggup tak makan babi.

Ahli2 PAS sekalian,
Makan duit macam tuh adalah haram serupa macam makan babi.Takan lu org nak tengok anak2 lu org yg mengaji kat PASTI makan babi?

Aihh...sakit hati wa baca artikel tranungkita tuh mmg tak habis2 lagi ni..:((

Ajaran Asabiah Haram Jadah Tranungkita aka PAS

Gua terbaca artikel tranungkita sini. Termenung gua bila artikel se haram jadah mcm ni pon boleh keluar.Perbuatan haram jadah camnih pon nak backing ke?

Betul atau salah dedahan kickdafella tuh ntah la, tapi

Bende salah tetap salah la babi!
Boh pi nama derma PASTI ke hapa ke, SPRM layan ke hape..haram tetap haram.

Meh sini mana2 ostad PAS yg sokong buat keje haram jadah debat ngn gua pasal bende nih.

Tajuk die:PAS ADALAH HARAM JADAH KALAU BUAT KEJE MACAM INI!

Tuesday, March 16, 2010

Cendawan & Such : Gerai akan datang..nantikan!



Gua tengah ura2 nak cipta kiosk outdoor.Ingat dalam shopping mall jek ke boleh booth cool2.Tepi jalan pon boleh daaa...

Sekarang tengah dalam proses membuat budget n redesign balik kasi logik.Lebih kurang camnih la kalu siap nanti.

Nih gua nak letak dekat stesen bus kamunting.Nantikan la kemunculan die


Monday, March 15, 2010

Dakwah Islam with Style

Baru hari ni wa cuti. Gua sekarang bz mengalahkan menteri.Tak sempat wa nak menupdate blog n menghantar T shirt Pas Reform.Untuk itu wa meminta maaf pada semua pembeli.T shirt anda semua dah siap lama tapi tak sempat di hantar sbb lama sangat "outstation".Maaf 1000x.Wa akan hantar secepat mungkin.

Sensitiviti Islam


Seperti biasa, bila ada karton menghina Nabi, pemuda2 PAS mula bangkit mengecam.Gua rase gua dah tgk reaksi mcm nih dah berjuta2 kali n makin lama makin boring.Takat tuh ja ka hangpa boleh buat?

Gua tertarik dengan reaksi masyarakat islam level euro.Diorg makin maju dalam menangani islamophobic nih.

Gua cadangkan KP PAS untuk usya2 sikit web styleislam.com nih. Syarikat German based nih menganjurkan dakwah islam dgn sangat cool n trendy malah dilihat sangat positive. Ia berjaya menjadi trendsetter untuk memecahkan imej rigid islam yang tertanam dlm minda non muslim n tak mustahil sebahagian besar org islam juga.

Gua mintak KP PAS baca sikit interview ni.

Gua paling minat baju dia yg nih.Strong mesej.Kompom muslimah bangga jek pakai.



Dah sampai masa nya Pemuda PAS untuk "buka mata" dan memahami kaedah2 baru yang sesuai untuk berdakwah dikalangan orang muda n non muslim.Sampai bila nak mengharam n mengecam jek keje. Atau tak habis2 dengan program2 rempit?haha.grow up la bro nasarudin.

Situasi Niaga.

Semenjak Zambry ditabalkan jadi MB di perak, semacam suasana "Gold Rush" berlaku di Perak. Ramai muka baru dan lama berebut2 untuk bermacam2 kontrak.Maybe sbb dah setahun susah nak cari makan. Sekarang "ketuanan Melayu" dah kembali semula .Gua ucapkan good luck n selamat bersaing pada semua broker2.

Sementara di Kedah pula, words around broker mengatakan suasana business yang sangat strict dan sihat berlaku di kedah. Setiap dokumen harus lengkap n wajib melalui proper channel.Paling ajaib yg memuji ni adalah broker2 Umno Linked Company.Gua ucapkan tahniah pada Azizan kerana "Walk the talk".

Di Kelantan pula, di katakan kebanyakan broker makin berhati2 sbb banyak scheme n fraud.Kene banyak buat due diligence kalu tak mau kne fraud senang2.Betul ke cerita ni?

Sapo2 rajin kasi insight view boleh la komen kat gua.

Friday, February 19, 2010

Bayangan UMNO dalam PAS

Gembira betul Mustapha Ali.Siap gelak2 lagi.Mmg Tricky Master la mamat ni.

JK Displin PAS bawah tapak kaki die jer.Selamber tapis apa2 yg nak masuk dlm JKD.Setiausaha "Agung" sungguh.

Busuk2 kes liwat anwar pon, Mahkamah at least kasi jugak bukti n tuduhan dua2 belah pehak dibentangkan dulu depan hakim. Tak kesah la ada merit ke idak.Baru ler Mahkamah leh putuskan.

Lagi hebat bila bukan hampir tapi semua geng dia buat lah apa saja, langsung tak kena apa2. Takat kene kutuk n kritik tadak cacat cela nya pon bang.Tuh bukan hukuman da.

Bila tengok senarai tindakan displin PAS pada geng UG ni, teringat gua pada Party lawan PAS.

Dengan Party ni pon, lu dakwa la apa pon diorg mesti menang gak. Masuk parlimen menang, masuk DUN menang siap leh tukar speaker, masuk court menang.Kalah cuma satu jek..bila berdepan dengan undi rakyat.

Maybe tuh jek kot jalan nak kalahkan "bayangan UMNO" ni?

Thursday, February 18, 2010

Tahniah UMNO di iktiraf hadi..

Gua malas gila nak tulis blog..keje banyak maa.Cuma bila terbaca berita ni dari utusan ni terkejut jugak

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza."


Bila tgk video balik gitu la gamaknya kesimpulan Utusan..

Kalu ikut amanat hadi kira jadi lah ni. UMNO dah tak amalkan 'politik suku, agama suku'.

Gua rasa tentu ahli pas yg wala' akan gembira sbb akhirnya dapat lah berpeluk pelukan dgn geng UMNO bak adik beradik mcm di kedah.

Boleh la kita lupakan kisah memali, ISA, royalti minyak, hudud, etc,etc,etc...

Boleh la org UMNO bawak Orang PAS jalan2 sampai ke siam..

Tahniah!

Wednesday, February 17, 2010

Sumpah ISA : Najib minta maaf atau Sudin mati?

Maaf atau mati?

| |
( Ini gambar Sudin yang diambil pada awal Subuh 18 April 2002, lapan tahun yang lalu.Bagaimana rupa Sudin sekarang?)
Setiap kali ISA disebut, pasti aku akan teringat pada Samsudin.Apalah yang sedang dibuatnya ketika ini? Bagaimanakah keadaannya?Tidurkah?Sedang baringkah?Apa agaknya yang sedang bersarang di mindanya?
Pada 12 Jun ini, beliau akan genap 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Pekerjaan beliau sebagai pembantu akauntan, sudah lama berakhir. Isterinya....sudah lama diceraikan, atas kehendak wanita itu sendiri (dan dia tidak salah kerana menuntut haknya). Anak-anak semakin membesar dan sudah lama melupakan bapa kandung yang tidak langsung memberi nafkah makanan mahupun kasih sayang sewaktu mereka melalui saat-saat membesar....
Siapakah yang patut dipersalahkan?Sudin atau bekas isteri dan anak-anak?
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita dari seseorang yang dikatakan agak rapat dengan beliau bahawa Samsudin tidak mahu berjumpa sesiapa pun samada ahli keluarga ,Special Branch ,peguam atau pegawai SUHAKAM kerana beliau telah bersumpah, jika Perdana Menteri yang baru ni tak mahu memohon maaf secara terbuka pada beliau, dia lebih rela mati saja di dalam Kem!!!!



Biar betul ni!!!!Jika betul Sudin ingin bersumpah mengakhiri kehidupannya di Kem, ini akan menjadi satu sejarah baru dalam perjuangan menegakkan hak asasi di Malaysia ini.Pelik juga, dah dikurung lebih 7 tahun, adakah beliau masih lagi menjadi ancaman pada keselamatan rakyat Malaysia?Adakah ini bermakna KDN gagal mentarbiayah Sudin mengikut citarasa kementerian itu?

Monday, February 15, 2010

SearchForHeaven : PAS khianat pengundi?

Maafkan gua sebab lambat kuarkan comment lu.Kelam kabut sedikit dengan urusan2 hidup.

Wa sangat mengalu alukan(menikmati?..ngee) usaha untuk menjawab segala persoalan dalam usaha mencari penyelesaian masalah PAS ni. Wa lagi suka untuk bersikap bertekak tekak dahulu, bersenang senang kemudian. Apa yang penting ialah lu orang kene paham sendiri betul2 apa yg lu sokong, bukan setakat mengikut pemikiran popular atau berhujah sekadar untuk backup tindakan pimpinan lu orang.

Dan sudah tentu, gua juga akan ada hujah balas gua sendiri..

-----------------------------------------------

Oleh : SearchForHeaven
Bro Xenan..

sebelum PAS memulakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. PAS telah sedar akan masalah yg akan dihadapi di masa depan..

Sekiranya Pintu Politik ini dibuka dan PAS sudah sedar kesannya..

PAS sudah sedar apakah yang dihadapi penyokongnya dlm isu idealisme ini..
perkara yang ditakuti itu benar2 terjadi..

Kalau Lu cakap PAS KHIANAT dengan PKR,
PAS khianat Dgn Pengundi..

Wa faham Khianat itu selepas PRU 12 (2008)..

Tahaluf siyasi waktu PRU itu terletak pada persamaan mencari keadilan dan meolak penyelewengan UMNO/BN..

dlm Konteks Politik bersama.. PAS bersetuju untuk Itu..
Dlm konteks Politik untuk ISLAM..
PAS bebas berdialog, bermuzakarah dengan sesiapa sahaja sama ada gelap atau cerah..

wa nak tanya lu..

semasa Zaman Nabi SAW..
perjanjian antara Nabi dan Aus Dan Khzraj tu.. sembunyi atau terang ??
perjumpaan untuk syiar ISLAM dlm kediaman al-Arqam ibnu al-Arqam( kalau tak silap).. sembunyi atau terang??


ya.. mungkin perbandingan di atas tidak kena..

tapi.. kalau strategi sudah dipecah lubang.. PAS laa yang khianat..

pada wa.. pimpinan telah melakukan perhitungan yang kurang tepat dan tersalah langkah tetapi tidak sampai mengkhianat..

Alasan wa..

semasa kempen PRU12.. tak pernah wa kempen yang kita setuju dgn DAP untuk syiar ISLAM, tetapi kita bekerjasama utk menumbang UBN, menidakkan 1/3 supaya sekurang-kurangnya, UBN mendengar suara rakyat, walaupun Pembangkang tidak menang..

Setelah isu PAS:pejumpaan Gelap, masing2 menuduh pimpinan PAS khianat..

PAS khianat sebab apa??
hanya perjumpaan gelap..
isi perjumpaan tidak diulas..

tapi kalau isu PAS-DAP_PKR perak di pangkor.. ada semua olah??


tidak bukan??..
wa tak nak ulas.. tapi itulah double standard penyokong PR..
mereka konon betul, lalu kutuk habis-habisan puak2 yang meyokong TGHA..


kalaulah penyokokng TGHA macam lu orang.... bertindak balas dengan isu2 panas lain.. lagi teruk PAS merundum.. tapi mereka tidak lakukan itu..
mereka senyap..
pentingkan supaya jemaah tidak kecoh dilanda fitnah..
biarlah orang lain bukak rahsia..
diri sendiri jangan sekali-kali...

YA.. TGHA ada melakukan salah perhitungan ketika memimpin..
tetapi perhitungan itu untuk syiar ISLAM..
tetapi wa tidak sesekali akan menghentam TGHA secara terbuka untuk memuaskan hati pengundi sahaja..

TGHA memimpin sebuah parti politik dan jemaah ISLAM dlm kancah politik..
salah perkiraan itu bisa terjadi..
selagi salah perkiraan itu tidak melanggar syariat ISLAM..
wa tidak menentang.

itu lah pegangan wa..
lu nak kata wa salah.. its ur opinion..

tapi itu,, secara objectif wa nampak dan apa yang wa terlibat dlm PRU2008.

kalau ada pemimpin PAS lain berMOU untuk apa2 strategi ISLAM kena kongsi dlm Pakatan Rakyat.. wa tak tahu..

Dan pada wa..sbab DSAI tidak komen dlm isu perjumpaan Gelap adalah antara perjanjian beliau dgn pimpinan Tertinggi PAS.

Sunday, February 14, 2010

HANTARLAH KE MANA JUA

Jarang2 juga membaca cerita macam ni.Salah satu kebaikan blog adalah kita boleh menikmati "kritik masyarakat" yang sangat natural oleh penulis yg langsung tak berkepentingan.

Apo2 hal pon gua harap penulis jgn selalu panas2 sangat.Kalu minum eno pon tak reda leh try air badak kat 7e. Jgn minum air ecpi.Nanti lagi tambah panas minum air kosong harga rm 8.haha

Pada bakal2 guru boleh la amik pengajaran.

"HANTARLAH KE MANA JUA"

Hari ini aku memang betul-betul panas. Bukan suhu politik Malaysia yang memang sentiasa panas yang telah memanaskan aku. Juga bukan suhu ekonomi Malaysia yang sentiasa hangat masa kini yang telah menjadikan aku panas. Juga bukan situasi politik negeri Perak (negeri kelahiran aku) yang tidak menentukan itu yang aku berasa panas. Panas aku ini tak memerlukan 'ENO' untuk menyejukkannya.

Sebenarnya aku panas hati dengan seorang guru baru Bahasa Inggeris. Guru ini yang sepatutnya telah datang untuk bertugas di sekolah ini sampai sekarang masih belum menampakkan muka. Bayangkanlah bagaimana 'terpaksa'nya guru-guru di sini membuat 'relief' untuknya. Sepatutnya kena melaporkan diri pada 4 Januari 2010 yang lalu, namun sampai sekarang (2 Februari 2010)belum nampak bayangnya.

Maka bertambahlah 'baran'nya aku bila mendengar 'cikgu' tersebut sudah pun melaporkan diri di sebuah sekolah di bandar. "Apa? Sekolah kat kampung ni teruk sesangat ke?" bentak hatiku. Menambahkan panasnya hati aku ini bila diberitahu oleh seseorang bahawa 'cikgu' tu anak 'VIP'. Bila jadi anak 'VIP' bolehlah nak 'posting' kat mana-mana ke? Lebih baik suruh 'bapak' dia buat sekolah dekat rumah dia lagi senang.

"Buat sekolah dekat rumah!" Ini adalah kata-kata keramat yang sering diluahkan oleh 'pegawai' di PPD apabila adanya guru-guru baru 'posting' yang merayu minta ditempatkan dekat dengan rumah mereka. Adakah kata-kata keramat itu diluahkan kepada semua guru yang membuat rayuan, tak kira anak siapa pun? Atau hanya kepada anak-anak dari 'kelas bawahan' atau 'orang kebanyakan'? Untungnya menjadi anak 'VIP' atau 'orang atasan'.

Bila aku kenang-kenangkan, kasihan sungguh anak-anak orang kebanyakan bila menjadi guru. Ada yang kena posting jauh serta di pedalaman pula. Tak ada pula mereka merayu nak 'baring bawah ketiak emak'. Dari semenanjung posting ke Sabah atau Sarawak. Sabah atau Sarawak kena posting ke semenanjung. Mereka akan patuh pada surat arahan penempatan yang diterima.

Di maktab (kolej) sebelum dipostingkan bukan main lagi berikrar dengan nyanyian:-
"Kami guru Malaysia
berjanji dan berikrar
mendidik dan memimpin
putera puteri negara kita."

Slogan "hantarlah ke mana jua" yang diikrarkan masa belum diposting hanya tinggal slogan sahaja. Kata-kata itu hanya sedap di dengar sahaja. Terkenang aku semasa mengajar di sekolah murid orang Asli dulu. Seorang guru perempuan telah dipostingkan ke sana. Bayangkan betapa susah payahnya guru ini untuk datang ke sekolah yang hanya boleh dihubungi dengan kenderaan 'empat pacuan' atau motosikal sahaja. Guru tersebut sanggup menerima penempatan tersebut tanpa membuat rayuan. Adakah kita boleh begitu?

Itulah sebabnya di bandar-bandar terdapat guru yang berlebihan. Tak kiralah dalam 'opsyen' apa pun, terutamanya guru perempuan. Guru-guru yang telah berkhidmat jauh di perantauan agak susah bertukar ke bandar tempat asal mereka. Kalau ada pun yang dapat, mereka ini di tempatkan di daerah-daerah yang berhampiran. Sudahlah mereka lama berkhidmat di Sabah dan Sarawak (umpamanya), bila memohon balik ke semenanjung, alangkah sedihnya apabila di tempatkan di negeri lain, bukan negeri yang dipohon. Di manakah silapnya?

Sesungguhnya adalah tidak dinafikan bahawa adalah terlalu sukar untuk berlaku adil dalam penempatan guru ini. Memang susah untuk kita memuaskan hati setiap orang dan memang sukar untuk kita menguruskan manusia. Walau bagaimana pun, adakah situasi sebegini berlaku kerana adalah terlalu sukar untuk kita menghadapi orang atasan atau golongan 'VIP' ini?

Wednesday, February 10, 2010

Senjak Bila UMNO Pernah Kalah?

Boring dan buhsan baca tajuk blog2 pro pr hari nih. Macam laaa ajaib sangat keputusan mahkamah kes MB Perak.Gua tengok normal jek keputusan die.Sangat normal seperti tajuk2 setiap hari dalam utusan.

Lu usya2 la buku sejarah pernah ke Mahkamah unfavored UMNO kecuali sekali masa 1986.Tuh pon hakim tuh terus kene terajang dan dipijak2.

Hatta kes UMNO vs Tukang printing pilihanraya UMNO pon Umno boleh menang.Gile agung bai!

Beruntung sapa2 yang bubuh nama anak Mohd UMNO.Kompom "lucky" seumur hidup.hehe

Move on jek la bro.Udah2 la tuh..

Sunday, February 7, 2010

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

Merujuk pada posting di forum tranungkita, suka wa melihat persepi ahli PAS terhadap apa yang di katakan tentang PAS REFORM.

Team 1. (PAS REFORM la ni)
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi,
kena bijak ikut persepsi pengundi..


Team 2: (PAS ORTODOKS?)
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..


Islam dan Demokrasi

1. Gua percaya sifat azali manusia, tak kira bangsa and agama mempunyai konsep keadilan dan kebaikan yang agak universal. Yang baik di sokong dan yang jahat di tentang.Pendapat awam (common sense) tentang baik dan buruk adalah sunatullah.

2. Menjejak sirah Rasullulah SAW yang berhijrah ke madinah, secara politiknya boleh ditafsirkan adalah untuk menapak di tempat yang majoriti awamnya bersetuju dengan Islam bagi memudahkan urusan Dakwah.(Madinah bukan semua orang islam).

3. Bagi wa, dalam konteks Islam di malaysia, proses demokrasi(Untuk mendapat sokongan majoriti) adalah sangat penting dalam usaha dakwah sebagaimana rasullulah berhijrah.

Formulanya : Rasullullah berhijrah = pemboleh ubah dakwah Islam
Pas menang pilihanraya = pemboleh ubah dakwah Islam

Persoalannnya : "kami rela kalah asal Islam menang" - boleh pakai ke pikiran selapis camnih?

Masalah PAS dan Demokrasi

Contoh 1 persepsi :-
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??

Bro , study la sikit sekular tuh ape demokrasi tuh ape.Jangan main langgar je. Demokrasi cuma proses penyelesaian organisasi, sekular adalah idealism. Demokrasi boleh membawa kepada apa2 pemerintahan tak kira Islam, sekular, sosialis, komunis atau diktator sekalipon.

Lu boleh jer buatkan Demokrasi Syura seperti Iran kalau lu nak.Yang penting lu pemenang la.

Contoh persepsi 2
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..

Bab ni gua terpaksa attack sikit org2 besar yang lu sokong tu sbb ni kene menilai "action" diorg yang zahir.Yang batin tuh antara dia dgn allah jer yg tahu.

1. Apa yang Islam dan strateginya sgt dalam berjumpa secara gelap dengan UMNO selepas pilihanraya sedangkan sebelum pilihan raya berkempen bersama PKR dan DAP. Alasan PR tak wujud lagi langsung tak terpakai bro.

Apa Islamnya dalam khianati pengundi yang menaruh kepercayaan pada PAS untuk menentang UMNO?Mungkin PAS boleh memerintah dgn strategi camnih tapi Islam dan orgnya akan dicemoh rakyat teramai sebagai pengkhianat dan tiada maruah.

Inikah strategi yang bagus sangat untuk menyuburkan Islam pada rakyat?

2. Kes Khalid vs Hasan Ali
Tak payah gua terang semua dah tau kot kes ni. Point besarnya Khalid Penyokong kuat PR dihukum berat dan Hasan Ali pemecah kuat PR di hukum ringan.

Pendapat awam mmg mengatakan tidak adil, sementelah sebilangn PAS pula kata kene wala'

Betul lu org boleh wala', tapi Islam tak dapat disuburkan mcm ni.PAS sekarang di samakan dengan penzalim dan penyokong pengkhianat.

3. Gua nak tambah pula kat geng gannu(UG). Time pilihanraya bukan main korang guna faktor anwar untuk dapat undi. Ni mamat tuh tgh susah, haram Pres ngn Timbalan pres langsung tak nampak muka,Bagus sangat la strategi penyuburan Islam korang!

Strategi haram jadah ape yang sedang dipakai nak menyuburkan islam ni?

Thursday, February 4, 2010

Mari Menyusah Jamaah Untuk Negara Islam

Dalam Blog TITM ayat terakhir nya berbunyi "Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah"

Ironiknya,

Pas sebenarnya banyak menyumbang ke arah pembinaan minda kritikal rakyat Malaysia. Semenjak dari zaman "kepimpinan Ulamak", Rakyat Malaysia di ajak untuk bersifat kritikal atas UMNO dan berpegang pada prinsip "Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah".

Maka di kempenkan budaya anti MSM, budaya mencari fakta, budaya "read between line" dan budaya kritikal terhadap pimpinan negara(UMNO).

PAS dengan bangganya turut membudayakan desakan dan demo sebagai senjata demokrasi untuk mencapai Hasrat Rakyat.People Power!

Gua sendiri adalah hasil dari didikan ini.And Gua proud of it!

Malang beribu kali malang, rupa - rupanya budaya ini khas untuk UMNO sahaja nampaknya. Kalau untuk pimpinan sendiri pil Wala' pula yang di suapkan.

Jika ada bantahan hendaklah disalurkan pada saluran dalaman.Jika tiada perubahan hendaklah bersabar kerana pimpinan Ulamak lebih tahu.Ape la jadah.

Kenapa double standard?Kenapa tidak juga bersifat sama pada semua pihak malah marah pula pada rakyat hasil didikan PAS yang bersifat seperti saranan PAS?

Gua ingatkan sekali lagi, tinggi nya PAS dimata rakyat hanya kerana Islam dan kebenaran bukan kerana Pimpinan!

Masalah Kenyataan TITM Kepada Cita Cita Negara Islam.

Pas adalah satu satunya parti yg menyeru ke arah pembentukan Negara berciri Islam secara rasmi.

Pembentukan ini telah dipersetujui akan melalui proses demokrasi yang mana hanya tercapai bila PAS di undi Rakyat majoriti.

Dalam Proses demokrasi, sudah tentu prinsip, idealism dan pimpinan PAS akan dibahas secara terbuka.Positive dan negative PAS akan di bentangkan sama ada jemaah PAS suka atau tidak.Tiada saluran dalaman untuk memuji atau mengkritik PAS di mata RAKYAT atas prinsip demokrasi.

Ada 2 consequence atas Sifat Kenyataan TITM

1. PAS sampai bila pon tak akan berjaya mencapai Seruan fasal 5.Kerana hanya jemaah PAS sahaja yang dibenarkan bersetuju dengan PAS.Rayat TIDAK!

Macam mana nak sokong kalau semua kritikan terhadap kesalahan PAS dianggap menyusah jemaah?

2. Oleh kerana tiada pilihan,mungkin rakyat terpaksa mengundi PAS.Berdasarkan kenyataan TITM, amatlah menakutkan jika PAS memerintah, "Negara berciri Islam" ini akan dipaksakan kepada rakyat sebagaimana UMNO memaksakan "Ketuanan Melayu".Semua penentang akan dilabel "Musuh ISLAM" atau "Penyusah Jemaah"dan diperlakukan apa sahaja atas nama ISLAM.Ini akan membawa fitnah yang lebih besar dan memalukan ISLAM.

TITM, please reform your mind before its too late!





Tuesday, February 2, 2010

Hebat Sungguh Herman Samsudeen

Tak terkata apa dah bila baca artikel blog Herman Samsuddin.Hebat sungguh Pahlawan PAS mengalahkan "Pendosa Terbesar" abad ini.Salute wa pada Pahlawan PAS ni.

Baru wa paham bagaimana berpolitik ala PAS sebenar benarnya.

Apa2 pon, harapan terus ditaruh pada perlembagaan PAS fasal 5.

Update : kawan2 real life(bukan maya) gua mohon awal2 pada Herman Samsuddin moga jangan meng "ISA" rakyat2 tak berjawatan dan tak dalam jemaah seperti kami jika berpeluang berkuasa kelak

Sementara itu,


Monday, February 1, 2010

Mengapa Negara Di Landa Krisis Kewangaan pada tahun 1997

Bukan sng nak jumpa artikel Wanger dlm BM.Wanger adelah antara blogger UMNO yg gua respek.Banyak ilmu yg gua kutip dari die.Gua sangat cadangkan kawan blogger2 utk studi artikel die

Dikutip dari : Wanger Khairy

Mengapa Negara Di Landa Krisis Kewangaan pada tahun 1997

  1. Posting ini ditujukan khas kepada rakan2 yang masih samar tentang situasi sebenar yang berlaku di persekitaraan tahun 1997 yang menyebabkan ketiga - tiga pekara dibawah ni berlaku :- a) nilai matawang Ringgit merundum b) nilai saham KLSE merundum dan c) Ekonomi terus gawat
  2. Tak kira negara manapun, samada negara Amerika Syarikat yang mempunyai KDNK sebanyak $12,000 billion ataupun negara Malaysia yang mempunyai KDNK sebanyak $150 billion, jikalau sistem perbankaan dalam negara tersebut sudah rapuh, krisis kewangaan bakal berlaku dan ianya akan menjadi krisis ekonomi yang teruk.
  3. Sistem perbankaan berdasarkan sistem "rizab banking." Ini di terangkan secara terperinci dengan gambarajah disini. Secara rumus, dalam sistem perbankaan terdapat tiga komponen iaitu Aset, Liabiliti dan Nilai Ekuiti.
  4. Aset adalah pinjamaan yang diberi oleh bank kepada peniaga, kroni dan anak Perdana Menteri. Ianya dinamakan aset kerana pinjamaan tersebut ada membuahkan hasil melalui bayaraan faedah. Contohnya, pinjaman RM 100 juta untuk 7 tahun dengan kadar faedah 10%, akan membuahkan hasil sebanyak RM 70 juta dari segi faedah.
  5. Dari mana datangnya wang RM 100 juta untuk dipinjam kepada peniaga? Ianya datang dari deposit yang diberi oleh mat mat bangla yang berurus dengan bank. Bank membayar bunga yang amat kecil iaitu 1%, dan meminjam keluar dana tersebut pada kadar 10% kepada kroni, maka untung bersih bank adalah RM 70 juta - RM 7 juta = RM 63 juta dalam jangka hayat pinjamaan tersebut. Maka dengan rumusan sedemikian kita tidak boleh melihat bayaraan pokok sebagai mendatangkan apa apa pulangan kepada bank. Ianya hanya untuk mengimbangi kedudukan bank.
  6. Yang pentingnya adalah cagaran pada pinjamaan tersebut. Pada tahun 1997, kroni2 berjaya mendapat pinjaman menggunakkan syer syer sebagai cagaran. Maka jikalau nilai syer tersebut merundum, bank akan meminta "top up" dari segi syer lain atapun dengan wang tunai untuk mengimbangi kedudukan bank.
  7. Pada tahun 1997, nilai index komposit BSKL hampir mencecah RM 1,000 billion. Nisbah nilai BSKL berdasarkan KDNK negara adalah yang paling tinggi di dunia. Maksudnya, nilai syer tersebut amat tinggi dan tidak realisitik.
  8. Nilai syer bukan sentiasa naik tanpa henti. Ini adalah cakap omputeh - a basic fact. Syer turun naik mengikut perkembangaan dalam negara dan luar negara. Semua orang tahu.
  9. Sewaktu negara Thailand dilanda krisis, maka dana dana asing mula mencairkan posisi mereka menyebabkan index BSKL turun. Ni tidak bermaksud spekulasi, ini bermaksud take profit, (ambil keuntungaan).
  10. Tetapi oleh kerana banyak kroni yang membuat pinjamaan bercagarkan syer yang terlampau tinggi, dan apabila nilai syer tersebut mula turun, maka bank memaksa kroni tersebut membayar top up. Ini memaksa mereka menjual syer lain, lalu index BSKL turun lagi.
  11. Apabila dana2 asing mengeluarkan wang mereka, mereka telah memperolehi pulangaan yang cukup lumayan. Posisi yang dulu bernilai RM 1 juta, sekarang bernilai RM 10 juta dan sebagainya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menyimpan pulangan mereka dalam wang ringgit, sebaliknya ingin menukarkannya kepada US dollar.
  12. Ni bermaksud, tekanan yang tinggi terhadap nilai US dollar berbanding Ringgit, bersamaan dengan konsep Supply dan Demand. Oleh kerana lebih banyak dana ringgit yang ingin ditukarkan kepada US dollar berbanding dana Dollar ingin ditukarkan kepada Wang Ringgit, maka nilai Ringgit merundum.
  13. Sekarang, mereka2 yang telah menbuat pinjaman Ringgit tetapi bayar balik Dolar Amerika mula menggelabah ala Mukhriz kena kantoi.
  14. Index BSKL masih turun, dan nilai ringgit turun juga.
  15. Kemudiannya, seorang kawan baik Tun bertindak untuk menggunakkan dana syarikat yang dipengerusikannya untuk membayar balik pegangan syernya pada kadar yang tinggi. Ni sama sekali melesapkan sentimen di luar negara. Konsep Koporat Governance dalam Malaysia boleh diibaratkan dengan ungkapan "Korek, korek, korek." Dalam negara lain, perbuataan tersebut dipenjarakan dengan serta merta.
  16. Index BSKL turun lagi.
  17. Kemudiaan beberapa bank asing di Singapura memberi faedah yang cukup lumayan kepada warganegara Malaysia untuk menyimpan dana ringgit dalam banknya. Ni adalah untuk memudahkan spekulasi.
  18. Spekulasi ni terhasil dengan menjual pegangan ringgit kepada dolar. Kalau tiada pegangan ringgit, tak boleh nak spekulate. Maka kena adalah kerjasama oleh wali2 dalam negara untuk membuahkan hasil spekulasi nie.
  19. Bank asing memperolehi dana tersebut dengan memberi kadar faedah yang amat tinggi. Diwar-warkan diantara para pariah yang meminjam dana ringgit kepada Bank di Singapura termasuk"kawan baik orang tu".
  20. Maka dengan kerjasama kawan2 baik negara hampir punah sama sekali. Kawan seorang melesapkan sentimen di syer market. Kawan yang lain memberi dana kepada bank di Singapura.
  21. Pada 1 hb September 1998, negara mengenakkan kapital kontrol. Wang Ringgit yang berada diluar negara tidak lagi dipersahkan nilainya. Lebih2 lagi, wang kertas RM 5,000 tidak lagi disahkan nilainya.
  22. Maka kawan2 ni dah kantoi. Mereka berlumba2 untuk mengembalikan dana dana ringgit yang dipinjamkan kepada Bank Singapura.
  23. Berapa banyak dana yang dipinjamkan kepada Singapura? Kita tak tahu, kerana kerajaan Dr Mahathir enggan nak beritahu. Tapi kita ada klue.
  24. Data statistik expot diterbitkan oleh MITI. Data dana masuk negara diterbitkan oleh Bank Negara.
  25. Kalau kita mengkaji dari tahun 2000 - 2008, nilainya hampir sama, kerana wang hanya boleh masuk melalui expot. Sedikit perbezaan berlaku disebabkan oleh penukaraan mata wang tunai oleh pelancong dan investor di kasino Genting.
  26. Pada tahun 1999 perbezaan ni adalah sebanyak RM 50 billion. Sehingga hari ini, tiada sebarang balaci yang mempersoalkan kenapa jurang diantara kedua2 angka tersebut begitu besar.
  27. Pada hemat saya ini adalah kesan dari kroni2 yang mengembalikan dana ringgit kepada negara.
  28. Berbezalah zaman pentadbiraan Tun dimana sistemnya begitu rapuh dengan pentadbiraan Pak Lah.
  29. Pada tahun 2008, sebanyak RM 100 billion telah keluar dari negara kerana investor begitu bengang dengan tindak laku Tun menghentam YB KJ. Oklah gurau sedikit, tetapi memang benar RM 100 billion telah keluar begitu sahaja.
  30. Nilai BSKL ada turun sedikit, sama juga dengan nilai matawang ringgit.
  31. Tetapi tiada sebarang krisis ekonomi atapun sebarang masalah di dalam sistem perbankaan. Sistem bank terus teguh.
  32. Nilah bezanya, mendirikan rumah dengan rapuh dan mendirikan rumah dengan baik

Wednesday, January 27, 2010

Kepada Pentaksub Parti yg bodoh!

Kalau PAS nak saman gua sbb mendoakan perubahan/reform pas cam dlm logo gua, gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.

Gua tader malafide.Kalau gua ade niat jahat bukan tuh logo yg akan kuar.

Atau pon PAS boleh kuarkan statement mcm ni:-

"kami melarang rakyat mendoakan perubahan kami.Kami nak stay macam ni selama2.Jemaah Islam milik mutlak kami dan ini lah imej sebenar jemaah Islam.Kami bangga menjadi pembangkang selama 50 tahun dan tak berminat untuk berubah"

"kami juga akan beli semua no plat kereta PAS 1 hingga ke 17(17 palling mahal ni:P) untuk kegunaan rasmi kami.Sekian dan tabung derma kan diedarkan sebentar lagi"

Jangan ckp bodoh n ugut2..gua bukan sehari dua dlm industri design.Semua benda dah di calculate dan dikira risiko nya.

Lu org sini dengar..idealisma kami ialah political activis islam.Tapi new player ni tader ally n tdr musuh.Tader niat nak jawatan atau kuasa.Pas boleh pilih mahu mendengar kami atau mahu memusuhi kami.UMNO terus out of context la...dibenci selalu.hahaha.

Tayah wa rendahkan kredebiliti PAS pon mmg dah rendah dek kebudohan pemimpin dan penyokong.

Gua sarankan semua rakyat malaysia guna otak utk menyokong dan membantah sesiapa sahaja.

YANG BENAR TETAP BENAR , YANG SALAH TETAP SALAH!

Kerosakan negara Malaysia ini bukan sahaja terletak di tangan UMNO(BN) tapi juga terletak di tangan PAS(PR) yg dah 50 tahun berpolitik tapi masih duduk di takuk pembangkang.Langsung tak berjaya pon nak menjadikan idelisma PAS menjadi kenyataan.Kang Gua panggil loser kang marah.

Ni siap bangga lagi berjaya bertahan sebagai pembangkang.Dey pentaksub PAS, lu bangga jadi loser ka?Tayah la bagi alasan berderet2 tuh sbb di zaman internet ni pon lu still loser lagi.Sama jek dari zaman dulu.

Monday, January 25, 2010

Penjelasan : Aduka Taruna, Pas Reform ,T shirt dan Projek Langgar Hadi

Aduka Taruna

Aduka Taruna adalah sahabat gua.Prinsip gua kalu dah sahabat tu..wangi atau busuk tetap sahabat gua.Yup sahabat gua yg sorg nih mmg sgt "loud " org nya.Kali ini ke "loud" an die dah hampir memakan diri.

Tak penting sgt gua sokong die ke idak.Realitinya gua tak mampu pon nak tolong die melainkan nasihat2 dan doa sahaja.Gua sangat harap aduka dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes nih dgn aman.

Realitinya kes aduka adalah rentetan dari namawee, peristiwa makian di website sultan perak, pelajar aswara dan banyak lagi.Gua yakin kes2 baru seperti ini kan terus timbul selepas ni.

Kenapa kes2 umpama "civil disobedient" camnih makin kerap timbul?Kenapa rakyat malaysia makin ramai terdorong utk melakukan kesalahan sebegini?lu org pikir la sendiri..


PAS Reform



Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni.

1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS.Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam.Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia.Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS.Rujuk artikel ni.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS.Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2.Gua tak halal dunia akhirat.Titik!

T shirt PAS Reform.



Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam.T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.

2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam.Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik!

3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS.Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.

4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.


Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam.Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling
aman dan berkesan.

Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi.Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.

Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi(nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.

Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami.Jangan risau la bro PAS semua.

Damage has done.Demi nama baik PAS , gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri

Sekian penjelasan wa.

Tamat

Xenanhu.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

(2) Project Franchise: Peralatan Promosi

Seperti biase, sebagai satu brand yg poyo dan bersifat "true kapitalis", peralatan promosi amatlah penting.Bukan ape..setelah wa research..ade gak franchise malaysia yg pow sampai 5k..tapi brg yg diorg dpt haram tak berbaloi.Gua tamau la pow org camtuh kan

Peralatan promosi ni penting gila babeng...sbb org pakai brand gua nak meniaga nih.Kalau tak strong..biz org lingkup.Nama gua busuk..n sekali tuh jek la gua leh pow.Gua nak pow yuran franchise tiap2 tahun ma.Mau goyang kaki woo.

Mcm McD la..yuran franchise jek nak dekat 5% total sale peryear.Tapi dia sapport balik dengan wat iklan kat tv, ade program ke sekolah..sponsor sana sinih.Kira berbaloi la bayar yuran franchise kat dia.

Bagi franchise wa yg tak sampai setahun jagung nih..nih antara merchendise yg gua provide untuk sapport promosi peniaga2 wa.Program marketing pon ade..tapi tuh nanti gua cerita bab lain

Baju pekerja gerai



lupa nak ckp theme color wa merah cam tudung wanita umno.Cool dah kot t shirt wa..paling special kalu lu perasan die ader tulis Kamunting Branch.Ni sebab die custom ikut tempat lu...kalau lu bukak kat kota baharu, die akan tulis la Kota Baharu branch...kalu lu bukak kat Danok..die akan tulis la Danok Branch


Sticker Kereta


Ingat McD jek ke ade sticker..gua pon kasi maa...gua akan kasi 100 keping utk setiap franchisor wa.No telepon ikut dia nyer la.

Nih leh kasi kat 100 org pelanggan lu yg pertama ke, paling hensem ker..awek2 cun ker..ikut lu org la.

Banner Gergasi


Nih cth banner wa yg tak sampai2 lagi..jauh gua tempah nih.kne naik kpl terbang hantar malaysia.Die saiz tiang lampu jalan pon ader..tapi wa amik saiz 2.5 meter jek.Lu tgk gamba org tuh..tuh la besar banner wa.Dah sampai nanti wa publish gambo real.



Gua rase dah abes poyo dah nih.Kalu lu org bukak, habis berlari org dtg beli woo..kalu ade idea lagi super poyo send kat wa

(1)Project Franchise : Cendawan & Such

Gua tgh bekerja keras utk create branding and konsep bagi franchise project wa.Akhirnyer, prototype gerai wa pon hampir 90% siap.Agak memenuhi semua kehendak wa lah cam mobiliti, good branding, etc etc, walaupon delay hampir 1 bulan...penat woo tetiba jd tukang besi.hahaha

Atas copyright & security reason..terpaksa wa release gambo2 camnih jah.Kalau berminat or nak kasi idea..email jek direct kat wa








Wednesday, January 13, 2010

Promosi : T Shirt Pas Reform

Kenapa Pas Reform?

T shirt Pas Reform ini adalah untuk memperjuangkan ruang pembaikan kepada PAS. PAS wajib telah memiliki segala kekuatan dan memenuhi lopong - lopong kelemahan sebelom mendakwa diri sebagai "Govt in Waiting".

Untuk mencapai tujuan itu, reformasi itu wajib!

Sasaran

1st Untuk menyedarkan ahli dan penyokong pas supaya sentiasa memperbaiki diri dan jgn mudah berpuas hati.

2st Sebagai satu "statement" dari rakyat kepada pemimpin PAS supaya berhenti bertelagah, jangan suka mencipta krisis dan terus fokus kepada matlamat untuk menjadi alternatif kepada UMNO.






Konsep Penjualan ini berdasarkan "pre order" dan jamaah seperti sembahyang jumaat yg tak akan cukup syarat kalau tidak ada 40 makmum.

Harga telah ditetapkan seminnimum mungkin
RM25 termasuk kos penghantaran ke rumah anda.
Material yang digunakan adalah t shirt 100% cotton berkualiti baik.

1st Cetakan Pertama hanya akan dibuat utk 30 helai sahaja berdasar kan
“first come first serve”.Setelah helaian terakhir bagi 30 helai baju
selesai ditempah dan dibayar, barulah baju akan dicetak dan di hantar
kepada pembeli dalam tempoh seminggu ke dua minggu.

2nd Untuk mempercepatkan proses pembelian , setiap pembeli digalakan
untuk mempromosikan baju PAS REFORM kepada kenalan.Bantu membantu secara berjemaah.Pembelian secara "bulk" amatlah digalakan

3rd Cetakan kedua juga akan dijalankan dengan proses yang sama

4th Baju PAS Reform Berharga RM 25 sehelai termasuk penghantaran pos.

5th Sebarang pertanyaan dan pembayaran boleh rujuk kepada :

Nama : Miss Evelyn
Telefon : 010 9467603(sms di waktu pejabat sahaja)

Untuk tujuan pembayaran

Ambank
Ac Name : Miss Evelyn
Acc No : 1690020110505

Maybank
Acc Name : Precise Farm
Acc No : 558305504636

CIMB
Acc Name : Mohd Zullraidy
Acc No12320067563527

Perhatian : Jika menggunakan Cash Deposit, Wang baki anda akan dikembalikan berserta baju

Setiap pembayaran hendaklah menghantar ke email malaysia.reform@gmail.com

print screen resit untuk Maybank2u/Cimbclick/Ambank online

Scan slip atau masa pembayaran untuk Cash Desposit

Sila sertakan di dalam email

Nama :
Alamat :
No Telefom :
Size :