Sebenarnya, kami tak merancang untuk melancong tahun ini sebab kononnya aku mengandung kan hari tu. Tapi sebab tak jadik mengandung, maka mari lah kita pergi melancong.
Destinasi ini dipilih bagi mengubat kempunan nak berbulan madu di Bali dulu tapi tak kesampaian atas faktor tertentu. Kalau ikutkan malas, nak je longgok semua dalam satu entri, tiba-tiba dah separuh jalan, decide nak split kan ikut hari sebab otak macam jem pulak nak muntahkan semua fakta sekaligus. Maka korang tataplah entri Jom Bali selama 8 hari 8 malam. heh.
Kuala Lumpur – Denpasar
Beli tiket last minute dari Air Asia. Dalam dua minggu sebelum kejadian kot. Rasa dah paling murah lah tu antara semua airlines, tapi bila ditolak tambah bayar makan minum dengan tahap servis semua, rasa lagi berbaloi kalau beli tiket MAS. Lebih kurang sama je rate nya. Perjalanan dari KL ke Denpasar memakan masa kurang lebih 3 jam. Denpasar ni kira ibu negeri Bali lah. So, kalau baca kat information screen, carik flight ke Denpasar ye, bukan Bali. Jangan jadik macam Cfu. Lepas tu gelabah sendiri. hihi.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, naik juling mata aku nak carik nama kat signage. Beratur hah pak supir (tourist guide) kat ruang legar international departure tu. Bali memang terkenal sebagai pusat pelancongan, jadi jangan terkejutlah kalau tengok merata-rata orang bawak signage tertulis nama pelancong dari seluruh pelosok dunia. Airport sini biasa-biasa je, tak boleh lawan kecanggihan KLIA tapi antara yang paling sibuk di dunia. Plane nak terbang pun kena beratur panjang, ok.
MPV yang digunakan sebagai pengangkutan rasmi selama kami berada di Bali. Pak Supir kami namanya; Pak Ari. Dia salah seorang business partner Pak Isme yang banyak di recommend oleh rakan-rakan blogger dari Bali Fun Tourism. Sangat puas hati dengan servis Pak Ari. Cfu bagi 11/10. Nanti aku akan buat entri khas pasal Pak Ari ikhlas dari sudut hati. ewah.
Makanan Halal di Bali
Bila sebut je nak ke Bali, bising lah orang tua cakap susah nak carik makanan halal lah, banyak orang Hindu lah, bersepah babi guling lah dan pelbagai tanggapan negatif yang lain. Pada hemat aku, dah menjadi kewajipan seorang Muslim untuk mencarik makanan halal walau di mana pun kita berada. Maka pandai-pandai kau lah kan nak carik makan macam mana. Hatta kat negara tanah tumpah darah sendiri yang kononnya ramai Muslim ni pun belum tentu 100% makanan yang kita makan tu halal. Kalau sibuk fikir susah itu, susah ini, sampai bila pun tak berjalan tengok tempat orang. Use your common sense & faith, of course.
Pecal Lele yang kalau teringat sampai hari ni air liur meleleh-leleh.
Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
Tempat ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Taman Mini Malaysia + Batu Caves. Difahamkan, taman ni belum siap sepenuhnya. Kat sini menempatkan pelbagai statue mengikut adat kepercayaan orang Hindu. Ada satu statue paling besar kat situ, kalau dah siap nanti, bakal menempatkan sebuah hotel di dalamnya. Korang bayangkanlah besar tak besar. Dahlah nak kena panjat 104 anak tangga untuk tengok statue tu dari dekat.
Mula-mula, Alfiy cuak jugak tengok patung besar sana sini, lama-lama dia tak heran dah sebab banyak sangat kot, alah bisa tegal biasa kata orang. Kat sini jugak ada persembahan kebudayaan yang terkenal di kalangan masyarakat Bali iaitu Barongan dan Tarian Kecak. Persembahan macam ni, nak kena faham jalan cerita baru boleh menghayati. Kalau tak, menganga lah kau kat situ terpinga-pinga.
Dari atas puncak bukit boleh nampak pemandangan satu Bali.
Subhanallah, cantik sangat!
Padang Padang Beach
Tempat yang paling Cfu gemari. Boleh cuci mata tengok mat dan minah saleh bergelimpangan sun bathing. Tiba-tiba rasa macam aku ni kat Gold Coast Australia bukannya di Bali Indonesia. Menurut Pak Ari, Australia dengan Bali jarak penerbangan cuma 2 jam sahaja. Sebab tu majoriti pelancong di Bali berasal dari sana. Siap ada yang melabur beli tanah, jadik penduduk tetap.
Selain pemandangan ‘indah’ yang buatkan Cfu lupa kejap kat anak bini, lanskap kat pantai ni cukup menawan kalbu. Uniknya Padang Padang Beach ni, untuk turun ke kawasan pantai, nak kena menyusuri gua kecil yang hanya muat satu orang sahaja pada satu masa. Risau jugak aku kot-kot perut Cfu tak lepas, tersangkut kat tengah gua ke kan tapi Pak Ari kata, besar mana pun badan orang tu, mesti boleh lepas punya. Ajaib!
Bali memang kaya dengan kawasan pantai yang cantik. Ombak pun sangat sesuai untuk main surfing. Sejak dari airport lagi aku tengok ramai yang mengangkut surfing board besar-besar mengalahkan orang. Tapi kalau untuk aktiviti snorkelling, personally aku lagi suka Pulau Manukan Sabah.
Uluwatu
Satu lagi kawasan ala Batu Caves. Nak masuk kawasan ni, mesti berpakaian sopan. Cfu kena pakai kain sarung sebab pakai seluar pendek. Aku dengan Alfiy kena ikat kain lilit kat pinggang. Sepanjang perjalanan ke lereng bukit yang menempatkan ‘pura’ (temple) kanan kiri bahu jalan penuh dengan monyet! Pak Ari kata, monyet sini pandai-pandai. Suka rampas barang-barang pelancong as in barter dengan makanan. Aku mengekor Pak Ari je sebab dia siap bawak tongkat kayu nak menghalau monyet-monyet tu dari datang dekat. Alfiy sikit punya berani, melebih-lebih nak pergi beramah mesra dengan monyet.
Uiii seriau mak!
Selain mempunyai kawasan pantai yang cantik, Bali mengamalkan adat kepercayaan Hindu yang sangat kuat. Biarpun begitu, setiap penduduk Bali bebas untuk menganuti agama yang disukai dengan syarat, sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan adat yang telah ditetapkan. Pak Ari beritahu, Bali ada meraikan satu perayaan unik yang dinamakan Hari Nyepi. Pada hari ini, semua penduduk tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti luar. Semua kena duduk rumah, lampu pun tak boleh dinyalakan. Kalau ada yang ingkar, akan diambil tindakan oleh polis adat. So, hati-hati sewaktu memilih tarikh nak datang melancong ke Bali. Jangan kena tarikh perayaan ni pulak. Takde orang nak entertain nanti.
Rata-rata penduduk di sini lebih takutkan polis adat berbanding polis kerajaan. Dan, uniknya lagi, walaupun Hari Nyepi ni merupakan kepercayaan masyarakat Hindu di Bali, namun penduduk yang belainan agama turut menghormati perayaan ini dengan mematuhi pantang larang yang telah diatur.
Selain menikmati keindahan matahari terbenam di lereng bukit, kami berkesempatan untuk menonton Tarian Kecak.
Macam yang aku beritahu sedari awal tadi, persembahan kebudayaan macam ni nak kena faham jalan cerita baru boleh enjoy. Tarian Kecak ni dianggotai oleh 150 orang lelaki separa bogel. heh. Tanpa iringan alat muzik, lagu iringan tarian hanyalah bunyi-bunyian ‘chak-achak-achak’ daripada para penari. Dari situlah datangnya nama ‘Kecak’. Menurut pamphlet yang dilampirkan, tarian ni berkisar kepada kisah dongeng perjuangan Ramayana nak menyelamatkan Sita setelah diculik oleh Rahwana sewaktu beliau keluar berburu.
Aku macam faham sikit cerita ni sebab pernah baca buku cerita bertajuk ‘Hanuman’ masa zaman sekolah dulu. Tu yang feeling lebih. Cfu dah buat muka bosan je. Alfiy tak payah fikir panjang, terus tidur je sepanjang persembahan berlangsung. Buat rugi IRP 20k je. cheit.
Bersambung... Siri 2 lah pulak!
HER : Kagum dengan jati diri penduduk Bali yang begitu kuat mengamalkan adat budaya mereka.
*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***
klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]