Thursday, May 31, 2012

Photobook & Wedoo Jr.

P1050274
New photo collection makes me one happy camper!


Zaman foto digital memang awesome.


Jimat filem, jimat duit, jimat ruang simpanan, jimat banyak benda lah. Tapi dek kerana terlalu jimat, foto-foto digital yang aku simpan sejak tahun 2000-an tak pernah wujud dalam bentuk fizikal. Semuanya tersimpan rapi dalam CD dan DVD. err.. adalah jugak satu, dua album tapi tak boleh lawan album foto sebelum zaman foto digital lah.


Bila tiba era external hard disc, kerja menyimpan foto digital makin mudah. Semua pun aku humban dalam tu. Nak dijadikkan cerita, external hard disk tu corrupt kena virus mahadewa. Sampaikan setiap PC yang aku cucuk dengan hard disc tu akan hang dan terus rosak. Gila mahadewa punya virus. Maka berkabunglah aku 44 hari sebab banyak foto kenang-kenangan yang hilang.


Sejujurnya, aku lagi sanggup hilang barang daripada hilang foto.


Minah sentimental, kan. Sejak dari hari tu, aku kembali simpan foto digital dalam CD dan DVD. Serik woh. Dan, aku mula tanam niat untuk print foto digital setiap tahun. Paling kurang, satu album satu tahun.


Mujurlah aku pelanggan setia Groupon. Maka, terjumpa lah offer baik punya dari Photobook dan Wedoo Jr. Kalau tak, sampai ke sudah kot cita-cita satu album satu tahun aku tu tak tercapai agaknya.


P1050290

Ala-ala customised album pengantin tu lah, kan. Harga asal cecah 200++, guna Groupon, dapat RM 50++  je. Best tak? Best tak?


P1050298P1050299
Kualiti printing sangat berkualiti. Cuma download Photobook Editor, pilih layout yang disukai, guna kaedah drag & drop je, siap boleh buat gaya scrapbook lagi. Ikut kreativiti masing-masing lah. Highly recommended!


P1050292

Compact, stylish & affordable. Harga asal RM 88, guna Groupon dapat RM 30++. Terus aku beli lima. Jadik lah buat print gambar-gambar travelling, honeymoon dan maternity yang dah berkurun tu. Konsep design lebih kurang macam Photobook jugak tapi with limited function lah sebab saiz pun kecik, kan.


P1050296
Datang sekali dengan softcover dan fail poket. Kualiti printing tak boleh lawan Photobook. Tapi aku puas hati lah sebab dah tercapai hajat nak tengok foto-foto kenangan manis dalam bentuk fizikal.


Sekarang ni, aku tengah tunggu Photobook bukak offer lagi. Dah lama berhutang dengan Alfiy nak buat progress album dia daripada baby sampai lah cecah usia toddler. Kesian pulak bila mengenangkan dia besar nanti, takde foto album masa kecik untuk dibelek. Jenuh pulak dia nak carik gambar bila sampai masa nak buat slide kahwin nanti. heh.



HER : Zaman aku kecik dulu, setiap tahun Mak Abah mesti bawak ambik gambar kat studio, lepas cuci, Abah akan simpan dalam album khas dan tulis kat belakang “Ziha; 6 bulan. Dah pandai merangkak”. Auwww! Now I know where the sentimental genes comes from.

Thursday, May 24, 2012

Baran.

Anger
Aku tengah marah ni, woiii!!!!

Aku akui, aku ni bukanlah tergolong dalam orang yang tahap kesabarannya tinggi melangit. Dijentik sekali, terasa gatal-gatal manja je. Tapi kalau dah banyak kali kena ‘jentik’ kat tempat yang sama, lama-lama boleh bengkak, luka dan bernanah!


Lumrah manusia kot, secara lahiriah ada sifat baran.


Yang membezakan sesama kita adalah bagaimana cara kita mengawal dan mengatasi sifat baran dalam diri kita agar tak memakan diri sendiri. Cara yang aku gunakan cukup mudah :

  1. Diam.
Bunyik nya macam cliche, tapi cara tipikal ni memang sangat berkesan untuk meredakan perasaan marah. Take a timeout, tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10, istighfar. Bukannya apa, kalau kita teruskan bercakap, bertikam lidah dengan orang tengah sama naik minyak dengan kita, dikhuatiri kita akan terlepas cakap sesuatu yang kita akan sesali di kemudian hari. Kan ke orang tua selalu cakap, ‘Kerana mulut, badan binasa’.



2.       Cari ruang untuk diri sendiri.

Macam yang aku istilah kan perkara ni kat Cfu as ‘Me Time’. Cuba keluar dari situasi yang buat kita rasa nak marah tu sebentar. Buat benda lain yang distract kita daripada perasaan marah tadi. Contohnya, kalau makan secara rakus boleh meredakan kemarahan, buat lah. Kalau menjerit atas bangunan boleh melampiaskan rasa baran, pergi sekarang. Aku? Terus memandu ke pusat membeli-belah yang berhampiran. Perkataan SALE yang bergantungan di merata-rata sudah cukup untuk membuatkan aku mengukir senyuman.


3.       Jangan takut untuk meluahkan.


Sebaik saja marah dah reda, luahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada orang yang paling kita percayai. Muntahkan segala emosi dan darah menyirap tadi. Sesi ini penting kerana perasaan negatif yang tidak diluahkan adalah umpama toksin yang tersimpan dalam diri. Toksin bila dah terlalu banyak dalam badan, boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Tu yang boleh jadik penyakit iri hati, penyakit hasad dengki, lepas tu mulalah nak main mandrem santau siam segala. Na’uzubillah!


4.        Ingat Tuhan.


Satu lagi tips tipikal yang memang berkesan. Dalam Islam sendiri ada memberi tips-tips untuk mengatasi perasaan marah. Bermakna, setiap manusia hatta yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, alim dan ulama pun punya rasa baran. Sentiasa amalkan Petua Islam dalam Menangani Perasaan Marah. InsyaAllah, berkurang lah sifat syaitonnirrajim yang dok berkubang dalam diri.


5.        Main Angry Bird dari pagi sampai malam sampai lebam-lebam.



angrybirds3
Hah hah, nak marah lah tu? :p

Tak payah nak baran sangat lah. 

Buat rugi je. 

Dapat dosa satu hal, kawan-kawan pun lari bertempiaran. Silap hari bulan, malu sendiri sebab takde siapa nak layan kau punya baran. Lepas tu terhegeh-hegeh mintak kasihan. *nah, ambik kau pantun 4 kerat*

How about you? Apa yang kamu buat bila rasa marah?



HER : Entri ini terhasil dalam keadaan baran kerana berdepan dengan orang yang panas baran dan suka emo tak tentu pasal. Salah satu kaedah untuk aku menyalurkan perasaan marah adalah dengan menulis selain potpetpotpet takde noktah. Mujur lah dikurniakan suami yang mempunyai gegendang telinga tebal dan berhati kebal.

Tuesday, May 22, 2012

Hari Minggu #13 : Kelmarin Dalam Sejarah.

P1050247
Tengah jalan kontrol macho *humpff humpff*


Hai kawan-kawan Mama!


Rindu kite, tak? Kite baru je baik sakit tonsil dan demam panas sampai cecah 40  darjah celcius! Kesian Mama kite kena cuti seminggu nak jaga kite. Walaupun kite suka buli tarik rambut Mama, cubit babat Mama, cakar muka cantik Mama, tapi Mama tetap sayang kite, jaga kite masa kite tengah sakit. Betullah kata orang, kasih ibu takde tandingannya.


Lepas seminggu berkurung duduk rumah, Papa bawak kitorang keluar jalan-jalan. Tak tahulah nak pergi mana. Papa cakap, “We’re going to do something new, today!” err.. sebenarnya kite tak kisah pun, asalkan dapat keluar berjalan. Sementara tunggu Papa bersiap dan panaskan enjin kereta, macam biasa, kite mesti singgah main kat playground depan rumah dulu.



P1050251
♫ ♪ Buaaaiii lajuuuu-lajuuuu, kite nak kahwin dengan puteri rajaaaaa ♫ ♪


P1050255
Tengah syok-syok main buai, datang pulak raksasa Mama bawak kite pergi. Papa dah standby dalam kereta dan snap gambar kite yang sedang memberontak tak puas hati nak main buai lagi. cis.


Rupa-rupanya, Papa nak bawak kitorang tengok wayang.


Hoooorayyyyyyy!!!!


eh, tapi kan, wayang tu ape? Seumur hidup kite, tak pernah pun tengok macam mana rupa dia. Mama cakap kite kena behave kat situ. Selalu Mama cakap macam ni bila nak hantar kite pergi school. Adakah wayang tu mirip seperti school? Yang dipenuhi oleh teacher, kawan-kawan dan makanan lazat. Kite pun tak pasti.


Setelah hampir 2 tahun lebih tak jejak kaki dalam cinema, Mama seperti jakun tak tahu nak bereaksi macam mana. Mama terpaksa behave sebab kena jaga kite. Pertama kali, kan. Cuak jugak dia kot-kot kite meraung tak tentu hala.


Wayang dah mula. Mama tutup telinga kite dengan hood sweater. Kite terkebil-kebil tengok skrin besar kat depan mata. Whoaaaaaaaa!!! Kite sembunyik jadik beruang koala dekat Mama. Kejap-kejap je kite bersuara bila ada kapal terbang keluar, “Airplane!”. Bila makhluk hijau muncul, kite sorok muka sambil mengadu kat Mama, “aaakutttttt!”. 


Papa jarang ketawa kalau tengok filem kecuali cerita tu memang betul-betul kelakar. Maharaja lawak ke, lawak ke der dan sebagainya, memang haram dia nak ketawa. Tapi, Papa kemain berdekah-dekah ketawa tengok cerita ni. Mama toksah cakap lah. Terkekek-kekek tak boleh berhenti. Kite sorang je yang sibuk melilau tengok orang-orang dalam tu ketawa sama. Memang lawak kot, agaknya. Kite je yang tak paham. Penat kite tunggu kot-kot keluar Pororo ke, Mickey Mouse ke, paling tidak pun Upin Ipin. Tapi semua pun takde, yang kite kenal airplane je.



The-Avengers_Wallpaper
The Avengers.

Papa dengan Mama beriya-iya cakap cerita ni best. Tak habis-habis mengulas dalam kereta masa nak balik rumah. Kite mencebik sambil cakap dalam hati, “eleh, Pororo jauuuuuhhh lagi best lah!”




HER : Happy belated Mother's Day and Teacher's Day, everyone!

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #12 : Si Lawak Lagi.

P1040283