Thursday, May 28, 2009

Malang Memang Tak Ada Bau.

Masa jadik student dulu, setiap kali tiup lilin kek harijadi, salah satu wish aku adalah : "Aku nak belajar je, tapi tak nak ada exam." Dan, semestinya tak pernah termakbul. Aku akur. Tunggulah habis belajar nanti, tak payah dah sibuk-sibuk nak periksa lagi.


Tak sangka pulak, bila dah tak bergelar pelajar, aku tetap kena masuk dewan periksa. Jadik pengawas peperiksaan pulak. Ingatkan zaman sekolah rendah je kena jadik pengawas, rupanya sampai ke tua pun nak kena jadik pengawas.


Bezanya, tak payah tunggu kat pagar sekolah tulis nama orang yang datang lewat dalam buku kecik 555 dan bertanding dengan pengawas lain siapa dapat kumpul nama lagi banyak. Lagi banyak nama, dikira sebagai paling hebat sebab berupaya untuk mengecam, menghafal dan menulis secara pantas lagi tuntas.


Tempoh hari, semasa aku menjawat jawatan pengawas kat dewan periksa, macam biasa, periksa kuku dan rambut dulu. Saja nak tau jenama syampu apa paling berkesan untuk hilangkan kelemumur. Lepas tu, mengkaji sama ada gambar dalam kad pelajar sama atau tak dengan wajah sebenar pelajar. Jadi, awas! Kamu, sang pelajar, jangan sekali-kali cucuk botox. Kemungkinan besar kamu tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. Ye lah kan. Flowerhorn mana reti nak jawab periksa.


Dalam pada sibuk memeriksa kad nama pelajar sambil mengecam muka-muka yang hensem dan wangi, berlaku lah satu insiden yang tak ingin kita lihat. Seorang pelajar terkantoi dengan sorang lagi pengawas kerana membela 'toyol' secara haram. 'Rumah'nya kat sebalik kad nama pelajar tersebut. Pucat muka budak tu jadik biru dan berkali-kali cakap, "mintak maaf cik, mintak maaf cik, tak buat lagi cik, tak buat lagi, saya janji". hurm.


pwtc 034

Kertas yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Penuh haa tulisan timbul ala braille kat situ. Boleh menang award hasil rekacipta terbaik.


Malang tu tak berbau, tapi perangai busuk boleh dihidu.


Sejak kelmarin, aku selalu terserempak dengan kemalangan. Sorang pakcik tergolek dari motor betul-betul depan mata aku. Keesokannya pulak, sebuah teksi menyondol sang kancil. Pun depan mata aku. Pagi tadi, dalam perjalanan nak ke tempat kerja, kereta depan aku menggesel penunggang motor kat sebelah sampai jatuh terjelepok atas jalan.


Saspen jugak aku.


Tiba-tiba, tengahari tadi, masa temankan kawan sekerja keluar, baru aku dapat jawapan kepada perasaan saspen tersebut. Memang saspen. Sampai rasa macam nak kena pakai lampin.


erk

Satu lagi contoh penggunaan peribahasa malang itu tidak berbau. Tapi, longkang busuk, baunya tetap menusuk kalbu! Apatah lagi bila dah terpelecok masuk dalam tu. eiuwww.


Sekian belajar peribahasa untuk hari ini.



HER : Malang tak ada bau sebab kita tetap tak dapat nak hidu walaupun dah betul-betul ada kat depan hidung.

Monday, May 25, 2009

Prinsip Poyo Usia 18 ; Gigi Bongsu pun Belum Ada, Inikan Pulak Cinta.

Kurang dari seminggu, angka usia akan tambah lagi satu.


Dah capai jubli perak.

Orang kata, dah cukup masak.


Selain ahli keluarga, hanya orang-orang terdekat je tahu yang aku sentiasa sambut ulang tahun ke-18 setiap tahun. Profile Friendster sejak tahun 2003 pun tunjuk umur aku 18 je. Tak pernah berubah. Kek harijadi yang Cfu bagi, lilin nya tak pernah lebih daripada 18. Kalau lebih, aku akan mogok tak mandi, sampai lah lilin tu disusun semula jadik genap 18. Tak lebih, tak kurang.


Tapi, takde siapa tahu apa signifikan di sebalik usia 18 tu.


1293772727633lBukan sekadar suka-suka, mengada tak nak mengaku tua.


Pada aku, usia 18 tu macam major turning point dalam hidup seseorang. Titik mula kehidupan realiti. Masa tu, macam ada hak ekslusif, banyak keputusan yang dibuat, akan beri impak besar dalam jalan hidup yang seterusnya. Tentukan sama ada haluan kiri atau kanan, depan mahupun belakang.


Masa tu jugak, wujud banyak sesalan atas setiap keputusan yang aku kira sebagai kurang tepat dan terpesong daripada impian serta cita-cita asal. Atas sebab tu, aku beriya-iya tak mahu berganjak dari usia 18 semata-mata mahu cuba jalan kedua yang aku tak pilih pada masa tu.


Aku masih harapkan turning point tu.


Aku takut kalau umur dah ubah jadik BUKAN 18, maka akan hilang hak ekslusif tu. Takut dah tak layak. Takut dipandang jelak. Takut dikata buat salah. Seolah-olah, kalau silap buat keputusan pada umur 18, boleh dimaafkan atas tiket sedang terumbang-ambing mencari haluan, masih naif. Sebab tu aku sayangkan umur yang aku anggap sangat magikal tu.


Tanggal 1 Jun tahun ni, baru aku nak mula belajar pegang umur pangkal dua. Tujuh tahun lamanya aku ambil masa untuk melepaskan. Tak mustahil kalau lepas ni aku perlukan sampai sepuluh tahun lagi untuk mengaku usia dah cecah angka tiga pulak.


Kurang dari seminggu, angka usia akan tambah lagi satu.

Sedang bersiap sedia nak lepaskan angka 18.

T__T



HER : Abah kata, salah satu rahsia awet muda ialah sentiasa menganggap diri masih muda, jangan terlalu mudah mengaku kalah dengan usia :)

Tuesday, May 19, 2009

Apabila Raksasa Menjelma.

AMARAN : Ini entri berciri amarah. Kuasa hormon berleluasa. Tinggal 3 inci je lagi nak menjelma jadik raksasa gorgon super sayya. Sila gerun.


pwtc 005

Minggu lepas. Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan.


Berdesing haa cuping telinga aku bila salah seorang pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang jaga booth kat sana keluarkan ayat, “Kawan awak ni, nampak masa depan.”


Frasa ‘kawan’ merujuk kepada Angah; adik nombor dua yang baru graduasi dan dalam proses mencarik hala tuju seterusnya. Manakala ‘nampak masa depan’ pulak bertujuan untuk sindir aku yang tak berminat nak isi borang penyertaan program latihan untuk lepasan siswazah anjuran PNB (Baca : Sebab aku dah kerja. Kalau belum, lain cerita.)


Panas hati sampai takat didih dengan statement dia yang buat aku ter-men-sumpah seranah dalam hati. Ditambah pulak panas badan sebab dok bersesak dengan ramai orang sampaikan berselisih bahu dengan menteri pun aku tak perasan. Seraya aku menjawab sambil membuat muka paling raksasa, “Huh? Saya dah kerja lah!” Terkulat-kulat pegawai PNB tu terkejut tengok reaksi raksasa aku lalu segera mintak maaf, “Saya ingat, awak pun tak kerja lagi, baru habis belajar. Mintak maaf, cik.”


Mentang-mentang le aku pakai selekeh, stok macam budak-budak U keluar berjalan-jalan melihat alam, dan takde rupa macam pegawai kerajaan berwibawa, jangan le pakai serkap jarang je. Kot iye pun kau pakai kemeja belang lengan panjang, tali leher kurus, rambut kilat terpacak, jangan ingat kerja kau dah hebat sangat sampai nak kata orang lain ‘tak nampak masa depan’.


wah. emo. Penat aku simpan emo ni dalam hati. Peram kasi sedap untuk luah kat sini, barulah hati tak hitam menyimpan dendam.


pwtc 001

Kalau tak kerana sayangkan adik, tak kuasa aku nak meredah lautan manusia kat karnival nun, lalu dituduh sebagai tak nampak masa depan. ceh. Masih ada sekelumit dendam lagi :p


Satu lagi. Kisah kat luar bangunan.


Dalam 150 meter sebelum masuk PWTC tu, bersepah la orang di kiri kanan bahu jalan menghulur flyers, kupon cabutan bertuah, stiker dan belon. Takde pulak yang hulur nugget barang seketul dua. Diorang bagi flyers, takde masalah. Aku ambik, senyum, ucap terima kasih dan teruskan berjalan walaupun kat tangan dah tebal dengan flyers hinggakan boleh di salah sangka sebagai pengedar flyers pulak.


Yang menjadik masalah kat aku bila diorang hulur buku. Buku tebal pulak tu. Cakap percuma. Lepas tu, bila kita ambik buku tu dan terus jalan macam biasa, diorang boleh pulak tiba-tiba kejar kita, mintak duit, cakap buku tu atas nama kebajikan bla bla mintak derma bla bla bagi lah seikhlas berapa bla bla bla.. Siap boleh cakap, “Zaman sekarang ni, mana ada benda percuma, dik. Masuk tandas, nak berak kencing pun kena 20 sen.”


Amboi. Boleh pulak gitu, ye.


Elok-elok aku nak hulur duit, terus cancel. Tak jadik. Rasa macam tertipu. Sekali lagi aku menjelma membuat muka raksasa yang boleh berkata-kata, “Saya dah pernah beli buku sebijik macam ni kat hentian Seremban dulu. Kawan-kawan encik jugak lah yang jual. Bukan derma kebajikan namanya ni.” Terdiam kejap orang tu sebelum mintak maaf dan beredar.


Nak jual buku, buat cara nak jual. Takyah cakap percuma lepas tu paksa orang bayar. Nak mintak derma, buat cara nak mintak derma. Takyah buat orang rasa macam tak ikhlas nak hulur sumbangan. Bukan ke tangan kiri pun tak patut tahu yang tangan kanan sedang menghulur derma. Inikan pulak secara paksa-rela.


Kenapa mesti nak guna cara ‘penipuan’ dan guna sentimen kebajikan sedangkan dalam masa yang sama nak kaut keuntungan?


Kan ke banyak lagi strategi pemasaran lain yang boleh dipakai. Strategi macam tu, menyalahi hak-hak pengguna. Boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang. Silap haribulan, layak disumbat masuk penjara. Negara kita kan banyak akta.


Pernah belajar pasal konsumerisme?


Kata usahawan. Takkan benda kecik macam tu pun tak hafal. Pergi bukak balik buku ekonomi. Khatamkan. Jangan pakai taram. Tak pasal-pasal aku jadik emo macam haram. Dah, diam diam. ewah. Pantun 4 kerat.


Wahai para pengguna, kita berhak untuk kata TIDAK.


hoho 003

Tengah emo macam ni, tiba-tiba rasa rindu sangat kat punching bag yang jauh di mata. Kepada punching bag saya yang gagah perkasa, I left my handphone. Again. Sila kumpul rindu dendam sebanyak seratus bakul untuk ai, ye.



HER : Mujur aku pergi hari Jumaat. Katanya, hari Sabtu dan Ahad kemain padat manusia macam sadin. Potensi lagi besar nak emo kat semua benda :p

Thursday, May 14, 2009

Aku Benci Bau Kapal Terbang.

Ada beberapa jam saja lagi sebelum terbang.


bulan madu = duit ilek 101

Kini, sesiapa boleh terbang.


Aku dah jadik pelanggan setia kapal terbang tambang murah. Habis elaun nafkah bulanan aku kena potong 50% dek kerana nak membayar sehelai tiket dua hala yang boleh dekatkan jarak 500++km kami dalam masa 50 minit. Selagi rezeki masih ada dan dipermudahkan oleh-Nya, tiap hujung minggu, muka jawa nilah yang bersidai kat lapangan terbang ala stesen bas ekspres tu.


Kat sini jugak aku berjumpa dengan macam-macam lapisan orang dan ragam. Serta berkenalan dengan pramugara tampan. eh eh. Mintak ampun, darling husband. Tak dapat disangkal lagi, ai hanya cinta you sorang secara rawak dan melampau.


Masa itu Porsche bagi kami.


Buat masa ni, aku tak mahu masa dihabiskan untuk melalui satu perjalanan yang memakan 5, 6 jam. Sedangkan tempoh masa perjalanan yang panjang tu membolehkan aku berbakti kepada suami. Seperti memasak nasik lemak kegemaran dia dua tiga kali. Boleh diluangkan untuk menggosok sedozen baju kerja dia. Atau main kejar-kejar membunuh lipas si makhluk perosak durjana secara beramai-ramai.


Menghabiskan masa berkualiti bersama.


Prinsip aku mudah. Penuhi masa dengan lakukan aktiviti bersama-sama semaksimum mungkin seolah-olah tiada lagi hari esok. Secara automatiknya, setiap saat yang dilalui bersama akan jadik lebih berkualiti.


Walaupun sekadar menonton TV di ruang tamu yang kemudiannya, cerita belum sempat habis lagi, dua-dua dah terlentok tidur tak sedar diri sampai pagi kat atas sofa. Ataupun hanya sempat mengetipkan kuku suami peliharaan yang tak reti nak ketip sendirik sampai jadik macam drakula. Dan macam bonus overtime pulak, kalau sempat melakukan home facial untuk suami dengan menscrub satu muka dan badan beliau menggunakan gel pengelupasan jenama Syahirah suci dan segar. err.


Biarlah orang kata aku umpama mencicirkan duit di sepanjang jalan. Leburkan duit macam tu je. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan senyuman dan pelukan suami menyambut sang isteri pulang dengan girang, adalah tidak ternilai harganya. Priceless. Aku sanggup bergolok gadai emas di badan untuk membayar harga perasaan yang satu tu.


Orang yang tak mengalami sendiri, mungkin takkan dapat menghargai rasa itu semahal ni.


Kerjaya seperti aku yang memikul tagline BERKHIDMAT UNTUK NEGARA adalah sangat tidak relevan untuk situasi sekarang. Seperti memberi kata dua untuk aku pilih antara kerjaya ataupun keluarga. Kalau satu hari nanti, tiba-tiba aku diugut untuk pilih yang mana, dengan lapang dada dan hati terbuka, tanpa ragu-ragu aku akan pilih keluarga.


Atas rasional, mengutamakan yang wajib dan di situ menawarkan pahala berganda-ganda serta letaknya syurga. Itu juga yang akan sentiasa ada di sisi tatkala jatuh bangun hidup aku.


Jadi, untuk pihak yang berkenaan, simpan je lah kata-kata sinis yang mengguris tu. Sikit pun tak beri kudis kat aku. Walaupun parutnya tetap ada dan akan dikenang sampai bila-bila. Ingat, di sana, masih ada karma. Tak kena kat kamu, mungkin giliran anak cucu kamu pulak yang akan merasa. Masa tu, kamu boleh tercekik nak telan semula kata-kata sendiri.


Ada beberapa jam saja lagi sebelum terbang.


Ada apa-apa tips macam mana nak hilangkan sakit kepala sebab tak tahan bau dalam kapal terbang? Selain daripada hidu bau minyak wangi yang pramugara pakai? :p



HER : Tuhan, kalau inilah jalan terbaik yang telah Kau tetapkan untuk kami, maka lapangkanlah dada kami agar terus tabah mengharungi. Peliharakanlah kami dalam lindungan kasih sayang-Mu dan hindari kami daripada malapetaka, godaan syaitan, fitnah serta hasad dengki. Amin.

Tuesday, May 12, 2009

Superwoman Saya.

IMG_0190

Yang hidung pesek macam aku itu bonda; Puan Noraini Hayati, yang sepet macam Cfu itu bonda mertua; Puan Saudah.

Dua-dua, aku cinta.


Dari dulu, aku rasa pelik macam mana Mak boleh bahagi-bahagikan hati dia.


Berapa pecahannya?

1/25 kah?


Nak cinta Abah, sayang Embah dan Nyaei (tok nenek dalam versi Jawa), kasihkan kami 5 beradik, dua belas beradik kandung dia, anak-anak buah, ipar duai, anak murid lagi.


Lagi tak faham macam mana Mak boleh gagahkan diri memasak, membasuh, membuat kerja rumah semua setiap hari walaupun lepas penat bekerja. Ditambah pulak sambung belajar sepenuh masa, balik hujung minggu je, mana nak jengah sekolah, pergi kenduri kendara, ziarah anak kat asrama, hadir mesyuarat kumpulan pakatan wanita, layan anak menantu yang ngada-ngada balik sekali sekala nak makan semua benda yang Mak masak je.


pergh.


Begitu jugak dengan Mak Mertua. Sepanjang mengenali Cfu, aku kagum (walaupun kadang-kadang rimas :p) dengan perangai caring melampau dia dan tertanya-tanya dari mana datangnya. Rupa-rupanya, selain paras rupa, dia jugak banyak mewarisi sifat dan perangai mak dia. Kuat betul genetik Mok, ye.


Paling dikagumi adalah sifat penyayang Mak Mertua yang tak kenal siapa. Tak kira lah dengan anak sendiri ke, anak saudara, anak menantu, cucu saudara, hatta anak kucing pun, semua sama. Sangat terharu bila dia sentiasa anggap dan sayang aku sebagai anak sendiri, bukannya menantu. Macam mana dia bahagi-bahagikan kasih sayang dia, aku pun tak tahu.


Mereka berdua adalah superwoman.


Walaupun tak punya kuasa kebal untuk menyelamat dunia, mereka punya hati yang kaya raya tebal dengan kasih sayang untuk dibahagi-bahagikan kepada orang di sekeliling mereka.


Biarlah lambat mana pun, SELAMAT HARI IBU buat ratu hati kami; semua ibu di dunia. Buat bakal ibu pun boleh lah. Yang belum nak jadik ibu, tapi naluri nak jadik ibu dah meluap-luap pun tak dilupa.


Kamu sentiasa punya tempat istimewa dalam hati kami.


HER : Mungkin bila dah bergelar ibu satu hari nanti, baru aku tahu macam mana caranya bonda membahagi-bahagikan hatinya.

Friday, May 8, 2009

Pukal. Siri tiga.

Cuba teka, cuba teka, aku kat mana?


Kalau dah entri dimulakan dengan intonasi ceria, sah lah aku sedang kembali ke pangkuan suami peliharaan tercinta. Hirup udara dan menatap rumput nan menghijau di rumah sendiri, biarpun berhujan batu, tetap lebih baik daripada ditimpa hujan emas setiap hari di negeri orang.


Mengambil kesempatan atas mood serba gembira ni, mari kita buat entri berciri gembira jugak. Kalau hari lain, entri lebih dipengaruhi emosi, maka ia akan berciri sedih, rindu, pilu dan serba haru biru. Ayuh, mulakan hari ini dengan senyuman penuh rasa kecintaan! *Wah. Ayat pun nak berbunga-bunga bahagia. Kalau tak, manjang nak merengek meleleh air mata je*


*****

Aktiviti Satu.

Pernah dengar tak orang kata, nak lupakan kesedihan, belajarlah sibukkan diri. Maka, aku pun membawa diri ke tanah felcra di hujung Kuala Berang sana bergadai kereta bapa melanyak tahi lembu yang bersepah di merata-rata, untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat. pergh. Gila terharu dengan kesanggupan diri sendiri. Lepas tu, balik rumah, sumpah menyesal tak nak pergi lagi.


hoho 016

Kecewa berhari-hari, aku tukar profesion daripada seorang pensyarah kepada guru tadika. Bawak anak murid pergi pertandingan mewarna.


hoho 011

Beratur. Beratur. Siapa tak beratur, cikgu tak bagi kaler percuma.


hoho 018

Dah penat jadik cikgu tadika, tukar profesion pulak jadik penjual nasik lemak kukus. "Mari, mari, mari, nasik lemak dua ringgit sebungkus!" Tengok lah, kemain berpusus-pusu pelanggan adik pengakap dan puteri Islam datang menyerang.


hoho 019

"Mari. Mari Mari.

Siapa ada abang hensem lagi wangi, akak bagi diskaun hebat lagi.

Mari. Mari. Mari."


hoho 025

ecehceh. Ada peminat misteri candid gambar ni.


hoho 026

Tengok. Candid lagi. Buat-buat sibuk sendiri.


hoho 027

eh eh. Pura-pura sedar ada orang tangkap gambar dari tadi. Buat mulut muncung sikit. Ngeri peminat misteri tadi terus cabut lari.


Selesai sudah sehari menjadik guru tadika dan penjual nasik lemak. Sempat jugak belajar perkataan 'paghok' adalah teruk dan 'jeghong' adalah jagung daripada makcik dan pakcik Kuala Berang. Terima kasih sebab tolong tambah vocab dalam kamus terjemahan Melayu-Terengganu aku. Oh, terima kasih jugak atas ole-ole yang 'melekat dengan kuat kat tayar kereta' untuk dibawa pulang. Tak pasal-pasal, bapa mertua terpaksa menyalin seluar pendek dengan segera tolong cuci kereta. Ya. Saya memang bertuah.


Lepas ni, aku nak try jadik pengacara jemputan Nona pulak.

Sila AFundi xeea dan hantar ke 6575.


*****

Aktiviti Dua.

Siapa kata kalau takde shopping complex dan panggung wayang, ditambah pulak tanpa suami di sisi, maka aku akan ditemui mati kebosanan? Nyaris lah, tapi belum lagi. Bersempena dengan tanggungjawab sosial kolej komuniti yang sentiasa menyediakan kursus kemahiran untuk komuniti setempat, aku pun ambik kesempatan untuk turut serta. Antaranya, kursus berenang dan bersolek.


hoho 030

Kemain semangat yang sorang mencalit, sorang lagi mengexplain. Aku pulak sibuk mengsnap.

hoho 003

Dah puas mencalit, sarung bikini pergi menyelam pulak.


hoho 007

Saiz olimpik, kau!

Amacam K Suzie, ada berani nak bertanding kuak lentang? :p


Berminat?
Hubungi kolej komuniti terdekat di kawasan tempat tinggal kamu. Semua kursus bawah anjuran kolej komuniti ni terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tua, muda, belia, makcik, pakcik semua pun boleh. Macam-macam kursus ada. Bayaran pun sangat berpatutan. Mana kamu nak dapat bayar RM 20 maksimum, untuk dapatkan ilmu dan kemahiran yang harganya boleh cecah sampai 2, 3 ratus kat luar sana.


err.. kolej komuniti patut bayar komisen pasal beriya-iya aku promosi kat sini.


*****

Aktiviti Tiga.

Dah nama pun sedang cuba mensibukkan diri, sambil-sambil tu sibukkan perut jugak dengan memenuhi undangan perkahwinan saudara-mara, rakan-rakan serta bloggers kat sini. Maka dengan ini, aku lantik diri sendiri selaku duta ke negeri Darul Iman ini. Pergi melawat kawasan dengan menghadiri kenduri kahwin sana-sini. Sekurang-kurangnya, terisi jugak masa yang selalu dipenuhi dengan dating membeli-belah dan menonton wayang. Memang patut dicalonkan sebagai ketua wanita UMNO 5 tahun lagi.


hoho 008

Tahniah Kak Huda dan suami.

Pertama kali pergi kenduri yang hanya sediakan kerusi untuk jamuan makan. Rupa-rupanya, Cfu kata, kat sini memang dah biasa macam tu. Tapi, aku buat muka tembok besar China usung Cfu sekali pergi duduk makan kat meja beradap.


*****

Aktiviti Empat.

Setiap petang, kepulangan aku mesti disambut oleh kucing bernama Toyol yang tak jemu-jemu menggigit ibu jari kaki perempuan jelita. Setiap petang jugak, masa dihabiskan dengan buat taik mata. Paling tidak pun, duduk menghadap TV tengok game show Roda Impian, bertanding dengan Mak mertua. Siap kira berapa kali aku menang, berapa kali Mak mertua kalah. Kalau dia kalah, dia kena masak. Aku kalah, aku kena makan semua makanan sampai habis. Adil, bukan?


hoho 031

Balik dari kerja semalam, jumpa nota ni kat pintu bilik. Bukankah Mak mertua saya terlalu comel? Nak suruh makan ikan celup tepung pun siap buat nota tampal kat pintu bilik. Padahal boleh je telefon atau sms. Siap diakhiri dengan, "Love U- Mok". Comel betul. Mak siapa lah nih. Mesti menantu dia pun sangat comel :p


Sekian.

Pecah kaca, pecah gelas.

Sudah baca, harap balas.


HER : Ikan kesayangan yang ditinggalkan atas jagaan suami peliharaan ditemui mati akibat kebuluran dan kekurangan kasih sayang. grrrrr.

Monday, May 4, 2009

Makan Dalam.


Rindu :

Bangun pagi, toleh sebelah kiri, ada orang sedang senyum berseri-seri, biarpun mata sendat penuh tahi, mulut busuk tak gosok gigi, dengan rambut kusut gerbang, ucapkan ;


SELAMAT PAGI PUTERI BAWANG.


none 170

Bau kamu semakin hilang di sini.

I hate distance.

T_T


HER : Kalaulah nasib dan masa depan boleh dijual beli, akan aku laburkan jutaan ringgit tanpa dikesali.