Selasa, 16 Mei 2017

USBO DAN HAYAT POLITIK TAN SRI PANDIKAR



Sejak Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan akan aktif dalam politik menjelang PRU14 dan kemudiannya disusuli dengan beberapa program jelajah USBO merata tempat di Sabah, politik negeri ini mula ‘gempar’ seketika, laksana diserang Garuda dalam filem-filem Melayu Dahulukala. “Gempar’ kerana pada waktu yang sama, program jelajah USBO ini banyak menimbulkan tandatanya walaupun PRESIDENNYA TAN SRI PANDIKAR AMIN bertungkus lumus menerangkan beberapa kali objektif dan tujuan jelajah USBO ini. Jelajah USBO dikatakan membantu UMNO-BN menjelaskan isu-isu semasa kepada rumpun BUMIS ( Bajau, Bugis, Melayu, Iranun dan Suluk) berkenaan perlunya mempertahankan kerajaan BN Sedia ada.

Apa yang merungsingkan banyak pihak ialah, jelajah USBO ini dilihat sebagai platform Tan Sri Pandikar Amin untuk ‘mengembalikan’ aura politiknya di Sabah. “Merungsingkan” kerana ia memberi gambaran seolah-olah UMNO-BN di Sabah tidak bersedia menjadi platform kepada Speaker Dewan Rakyat ini untuk kembali cergas dalam politik? Apakah benar bahawa UMNO Sabah ini bergolak dalamannya sehingga NGO dipergunakan untuk menjelaskan isu-isu negara dan negeri Sabah? Bukankah TSP adalah ahli UMNO dan pernah menjawat Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu sebelum melepaskannya sejurus dilantik YDP Dewan Rakyat? Jadi kenapa perlunya ‘melangkahi’ kepimpinan sedia ada di Sabah terutamanya KETUA MENTERI yang juga PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI? Benarkah program besar-besaran USBO ini tidak mendapat ‘restu’ dari KM Sabah? Sedangkan dalam media beberapa tahun lepas dilaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dilaporkan berkata bahawa USBO TIDAK ADA KAITAN DENGAN UMNO?

Apa rasionalnya mengangkat USBO dalam politik Sabah jika tidak berkaitan dengan UMNO walaupun USBO adalah NGO pro BN?. Lihat bagaimana TSP kelihatan berseorangan dari segi gerak kerja USBO ini? Mana pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang lain? Apa pendirian mereka?Setakat artikel ini ditulis hanya MP Kinabatangan , Datuk Bung  Moktar Radin yang menunjukkan response positif kepada ‘hajat’ TSP untuk kembali kepada dunia politik, itupun tidak langsung menyentuh peranan USBO dalam ‘mengumpul’ rumpun BUMIS untuk menyokong UMNO-BN di Sabah? Apa sebenarnya yang berlaku dalam politik Sabah sekian lamanya ini?

Setakat ini, TSP hanya kelihatan”syok sendiri’ dengan USBONYA tanpa apa-apa ‘jaminan’ dari kepimpinan UMNO Sabah. Harus diingat bahawa TSP adalah antara tokoh politik yang digugurkan menjadi calon pada PRU12 bersama Datuk Salleh Tun Said, yang kedua-duanya adalah pimpinan USBO  pada waktu itu. “keberanian’ Musa Aman melakukan “pengguguran” keatas kedua pemimpin USBO ini telah menjadi pengajaran kepada TSP pada masa kini untuk ‘memperkuatkan’ USBO dan melakukan jelajah habis-habisan sebelum PRU14.
Kita tidak dapat menjangkakan apakah USBO hanya akan terus sebagai NGO PRO BN atau akan menjadi parti Politik baru di Sabah? Kerana pada sejarah politik TSP, beliau pernah sebelum ini mengetuai beberapa parti politik di Sabah seperti BERSIH dan yang terakhir sebagai PRESIDEN AKAR yang dibubarkan kemudiannya sebagai tanda sokongan politik kepada UMNO SABAH? Jika sebegitu besar pengorbanan TSP. Maka apa perlunya ‘madu dibalas Tuba? Sehingga kelihatannya TSP masih teraba-raba mencari tapak dalam politik di sabah? Bukankah juga sebegitu kejadiannya, apabila YDP Dewan Rakyat atau timbalannya ‘kembali’ dalam politik maka akan balik secara’ senyap’ ke kawasan masing-masing dan dicalonkan kemudian jika menang dan dilantik dalam exco negeri. Lihat apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi anak Tunku Jaafar timbalan YDP Dewan rakyat, bukankah beliau sekarang dalam kabinet ? Jadi, kenapa TSP tidak berbuat demikian? Tentunya ada yang tidak kena dengan pimpinan UMNO di Sabah? Atau apakah ia sudah menjadi ‘darah daging’ TSP untuk bergerak sendirian dan kemudiannya memberikan ‘tekanan’ kepada pihak-pihak berkenaan untuk ‘mencalonkannya’ pada PRU14 nanti? Apakah pemimpin berbangsa Iranun berusia 61 tahun ini masih ‘releven’ dengan politik Sabah? Apakah ‘pengalaman’ beliau sangat-sangat diidamkan oleh pimpinan di Sabah sebagai membantu dan menguatkan kepimpinan sedia ada? Atau pertanyaan yang lebih jujur, barangkali, apakah ‘kehadiran’ TSP dan pengumumannya untuk aktif dalam politik dilihat ebagai ‘ancaman’ luar biasa kepada pimpinan di Sabah? Sehingga lahir istilah’ kacau daun’, apa lagi orang tua ini mahu?...


Pada akhirnya TSP harus memikirkan semula langkah politiknya ini sebelum ‘ terlanjur’ jauh, kerana tindakannya ‘mempopularkan’ USBO di Sabah masih diterima secara ‘dingin’ oleh pimpinan sedia ada. Budaya menggerakkan NGO sebagai ‘Support politik peribadi’ masih baru di Sabah. Malah ia tidaklah sepopular di Semenanjung. Kalau di Malaya, banyak NGO-NGO yang ditubuhkan berselindung atas nama NGO dan BERKECUALI walaupun hakikatnya ditaja dan dipengaruhi oleh isme-isme politik kepartian. Dalam PKR bukan 2 atau 3 NGO bergerak atasa nama NGO tetapi mendukung isme PKR. Rafizi Ramli sahaja secara nyata mengepalai NOW dan INVOKE MALAYSIA. Itu yang kelihatan, yang masih terselindung mungkin puluhan NGO lagi, begitu juga PAS dengan GERAK suatu ketika dulu dan belum lagi cerita bab BERSIH.
Maka secara puratanya sokongan dan kehadiran rumpun BUMIS dalam jelajah USBO sekurang-kurangnya memberi gambaran bahawa rumpun itu masih menyokong UMNO-BN, tidak seperti gambaran bahawa parti WARISAN mendapat sokongan rumpun ini. Setidaknya ia akan menangkis dakyah WARISAN dan mengukuhkan politik BN dan UMNO di Sabah.


Sejauhmanakah berkesannya USBO menjadi wadah politik kepada TSP? Hanya masa dan keadaan yang menentukan . Kerana pada lagaknya TSP sudah ‘berpatah arang’ pada pimpinan UMNO-BN di Sabah. Barangkali pada hemat TSP, ‘kalah tidak akan jadi Abu, dan menang tidak akan jadi arang”. Hanya yang berfikir ligat dalam fikiran penulis ialah apakah ‘percaturan’ TSP ini akan menentukan ‘mati dan hidup’ politiknya? Mari kita fikirkan.

Rabu, 10 Mei 2017

JELAJAH USBO BUKAN SEKADAR MAIN DAUN




USBO pada awal penubuhannya adalah sebuah NGO "politik" yang membawa makna PERTUBUHAN BAJAU BERSATU SABAH" kemudiannya dijenamakan semula sebagai " PERSATUAN BUMIS BERSATU SABAH" dimana akronim BUMIS merujuk kepada Etnik Bumiputera Islam di Sabah meliputi bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk. Presiden pertamanya adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Presiden adalah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan penasihatnya adalah Datuk Shafie Apdal. Ketika itu USBO tidak sangat menjadi "fenomena" baru di Sabah. Malahan penguguran Datuk salleh dan Tan Sri Pandikar daripada menjadi calon Pilihanraya ke 12, menjadikan USBO dimata marhean di Sabah sebagai gertakan politik kepada etua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang dikaitkan dengan pengguguran kedua pemimpin USBO ini.

PENJENAMAAN USBO

Apabila Datuk Salleh, dilantik sebagai Senator dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah pentadbiran Najib dan kemudiannya dilantik sebagai Bendahari UMNO, ramai pemerhati politik percaya bahawa lambat laun USBO akan dilepaskan oleh Datuk Salleh ekoran 'hajat' politik beliau dapat dipenuhi dengan menduduki beberapa jawatan utamadalam kabinet Najib. Akhirnya Datuk Salleh mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden USBO dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden USBO iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kemudiannya dalam mesyuarat agung USBO yang diadakan di sebuah hotel di kota kinabalu, memutuskan untuk melantik Tan Sri Pandikar Amin sebagai PRESIDEN USBOyang baru. Di sinilah bermulanya gerakan jelajah USBO yang kemudiannya dilabel sebagai" Kacau Daun" dan cuba mengheret politik Sabah dalam kencah "Permainan Daun Terup Politik"




JELAJAH USBO BUKAN SEKADAR 'MAIN DAUN'

Jelajah USBO yang pertama diadakan pada 22 April 2017. Dari beberapa maklumat media yang diperolehi, siri jelajah USBO ini turut menghimpunan lebih 155 buah kereta pacuan 4 roda dalam konvoi bermula di Kota Kinabalu dan berakhir di Tungku Lahad Datu. Apa yang menarik untuk ditelaah ramai pemerhati politik ialah sebelum bermulanya siri jelajah ini, dalam satu sidang media, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan akan bergiat aktif dalam politik menjelang PRU 14. Dengan menyifatkan dirinya sebagai "otai politik" yang berpengalaman lebih 33 tahun dalam politik Sabah dan 9 tahun sebagai speaker dewan rakyat, tentunya Tan Sri Pandikar tidak terlalu 'tua' untuk kembali menerjah politik Sabah yang berkilauan dengan kehadiran parti WARISAN pimpinan Datuk Shafie Apdal yang keluar dari UMNO ekoran krisis dan isu 1MDB. Seperti kenyataan TSP ”Saya ingin kembali berkhidmat kepada rakyat khususnya di kawasan saya sendiri dan itulah hasrat saya tanpa berselindung,”

Hasrat TSP ini di smabut baik oleh MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar yang dipetik sebagai berkata :

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk Pandikar untuk aktif di dalam politik. Mungkin beliau merasakan boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara. Jika itu yang difikirkan terbaik, pada saya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.
"Seseorang individu itu mempunyai iltizam atau perancangan tersendiri untuk membangunkan masyarakat dan negerinya.

"Kita tidak boleh gambarkan sejauh mana impak yang berlaku di atas komitmen dan kenyataannya, namun pada saya, dengan pengalaman yang begitu lama, Pandikar boleh menjadi pemimpin yang baik,"

Kedua perkara yang unik untuk dikupas ialah, mengapakah Tungku  Lahad Datu menjadi destinasi pertama dalam siri jelajah USBO? Tentunya ia berkait dengan 'keinginan' TSP untuk aktif dalam politik kerana dalam sejarah politik pemimpin Iranun ini, TSP pernah bertanding di Tungku Lahad Datu, yang kebanyakan komuniti di kawasan itu adalah orang Iranun.



Ketiga ialah kenapa USBO perlu melakukan siri jelajah Sabah? Apakah UMNO di Sabah dan BN 'gagal' merencana, merungkai permasalahan dan pembangunan Rakyat? atau adakah UMNO BN tidak mempunyai 'kepakaran' menangkis propaganda pembangkang di Sabah? atau adakah USBO sebenarnya ingin mencetuskan 'kegelisahan' politik di kalangan pimpinan UMNO-BN sekaligus sebagai 'desakan' yang membolehkan TSP dicalonkan semula pada PRU 14?. Ini kenyataan Tan Sri Pandikar dalam laman rasmi Facebook beliau

"Saya cuma bilang saya mahu aktif semula berpolitik dan menawarkan diri untuk bertanding pada PRU14. maka itu terpulanglah kepada pucuk pimpinan UMNO samada mencalunkan saya atau tidak.

Kalau tidak dicalunkan pun bagi saya itu perkara biasa. Saya tidak dicalunkan pada PRU12 dan PRU13, saya tidak membenrontak dan merajuk.

Saya bubar Parti Akar sebagai presidennya, pencalunan dalam setiap PRU terjamin. Dgn pembubaran Parti AKAR saya telah 'membunuh' sendiri keoutomatikan untuk saya bercalun atau dicalunkan.

Saya letak jawatan sebagai ketua Bahagian UMNO Kota Marudu setelah saya menduduki jawatan Speaker Dewan Rakyat. Dgn bertindak sedemikian saya telah 'memutuskan' tali hubungan saya dengan politik.

Saya sekarang ini aktif sebagai presiden USBO untuk menjelajah negeri Sabah untuk "memberi penjelasan' kepada rumpun USBO betapa pentingnya untuk menyokong dan mengekalkan kerajaan UMNO-BN

Aktiviti ini adalah selari dengan perlembagaan USBO.

Kenapa timbul isu 'Apa lagi orang tua ini mahu? sedangkan objektif penjelajahan USBO telah dijelaskan.
Kalau pihak lain 'berhak' dalam demokrasi untuk 'mengubah' kerajaan, saya juga 'berhak' dalam demokrasi untuk berpendirian 'mempertahankan' kerajaan..

so, whats the problem here?

catatan FB : 8.Mei.2017

Sabtu, 4 Februari 2012

KE MANA ARAH TUJU POLITIK IRANUN?


Penulis: batu Gadung

Politik bukanlah istilah baru dalam kamus hidup masyarakat Iranun. Ia juga merupakan perkataan ajaib dan penuh hikmat kerana ia boleh menyatukan masyarakat dan boleh memecahbelahkan masyarakat dalam konteks politik Iranun. Apabila berbicara soal politik, rasanya saya terlalu kerdil untuk mengungkap bicara dan telahan berkaitan isu politik namun demikian atas dasar tanggungjawab terhadap bangsa, saya terpanggil untuk mencoretkan secebis pandangan “arah tujuh politik Iranun”.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap sistem politik masyarakat Iranun, tidak kurang hebatnya berbanding kaum-kaum lain. Tan Sri Pandikar merupakan kayu pengukur pencapaian politik Iranun secara relatif. Sebut saja Tan Sri Pandikar... siapa tidak kenal? Beliau merupakan ikon besar politik Iranun. Namun demikian timbul satu persoalan besar yang memerlukan penelitian yang mendalam iaitu selepas Tan Sri Pandikar.... siapa??? Siapakah pemimpin yang boleh kita tonjolkan yang mempunyai semangat perjuangan berwajahkan Iranun, yang benar-benar berjiwa rakyat. Memang tidak dinafikan ramai dikalangan masyarakat Iranun yang mempunyai ketokohan sebagai pemimpin tetapi apa yang kita mahukan pemimpin yang terpimpin dengan ilmu perjuangan bangsa, berani serta berakhlak tinggi. Namun demikian jauh sekali untuk menafikan ketokohan para pemimpin dari kalangan masyarakat Iranun, saya akui bahawa kriteria ini memang ada pada kebanyakan pemimpin pelapis Iranun tetapi peluang membataskan mereka untuk maju ke pentas arus perjuangan politik perdana.

Berdasarkan senario politik kini, saya berat hati untuk menyatakan bahawa politik Iranun dilema persimpangan. Ini bukan bertujuan membuka pekung di dada tetapi inilah hakikatnya. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi pada fikiran saya kalau kita sangkal kenyataan ini wujudlah persoalan “KENAPA AKU TIPU AKU?”

Pemimpin-pemimpin Iranun dewasa ini tiada kesepakatan dalam perjuangan. Masing-masing mahu kehadapan. Tidak salah untuk semua kehadapan. Tetapi dengan rendah diri, saya mencadangkan agar kita memilih seorang pemimpin yang boleh kita tonjolkan sebagai ikon kedua selepas Tan Sri Pandikar dan kesepakatan harus wujud demi survival politik Iranun.

“Usah menebas pohon pisang yang tumbuh subur menghijau, bajalah ia mungkin siapa tahu pisang tersebut boleh tersebut mendatangkan hasil yang diharapkan”. Dalam menempuh arus globalisasi politik, kita harus keluar dari kotak pemikiran zaman. Kalau lombong emas menjadi ukuran kekayaan dan kejayaan tetapi jangan lupa ada lagi satu lombong yang lebih menguntungkan iaitu lombong pemikiran. Nah!!! Kenapa kita tidak menggunakan lombong pemikiran sebagai cara bagi mewujudkan serta memantapkan agenda perjuangan politik Iranun.








“Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)”

POLITIK IRANUN DI SABAH: Resensi Masalah Dan Prospeknya



Kita biasa mendengar ungkapan sinis dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “the development underdevelopment”. Biasanya hanya orang-orang yang sinis juga yang memulakan sesuatu analisis mengenai sesuatu proses “pembangunan” yang menggunakan ungkapan ini sebagai paradigma mereka. Tetapi kerana paradigmanya yang sinis itu, analisisnya mungkin ditolak sebelum hujahnya diteliti.

Apakah kaitannya ungkapan ini dengan perkembangan politik Iranun di Sabah khasnya. Barangkali saudara-saudara telah menduga bahawa saya akan menggunakan paradigma ini dan saya dilabelkan sebagai orang yang sinis juga.

Sesungguhnya saya tidak melihat perkembangan politik Iranun sebagai suatu perkembangan yang mundur, saya agak kagum dengan kemajuan politik Iranun. Namun demikian, kemajuan politik tidaklah merupakan suatu pelayaran di laut yang tenang.

Dalam pelayaran ini sebetulnya terdapat banyak kapal dengan saiz yang berbeza-beza, ramai nakhoda dengan kepintaran dan pengalaman yang juga berbeza, banyak pelabuhan yang hendak dituju dengan membawa dan mencari muatan tertentu. Lautan yang dilalui begitu luas dan mungkin bergelombang. Sesungguhnya pelayaran yang dilalui oleh para pemimpin politik Iranun di Sabah khasnya saya anggap sebagai suatu dinamis yang bermasalah.

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa politik Iranun masih lagi mempunyai masa depan yang cerah asalkan segala langkah yang positif ke arah memantapkannya dilakukan dengan strategik.

Halangan yang dihadapi begitu sengit dan potensinya untuk diperkasakan juga tidak terbatas. Tetapi jika perancangan dan strategi yang berkesan tidak dilaksanakan secepat mungkin, pengalaman berpolitik hanya akan tersimpan dalam ingatan dan sekali sekala timbul dalam nostalgia.

Akhirnya kita berhadapan dengan suatu teka-teki kehidupan: adakah kita bersedia dengan ungkapan “survival of the fittest?”. Atau masih memerlukan tongkat (terutamanya dari orang lain) supaya kita berada dalam situasi “survival of the weakest?”

Isnin, 30 Januari 2012

IRANUN ; POLITIKUS ATAU TETIKUS

Oleh : Paikankb.

Begitulah gambaran yang boleh saya berikan dalam kancah politik masakini dari sudut pandangan suku kaum Iranun. Saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat atau pandangan mengenai cara atau kaedah masyarakat Iranun berpolitik. Kebetulan saya pernah terbaca satu tulisan blog yang bertajuk " kemanakah arah tuju politik Iranun"(www.batugadung.blogspot.com), dan saya amat tertarik untuk bertukar-tukar pendapat dengan sesiapa sahaja dan kalau boleh insan yang telah bergiat lama dalam dunia politik.

"Kita tidak bangga ke dengan kehebatan anak Iranun menduduki tempat mulia di dalam negara Malaysia, nak dicantikan ayat didalam dewan dialah yang berkuasa". Itulah ayat yang sering terpancul dalam mulut masyarakat kita amnya. Kami golongan belia ini seakan-akan tidak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan kehadiran insan istimewa ini. Untuk pengetahuan golongan "retua" politik, jiwa kami amat dambahkan seorang pejuang yang benar-benar boleh membawa perubahan terutama dalam masyarakat kita. Nah, disini bukan saya katakan bahawa "insan Istimewa" ini tidak memberikan apa-apa sumbangan pada masyarakat kita. tetapi tidak kah kita terfikir selepas beliau siapakah yang layak menduduki "kerusi empuk" beliau.

Apakah kerana kealpan dan sanjugan akhirnya kita lalai mengetengahkan "pelapis" pemimpin masyarakat kita. Adakah kerana dibuai jawatan dan pangkat maka kita biarkan hak kita dibumi bertuah ini di dirampas dengan rakus...! Apakah insan istimewa ini akan hidup beribu tahun lagi??? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakkan pemimpin kita sekarang sebenarnya seorang "pengecut" yang amat takut pada bayang-bayang sendiri. mungkin ini terlalu keras bagi kawan-kawan diluar sana, tetapi inilah hakikat sebenar sikap para pemimpin (kononya) masyarakat kita. Suatu ketika saya pernah bertanya kepada seorang kawan, Apakah pendapat beliau tentang poltitk masyarakat kita kini. " tak tahulah tapi bagi saya lah susah untuk kita mencari bakal pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan bukan untuk periuk nasinya sendiri. Lagipun masyarkat kita tidak pernah memberikan sokongan atau bantuan kepada sesiapa yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, satu yang perlu kita ingat bahawa bakat kepimpinan itu bukannya boleh diwarisi kepada kaum keluarga dengan senang". Apabila saya merenung seketika apa yang beliau katakan teramatlah benar akan kata-katanya.

Inilah hakikat sebenar yang perlu kita akui, kadang-kadang kita melihat bakat kepimpinan seseorang itu melalui bakat kepimpinan ayah atau kaum kerabatnya. Bila hebat maka anak-anaknya atau keturunanya mesti hebat-hebat belaka. Jadi tidak ada masalah apabila anak atau keturunanya diangkat sebagai pemimpin kelak. Hakikat ini adalah sessuatu yang teramat salah. Tanggapan ini lah yang perlu kita berganding bahu memperbaikinya. Saya ingin sekali menyatakan bahawa tanggungjawab seorang pemimpin amat berat, jangan kerana mengejar pangkat dan harta sehingga kita lalai bahawa di pundak kita terletak satu beban yang amat dahsyat, didunia ia akan dihitung dan di akhirat pun akan dihitung. ( Nak lari lagu mana?orang utara kata).

Apa yang saya perhatikan pada masyarakat kita adalah, sikap ingin jadi pemimpin. daripada yang tak tahu membaca sehingga yang keperingkat PHD bercakap soal politik. Masing-masing dengan pandanganya, bila golongan retua politik ini diberi pandangan maka akan terkeluarlah pelabagai ayat, kononya golongan belia ini tidak tahu erti sebenar perjuangan, bukan hidup zaman jepun dan macam-macam lagi lah. Benar golongan kami cetek ilmu politik tetapi rujukan dan "Filem" yang sering disajikan kepada kami telah menjadi iguan yang cukup ngeri dan hebat untuk kami renungkan. Adalah terlalu dungu saya katakan andai kami tidak mengambil iktibar kepada semua apa yang berlaku. Pemimpin kita sekarang lebih menjurus kepada duniawi sahaja. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri siapakah insan yang layak mengemudi kapal kita dilautan nanti. Insan yang ingin bergelumang dengan dunia politik seakan-akan lupa dengan tanggungjawab mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang "pejuang" masyarakat kita, andai politik ini memerlukan saya terjun kedalam lumpur yang kotor sekalipun maka saya akan terjun demi membela masyarkat tercinta kita. Namun apa yang saya nampak sekarang ibarat "cakap tak serupa bikin". Pejuang kita sekarang banyak pada "TAMBIRANG BAN MADAKEL TAPI DA AH TAGUH YAN". (Insyallah lain kali episod ini akan saya sambung.......)

ALHAMDULILLAH, pada coretan kali ini saya mendapat sedikit ruang untuk menyambung kembali tulisan saya yang lalu mengenai politik orang Iranun. Apa yang saya ingin katakan disini adalah, biarlah kita buka minda kita yang selama ini tertutup dengan rapat agar kita dapat memberikan sumbangan kepada bangsa tercinta kita. Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana perasaan "Pangnie akuban sa ampun maap" andai ada yang terasa dengan apa yang telah saya tulis sebelum ataupun mungkin sekarang ini. Saya merupakan anak Iranun "Tegar" terlalu sedih apabila melihat nasib masyarakat kita semakin terkebelakang dalam era yang mencabar ini.

Sebenarnya saya bukan ingin mengatakan bahawa masalah kepimpinan ataupun Politikus Kaum Iranun itu sangat bermasalah tetapi sebenarnya saya ingin berkongsi dengan "Mangalukus pagari"kemana peranan sebenar mereka ini. Iranun merupakan suku kaum yang minoriti di sabah, adakah kita sanggup dipandang dengan sebelah mata oleh kaum lain. Saya sekali lagi ingin mengulangi bahawa saya sangat berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita, Siapa tidak kenal Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Kalau kita soroti perjuangan insan Istimewa ini kita akan dapati bahawa apa yang diperolehi sekarang ini terlalu sakit untuk kita lalui sekali lagi. Insan ini sudah memberikan laluan yang selamat untuk kita ikuti. Namun atas dasar tamakkan pangkat dan kedudukan bakal pemimpin kita seakan-akan kehilangan arah itu.

Ingatlah setiap perjuangan yang mendokong kemajuan sesuatu kaum, potensi untuk pejuang ini menang bergaya adalah cukup tinggi. Tetapi andai pejuang itu berjuang demi kepentingan diri sendiri, kegagalan dan kehinaan yang bakal menanti mereka. Ayuhlah anak watan Iranun kalalangun kita berdiri bersama-sama untuk memartabatkan bangsa tercinta kita ini. Ingatlah zaman kita sekarang bukan zaman untuk pejuang kemerdekaan bangsa kita tetapi kita merupakan manusia yang hidup di zaman para pejuang yang perlu mengisi kemerdekaan bangsa kita. Semua ini berada ditangan kita, andai kita coretkan perkataan "Matai" maka matai lah kita, Tapi andai kita coretkan perkataan 'Nyauyag tanu" maka sekitanu akan pasti berdiri dengan megah bersama-sama dengan bangsa lain.


SAKEN AYAH WATA IRANUN

saken wat iranun pahgisah sa mangalukus pagari
sampai kanu tanu manie
kena kah sekitanu aya langun manga jagu agu mawarau....
ka baba ya entanu kah milai su mangawata tanu amai mbalui ah kuli ah tau ah lain..
kainu dih tanu pahgubaen ah nasip tanu aya..
kajaguan agu kawarau kenaden sa kahtumbuka, kambubunuh..
tapi imantu pahgilai sa ka pamikir....
Adakah sekitanu aya kurang sa mangawata ah baraakal....!


Ahad, 1 Januari 2012

WAJARKAH TAN SRI PANDIKAR DIBERI PELUANG?





Trek rekod politik Tan Sri Pandikar di Sabah sungguh berliku. Likunya lebih besar dari likuan sungai Tempasuk di mana YDP Dewan rakyat ini pernah menjadi ADUN di kawasan berkenaan. Di Kuala tempasuk inilah juga kerajaan Iranun yang dipimpin oleh Raja Ismail pada tahun 1781 bertapak' malahan menurut catatan Sejarah Raja Ismail mempunyai hubungan intim dengan raja Mahmud, penguasa kesultanan Riau-Johor. sebab itulah apabila Tan Sri Pandikar Amin yang juga dari suku Iranun menjadi YB Pertama Iranun di Tempasuk, ada ahli sejarah tempatan yang sengaja menimbulkan propaganda suku, kononnya Tan Sri Pandikar Amin berjaya 'meneruskan 'legasi' politik Iranun di kawasan berkenaan setelah lebih 200 tahun keruntuhan empayar penguasaan Iranun di Tempasuk.


Merupakan anak iranun pertama bergelar "peguam" Tan Sri Pandikar Amin dilihat oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai 'terjebak' dalam kancah politik ekoran daripada penglibatan ayahnya Hj Mulia dalam kongres politik Sabah yang ketika itu berada pada perjuangan kemerdekaan dan tokoh paling menonjol ialah Tun Mustapha dengan beberapa orang lagi rakan beliau termasuk Tun Mohd Stephens.

Pernah menyertai USNO, kemudian pernah menjadi Presiden AKAR yang kemudiannya dibubarkan untuk 'meraih' kesetiaan kepada UMNO apabila UMNO dikembangkan di Sabah. Beberapa kali menyertai kabinet negeri, dengan beberapa kementerian penting, menjadikan Tan Sri Pandikar Amin sebagai politikus Iranun yang paling unggul dalam sejarah perjuangan sezamannya. terkenal sebagai ahli politik "panas baran" tetapi mempunyai pemikiran jangka panjang dalam percaturan politik peribadinya, Tan Sri pandikar 'lenyap' seketika dalam persada politik Sabah apabila menjadi ahli biasa UMNO setelah hampir 3 bulan menunggu permohonan keahliannya diterima oleh UMNO Pusat.

Saat itu TSP dilihat sudah 'berkubur' politiknya, kerana masakan boleh bersaing dengan DSSK yang telahpun menjadi "hero' dalam politik UMNO KB. tetapi ketangkasan politik TSP menjadikan beliau keluar berkelana di Kota Marudu sehingga diangkat menjadi ketua UMNO di Kawasan tersebut. dengan tangkas dan begitu cepat beliau sudah duduk sebarisan dengan ketua-ketua bahagian UMNO di sabah yang suatu ketika pernah telah juah meninggalkan beliau.

Pengguguran pada PRU 12, telah menggemparkan ramai politikus kecil-kecilan Iranun. Politik TSP sudah berkubur kata mereka. Ada yang menangis, ada yang terharu dan tidak kurang juga ada yang merayakannya atas faktor prinsip politik peribadi dan bukan kelangsungan politik Iranun. Namun ketegasan TSP membantu Datuk Musbah Jamli pada kempen PRU 12 di Tempasuk meletakkan TSP sebagai politikus Iranun yang mempunyai kelas tersendiri. Mengenepikan ketidakpuasan hati untuk melanjutkan umur politik beliau.

TSP dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat, jawatan ketiga terpenting dalam negara demokrasi ,Raja berperlembagaan dan Berparlimen. Menjadikan politik TSP kembali bersinar. Meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO KOta Marudu sekali lagi meletakkan TSP dikedudukan politikus negara yang berkredibiliti dan berwibawa. Perletakkan jawatan dalam UMNO itu bukan sahaja melambangkan TSP bukan seorang yang rakus dan bernafsu dalam parti dan jawatan tetapi juga memberi lambang baru kepada politkus Iranun itu sebagai pemimpin yang mementingkan integriti dan ikhlas.

Serentetan itu, rakan politik beliau yang juga pernah menjadi kesumat politik pada waktu dulu yakni DSSK kembali mendapat tempat dalam pentadbiran Musa Aman. Jika sesungguhnya Musa Aman dan Najib memberikan peluang kepada Datuk salleh untuk bertanding semula pada PRU 13 akan datang, maka patutkah juag Tan Sri pandikar diberikan peluang semula dalam pesada politik Sabah ?

"INI KALI LAH". NAJIB PERLU GUSAR POLITIK DI SABAH






Ramai yang mempercayai bahawa Tsunami politik 2008 yang berlaku di Tanah Besar Semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku di Sabah.Media alternatif atau media ketiga seperti blog,fcb dan twitter yang menjadi pemangkin kepada tercetusnya tsunami politik 2008 itu masih berada pada tahap baru berkembang di Sabah pada waktu tersebut, Justeru ledakan politik pembaharuan yang menyaksikan BN hampir-hampiur kehilangan kuasa tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Sebab itu kedua negeri di kepulauan Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya.


Setelah 4 tahun berlalu, Sabah dan Sarawak mula 'menerima' kehadiran media alternatif ini, bersama bahang Tsunami politik 2008 yang masih panas dan membara di semenanjung.Ertinya Tsunami politik di kepulauan Borneo ini mungkin akan tercetus pada PRU 13 iaitu 2012.Itupun setelah menerima media alternatif ini sebagai ruang fikir politik baru di kedua-dua buah negeri yang menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963 di mana termaktubnya perjanjian 20 perkara yang dikatakan tidak pernah ditunaikan oleh Kuala Lumpur.


Di Sabah di tahun mendatang ini, langit semakin terbuka. Di mana-mana, generasi yang berumur atau yang baru 'menetas' usianya sudah mengenali dunia internet berupa Blog,Fcb dan Twitter.Begitu banyak timbunan maklumat dihujung jari yang diakses saban waktu terutama melibatkan soal politik dan kuasa. Justeru itu Sabah mula berubah paradigma politiknya,tidak lagi seperti tahun-tahun kebelakangan dimana maklumat hanya didengar dan ditonton dalam media arus perdana.


Ramalan pemerhati politik di Sabah, BN dan UMNO akan menyaksikan beberapa kawasan terlepasw dari genggaman kuasa mereka.Beberapa trend pengundi di Sabah mula mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin di peringkat negeri. Golongan berumur sekitar 50-80 tahun ini mewakili kek politik sekitar 50 %. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mewarisi idealisme perjuangan USNO. Setelah USNO di bubarkan,maka mereka menyertai UMNO pada tahun 1991. Tetapi ini bukan bererti UMNO akan memperolehi undi mereka pada PRU akan datang, kerana ura-ura penyertaan USNO yang dipelopori oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada PRU 13 ini, memungkinkan golongan ini memberi sokongan semula kepada USNO, setelah UMNO dilihat tidak banyak mendatangkan faedah kepada peribumi di Sabah. Kes rampasan tanah adat,sikap pemimpin yang semakin kaya dan harga barang yang semakin tinggi, menyebabkan golongan ini menuntut perubahan setidak-tidaknya mahukan USNO kembali menerajui Sabah.


Golongan kedua ialah golongan muda yang baru mengenal dunia politik tetapi terdedah kepada maklumat dalam media alternatif ini. Mereka di Sabah terbahagi kepada beberapa sub golongan yang membawa gelombang perubahan. Sub golongan pertama ialah mereka yang memang mahukan perubahan, terlibat secara langsung dalam kempen-kempen politik yang beraliran pembangkang. Jumlah mereka tidak ramai tetapi boleh mempengaruhi rakan yang lain.Golongan inilah yang membawa slogan "INI KALKI LAH". Sub Golongan kedua ialah mereka yang terdedah kepada maklumat media blog dan fcb tetapi berada pada kedudukan atas pagar. Mereka ini juga lebih ramai dari yang pertama tadi. Golongan ini mewakili sekitar 40% kek politik di Sabah. Mereka kurang berminat dengan politik tetapi mengambil tahu perkembangan terbaru melibatkan keadaan politik dan ekonomi negara. Golongan ini sangat 'merbahaya' kepada UMNO dan BN di Sabah kerana pada bilka-bila masa sokongan golongan ini boleh tergelincir kepada pembangkang, lebih-lebih lagi bila naluri dan keperluan mereka tidak dipenuhi. 


Di Sabah isu penagngguran masih menjadi isu besar. Biarpun Datuk Musa Aman dalam ucapan bejet 2012 yang diumumkannya memperuntukkan lebih 4 billion ringgit ,namun ia tidak menjadi asas kuat kepada penarikan sokongan golongan ini, kerana apa yang berlaku angka $ billion itu hanya sekadar menghiasi ekonomi peringkat atasan, di peringkat akar umbi ia tidak mendatang banyak kesan. Pengangguran masih berlaku, kekurangan pekerjaan dan kenaikan harga barang masih menghempet kehidupan rakyat. Dan golongan ini mahu kerajaan lebih bertanggungjawab dalam soal itu dan bukan bermain dengan nombor dan angka semata-mata.


Rata-rata golongan ini mahu agar kepimpinan di peringkat Pusat harus berubah! manakala di peringkat negeri masih mahukan kesinambungan dari kepimpinan terdahulu.Ada yang berpendapat bahawa peringkat Pusat perlu diubah supaya masalah yang masih bertaburan boleh diselesaikan. Kes-kes seperti perjanjian 20 perkara dan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Sabah menjadi asas kepada keinginan itu. Golongan ini bagi UMNO dan BN di Sabah adalah penanda aras kepada penerimaan kepimpinan mereka. Slogan 'INI KALI LAH' yang mula berkumandang di kedai-kedai kopi dan serata pelusuk negeri Sabah membawa makna yang berkait dengan Tsunami politik akan berlaku. Slogan INI KALI LAH ini membawa pengertian bahawa PRU 13 inilah yang akan membawa perubahan dalam soal penggantian kepimpinan negara. 


Justeru merebaknya slogan INI KALI LAH ini seharusnya menjadikan Najib semakin gusar,risau dan menggelabah. Kerana jika semangat dan roh slogan INI KALI LAH ini benar-benar diterjemahkan pada PRU 13, maka pemerhati politik akan melihat Najib sebagai Perdana Menteri UMNO yang terakhir.