17 September 2013

SUATU KETIKA DI BANDUNG BERSAMA GRUP TBSST KUALA LUMPUR APRIL 2013

Gedung Fikom di Jatinangor (pix by A.F.Yassin April 2013)

Di Kantor Pak Dekan Fikom Februari 2013, Prof. DR. Deddy Mulyana. (Pix by A.F.Yassin ketika mengunjungi beliau di kantornya.)


Bapak Zahriman Alias (kanan) Presiden Grup TBSST, Malaysia dan Car Lim Aboo di majlis makan malam di kediaman Pk Dekan, Prof. DR. Deddy Mulyana di Selata Bandung, April 2013 yang lalu.

Noi, kiri,  (ketika di Bandung berusia dua tahun pada tahun 1976) atau nama penuh Izanul Fazliah Ahmad Fadzil bersama bonda Kak Ruby (Rubiyah Suleiman) mengadakan kunjungan hormat ke Pak Dekan Fikom di Jatinangor, April 2013. Acara pamitan sebelum berangkat pulang ke KL.


Kak Hawa, isteri Pak Zahriman Alias yang turut hadir di majlis makan malam di kediaman Pak Dekan, Prof. DR. Deddy Mulyana.


Tidak akan lengkap kalau tidak "melencong" ke Pasar Baru, Gedung beli-belah Bandung yang sentiasa dipenuhi oleh wrga Malaysia dan Singapura. Kelihatan AFY (Bang Fadzil) , kiri, bersama anakanda Noi (tengah) dan Kak Ruby rileks di Lantai 6, Pasar Baru menunggu pesanan."Ngopi" mungkin.


Rekaman Peristiwa Rombongan Fikom '76 di Istana Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada 31 Agustus 2013.

 
Gedung Surya yang menjadi sebahagian daripada Gedung Twin Tower Petronas di lihat dari dalaman bangunanarah Timur. Pix by Bang Fadzil.
 

Di Bahagian siling Gedung Surya Menara Berkembar Petronas KL dari kacamata Bang Fadzil 31 Agustus 2013.
 
 
40 Tahun Fikom UNPAD. Bang Fadzil brsama rekan-rekan seangkatan ketika berkunjung ke Bandung tahun 1980 setelah selesai kuliah. Kelihatan semuanya manis-manis, jelita, tampan bergaya kecuali yang berdiri memake baju biru itu yang usah kelihatan "usangan". Berdiri di kanan sekali Ahmad Bakiah, dari Sabah.


Antara buah-buahan lokal yang bisa ditemui di lantai bawah Menara KL.- rambutan, manggis dan dukong.


Ibu Yayuk lagi istirehat di ruang "lepak" Menara KL, 31 Agustus 2013. Mungkin "lagi capek Bu!"


Rumah Ibunda Bang Fadzil di Gadong, Negeri Sembilan. Di rumah inilah rombongan delapan orang padaa 1 Sept 2013 yang lalu berkunjung menzirahi ibu Minah Wahab dan saling berkenalan. Di rumah ini jugalah pernah berkunjung Pak Dekan Prof. DR. Deddy Mulyana beberapa kali, Pak Solleh dan Bu Betty dan "the Ksmbar sisters of Lin and Vin with their families. Bang Fadzil dilahirkan di sini hampir 70 tahun yang lalu.


Gambarfoto di atas adalah rekaman yang diilhamkan Bang Fadzil dan dari koleksi yang tersimpan sejak sekian lama. Barangkali gambarfoto ini mungkin dapat mengembalikan kenangan lama teman-teman terutama yang kini tinggal di Jakarta, Bandung, Medan dan Jogjakarta. Agar teman-teman senang menyingkap kembali momen-momen silam demikian. Salam dari Bang Fadzil dari KL. 18 September 2013.

13 September 2013

AKTE FIKOM '76: WELCOME TO AKTE FIKOM UNPAD GROUP OF ANGKATAN 1976

Portraits In Motion 31 August 2013 in Kuala Lumpur, Malacca and Negeri Sembilan.
Serombongan 23 orang anggota AKTE Fikom UNPAD mengunjungi Malaysia (Kuala Lumpur) pada 30 -31 Agustus 2013 dan 1 September 2013 yang lalu dan dipimpin Pak Anton dan Ibu Yayuk. Rombongan sempat menghabiskan waktu ronde-ronde di Kota Raya Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Manakala sebhagian besar anggota rombongan hanya berwisata di ibukota dan mengunjungi Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Batu Caves dan Putera Jaya. 

Manakala sebhagian besar rombongan berangkat pulang ke Jakarta dan Bandung pada 1 September, sebahagian kecil seramai delapan orang mengunjungi Melaka dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan rombongan delapan orang ini mampir di rumah Ibu Minah Wahab, emak kepada Alumni FIkom UNPAD, Ahmad Fadzil Yassin dan sempat saling berkenaln dengan Ibu selama satu jam. Sebelum berangkat pulang rombongan dijamu dengan juadah lemang, rendang dan dodol disertai Teh Tarik bikinan adik Basrah Yasin, iaitu adik kepada Ahmad Fadzil Yassin. Di bawah ini disertakan beberapa keping foto sebagai tatapan kenangan. Salam dari kami. 



Sebahagian daripada anggota Rombongan Fikom '76 UNPAD disambut hos, Ahmad Fadzil Yassin dan isteri, Ibu Rubiyah di rumah barunya di Rawang, Selangor, Malaysia 31 Ogos 2013. 

Menyanyikan lagu tema Fikom '76 UNPAD salah satu acara sambutan.


Masih acara sambutan di pintu masuk rumah hos Alumni Fikom 1976 UNPAD di Rawang, Malaysia. Kelihatan Anton sebagai kepala pimpinan (dua dari kanan).


Ibu Rubiyah  yag dikenli dengan nama Kak Ruby (berkaca mata dan empat kanan) bernmesra dengan anggota rombongan Fikom UNPAD di Rawang.

Pertemuan dua teman lama, Anton (kanan) dan Karim Abu di rumah Ahmad Fadzil Yassin di Rawang. Pertama kali berkenalan ketika Karim menghadiri acara makan malam di rumah Dekan UNPAD, Prof. Dr. Deddy Mulyana di kediamannya di Bandung, Februari 13 yang lalu.  "Ketemu kita lagi Pak," bilang Karim kepada Anton.  


Iwan Gimbal (kanan) bersama romongan kecil yang mengunjungi Kota Melaka, mampir sebentar di rumah Bonda Minah, emak Ahmad Fadzil Yassin di Kg. Gadong, Negeri Sembilan.


Bonda Minah (emak Ahmad Fadzil Yassin (kiri) dan adik Ahmad Fadzil Yassin, Basrah Yasin (berdiri) memperkenlkan diri kepada anggota rombongan di rumah Gadong, Negeri Sembilan. Rombongan mampir sebentar "minum teh tarik dengan hidangan lemang dan randang yang dijamu hos Emak (Minah Wahab). Kelihatan kepala pimpinan Anton (kanan).


Rombongan Fikom UNPAD mampir sebentar di rumah Gadong, untuk berkenalan dengan lebih dekat Emak Ahmad Fadzil Yassin (Minah Wahab) dan adik Ahmad Fadzil Mohd Nizam (berdiri). Adik Basrah di kiri sekali. Rombongan dijamu lemang, rendang, dodol dan teh tarik. rombongan berada di rumah Gadong selama sejam dan berangkat pulang ke Intekma Resort, Shah Alam jam 6.00 petang.


Rumah Ahmad Fadzil Yassin yang baru di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, Malaysia mulai diduduki pada Mac 2013. 

Rumah baru Ahmad Fadzil Yassin di Rawang, Selangor.


Antara buku-buku yang telah dihasilkan Ahmad Fadzil Yassin sepanjang kerjayanya sebagai penulis.

Anak-anak Noi (Izanul Fazliah) dari kiri Ikhwan Dnial, Nadyne dan Isya. Di belakang Sara.


Lagu tema Fikom UNPAD nyanyian anggota rombongan bergema dalam acara sambutan di rumah Ahmad Fadzil Yassin di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Penuh semangat bagaikan sebuah lagu perjuangan mengangkat martabat Fikom UNPAD.  

Sesama keluarga di Rumah Rawang dari kiri: Pak Soemarsono, Ahmad Fadzil Yassin, Ibu Rubiyah, isteri Ahmad Fadzil, Noi (Izanul Fazliah yang sewaktu di Bandung berusia dua tahun), Ervina, Elina dan Iwan Gimbal. 


Akte Fikom UNPAD




15 March 2013

TAHNIAH! - BAHA ZAIN SASTERAWAN NEGARA KE-12


 Baha Zain (Dato') dinobatkan Sasterawan Negara Ke-12.

PENYAIR BAHA YANG JADI PENERBIT: Suatu hari dalam bulan Mei 1981, saya menemui Baha Zain, salah seorang orang kuat sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya memintanya menulis apa saja yang berdetak di hatinya  tentang Dewan Bahasa yang akan menyambut Jubli Peraknya tahun itu. Saya telah ditugaskan oleh M. Noor Azam, Ketua Pengarang majalah Dewan Masyarakat ketika itu  untuk meminta Baha Zain menulis  dalam keluaraan  khas majalah itu.  Baha Zain menyanggupinya dan beberapa hari kemudian, apabila saya  temuinya semula, dia menyerahkan sekeping kertas memonya.

“Sehelai saja?” tanya saya kepadanya.
“Ya, cuuplah tu,” jawabnya sambil ketawa.
Saya membaca tulisan dalam kertas itu. Tulisan itu berupa ungkapan puitis tentang bahasa yang berbunyi: 


Buku Baha Zain keluaran istimewa Esei dan Puisi Baha Zain, 2000.

Bahasa
Betapa susah
Menemukan makna dengan kata
Demikian payah
Menyebut budi dengan bahasa
Kata bestari lama
Terkilat ikan di air
Tahu jantan betinanya.

Ungkapan puitis Baha Zain  ini kemudian menghiasi  halaman 72 keluaran khas Dewan Masyarakat terbitan 15 Julai/15 Ogo 1981. Bagi kami (M. Noor Aam, Abdul Ahmad, Jaafar Rahim dan saya)  sebagai anggota sidang pengarang majalah berkenaan) ungkapan Baha Zain itu  seperti membayangkan  betapa laluan bahasa untuk menjadi lingua franca terpenting Negara akan mengalami jalan sukar memikirkan rintangan  yang bakal ditemukan bahasa itu pada masa depan. Dan betapa masalah itu dapat dirasakan Tmbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, dalam wawancara khas sempena keluaran Jubli Perak majalah itu bagaimana rakyat akan menanggapinya.

Ketawa Baha Zain  semasa menyerahkan kertas memonya itu mengingatkan saya  kepada ungkapan pertamanya  semasa dia masuk ke pejabat sidang pengarang majalah-majalah DBP suatu hari pada tahun 1972. Baha Zain baru pulang dari Jakarta setelah menyelesaikan pengajiannya di Universitas Indonesia. Dia bertanya kepada salah seorang sidang pengarang majalah Dewan Masyarakat, Awam-Il-Sarkam (Abdul Wahab Muhammad) yang duduk berdekatan dengan pintu masuk bilik sidang pengarang dan berdepan pula dengan Dharmawijaya.

 Suatu ketika pada tahun 1984, di Damansara Kim. Baha Zain (tengah) bersama Adibah Amin (kiri) dan A.F.Yassin. Membincangkan penerbitan majalah berita Era.

“A.F.Yassin itu siapa?” tanyanya kepada Awam-Il-Sarkam.
“Itu yang duduk di sebelah kawan kita Dharmawijaya. Namanya Fadzil. Bapanya Yassin. Dia nak jadi H.B. Jassin  barangkali. Dia ini baru masuk Dewan Bahasa. Kenapa tanya?”  jawab Awam-il-Sarkam sambil bertanya kembali.
Tak adalah. Saya ingat orang mana,” ujar Baha Zain pula.
“Kalau dah kenal, salamlah,” kata Awam-il-Sarkam secara bergurau

Baha Zain ketawa. Rambutnya yang panjang hampir mencecah bahu diurutnya. Kami bersalaman. Sebagaimana cepat dia masuk ke bilik itu, begitu cepat pula dia keluar dari bilik itu. Awam-il-Sarkan berkata kepada saya, “Baha Zain itu kau tahukan? Dia itu penyajak, orang Dewan Bahasa jugak. Dewan Bahasa hantar dia belajar ke Jakarta. Dia orang lama di Dewan Bahasa, Mula bekerja tahun 1963 lagi. Engkau waktu itu entah di mana. Mungkin hingus pun belum kering lagi.”

Demikianlan, buat pertama kali saya diperkenalkan dengan Baha Zain, yang terkenal dengan sajak “Perempuan dan Bayang-Bayang” dan “Tiga Catatan Perjalanan”. Baha Zain yang nama penuhnya Baharuddin Zainal memang minatnya puisi dalam ciptasatera. Maka tidak hairanlah dia menyerahkan secebis puisi tatkala dia diminta menulis sesuatu untuk keluaran khas majalah Dewan Masyarakat. (Sedutan artikel dalam buku Sembang Sastera, Bersama Orang Persuratan, oleh A.F.Yassin yang diterbitkan oleh Penebit Fajar Bakti, Shah Alam, 1998.)

Sembang Sastera, Bersama Orang Persuratan, kumpulan esei A.F.Yassin terbitan Penerbit Fajar Bakti, 1998. Ada artikel tentang Baha Zain di dalamnya.
 
Suatu ketika dalam tahun 1975, semasa saya tengah “ngopi”  di kantin Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Baha Zain (lazimnya dia jarang ditemui di kantin) kami berbual singkat tentang alam penulisan, terutama yang membabitkan nama besar di Indonesia. Melalui sembang singkat itu Baha Zain bertnya adakah saya hanya setakat berpuas hati dengan menulis pElbagai makalah dan rencana yang biasa-biasa sahaja. Mahu ke mana saya dan adakah saya tidak mahu menjadi lebih daripada setakat menjadi penulis esei.

Katanya, “ You sepatutnya perlu berfikir bagaimana mahu meningkatkan penulisan you sehingga menjadi seorang kolumnis. Baha Zain menyebut beberapa nama di Indonesia yang pada ketika itu nama mereka menjadi sebutan orang kerana tertarik dengan gaya penulisannya yang digemari. Baha Zain khususnya menyebut dua nama kolumnis, seorang dalam bidang persuratkabaran dan seorang lagi dalam bidang pemajalahan. Baha Zain menyebut Mahbon Djuneidi, kolumnis hebat dari suratkabar Kompas dan Goenawan Mohamad , kolumnis untuk majalah Tempo.
“You mesti aim untuk menjadi seperti mereka dengan stail daan gaya penulisannya amat digemari.”

Malam ini  saya mengucapkan tahniah kepada Baha Zain (Dato’ Baharuddin Zainal) atas terpilihnya dia sebagai Sasterawan Negara yang ke-12, saya kembali membaca  tulisan saya tentang Baha Zain. Terfikir juga sepatutnya Baha Zain sudah lama diiktiraf sebagai Sasterawan Negara, namun entah apa sebabnya namanya terus tercicir sehinggalah hari ini apabila Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihannya. Sebagai Sasterawan Negara yang terbaru, Baha Zain didahului oleh Sasterawan-Sasterawan Negara yang lain seperti Dr. Ahmad Kamala Abdullah (Kamala), DDr. Anwar Rithuan, Dr. Muhammad Hj Salleh, Dr. Othman Kelantan dan lain-lain. Tahniah Dato’, dan semoga Baha Zain akan terus berkarya meskipun dalam usianya  74 tahun , pada 22 Mei ini. Catatan AFYassin, 16 Mac 2013 2.49 pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).