Monday, April 30, 2012

Sesi soal jawab bersama sizuka

REFER TO : This tutorial

1) Kak CNN - macam mana nak masukkan transparent watermark?

Jawapan: Akak boleh rujuk tutorial yang ini :)

2) Kak Nailah Azman - edit guna Photoscape, tapi bila upload gambar kenapa jadi pecah-pecah?

Jawapan: Bila akak edit gambar, kena tengok berapa setting untuk size gambar tu.kalau guna application 'Page' dekat Photoscape, saiz yang disetkan ialah 410 x 410.bila size setting kecil, bila dibesarkan memang gambar tu pecah-pecah.jadi, lebih baik tukar saiz gambar besar sikit kalau nak letak dalam blog.macam saya, saya biasa guna 640 x 640 pun dah ok untuk letak dalam entri :)

CAMERA & PHOTOGRAPHY
(baru lepas godek entri lepas lepas, baru perasan ada few questions yang saya belum jawab.heee)

1) Biasa ambil gambar guna setting apa?

Hurm.saya guna setting biasa je sebenarnya.kalau tengok gambar bawah ni, setting yang saya biasa guna yang gambar anak panah petir[?] dalam bulatan tu.hewhew.ISO ke shutter speed tak pernah set pun.kecuali bila buat light trail :)


I never attended any classes on photography. I learn by myself (and still learning). I study photos and tutorials shared on the web. I seek help from my fellow friends who share the same interest (and they do help a lot). I do try and error, most of the time. 

try and error is good.who knows when you try, there'll be no error at all :)


Friday, April 27, 2012

almost the end

Alhamdulillah just submitted my research report.phew.you never know how you gonna suffer from it until you experience it yourself.seriously man, final year is no joke.now, I need to reconsider doing my Master degree.PHD?never think of it.but who knows.hewhew.

I went to sleep at 2.++AM for 2 days which is so-not-me because I'm such a sleepyhead.for the whole week, everyday was my bad hair day.terrible mood swing and bad habits appeared.messy room, messy table, messy bed, messy me...not forgotten messy laptop.(Alhamdulillah 2 days after the treatment, he's doing great job and I got to finish my report.OH-LA-LA).

being a final year student, I've develop some sort of 'angry birds' in me.hot tempered and moods swing are my great great best friends.sometimes, I think I got The Undertaker or Stone Cold Steve Austin or any other WWE stars (you name it) in me.suka smackdown barang.laptop rosak, nak hentak.handphone terpadam, nak hentak.loker tak boleh kunci, pun nak hentak.tapi tak vandalisme ok.hanya smackdown barang sendiri.berani nak smackdown barang orang lain silap haribulan Big Show datang lenyek.

omaigod.who are yeww?*talking to myself*

now, May is approaching...the exam too.thank Allah I only have one paper for exam this semester.or else for those in JB, probably you can see me losing myself somewhere around the city.but still, the one paper is for the most critical subject on planet Earth.*fainted*

but one good thing is, this horrible and disastrous semester almost come to its end.ho-yeah.another assignment need to be submitted next Monday, but I already smell the freshness and taste of F.R.E.E.D.O.M.oh my oh myyyyyy.


some behind the scene shots during the photoshoot with Baby Ammar.now you know who struggled to blow the pretty bubbles for the awesome shots.HAHAHA.


intro macam emo, ending gembira pula.
I told you I had moods swing right?


Thursday, April 26, 2012

Ashraaf&Zuliani|The Solemnization|14/4/12

To Ashraaf & Zuliani,
Thank you for choosing FA.IZ Photography as the official photographers for your big day.We were very honoured to capture the precious moments.May both of you be happy together and blessed with happiness till Jannah :)
With love,
FA.IZ Photography

Ashraaf & Zuliani, 14 April 2012, Jerantut (Pahang)
Akad Nikah & Kenduri













Click HERE for our photography packages

FOR BOOKING AND ENQUIRIES:
Fareha (farry_3377@yahoo.com)
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)


Wednesday, April 25, 2012

sengkek

dua hari lalu...

*pulang dari drive-thru kentucky fried chicken*
ON laptop
gelap
tiada respon
*bunyi cengkerik*
hanya lampu lampu kecil berkedip-kedip
tekan button OFF
senyap
termenung, cuba berfikir seperti seorang hebat komputer
haram
tak mampu berfikir lagi
esok kena submit research report
matilah
gambar wedding belum burn dalam DVD
habislah

persis cerdik pandai
ON,OFF,ON.OFF,ON,OFF,ON,OFF,ON
masih sama
sampai hati engkau, komputer riba.

*semalam*
destinasi - kedai komputer
"ini apa rosak?"
"lampu berkelip, skrin tak mahu ON"
"ini dalam punya rosak nei"
"berapa biasa kos?"
"RM***"
*gulp*


*hari ini*
"ini u punya laptop sudah siap"
"berapa semua?"
"RM*** (harga lain pulak).ini ada rosak juga kena kasi tukar juga"


demimu, komputer riba.aku rela.

p/s: kalau dalam masa sebulan rosak lagi...pakcik kedai ni memang nahas kena cubit.

Monday, April 23, 2012

Mari Belajar Bersama Sizuka: Tutorial combine gambar secara awesome.

tajuk berbunyi bombastik, I know.

Assalamualaikum.

sekian lama tak muncul dengan tutorial, petang ini entah apalah mimpi di siang hari tetiba aku teringat kata janji manisku tak lama dahulu - tutorial combine gambar secara awesome.perkataan 'awesome' ditokok tambah oleh aku tanpa sebab.hanya ingin menyedapkan tajuk.I remember Amy Syifa asked me to make a tutorial, few times she asked me.sori Amy, kakak bukan ignore tau.cuma kakak selalu ingat ingat lupa.biasalah, umur dah meningkat cenggini.*ayat nak pasrah*.sudahlah umur meningkat, sibuk pula.

I'm in the middle of doing my research report which I need to submit TOMORROW.membuat tutorial ketika ini adalah kerja gila.tapi sebenarnya aku melarikan diri dari menjadi gila dek aura statistik dan bar graph serta carta pai.aku hampir hilang kewarasan.serius.

tapi sekarang aku kembali waras.dan marilah kita bertutorial oh yeah *joget*.

kita mulakan dengan Bismillah supaya ilmu yang dikongsi hari ini membawa keberkatan.

First thing first, Photoscape.kalau sudah ada, bagus.kalau belum ada, pergi download sepantas kuda.

sudah ada perisian Photoscape yang awesome?

Klik Photoscape dan skrin anda akan berupa begini.


Abaikan icon yang lain, Klik PAGE [dalam kotak merah jambu]

dan di skrin adik kakak, akan muncul pemandangan seperti ini, tanpa tulisan yang diedit menggunakan Paint secara cincai.namun hakikatnya, yang cincai ini adalah alat bantu belajar.


(a)pilih satu gambar, kemudian click-hold-drag ke mana-mana kotak yang anda suka.aktiviti ini adalah seperti mengisi tempat kosong sesuka hatimu.SEBELUM ITU, pastikan anda sudah pilih template yang digemari.lihat sebelah kanan anda, sungguh banyak pilihan template![sekarang kita tahu pekerjaan cincai ini angkara siapa HAHA].
(b) anda berhak menentukan warna background, saiz gambar dan margin frame.kerana Photoscape mengamalkan cara hidup demokratik.

setelah itu, anda akan dapat melihat pemandangan sebegini pula.template yang anda pilih sudah dipenuhi foto-foto igauan.auww~
NOTE: dalam kotak-kotak tu, anda boleh adjust foto-foto anda.nak kekanan sikit, kekiri sikit,keatas kebawah.pendek kata, semua arah pun boleh.


mari bercerita tentang margin frame.margin frame ni range dia from 0-40.dalam bahasa mudah, tahap ketebalan frame untuk template anda.LIHAT.contoh diatas, margin frame nya adalah 10.

LIHAT pula contoh dibawah.


ini pula, margin frame nya adalah 40.berketebalan hampir sama dengan mantel bumi.HARHAR.

nampak beza kan?sekali lagi, anda berhak memilih mengikut citarasa tersendiri.

sesudah berpuas hati dengan hasil kreativiti sendiri, pilih samada mahu SAVE atau EDIT.jika anda pilih SAVE, sila baca (1).jika anda pilih EDIT, sila baca (2).

(1) Pelajaran kita tamat disini.sehingga kita berjumpa lagi.
(2) Tunggu jangan balik lagi.pelajaran kita belum tamat.



jika anda pilih EDIT, klik EDIT.

secara automatis, anda akan dibawa ke halaman Editor.


untuk editing di bahagian Editor, anda boleh merujuk tutorial-tutorial sebelum ini :)

sudah selesai.senang je kan?hehe.
selamat mencuba!*macam tukang masak lah pulak*

p/s: when there's a will, there's a way.do not afraid to try because fear always go against your will.





next tutorial, kita belajar camana nak combine gambar macam ni pulak ye :)

Saturday, April 21, 2012

Ammar Anas 1st birthday|Family Portraiture|JB

Family portraiture of an adorable couple with their little boy for his 1st Birthday.Thanks Kak Fuzi and husband for the opportunity.
With love, FA.IZ Photography.


Location: Taman Merdeka, Johor Bahru










Click HERE for the list of packages offered by FA.IZ Photography

FOR BOOKING AND ENQUIRIES:
Fareha (farry_3377@yahoo.com)
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)

Friday, April 20, 2012

FA.IZ Photography in association with MultiKProduction

New package in the house - Munchkins (Web Album)


we are currently living in a globalisation era, where everyone has mobile phones, laptops, computers, IPods, IPads, Samsung Galaxy SII or any other smartphones on Earth.me is using LG(no money for Iphone).oh you are using LG too?high-five!

ayat mukaddimah macam introduction assignment tapi apakan daya, I'm immerse in my academic writing.ewahh berbunyi poyo disitu padahal buat assignment last minute jugak.HAHA.I need to finish this faster because I have loads of works need to be done.assignments, wedding photos, merentas desa.eh?

I don't like running.tapi nak kurus.nampak tak irony kat situ?

IKLAN.AYUH KEMBALI KE JALAN KEBENARAN.

Pakej Munchkins merupakan pakej web album untuk pasangan raja sehari.melalui Web Album, pasangan raja sehari boleh berkongsi kisah cinta, foto dan video pra-perkahwinan/pertunangan/perkahwinan di web album yang direka khas untuk anda.anda juga boleh memuat naik kad jemputan ke majlis perkahwinan anda di Web Album ini.


Pakej Web Album ini ialah hasil kerjasama MultiKProduction dan FA.IZ Photography.

MultiKProduction is owned by Khairul Anwar. He's a web designer, graduated from Lim Kok Wing University (Bachelor of Multimedia).

oh by the way, he's taken :P

so these are two examples of Web Album...




FOR BOOKING AND ENQUIRIES:
FA.IZ Photography: izzatinur33@yahoo.com
: farry_3377@yahoo.com

Monday, April 16, 2012

FA.IZ Photography - Packages

Assalamualaikum.

Berikut adalah pakej-pakej fotografi yang ditawarkan oleh FA.IZ Photography.













kami sweet tooth, justeru nama-nama pakej pun nak yang manis-manis je.


(jurukamera juga manis auwwww)
*facepalm*

FOR BOOKING AND ENQUIRIES:
Fareha (farry_3377@yahoo.com)
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)
or find us on Facebook
Fareha Noor
K-z Izzati Azhar

p/s: weekend lesap begitu sahaja kerana pergi shoot wedding di Pahang.balik rumah, tapi tak macam balik rumah.longlai perasaan.semalam pukul 10 malam baru sampai JB.
*pengsan*

Monday, April 9, 2012

le RABBITS es como la pintan

sebenarnya entri ini hanya berkisarkan benda yang diCAPS LOCK di dalam tajuk.yang lain hanya sekadar hiasan.buenos.

Assalamualaikum :)

lama rasanya tidak menulis secara proper, I mean in proper way of writing.tiada lagi penulis analogi Timulak Kapal Perang wanna-be yang menggunakan kosa kata bombastik.HAHA.kes seperti itu selalu dan akan terjadi bila aku tersedar bahawa blog ini memerlukan transformasi secara tetiba.eh tak.bila aku rasa malas nak tulis tapi masih nak update blog.eh?

baiklah.untuk tidak membuang masa (sebab kena pergi kelas kejap lagi duh), haritu aku ada janji nak menceritakan perihal binatang peliharaan di rumah bukan?lebih spesifik, arnab belaan.ewah belaan tak menahan.silap haribulan orang ingat aku bela benda lain pulak.duhh syaitonnirrojim.

ada DUA ekor arnab dirumah.dibelai dijaga tak tahu sejak bila.sebelum aku pergi NZ, belum ada.pulang dari NZ, eh arnab dewasa!jadi aku fikir mungkin dalam jangka masa ketiadaan anak sulung dirumah, ibu bapa dan adik-adik memelihara sepasang arnab sebagai pengubat kasih sayang.ewahhh.

Biodata Arnab
Nama : Putih. 
(sebut Putih dua-dua datang atau salah satu.meskipun yang seekor itu lebih comot, tapi masih mengaku diri sendiri putih.abah sudah bagi nama 'Comot' kepada beliau.tapi nampaknya masih egois tak mahu mengaku comot.boo-yah)
Jantina : 1 Jantan 1 Betina.boleh beranak dan diberanakkan.
Makanan kegemaran : Biskut kraker sungguh enak dimakan begitu sahaja, pallet (makanan arnab boleh dibeli di kedai), juga sayur-sayuran berupa lobak merah, kangkung, kobis dan apa sahaja yang diberi asalkan bisa ditelan.

jadi, kalau tetiba sayur-sayuran lesap dari dalam peti ais, kita bakal tahu angkara siapa.juga manusia yang terlibat dalam menjayakan angkaranya.

dalam aktiviti memakan biskut, sebenarnya hal ini tidak diterokai oleh tuan punya binatang.FYI, arnab ni tak duduk dalam sangkar.BEBAS.kalau datang rumah aku, boleh nampak mereka sedang mengulor dekat bawah garaj.tempat favourite.kekadang abah nak reverse kereta dalam hati gundah gulana.bimbang tergilis arnab.tapi bukannya penakut.duduk jugak dekat bawah kereta buat muka tak reti bahasa.dia tahu kita sayang dia tu.amboi amboi amboi.

kembali ke hal makan biskut,mulanya ada jiran (yakni, makcik dan pakcik saudara) yang berani berani bagi mereka makan biskut (hello orang tak bela arnab takkan tetiba ada makanan arnab).arnab ini jenis bersosial sangat.dulu, jenis tak melekat dekat rumah.siap pergi rumah jiran yang seberang jalan tu hah.buat apa pun tak tahu.tapi, mereka pandai balik rumah.asal pagi-pagi je ada lah mencongok dekat garaj.tengahari, petang lesap entah kemana.

jadinya, dulu dekat rumah jiran dapat makan biskut.duduk rumah sendiri, kena makan sayur-sayuran dan pallet sahaja.tak fun lah makan sayur, kata arnab.

tapi sekarang, dah melekat dekat rumah.sebab dekat rumah ada biskut.satu tin biskut letak dekat garaj, UNTUK ARNAB SAHAJA.

tapi ada pulak perangai aneh sekor sekor.sekor taknak orang suap,hulur biskut terus tarik makan sendiri.yang lagi sekor, nak kita pegang biskut tu sampai habis.boo-yah.

ce teka yang mana nak bersuap yang mana arnab independent nak makan sendiri.jantan ke betina?


yang nak bersuap tu yang jantan.kemainnnnnn.yang betina pulak suka nak makan sendiri.hiperbola sungguh perbezaan suami isteri ini.hadoi.juga, yang putih adalah jantan, yang comot adalah betina.

bak kata sepupu aku, kasihan si putih ni bininya comot.dia dah hensem dah.HAHA.

betul lah kan orang kata, cinta tak mengenal paras rupa.hewhewhew~


We love you, rabbits :)

p/s: actually, diorang dah banyak melahirkan.tapi sebab tak dapat dikenal pasti dimana lokasi kelahiran (sebab tak letak dalam sangkar), baby-baby rabbit membesar sendiri.bila jumpa, sudah tak bernyawa.angkara haiwan karnivor di sekeliling rumah *cough*kucing*cough*.

lepas ni harus bina sangkar bersaiz mega.kerana mereka minat berkinja dan meregangkan anggota badan.

Thursday, April 5, 2012

aku makin bosan

aku tidur
nyenyak bukan main
kata student, tidur pastilah satu hobi
aku buka mata
3.30 PM
Astaghfirullah belum solat zohor
mata yang mengantuk aku segarkan
buka pintu bilik, oh hujan rupanya
patutlah enak benar diulit mimpi
guruh dan petir juga bersama
aku menapak berhati-hati walaupun masih mamai
bimbang tragedi tergelincir berlaku lagi
selipar tandas, you better be good!
selesai berwudhuk, segar
tiang agama aku tunaikan
laptop yang banyak berjasa aku buka
hasrat hati ingin melaksanakan tugasan yang perlu dihantar esok
tapi,
aku disini pula
menaip entri

final year...
you are killing me.
tetibahhh.

p/s: tandus idea.aku rasa makin hari blog ni makin bosan.ni kononnya berangan nak jadik penulis antologi je nih.HAHAHA.

perut berkeroncong.oh mak~

Monday, April 2, 2012

FA.IZ Photography - Available dates

This post is related to the previous post about our promotion for Family Portraiture.

NEW: This promotion is also applicable for Friends Portraiture [theme: Friendship/Girlfriends/Brotherhood/et cetera]

Untuk makluman, FA.IZ Photography sudah di'book' pada tarikh-tarikh ini:

8 April : Family Portraiture, JB.
14 & 15 April: Wedding, Pahang.
18 Mei : Friends Portraiture, Putrajaya.
4 Jun - 7 Jun : gadis-gadis foto pergi bercuti (huyehhh :P)
10 Jun : Wedding, Negeri Sembilan.

Servis fotografi dengan caj maksimum (transport) RM20 masih available untuk kawasan Pekan & Kuantan (Pahang- contact Izzati)  Marang & Kuala Terengganu (Terengganu - contact Fareha)

Untuk kawasan Selangor & Kuala Lumpur, disini ada BERITA BAIK untuk anda.kami (FA.IZ Photography) akan berada di sekitar kawasan KL & Selangor pada tarikh 1 Jun - 3 Jun, 8 Jun - 9 Jun insyaAllah.jadi, anda juga berpeluang menikmati promosi hebat kami ini :)

Untuk pertanyaan lanjut dan booking, sila hubungi
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)
Fareha (farry_3377@yahoo.com)

p/s: insyaAllah kami akan muncul dengan promosi untuk Pre-Wed/Post-Wed pula.juga, pakej-pakej fotografi yang ditawarkan oleh FA.IZ Photography.

FA.IZ Photography
Girls rock the world

eceh :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...