Wednesday, February 27, 2013

Anakmu Sazali?



Petikan sms yg diambil dari sebuah akhbar. Beginilah kenyataan dari orang yg ada akal, bahasa Melayu bagus tapi akal cetek. DUH!  Aku pelik parent macam nih. Kalau cikgu nak marah pon da x boleh, kau expect anak kau akan jadi manusia yg pandai dan bersahsiah tinggi x? Cikgu bukanlah stupid atau saja suka-suka nak marah kalau sorang budak tu x buat salah. Kalau cikgu marah tu mestilah bersebab. Kalau parent jenis macam nih rasa yg x buat kerja rumah/x mahu belajar tu satu sikap yg baik, dan cikgu x perlu marah atas sebab tersebut, fine, whatever. Mungkin anak dia nama Sazali dan dia nih bapak Sazali kot. x perlu marah anak dia, x perlu denda atau rotan anak dia sebab dia pon mesti x pernah buat macam tu. Eloklah tu. Bila besar nanti confirm anak dia pijak kepala dia balik. 


Cikgu bagi kerja rumah tu sebab nak bagi anak kau jadi seorang yg rajin, buat latihan banyak, bagi mahir, bagi anak kau tu jadi seorang yang berilmu dan beramal, bukan sekadar dapat ilmu kat sekolah lepas tu simpan dalam beg tanpa ulangkaji dan latihan. Kalau nak marah anak dia sebab x buat kerja rumah/x mahu belajar tu menjadi satu kesalahan, aku rasa mesti ada something wrong kat dalam kepala otak si parent nih. Pelik jugak aku bila ada mak bapak yg x kisah anak dia x mahu belajar. x payah marah? Habis tu nak biar jelah anak dia x belajar? Nanti anak dia jadi BO to the DOH dia salahkan cikgu pulak. Konon cikgu x reti ajar anak dia, cikgu x bagus, bla bla bla. Manusia macam ni pon ada dalam dunia ni ek? Musykil aku. Aku suspek parent macam nih mesti dia x pentingkan education anak-anak dia. Mesti dia jutawan kot, anak x belajar, buta huruf pon x pe, duit dia berlambak dalam bank, boleh tanggung anak-anak dia. sampai mati pon x habis kot? 

Apa dia? Tindakan undang-undang? Agak-agak peguam geli ketiak x dengar kes macam nih? Mesti peguam tu jenis mata duitan kalau dia ambik kes macam nih kan? Contoh : SEORANG GURU DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KERANA MEMARAHI SEORANG MURID ATAS SEBAB TIDAK MEMBUAT KERJA RUMAH.  Very duhhhhh sangat. kalau cikgu pukul sampai memudaratkan anak dia tu lain lah. x de la menjengkelkan sangat. Nih kalau dah marah pon nak dijadikan kes, memang sah akal dia cetek. Maybe memang betullah kot dia nak anak dia pijak kepala dia balik bila da besar nanti. agaknya kalau kat rumah, bila anak dia pegang najis pun, dia x marah. x pun masuk tahi hidung dalam mulut dan telan. Mesti dia x marah. Sebab mungkin masa dia kecik dulu dia pon buat benda macam tuh kot. HAHAHA (jahat sangat statement aku nih kan? heheheheh)

Syukur alhamdulillah sebab aku pernah kena rotan dengan cikgu masa sekolah rendah dulu. Biasalah, semua orang pernah jadi kanak-kanak, bukan setiap masa kita rajin, kadang-kadang malas jugak dan x buat kerja sekolah. Nama pon budak-budak. Kat sini lah besarnya peranan ibu bapa dan CIKGU. Untuk mendidik anak-anak supaya jadi manusia berguna. Rotan atas sebab kesalahan x salah sebenarnya asalkan x melampaui batas/ mencederakan. Syukur atas tunjuk ajar, didikan yg cikgu-cikgu aku dah bagi selama nih. Sebab tulah aku pandai dan menjadi manusia yg berguna sekarang nih.. KAH KAH KAH (Berlagakk :P)

Saturday, February 16, 2013

Miracle of the day

Seorang Uncle berbangsa Cina di sebuah kedai telah menyangka bahawa aku masih lagi seorang pelajar Sekolah Menengah. Owh seronotnyaaaaa.. HAHA.

Friday, February 15, 2013

M A L A S

Faktor-faktor yg menyumbang kepada peningkatan tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog (wahhhh ayatt) :


  1. Instagram
  2. Segala macam games yg didownload free via Android.
  3. Kerja di sekolah yg semakin bertimbun.
  4. Firdee Aqasha
  5. Amar Asyraf
K Bai.

Tuesday, February 12, 2013

Sha na na na naz

Tiba-tiba terpanggil pulak nak mengkomen hal si mamu penang yg emsem aka mamu sharnaaz ahmad . x dinafikan memang ramai orang naik jelek dengar cerita panas pasal dia dengan bakal pak mentuanya uncle ND lala tu termasuk laa aku kot. Saja aku nak jadi busy body skit kali nih. he he he. Bukan apa, kalau dah masuk tahap biadap terhadap orang tua, aku rasa macam x brapa sesuai pulak kelakuan tersebut dengan wajah sehensem mamu sharnaaz.. 

Rasanya memang 1Malaysia sedia maklum kot hal percintaan si mamu dengan anak dara ND lala. Sebab dah selalu sangat dihebahkan kepada pihak media. Pasangan sensasi gitu.Tapi lantok laa depa nak bercinta ke apa, tu hak masing-masing tapi restu orang tua tuh penting. Pada pandangan aku, Sharnaaz nih mungkin jenis cepat melatah dan cepat melenting, mungkin sebelum nih ND lala saja nak test aje tapi dia dah melatah. Tengok masa Kiah propa interview dia..bagi aku, cara dia jawab agak biadab. Dengan dok gigit pencungkil gigi masa orang dok interview, lepas tuh cakap pon kasaq..panggil lak ND lala "bro..bro". Adoih kalau bakal pak mentua dia bukan ND lala tapi orang tua biasa pun sah-sah laa x berkenan nak ambik jadi menantu kalau lagu tuh gelagat dia. Patutnya kena banyak bersabar dan cari jalan untuk pikat hati bakal mertua..barulah ND lala tu senang hati nak bagi anak dia kat awok..nih bila awok dok buat lagu tuh lagi laa pokcik tuh x kuasa nak melayan. Haih laa sharnaaz..daripada suka terus aku jadi x berkenan kat awok. hu hu hu..

you can get ouuuuuutttttt..

you can get iiiiinnnn!

Owh Amar Asyraf.....!!!!!

.opsss curang sat dengan Aqasha. he he heeeee :p

Friday, February 1, 2013

Pilihan

Pilihan yg lalu sudah berlalu. Sudah pergi buat selamanya. Memang x akan datang lagi pilihan seperti itu. Aku mengambil masa bertahun-tahun untuk melepaskan ia pergi dan aku redha. Jika pilihan yang sekarang pun aku terpaksa lepaskan, apa lagi pilihan yg ada? 

Dalam hidup, kita x boleh mementingkan diri sendiri. Aku tahu itu.  Banyak perkara yg memerlukan aku membuat pertimbangan yg jitu. Demi kebaikan diri sendiri dan juga banyak pihak. Dalam hidup, aku juga telah banyak mengalah. Kalau asyik mengalah, bilakah masanya untuk aku menang ? 

Mungkin aku perlu lebih banyak berfikir.